28

Romance Series 111084

Pusing kekiri,tak dapat lelap mata.Pusing kekanan lagilah tak dapat tidur.Ada bunyi tangisan yang menganggu tidur lenanya.Zafril tutup telingan menggunakan mata.Tak tahan dah,dengan mengantuk teruk.

Tok!
Tok!

"Apa ni ketuk-ketuk pintu mengantuk la!"

"Zafril anak menangis tu!"

Terus saja mata terbuka luas.Zafril bangkit mendekati katil bayi yang berada di sebelah katil tidurnya.Merah habis muka bayi kecil itu menangis.Entah lama sudah dia menangis,Zafril je yang tak perasan.

"Ya Allah maafkan papa sayang,papa tak perasan.."Tangan mendukung sebelah tubuh kecil itu manakala tangannya sebelah lagi sibuk membancuh susu.

"Boleh mama masuk Zaf?"Pintu biliknya dibuka oleh Amina.

"Masukla mama.. mama tolong bancuhkan susu kejap boleh?"pinta Zafril diakur Amina.

Zafril menggoyangkan sedikit tubuh.Badan bayi lelakinya ditepuk-tepuk.Harini hari pertama anak lelaki mereka pulang ke rumah.

"Lama sangat tak ada anak kecil,selalunya tidur lena.. tiba-tiba ada anak kecil susah la nak tidur lena..nah susu"Amina memberikan botol susu kepada Zafril.

"Itulah ma.. Zaf pun terlupa dah jadi bapa anak dua dah.."Botol susu disuap perlahan ke mulut bayi lelaki itu tapi dia tidak mahu minum susu tin tersebut.

"Taknak minum lagi ke Dayyan?"

"Dah lima susu papa tukar seharian ni.. nanti sayang lapar,makan sikit ya?"

"Uwekkk!!"makin kuat tangisan Dayyan.

"Macam mana ni mama.. susu macam jenis dah kita cuba.."Zafril sudah mula susah hati.

"Dia nak susu mama dia tu.. kita kena cari susu badan ni,atau ibu menyusu dulu buat sementara ni.. takkanlah kita nak bagi dia berlapar macamni.."Saran Amina.

"Mana nak cari ibu susuan malam-malam macamni? Kak Maya anak-anak dia semua dah besar.."

"Kamu tak tanya adik ipar kamu? Kan anak dia kecil lagi.. si Daniya tu.."

"Dia duduk jauh ma.. takkan nak ajak dia datang sini malam-malam.."

"Habistu sekarang ni nak buat macam mana? Anak kamu lapar tu Zaf.."

Zafril Diam sebentar.Dayyan dialihkan dukungan pada Amina kemudian dia berlari mendapatkan telifon.

"Hello.. Medina.."

*

"Anak dara mana kamu ambil susukan anak kamu tu Zaf?"Tanya Kamal dengan mata yang masih mamai.

"Dia janda pa.. anak Tan Sri Hamed.. papa kenal kan?"

"Anak Tan Sri Hamed? Janda anak satu tu? Yang bercerai sebab suami dia curang tu?"Mama pula masuk campur.Zafril hanya mengangguk.

"Patutlah papa macam kenal je.. kamu bayar dia ke?"

"Tak,dia yang nak tolong.. awal tu Zaf nak bayar, tadi dia susukan Dayyan.. allhamdulillah Dayyan minum pa, lepastu dia siap pam untuk Dayyan buat stock.."Kata Zafril.

"Anak dia kecil lagi ke?"

"Taktau.. Zaf tak pernah tengok,tapi kalau ada susu badan tu kecil lagi lah kut, dia cakap hak jagaan dapat dekat suami dia.."

"Kesiannya.. susah juga ya bila jadi macamni.. apa-apa pun Zaf ucap la terima kasih dekat dia kejap lagi.."

"Baik mama.."

"Kamu pun Zaf,pagi,siang,malam sibuk jaga isteri dekat wad.. harini macam mana? Dayyan dah balik.. kamu nak jenguk isteri kamu macam mana?"Tanya Kamal.

"Itulah Zaf tengah fikir tu.."

"Carilah pengasuh Zaf.. mama pun risau kalau tinggal Dahlia sendiri dekat hospital tu"

"Zaf dah tak percaya ma nak bagi orang lain selain keluarga kita jaga.. Zaf trauma lagi fasal Nayla dulu.."

"Habistu sekarang macam mana? Kamu tu dah macam orang gila dah,dengan janggut tak bercukur.. mandi pun entah mandi ke tidak.. makan pun kurang.. takkan nak ulang alik jaga anak bini?"

"Cuba bagitahu Zaf, Zaf nak kena buat apa mama? Itu semua tanggungjawab Zaf.. mama jangan risau,Zaf akan minta ummi datang jaga Dayyan sampai Dahlia sedar.. Mama tolong jaga Nayla.."

Kamal dan Amina saling berpandangan.

"Zafril.."

Medina mendekat kearah mereka.Dia lemparkan senyuman manis untuk Amina Dan juga Kamal kemudian menghulurkan beg bewarna biru kepada Zafril.

"Ni ada susu I pam.. cukuplah untuk esok sehari,I pun dah lama tak menyusu.. susu pun tak berapa ada sangat.. but don't worry.. esok I datang menyusu dia.."Kata Medina

Zafril tersenyum Dan mengambil beg tersebut.

"Terima kasih Medina.. saya tak tahu macam mana nak balas jasa awak.. terima kasih sebab tolong saya.."

"Tak apa.. haritu kan you dah tolong I, apa-apa pun anggap lah ni balasan I untuk kabaikan you.. kesian Dayyan tu lapar sangat tadi.. laju dia minum.."

"Seharian dia tak minum susu Medina.. aunty pun tak tahu nak buat macam mana.. dah macam-macam jenama kami tukar susu dia harini tapi satu pun dia tak nak.."Kata Amina.

"Baby newborn memang macamtu.. mungkin Dahlia sempat susukan Dayyan before diorang bagi ubat tidur.. apa-apa pun saya harap Dahlia cempat sedar.. Dayyan need her so much.."

"I hope to.."

"Ermm awak datang dengan siapa malam-malam macamni?"

"I drive sendiri je.."

"Ouu jom lah I hantar balik, malam-malam macamni risau pula drive balik sorang.."

*

"Sayang.. abang minta maaf tanpa persetujuan sayang abang cari ibu susuan untuk Dayyan.. anak kita lapar sangat sayang.. dia nak susu badan dia taknak susu formula.."

"Sayang tahu tak,semalam kan.. abang ni lupa dah jadi bapa anak dua.. dah lama tak jaga anak kecil sayang,itulah kita rancang lama sangat nak bagi adik dekat Nayla hahaha.. tapi allhamdulillah mama dengan ummi tolong jaga anak-anak.. abang,abang nak jaga isteri abang ni.."

"Sampai bila nak tidur sayang? Sayang marahkan abang lagi ya? Memang abang Salah sebab abang ego.. tapi abang nak Lia tahu, hati abang pun hanya untuk Lia,abang tipu je apa yang abang cakap dekat Lia haritu.. abang tipu je semua tu"

Zafril bangkit dari kerusi.Tangan masih setia mengenggam tangan isterinya.Bibir mendarat pada Dahi Dahlia.Lama juga.

Kemudian dia mendekatkan telingan Dahlia.

"Abang cintakan Dahlia.. abang tahu Lia kuat,bangunlah sayang.. bangun demi abang dan anak-anak.."

Selesai meluahkan segala perasaan.Dia mulakan rutin setiap hati basahkan badan Dahlia atau mandikan dia bersama tuala basah.

*

"Ini isi nama keluarga,nama Dato dengan Datin kemudian boleh letak nama penuh anak dekat sini ya?"

Zafril mengangguk.

"Dayyan Zaid bin Zafril Ilyan.. Putera mama dan papa.. hero kakak Nayla.."

*

Hari demi hari, begitulah tugasan Zafril sebagai seorang ketua keluarga.Tak ada tugas lain selain menjaga isteri yang terlantar di hospital bersama anak-anaknya.

"Ish anak papa senyum.. Nayla tengok adik senyum.."

"Baby senyum papa! COMEL macam Nayla kan?"

"Iya ke? Kenapa papa tengok dia comel macam mama je?"

"Macam Nayla lah!"Bahu Zafril ditampar kuat.

"Haha ye ye,jangan buat macamtu sayang kena baby.. tengok ni Dayyan nak main dengan kakak.."Zafril menggendong Dayyan dibawa keliling kolam mengambil udara petang.

"Assalamualaikum.."

"Eh Medina.."Zafril mendekat kearah Medina.

"Eh sayang mommy.. Zaf,kita bagi susu dulu lah ye, mesti lapar dah ni hero gemuk sorang ni"Medina mengambil Dayyan dari Zafril.Pipi Dayyan digomol gemas.

"Minum susu tak ikut time dah.. kalau dia nak tu memang dia nak,susu yang awak bagi stock sehari.. tak cukup tahu,mama kena pakai yang stock next day.."Kata Zafril bersama ketawa kecil.

"Patutlah gemuk sayang mommy ni.. Zaf I bawa dia pergi menyusu dulu ya?"Pinta Medina dibalas dengan anggukkan.

Makin jauh Medina tapi Zafril setia memandangnya.

"Sepatutnya isteri abang yang susukan anak kita.."

"Papa jom mandi kolam?"Nayla menarik tangan Zafril.

"Ha? Nak mandi kolam?! Let's go!!"Tubuh Nayla digendong pula.Sekarang dah ada adik kenalah jaga hati dia juga.Tambahkan pula dia asyik minta untuk berjumpa mama dia.Rindu sangat pada Dahlia.

____

Tak sempat nak mandi.Bunyi tangisan Dari luar buatkan Zafril bergegas keluar berasama tuala yang dililit pada pinggang.

Berus gigi masih setia dalam mulut.Tapi nak buat macam mana,anak tengah menangis.Zafril mengambil Dayyan kemudian mendodoikannya kembali.Kekiri kekanan dia berjalan.Sambil tu dia habiskan memberus gigi

___

"Nayla cepat sayang lewat dah ni.."Panggil Zafril.Nayla yang siap berpakaian sekolah cepat-cepat masuk ke dalam kereta.

"Papa pergi hantar kaka ke school dulu okay,lepastu papa nak jumpa mama kejap.. jangan nakal tau dengan nenek"Sempat lagi Zafril melayan kerenah bayi kecil berusia satu bulan itu.

"Nak ummi.."Zafril memberi Dayyan pada Rosna.

"Alaa cucu nenek ni,bawa kereta baik-baik Zaf.."

"Ye ummi.."

Baru je Zafril nak buka pintu kereta,kereta Medina sudah masuk ke dalam perkarangan rumah.

"Nak hantar Nayla pergi sekolah ke?"Soal Medina.

"Ya,awal datang.. tu hero awak dah tunggu turn hahah.."

"Hahah ye ye.. take car Zaf"

____

"Nayla nak dukung ya? Sini mommy letak,Nayla duduk bersila.."

"Err takut.."

"Tak payah takut mommy ada,bila lagi nak dukung adik kan? Nak tunggu adik besar lambat lagi.."Medina meletakkan Dayyan di atas paha Nayla.Dia Masih jaga pegangan Dayyan,tak berani juga mahu lepaskan begitu saja.

"Seronok nya.. wanginya bau adik.."

Medina ketawa kecil.Sungguh dia rindu dengan anak lelakinya yang tinggal bersama bekas suami.Jujur dia sangat bersyukur dapat jaga anak-anak Zafril Dan melayani mereka macam anak sendiri.

"Nayla ni.. senyum macam anak mommy la.. rindu betul mommy dekat anak mommy.."

"Nayla pun rindu mama, mommy jaga Nayla macam mama.. cuma.. mama dia sibuk sikit.."Kata Nayla.

"Kenapa cakap macamtu,mama Nayla kan kerja.. dia cari duit untuk Nayla juga kan?"

"Tapi.."

"Taknak cakap macamtu,Nayla sayangkan mama kan,tak apa lepasni mommy main dengan Nayla okay? Apa-apa pun Nayla tetap kena sayang mama lebih okay?"

Medina tersenyum kemudian memeluk Nayla.Terkesan juga dia apa yang Nayla cakap.Dulu dengan anaknya,dia pun berlaku seperti itu.Seorang ibu yang bekerja.Apatah lagi sekarang bila diberi peluang menjaga anak walaupun bukan dari rahimnya sendiri,memang dia akan jaga dengan baik.Lepaskan rindu dengan anak lelakinya yang sekarang mungkin berusia satu tahun.

Disebalik itu.Zafril hanya memerhati mereka yang iras keluarga kandung.Medina menjaga anaknya dengan baik.Kepercayaan dia pada Medina sangat tinggi sekarang.

Seronok melihat Nayla Dan Dayyan mendapat kasih sayang dari Medina.Tapi sayangnya tak akan pernah sama dengan kasih sayang seorang ibu yang melahirkan mereka.

*

"Jauh termenung.."tegur Medina buatkan Zafril tersentak.

"Eh,duduklah.."Pelawa Zafril menarik kerusi disebelahnya.

"You ni Zaf,kenapa ya nak simpan jambang tebal macamni?"Tanya Medina melabuhkan duduk dihadapan Zafril.

Zafril ketawa kemudian memegang jambangnya.

"Sebab saya taknak sesiapa tengok saya dalam keadaan kemas waktu isteri saya terlantar di hospital,hanya dia saja yang boleh ubah saya.."

Medina tersenyum.

"Untunglah Dahlia,dapat suami macam you.. tak macam I ni"

"Tak perlu nak cakap macamtu.. mungkin jodoh you belum sampai kan? Apa apa pun saya doakan awak jumpa orang yang terbaik lebih dari sebelumnya.."Kata Zafril.

"Amin.."

"Zaf.."

"Ya?"

"Ermm boleh tak I nak bawa anak-anak balik kampung I Dua hari? Nayla kan cuti sekolah.. lagi pun I dah janji,nak bawa mereka pergi zoo.."

"Awak nak bawa diorang balik kampung?"

"Tapi kalau awak tak bagi tak apa.."

"Tak boleh je,diorang pun dah rapat dengan awak kan cuma.. tak susahkan ke?"

"Tak pun,saya boleh je jaga diorang.. tapi kalau awak nak ikut.."

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience