6

Romance Series 111084

"banyak nya shopping.."Zafril mendekati Dahlia yang sibuk mengemas beg barangan di dalam bilik.

"Haah, anak dah tidur ke?"Dahlia.

"Dah Mia tidurkan"Kata Zafril duduk dibirai katil.Tangan membelek juga beg kertas di atas katil.

"Eh lupa pula nak Tanya abang.. abang dah bincang ke dengan Mia fasal tu?"

"Fasal apa?"

"Bagi Mia tinggal di sini.. abang sendiri tahu kan kita busy kerja.."Dahlia bangun duduk di atas katil bersama Zafril.Mahu fokus berbincang dulu.

"Abang kalau boleh taknak anak kita rapat dengan orang lain.."Kata Zafril.

"Tapi nak buat macam mana abang.. saya sibuk bekerja"

"Sebabtu kita kena perbaiki diri kita sayang.. kita dua-dua bekerja sendiri.. kita ada pekerja,jadi abang cadangan.. kita serahkan kerja kita dekat pekerja.."

"Maksudnya kita hanya bekerja Dari rumah.. macam abang abang dah biasa kerja dekat rumah cuma waktu sekarang sibuk buat projek baru abang terpaksa pergi office.. sayang pun.."

"Sayang pergi Kafe buat apa sedangkan semuanya pekerja sayang yang buat, setakat nak uruskan kaunter pekerja sayang pun boleh buat.."Ujar Zafril panjang lebar.

"Jadi abang nak saya duduk rumah la?"

"Macamtulah, boleh kan.."

"Tapi abang--"

"Anak atau kerja lagi penting? Abang tengok Dahlia makin sibuk dengan kerja.. Dan sekarang semua harapkan Mia.. Mia tu pun ada keluarga nak uruskan,itu dia belum kahwin lagi nanti kalau dah kawin?"

Dahlia renung Zafril.Seperti mendapat bara api dari suaminya untuk memulakan pergaduhan.

"Sekarang ni cara abang cakap macam abang nak cakap saya abaikan Nayla.."Marah Dahlia.

"Abang tak bermaksud--"

"Abang bermaksud sebabtu abang cakap macamtu! Abang tahu tak buat apa saya belajar tinggi-tinggi tapi last sekali jadi suri rumah?"

"Abang tak suruh Dahlia jadi suri rumah pun.. abang suruh Dahlia kerja di rumah.. macam mana pun duit Dahlia tetap masuk juga kan?"

Dahlia bangkit berdiri.Begitu juga Zafril mereka saling bertatapan.

"Tak.. saya tak puas bekerja macamtu.. saya nak rasa penat lelah bekerja.."

"Sayang.. abang bukan nak ajak kita bergaduh tau.. Cuba kita faham keadaan masing-masing jangan macamni..  kalau tak macam mana nak berbincang"Kata Zafril.

"Kadang-kadang saya terfikir jugalah.. kalau lah saya larikan diri jauh dari abang, Dan abang kekal bersama kak Sofea mungkin kita dah tak payah serabut otak fikir pasal ni"Kata Dahlia bulatkan mata Zafril

"Astarfirullah Dahlia Natasya.. apa awak cakap ni?"

"Betul apa yang saya cakap! Dulu abang bukan main izinkan saya kerja lah sekarang bila dah ada anak lain pula yang jadi"

"Dahlia perlahan sedikit suara tu anak tengah tidur.."

"Lantak abang lah.. Lia malas nak bertengkar macamni,penat"Dahlia angkat kaki keluar dari bilik meninggalkan Zafril sendirian.

Rambut diraup kebelakang.Zafril mengeluh.Baru nak ajak berbincang tapi Dahlia dah emosi berlebihan.Positif sahaja,mungkin Dahlia penat.

Zafril berjalan mahu mengambil ipad yang terletak di meja solek Dahlia.Kakinya terlanggar beg kertas yang ada di atas kerusi hingga terjatuh keluar barang di dalamnya.

"Apa ni?"

Soal Zafril melihat kotak pewangi didalamnya.Lihat dari kotak nampak macam perfume lelaki.

Zafril mengambil kotak tersebut lalu membukanya.Wangian dihidu.Tidak menarik langsung wangian itu baginya.Kerana Zafril Ilyan hanya suka bau wangian yang ditempah olehnya sendiri di kilang.

Dan perfume Zafril, hanya dia seorang yang ada.Dia yang hasilkan wangian perfume itu dan hanya dia yang memakai.

Tidak pernah sekali dia beli perfume di luar.Tapi kenapa Dahlia membeli perfume ini?

Dahlia sendiri tahu dia tidak suka dengan perfume lain selain dari perfume hasil tangannya sendiri?

Atau Dahlia yang nak pakai?

Tidak! Dahlia sangat gemar dengan wangian perfume Victoria.Lagipun ini adalah perfume khas untuk lelaki.

Atau Dahlia mahu bagi kepada orang lain?

Tapi siapa?

Cepat-cepat Zafril gelengkan kepala.Dia hampir overthinking.Dia simpan semula kotak perfume Dan meletakkan ya di tempat asal.

*

Zafril baring di atas katil.Mata Masih belum tertutup.Dahlia Dari tadi tak masuk bilik.Mungkin Masih marahkan dia.Terfikir juga nak pergi pujuk atau biarkan sahaja.

Tapi takut pula kalau dia tertidur atas sofa.

Tak sampai hati nak biarkan Dahlia macamtu.Walaupun niat sebanar dia tak boleh tidur kalau tak peluk Dahlia.Zafril bangkit Dari pembaringan dan keluar dari bilik pergi ke ruang tamu.

Sangkaan dia betul, Dahlia tertidur di atas sofa.Zafril mendekat kearah Dahlia.Kepala gadis itu diusap.

"Sayang.."lembut Zafril mengejutkan Dahlia tapi gadis itu tidak bangun.Akhirnya Zafril memutuskan untuk mengangkat Dahlia naik ke bilik.

Dahlia dibaringkan di atas katil bersebelahannya.Lihat wajah Dahlia yang penat tu memang buat dia rasa bersalah.Susah untuk dia kawal emosi dirinya dan juga Dahlia kalau cinta mendalami.Sanggup berkorban apa saja asalkan Dahlia bahagia.

Tapi kalau sampai tahap ni, melibatkan anak lagilah dia keliru.

Selimut ditarik menutupi badan Dahlia.Tiba-tiba bunyi deringan telifon yang berada di dalam poket pijama Dahlia.

Zafril mengerutkam dahi.Siapa pula yang call malam-malam ni.Tangannya mengambil telifon Dahlia.Nomber asing.Mungkin hal penting, Zafril menekan tombol hijau.

"Hello.."Suara serak lelaki yang terdengar buat Zafril diam.

"Sayang? Are you hear me?"

Zafril terjaga dari tidurnya.Termegah-megah dia bernafas dan baru tersedar ia hanyalah mimpi.Disebelahnya Dahlia tertidur pulas sambil memeluk lengannya.

Zafril menghela nafas syukurlah ianya hanya mimpi.Tak mungkinlah Dahlia akan buat perkara macamtu.

Hati beristifar.Tak mungkin dan tak akan terjadi.Dahlia sendiri pernah cakap dia tak akan buat perkara macamtu.

Tapi hati jadi tak sedap.Zafril mengerling telifon milik Dahlia yang berada tidak jauh dari katil.

Hanya dengan mengangkat sedikit badan kearah Dahlia.Tangan Zafril mencapai Iphone milik Dahlia.Dia lihat sekilas line, Dahlia sepertinya sudah tidur dengan lena.

Telifon Dahlia dibuka.Mencari nomber asing atau pesanan yang agak asing baginya.

Mata menangkap satu nomber asing yang tidak disimpan.Tapi Zafril membaca pesanan yang terpapar di bawahnya.

'Mengadanya..'

Baru Zafril nak tekan untuk membaca pesanan itu.Ada tangan merampas kembali iphone itu.Terkejut Zafril melihat Dahlia memandangnya serius.Bukan ke tadi dah tidur.

"Abang buat apa dengan telifon saya?"Tanya Dahlia dengan mamainya.Telifon diletak kembali ketempat asal sebelum tangan memeluk dada bidang lelaki itu.

"A-abang.. abang ingat telifon abang tadi sebab abang cari phone abang tak jumpa"Balas Zafril.Tangan Dahlia yang memeluknya menolak kembali badan agar berbaring.

Makin erat Dahlia memeluk tubuh Zafril.

"Lia minta maaf fasal tadi.."Bisik Dahlia tepat ditelinga Zafril.

"Hmm?"

"Maafkan Lia sebab berkasat dengan abang.. Saya rindu sangat dengan abang,berapa hari tak dapat tidur peluk abang.."Bisik Dahlia.

Zafril hela nafas.Dia mengiringi Dan memeluk kembali tu uh Dahlia.

"Dahlia sayang abang sorang je.. sayang sangat-sangat.."Kata Dahlia Dan menyembamkan wajahnya pada dada Zafril.

Hanya kata-kata yang keluar tapi hati? Mungkin tak dapat didengar oleh Zafril.Kata-kata Dahlia Kali ini memang lain.

'Ya Allah.. kenapa aku tak boleh nak percaya dengan kata-kata isteri aku sendiri kali ni..'Bisik hati Zafril.

Bersambung.....

Sorry guys sebab lama tak up,btw jangan lupa rate and support okay.. Guys jangan lupa juga follow ig:missayn__ tt:ayn_ayn__

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience