17

Romance Series 111084

Penat balik kerja.Dahlia masuk ke dalam rumah.Dia terus meluru ke bilik.Pelik apabila melihat Nayla yang tertidur pulas disebelah Haedar di dalam biliknya.

"Haedar!"Panggil Dahlia.

Lelaki itu terus terjaga.Dia tersenyum dan menyambut kepulangan Dahlia.

"Sayang.. dah balik?"

"Awak buat apa dalam bilik saya ni?"Tanya Dahlia.

Haedar bangkit menuju kearah Dahlia.

"Maaf sayang,tadi saya tidurkan Nayla.. dia menangis nak papa dia.. kesian"Kata Haedar.

Dahlia terus pergi kearah katil.Merah lagi wajah Nayla seperti baru lepas menangis.

"Dia memang betul-betul rindukan papa dia.."

"Kenapa awak tak call papa dia,takpun bagi mereka berjumpa?"

"Saya dah bagi diorang call tapi Nayla nak jumpa papa dia.. macam mana saya nak bawa jumpa Zafril kalau dia dah bencikan saya?"

"Ya Allah teruknya perangai.. dah tahu Nayla ni rindukan dia apa susah jumpa Nayla je lah tak payah jumpa awak..bodoh betul lah jantan tu.."

Dahlia terdiam.Dia pun rindukan Zafril.Tapi apakah daya? Zafril sudah membencinya.

"Minggu depan saya masuk makhamah.. saya akan bawa dia jumpa papa dia dan.."

"Dan?"

"Kita akan berlawan hak penjagaan anak"

"Saya faham,saya doakan awak.. kita jaga Nayla sama-sama.. lagipun saya dah sayang dia macam anak saya sendiri.."Kata Haedar.

"Terima kasih sebab awak sudi terima anak saya.."

Haedar tersenyum.

"Pergilah mandi,bersihkan diri.. biar saya tengokkan Nayla.."

Dahlia pergi membersihkan diri.Tak lepas peluang,Haedar terus menyuntikkan cecair ke dalam tubuh Nayla.

"Kau terjaga nanti jangan mimpi lah kau nak ingat ye perbuatan aku.."

*

"This is my perfume.. I tried to create this fragrance. And I have worn it. No one else has ever worn my creation"

"And now with a different fragrance I created for the production of our company's first perfume and I named it Zafril Perfume"

Lelaki itu tegap berdiri bersama pakaian formal yang menampakkan dirinya sangatlah lain dari lain di negeri luar.Tak nampak macam orang,bahkan mendapat ramai pujian.

Wajah yang kekal baby face lah katakan.

"Can I ask you.. why the product name  same like your name?"Tanya seseorang.

"Because this is my perfume and only me just weared it.. as you know, I can't smell something like to much fragrant,I really sensitive smell that's why..  I created it.."Ujarnya mendapat tepukkan ramai.

Salah satu perfume yang selalu dia pakai kini sudah menjadi produk pertamanya di luar negara.Dato Zafril yang terkenal dengan pemilik syarikat yang mempunyai kilang perabut terbesar memulakan bisnes keduanya.

"So let's we start.."Salah seorang pengacara mengeluarkan Salah satu botol perfume bersama kotakkanya.Sungguh kelihatan mewah.

Satu persatu orang menyebut harga.Makin lama makin naik harga.

"13000"

"14000"

"17000"

"40000"

"1 million"

Bunyi ketukan terdengar.Jualan perfume Zafril berjaya dengan harga 1 juta dollar.Mengucap syukur dia di situ.Maya dan Daniel turut tersenyum dengan kebahagiaan yang diperoleh Zafril.

Selesai majlis,Zafril turun mendapatkan Maya dan juga Daniel.

"Congrats abangku sayang"ucap Maya.

"Tq adikku sayang.. tq juga Daniel sebab sudi bantu aku"Kata Zafril.

"Apa-apa pun kami nak kau naik balik,kau dah handal dalam dunia perniagaan.. bahkan kau sendiri selalu mengajar anak-anak muda dekat luar sana.. jadi kami yakin,kau boleh berjaya lagi.."Kata Daniel.

Zafril memberinya senyuman.Mereka berdua pergi ke belik peribadi mahu menyantap.Lapar.Awal pagi tadi pun tak sempat ambil sarapan.

"Zaf.. kau jadi ke nak balik Malaysia?"Soal Maya.

"Kenapa pula aku tak jadi? Kes cerai aku macam mana?"

Daniel pandang Maya.Kenapa Zafril macam tak kesah lansung pasal Dahlia.Mudah sekali lelaki itu move on.

Zafril pergi mengambil makanan.

"Takkan kena guna-guna macam saya dulu yang?"

"Ish awak ni.. kesitu pula,saya kenal Zaf tu macam mana,dia memang mudah move on sebab taknak pening kepala fikir.."

"Baguslah kalau macamtu, saya pun kalau boleh nak dia bercerai.. rasa bersalah sebab Dahlia buat macamtu,apalah kurang Zafril tu.. kalau bagi dekat orang free pun beratur"Kata Daniel.

"Ye.. tapi saya taknak macamtu, walaupun saya sokong Zaf,tapi bagi saya perkahwinan mereka perlu diselamatkan.. sebab anak,kesian dekat anak.."

"Dah la yang jom makan.."

Mereka semua mengambil makanan yang di hidangkan.Bukan senang nak merasa makanan luar negara ni.

"Zaf.. kenapa tak ambil salad? Bukan kau suka ke?tegur Maya bila melihat Zafril hanya menikmati spaghetti.

"Hmm? Entahlah.. aku tengok macam tak berapa lalu.. rasa loya tekak je tengok sayur"Kata Zafril

"Biasalah,tekak ubah pergi negara orang.."Datang Daniel bersama makanannya.

"Makan-makan.. aku nak balik awal nak pergi jalan-jalan dengan bini aku,ini kalau tak sebab datang nak tengok tak adanya kitorang nak dapat bercuti berdua.."

Ketawa mereka berdua dengan tingkah Daniel.Namun senyuman Zafril pudar bila fikirannya Masih memikirkan sesuatu pasal penceraian mereka.

*

Tercari-cari Nayla mamanya.Tapi satu rumah dia tak jumpa.Pelik kenapa tubuhnya sakit semua.Tapi dalam fikiran Masih mencari Zafril.

"Mana papa ni.. kenapa papa tak balik lagi?"Nayla duduk di tepi kolam.Menangis tersedia mencari Zafril.Rindu sangat dekat ayahnya sampai dia membuat panggilan pun tak diangkat.Tapi macam mana nak angkat kalau Zafril tukar simcard luar negara.

"Papa.. balik lah Nayla rindu.."

"Kenapa kau nak rindu dekat papa kau?"Haedar muncul Dari berlakang.

"Daddy... Nayla nak papa"

"Lantak kau lah ada aku kesah? Menangis lah kau, kalau kau nak tau,bapak kau taknak jumpa kau dah taknak jumpa kau tau"

Tajam Nayla memandang Haedar.

"Uncle Haedar ni babi betul lah.."Panggilan Daddy berubah.Lagi terkejut bila ada carutan yang keluar dari bibir Nayla.

"Kau cakap apa?"

"Uncle babi.. Memang tak ada beza uncle ni dengan babi,kena bela hidup di kandang buatan orang.. macam uncle,kena dibelah oleh mama lepastu menumpang.. tak sedar diri betul"Kasar Nayla berkata-kata.

"Ouhh berani kau cakap macamtu ya?"

"Tuhan bagi mulut dekat Nayla,Nayla guna untuk bercakap.. bukan menghasut macam Uncle.."

Makin naik api Haedar dengan mulut Nayla.Tak lihat sekeliling,Haedar menolak kasar Nayla kedalam kolam.Dia tahu Nayla boleh bertenang.Sebab anak orang kaya kan,kecik2 mesti dah boleh bertenang.Dia menahan kepala Nayla dari naik ke permukaan.Tak cukup itu kepala Nayla dihentak di dinding kolam.

Tersenyum puas Haedar bila gerakkan Nayla makin lemah.Badu dia angkat gadis itu ke atas.Tercungap-cungap Nayla bernafas.

"Ingat sikit.. kau tu je yang menumpang.."Bisik Haedar sebelum meninggalkan Nayla sendiriang.

"Papa... Nayla nak papa... Papa...."Tangis Nayla

Bersambung

Share this novel

Rohani Hussin
2023-04-10 21:14:23 

jahatnya...si dahlia ni bodoh..ank kena dera pn x tau


NovelPlus Premium

The best ads free experience