3

Romance Series 111084

"Nayla.. masuk bilik rehat mandi lepastu pakai baju yang mama bawa ni okay?"Arah Dahlia.

"Okay mama.. Nayla nak makan macaroni boleh mama?"Nayla menyoal.Tambah pula dengan wajah comel yang iras papanya itu.

"Boleh sayang.. nanti mama masakkan but pergi masuk mandi and tukar baju dulu"

Akur Nayla.Masuk sahaja Nayla ke dalam bilik rehat.Dia memandang sekeliling.Sesuana tengahhari.Kafenya selalu menjadi pilihan hati pekerja-pekerja yang mahu makan tengahhari.

Hari ni dia mengambil Nayla Dan terus ke pejabat disebabkan pengasuh Nayla masih ambil cuti.

Dahlia tidak risau sangat.Nayla kalau bagi sesuatu yang menarik atau aktiviti untuk belajar.Dia memang akan diam dan duduk satu tempat.Jadi tidak menganggu sangat.

Nak lagi senang bagi ipad.Sampai tutup kafe pun dia tak layan sekeliling dah.Biasalah budak2 kan.

Kalau Dahlia curi-curi bagi juga.Zafril jangan haraplah.Nak tengok tv pun ada masa yang ditetapkan.

Dahlia pergi ke kaunter mahu ambil alih.

"Erm Ryan.. tlong surut diorang buatkan macaroni dekat anak saya Jap,jangan pedas.. letak sayur dengan ayam banyak sikit"Pesan Dahlia pekerjanya.

Dahlia fokus menjaga kaunter.Tengah hari ni siapa yang jaga kaunter memang lenguh kaki.Dahlia memang larang pekerjanya duduk bila jaga kaunter.Macam tidak sopan bagi Dahlia.

Waktu makan tengah hari memang ramai.Kawasan Kafe Dahlia memang dekat dengan tempat berurusan bank,office dan urusan lain.Itu kafenya menjadi pilihan mereka yang mahu menikmati makan tengahhari.

"Hai.. selamat datang, nak pesan apa ya?"Sapa mesra bersama tangan yang ligat menekan screen oder.

"Mama.. Nayla dah mandi.."So kecil itu datang mendekati ibunya.

"Ye sayang sekejap ya, total RM32.50.. boleh duduk dulu nanti kami hantar makanan ya.. terima kasih"Duit baki diberi semula pada pelanggan.

Dahlia dukung Nayla dan dudukkan Nayla di atas kerusi bersebelahan ya.Macaroni yang Nayla mahu dihidang.

"Makan baik-baik okay.."

Mata Dahlia kembali fokus pada kaunter bila ada seorang lelaki.

"Hai selamat da-- eh? Cik... Haedar kan?"Tanya Dahlia.

"Ya saya, Datin Dahlia right?"

Dahlia mengangguk.Dia baru berfikir mahu berjumpa lelaki ini untuk membalas jasanya.Akhirnya dapat juga dia berjumpa dengan Haedar.

"Ni kafe Datin ke?"

"Haah ni kafe saya, btw saya baru nak jumpa awak haritu tak sempat nak ambil no phone ye lah awak dah bantu saya kan?"

Haedar tersenyum menampakkan lesung pipit yang sangat cantik terhiaz dipipinya.Dengan wajah Babyface lagi.Jujur dia yang bini orang pun terkesima tengok.

Siapalah agaknya pemilik hati lelaki dihadapan dia ini.Beruntung betul

"hahaha saya pun sibuk lepas hantar Datin pergi pejabat polis haritu.. saya minta maaf sangat-sangat"Kata Haedar.

"Eh tak apa.. cukuplah awak dah tolong dapatkan beg saya, ni awak nak makan ke? Oder lah apa apa pun saya berlanja.. atas tanda terima kasih sebab awak dah bantu saya"Mesra Dahlia.

"Eh mana boleh macamtu Datin,segan saya..."

"Eh tak apa.. awak dah bantu saya,saya lagilah segan kalau tak balas jasa baik awak.."

"Datin ni, saya bantu ikhlas.."Kata Haedar.Ini kalau mana-mana perempuan dengar ayat ni mesti cair punya.

"Saya pun ikhlas nak berlanja awak.. awak nak makan apa?"

Haedar mendongak memandang menu yang tergantung di screen atas kemudian beralih semula.

"Nak chicken grill dengan mashroom sup.. roti saya nak garlic bread.."Pesan Haedar.

"Ahaa.. minum?"

"Ermm saya nak ice green tea"

"Ice green tea je? Awak tak minum kopi ke?"

"Ermm tekak saya ni dari dulu tak boleh terima kopi taktau kenapa"

Dahlia ketawa.Dia menyuruh Haedar duduk terlebih dahulu.Dia melirik sekilas Nayla yang masih lahap makan.Kepala Nayla diusap.

Beberapa minit kemudian.Makanan yang dipesan Haedar dia hantar sendiri.Mahu membalas jasa baik lelaki yang sudah menolongnya.Jadia dia mahu hantarkan.

"Selamat menjamu selera.. kalau nak tambah apa-apa minta je.."Ujar Dahlia.

"Terima kasih Datin.. sedap bau, ini baru bau Tau.."Haedar memuji.Naik selera nafsu makan bila tengok hidangan di hadapannya.

"Hahah terima kasih, kalau nak tambah bagitahu je.. jangan malu-malu"

"Iya ini pun dah banyak.."

Dahlia menghadiahkan senyuman sebelum mahu beredar pergi.Tapi belum sempat dia mahu melangkah kedepan badan dia seakan dirumpuh kasar oleh kanak-kanak lelaki yang berlari membuatkan dia hilang imbangan dan akhirnya terjatuh di pangkuan Haedar.

Posisi mereka sekarang Dahlia yang duduk di atas Haedar.Reflek jatuh buatkan dia hilang imbangan hingga tangan memaut leher lelaki itu.

Terkejut.

Wajah mereka sangat dekat.Setiap wajah lelaki itu Dahlia lirik.Begitu juga Haedar,sambil menahan berat badan Dahlia yang mahu tumbang jatuh ke lantai.Tapi wajah Dahlia menarik perhatian.

'bini orang pun cantik..'Ujar Haedar dalam hati.

*

"Nayla.. cepat sayang.."lembut Zafril bersuara.Nak bagi budak Nayla tidur bukan senang.Ada je celotehnya.

"Papa...."Rengek Nayla.Taknak tidur lagi.

"No no no.. esok sekolah kan, nanti mama bising kalau tidur lewat"Tubuh Nayla digendong lalu ditidurkan di atas katil.

Selimut ditarik menutupi badan gadis itu.

"Nak papa baca buku apa harini?"Tanya Zafril.Buku-buku yang disusun dirak dipilih.Rutin Nayla sebelum tidur.Sangat gemar membaca buku.

Sebab itu Dahlia sediakan rak buku fan selalu beli buku baru untuk Nayla.Ibubapa mana tak suka bila anak minat dengan buku.Sesuatu yang sangat berilmu.

Baca buku pun salah satu cara nak tingkatkan IQ mereka.

"Papa baca buku baru yang daddy belikan boleh?"

Tangan Zafril berhenti di situ.Dia memandang Nayla.Cuba menekiti balik ayat yang keluar dari mulut gadis itu.

"Daddy? Daddy mana?"

"Daddy.. daddy yang tadi, dia belikan Nayla buku.. banyak pula tu,lepastu dia bawa Nayla main kidszone"Teruja Nayla cerita.Seperti dia sangat bahagia harini.

"Daddy mana ni?"Zafril sudah mula curiga.

"Daddy la.. yang tadi jumpa dekat Kafe mama.."

Fikiran sudah tak dapat mengawal.Hati dia tak usah dikata.Macam-macam dah rasa.Sebuah buku diambil kemudian diberi pada Nayla.

"Nayla nak baca sendiri ke nak papa baca?"

"Taknak buku ni nak buku yang daddy belikan"Nayla turun dari katil mendekat kearah beg plastik yang berisikan buku kemudian dia mengambil satu buku Dan naik semula keatas katil.

"Papa bacakan boleh?"Pinta Nayla.

Lama Zafril tenung buku itu.Daddy mana pula yang Nayla cakap ni.Takkan lah nak ada daddy baru kut.Tak logik.Ke Daniel yang belikan? Nayla panggil Daniel daddy juga.

Tapi Daniel dan Maya sudah berpindah.Jauh rumah mereka dengan Kafe Dahlia.

"Nayla.. tadi Mommy datang juga ke?"Tanya Zafril.Mahu memastikan sama ada daddy yang Nayla cakap adalah Daniel.

"Ouhh tak, Mommy Maya dengan Daddy Dan kan pindah jauh.. papa ni,bacalah cepat papa.."

Zafril mula membaca cerita.Entah apa jalan cerita pun dia tak faham.Fikiran dia sudah bercelaru fikir perkara lain.Beberapa minit dia menghabiskan cerita.Nayla sudah berdengkur halus.

Selimut Nayla diperbaiki kemudian dia hadiahkan kucupan di dahi gadis kecil itu.

*

"Anak dah tidur?"Tanya Dahlia sebaik sahaja Zafril masuk ke dalam.

Zafril terus panjat katil Dan memandang tajam kearah Dahlia.Itu buatkan Dahlia bingung.

"Nayla cerita dekat saya ada daddy belikan buku untuk dia, daddy mana pula ni?"Soal Zafril.

Dahlia ketawa terbahak-bahak.Riak muka Zafril memang mengalahkan seorang isteri cemburu.

"Apa? Kenapa awak gelak.. jangan macam2 yang.."

"Takdelah,tu daddy yang dekat tabika dia tu, budak2 situ kan panggil daddy..  dia datang Kafe saya, dia nak keluar lepastu dia bawa Nayla ikut dia"Ujar Dahlia.

"Daddy tabika?"

"Haah, saya tak pasti yang mana katanya anak pengetua"

"Ouhhh..."Zafril membaringkan tubuh.Tapi mata Masih fokus dengan Dahlia yang tak jauh dari telifon.

"Awak betul kan sayang.. tak tipu saya?"

"Ya Allah apa abang fikir ni.. saya ni mak anak satu dah,mana nak fikir pasal laki lain ni"Kata Dahlia.

"Ye lah.. dah la tidur, love you"Pinggang Dahlia didakap olehnya.

Dahlia cuma tersenyum.Tapi tidak untuk Zafril.Pesanan yang dihantar dari seseorang itu yang buatkan dia tersenyum.

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience