Zafril masuk ke dalam bilik melihat Dahlia yang baru selesai siapkan Nayla dengan pakaian tidur.
"Wanginya anak papa.. dah mandi dah?"Tanya Zafril kepada Nayla.
"Ya! Mama mandikan.. air rumah nenek sejuk!"
Dahlia ketawa diikutkan Zafril.Memang lah sejuk.Mandi air kolah.Pagi-pagi kalau mandi memang segar terus.
"Dah pergi main, harini tidur lewat.. bukan selalu nak jumpa cousin kan?"
"Yeayy thank you mama! Tadi daddy Daniel ajak tengok Netflix sama-sama.. Nayla keluar dulu tau"
Dahlia anggukkan kepala.Sempat Zafril mengusap kepala anaknya yang berlalu keluar dari bilik mereka.Kini tinggal mereka berdua dalam bilik itu.
"Abang ingat nak discuss sikit dengan sayang.."Zafril duduk dihadapan Dahlia.Mereka saling berpandangan.
"Ya?"
"Lia.. ermm.. Lia.."
"Abang nak cakap fasal tadi ke? Bagi adik dekat Nayla?"
Zafril diam.Cepat betul Dahlia tangkap.Memang betul pun dia mahu bincangkan hal itu.
"Awak dah bersedia ke.."Soal Zafril perlahan tapi masih boleh didengari Dahlia.
Dahlia tersenyum.
"Mungkin apa yang ibu cakap betul, Dan saya pun setuju cuma.. selagi hormon saya tak betul memang susah nak lekat.. Lainlah kalau saya ambil perancang pil je dulu"Ujar Dahlia.
"Tapi mulai harini, I mean bulan depan awak stop lah ambil suntikkan.. kita stop merancang?"
Dahlia angguk tanda setuju.Zafril pun ikut tersenyum Tubuh Dahlia didakap erat.Bahagia.Tak sabar nak tambah ahli keluarga baru.
"Seronok agaknya Nayla kalau dapat adik nanti?"Ketawa Zafril.
Paha Zafril ditepuk perlahan.
"Abang ni.. saya pun risau dengan Nayla tu,takut dia tak bersedia jadi kakak lagi"Kata Dahlia.
Zafril kembali terfikir Soal Nayla.Benar juga, ada je budak2 yang tak boleh terima kehadiran adik sampai sanggup laku macam-macam.
"Tapi yang.. Nayla tu dah besar,saya yakin dia tahu Dan pandai jaga adik dia nanti.."
"Selalunya kalau yang Masih tak terima tu kemungkinan dia muda lagi, macam umur besar setahun ke dua tahun ke.."Terang Zafril.
"Betul lah.. "
*
Pagi ni sibuk mereka bersarapan di luar.Seronok lah ditambahkan pula dengan masakkan yang sentiasa menjadi kenangan iaitu nasi lemak Solehah.Cukup rasa.
Angin pagi yang menyejukkan mereka bersarapan di atas dangau bersebelahan sawah padi.Daun-daun bertebangan ditiup angin.Pagi itu memang indah sekali.Hilang segala penat bekerja mereka bila pulang ke kampung.
"Tambah lagi Zaf.. sikit je kamu makan"Kata Solehah.
"Zaf bukan makan nasi sangat waktu pagi ibu... Yang dicarinya roti bakar ha"Beritahu Dahlia pada ibunya.Takut juga nanti Solehah ingat Zafril tak suka dengan masakkannya.
"Laaa kenapa tak bagitahu.. boleh ibu buatkan, ni tak kenyang makan nasi"
"Ehh tak apa ibu.. ni kenyang dah, bukannya tak makan lansung"Kata Zafril.
Dahlia pandang anak mereka yang sedang bermain dengan sepupunya.Riuh betul.Dah lama tak jumpa, melepaskan rindu juga mereka semua.
"Ni korang jadi ke nak tinggal anak-anak dekat sini?"Tanya Adnan kepada anak menantunya.
"Dahlia dengan Zaf memang jadi.."
"Kitorang pun jadilah ibu, seronok tengok diorang lama tak jumpa.. kita bagi lepaskan rindu sebulan"Kata Maya dibalas anggukkan Daniel.
"Hahaha betul tu.. ni ibu dengan ayah larat tak.. budak-budak ni dah la buas"Soal Daniel.
"Eh.. setakat jaga budak-budak ni apanya.. lagipun sunyi haa,ada budak-budak ni riuh seronok lah sikit"Kata Adnan.
Mereka sambung menikmati sarapan pagi.Faiz suami kepada Daniya keluar mendukung bayi kecil yang baru lepas pantang.
"Ha Faiz sini makan!"Pelawa Zafril.
"Ha takpa-takpa makanlah dulu.."Kata Faiz.
Faiz suami kepada Daniya.Atau lebih lagi dikenali sebagai Faiz Faizal penyanyi terkenal yang memiliki suara merdu didengar.Daniya pun sudah menjadi pelakon,rezeki dapat suami terkenal juga.
Terkejut juga Daniel dan Dahlia dulu bila dapat tahu penyanyi kegemaran mereka akan menjadi keluarga ipar.
Syukur, bagi mereka Faiz memang cukup baik Dan layak untuk menjaga Daniya.Kasih sayang yang Faiz berikan sama seperti seorang ibu dan dia juga lelaki yang bertanggungjawab.Itu yang buatkan mereka lega tangan melepaskan Daniya pada lelaki asing.
"Mana Daniya?"Tanya Maya.
"Daniya ada dekat dalam.. nak rehat katanya semalam Dian tak tidur"Ujar Faiz menunjukkan bayi kecil perempuan mereka yang mula meragam tidak selesa.
"Awww sini kat mama ngah.. iee kecik tonet la dia ni"Dahlia mengambil Dian Cassandra dari Faiz.
Dibelek wajah kecil bayi itu.Perangai memang sebijik mak dia tapi keluar copy-paste bapak dia.
"Comel lah pipi dia.. dapat pakej lesung pipit lagi"Puji Maya.Tangan Dian dimain perlahan.
"Haah, copy bapak dia terus ni.. tapi yang paling penting lesung pipit dalam tu mesti copy Daddy long dia"Daniel ketawa terbahak.
"Dah kau lalu berlakang Daniya dulu.. tertarik sikit lah lesung pipit kau tu"Ujar Solehah.
Ting!
Disaat semua sibuk berbual.Ada notifikasi masuk ke dalam telifon Zafril.Terus Zafril mengambil telifonnya Dan memeriksa pesanan tersebut.
Anda telah mengeluarkan 300,000 ringgit Malaysia atas daftar nama Dahlia Natasya dengan pembelian kondo Bintang.
Membulat mata Zafril melihatnya.Bila masa pula Dahlia beli kondo sedangkan Dahlia tengah ada dekat depan dia sekarang ni?
Tangan Dahlia ditarik masuk ke rumah.Biarlah apa yang menjadi anggapan keluarga mertuas tapi ada masalah yang perlu mereka selesaikan terlebih dahulu.
"Abang.. kenapa ni?"Tanya Dahlia bingung.
"Ni apa? Mana kad awak? Bila masa beli rumah? Awak ada suruh orang beli rumah ke?"Tanya Zafril.Siapa je tak marah? tiga ratus ribu bukan sikit.. banyak!
"Ouhh, kad saya bagi dekat staff manager.. dia perlukan rumah jadi saya berlanja dia rumah kesian.. dia ulang alik jauh sangat"Selamba Dahlia menjawab.
"Sampai RM300,000 macamni? Rumah lain pun adalah kenapa sampai beli kondo ni?"
"Abang ni.. tak Salah kan kita nak bantu orang? Lagipun rezeki yang kita ada ni boleh je bagi dekat orang.. kita dah cukup mampu.. tak Salah nak bagi dekat orang sikit"
"Abang marah ke saya bagi dekat orang?"Kening Dahlia terangkat.Tangan disilang ke dada.
"Tak.. abang tak marah tapi ni sampai-- Ya Allah sayang.."
"Abang marah Lia?"
"Ya abang marah! Lia buat semua ni tanpa bagitahu abang! Memanglah abang marah!"Tak dapat tahan lagi hati barannya.Zafril terus masuk ke dalam bilik.Takur melarat pula emosi.
Dahlia tergamam.Zafril memang tunjuk yang dia sedang marah.
"Dia beli rumah ke.."Bisik Dahlia perlahan.
Bersambung....
Share this novel