9

Romance Series 111084

"abang.. abang marah lagi ke dengan Lia?"Dahlia mendekat Zafril yang sedang sibuk dengan komputer riba di atas katil.Kehadiran Dahlia lansung tidak dipedulikan Zafril.Memang nampak lelaki itu Masih marahkan dirinya.

"Abang..."Bahu Zafril disentuh.Cuba memujuk dengan cara sentuhan lembut.

"Apa Dahlia.."

"Abang marahkan Lia lagi ke? Kalau abang marahkan Lia sekalipun.. tolonglah, jangan buat ibu dengan ayah perasan kita ada masalah.. habis saya kena dengan Ibu"Kata Dahlia kesal.

"Memang padan pun awak kena dengan Ibu.. mulut saya ni rasa terkunci taktau nak cakap apa dengan awak.."Zafril tutup komputer riba kemudian bangkit mahu menyimpannya.

Lengan Zafril disambar Dahlia.

"Abang.. Lia minta maaf, bukan saya taknak bagitahu tapi saya lupa.. banyak sangat perkara saya nak fikir dengan anak lagi.. pekerja saya tu dia memang perlukan tempat tinggal.."Katanya.

Zafril geleng kepala.Kecil mata memandang isterinya.

"Tak logik lah Dahlia Natasya ada je rumah lain murah lagi flat lagi murah.. takpun bagi duit sewa rumah ke, ini awak beli kondo! BELI KONDO UNTUK PEKERJA AWAK DENGAN HARGA BERATUS RIBU!"Zafril menekan ayatnya.

"Abang marah saya guna duit abang?"

"Tak.. duit saya duit awak.. duit awak duit awak.. tapi keizinan saya sebagai seorang suami rasanya masih layak lagi"Kata Zafril berlalu keluar meninggalkan Dahlia sendiri di dalam bilik.

Di ruang tamu dia melihat ibu dan Maya yang sibuk melayan kerenah anak-anak.Zafril pandang Nayla yang berbaring meribakan paha Solehah.

"Nayla nak tidur ke?"Tanya Zafril.

Nayla yang kelihatan mamai mendongak melihat papanya.

"Tak Nayla nak tengok tv papa.."

"Waktu ni Nayla dah tidur dah,mata tu pun mengantuk masuk tidur dalam bilik jangan nak mengada dekat luar"Kata Zafril.

"Biarlah dia nak manja dengan Ibu kau ni pun.. nak emosi kenapa?"Marah Maya.

Zafril diam kemudian berlalu keluar mencari keberadaan Daniel.Dia sudah berjanji dengan Daniel nak berbual di luar rumah dekat dangau.

Nampak sahaja kelibat Daniel,Zafril mendekati mereka.Bukan Daniel sahaja.Faiz turut ada bersama.Hubungan mereka rapat mengalahkan sahabat.

"Ha turun pun! Ingat dah tidur dah tadi.."Perlu Daniel.

Zafril duduk bersebelahan Faiz.Kini mereka bertiga Diam seperti tunggu siapa nak muka berbincang dulu.

"Kau cakap ada something nak dibualkan?"Bahu Zafril dilaga oleh bahu Faiz.

"Taktahu lah aku.. serabut fikir.."Tangan Zafril naik merapu rambut kebelakang.Nafas diambil juga untuk Cuba bertenang.Sekarang dia memang emosi gila.

"Kau ni kenapa? Dari petang tadi macam ada masalah je dengan Dahlia"Tanya Daniel.

"Aku taktahu la.. kenapa firasat aku ni selalu kata Dahlia curang dengan aku.."Beritahu Zafril.Tangan menyentuh dadanya yang rasa esak sakit bila firasatnya benar yang Dahlia curang.

"What?! Seriuslah!"Terkejut Daniel dan Faiz.Merekan memandang Zafril tidak percaya.

"Perlahan sikit suara kau tu!"

"Tak! Asal naik pasal curang ni? Kau tahu mana Dahlia curang?"Tanya Faiz.

"Entah.. aku rasa.. Dan adalah perbuatan atau sesuatu yang buatkan aku rasa...--"

"Tak-- tak mungkinlah.. perempuan ni jarang nak main curang-curang ni.. aku kenal adik aku, baik,sopan,lemah lembut.. Walaupun bukan Dari darah yang sama tapi percayalah aku sangat kenal dengan dia Dan dia tak akan berperangai macamtu"Kata Daniel.

Zafril diam.Memang itulah anggapan seorang adik beradik.Tak ada gunanya dia ceritakan pada mereka berdua.

"Mungkin itu adalah firasat kau.. percayalah Dahlia bukan orang macamtu.."Sambung Daniel.

"Aku taktahulah nak cakap macam mana.. tapi, aku nak cakap sekali je, kalau dia taknak dekat aku, dalam hati dia dah tak ada aku.. Dan aku pun--"

"Jangan kau buat keputusan terburu-buru.. siasat dulu Zafril Ilyan.. ingat, Dahlia dulu pun pernah disakiti oleh kau.. Nampak kan dia setia dan terima kau walaupun rasa diri tu macam perampas"Kata Daniel.

"Tapi bang.. boleh je kan perampas.. maksud saya ye la.. merampas.. macam jahat je bunyi,kalau rasa diri dia merampas kenapa masih setia? Cuba abang Daniel fikir, apa rasa hancurnya hati isteri pertama bila ada orang ketiga dalam hubungan.. bila dapat tahu suami dia kahwin lain? Dan perampas? Akan buat apa saja dia mahu"Kata Faiz yang buatkan Zafril dan Daniel menatapnya.

"Apa yang kau cakap ni?"Soal Zafril.

"Tak la.. bukan saya nak cakap dekat kak Lia tapi.. Cuba abang Zaf fahamkan.. perampas ni akan buat apa sahaja yang dia nak.. Macam abang Daniel cakap kak Lia isteri kedua--"

"Kau nak cakap adik aku ni perampas ke apa?"Potong Daniel.

"Dengarlah dulu bang.. bukan nak cakap macamtu,Cuba kau faham betul-betul ayat dia.. tak pun ambil ayat ni, hancur rumah tangga hanya sebab orang ketiga.. ha banyak maksud ayat tu"Jelas Faiz.

Telinga mendengar segalanya Dari Daniel dan Faiz.Namun fikiran melayang kearah lain.Curiga, ya dia curiga.Tapi Dari segi pandangan,wajah Dahlia tak menampakkan lansung dia curang.Cuma firasatnya sebagai seorang suami yang rasa.

Benar kata orang, firasat seorang suami bila isteri curang lemah dan buatkan dia sendiri curiga.Tapi firasat seorang isteri lebih kuat jika tahu suaminya curang.

Kenapa? Sebab suami yang selalu buat hal.Suami yang selalu curang.Bila datang masalah isteri curang.Itu ibarat tak logik.Jarang jumpa isteri yang curang.

Dan macamtulah diri dia berpendapat.Tak mungkin Dahlia curang.Tapi lepas mendengar kata-kata Faiz.Apa mungkin....

*

Sunyi rumah banglo milik Zafril bila tak ada suara licik gadis kecil mereka.Tak apalah,ada kebaikan juga mereka tinggalkan dikampung.Selalu hidup mewah sahaja,rasalah hidup susah pula walaupun atuk nenek pun tak berapa susah.

Tapi tak apa,biar dia rasa apa itu hidup dikampung.Jadi bila besar nanti tak adalah sombong sangat.Risau juga Dahlia kalau anaknya jadi macamtu.

Bukan itu sahaja sebab rumah sunyi.Pertengkaran mereka Masih berlansung lagi.Dahlia bukan tidak mahu berbaikkan,tapi setiap Kali nak berbaik Zafril yang elakkan diri dari berjumpa.

Dah dekat seminggu mereka berdua berperangai dingin.Tak ada sorang pun yang cuba selesaikan masalah ni.Dahlia dah usaha tapi tak dapat juga.

Zafril, sejak tak perlu fikirkan keadaan Nayla dirumah.Dia sering pulang lewat malam.Itu yang buatkan Dahlia susah nak selesaikan masalah.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10 malam.Kereta Zafril terdengar di luar rumah.Terus Dahlia bangkit dari duduk.Bersiap sedia untuk memujuk.Harap-harap Kali ni berhasil lah.

Tak lama itu pintu bilik terbuka.Zafril masuk kedalamnya.Mata biasa memandang Dahlia yang berpakaian terbuka dihadapannya.Mata malas.Tak rasa tergoda lansung bila emosi mengawal diri.

Dahlia tersenyum.Cuba menggoda Zafril.Iman lelaki,lagi-lagi suami sendiri.Pasti akan jatuh juga.

Dahlia mendekat kearah Zafril.Beg yang dipegang Zafril diambil lalu diletakkan.Kemudian tangan beralih pula mengusap dada bidang lelaki itu.

"Abang..."

Panggil Dahlia manja.

Satu persatu butang baju dibuka.Namun tangannya tiba-tiba ditepis kuat oleh Zafril.

Terkejut Dahlia dibuatnya.

"Saya nak mandi.."Kata Zafril.

Dahlia kerut kesal.Rancangannya tak berhasil.Tangan bercekak di pinggang memandang Zafril yang menanggalkan pakaian mahu bersihkan diri.

"Abang! Sampai bila kita nak macamni?"Soal Dahlia.Dah malas nak berlembut.Kalau lembut pun belum tentu boleh selesaikan masalah.

"Takkan sebab duit pun abang nak marah? Abang sendiri cakap dengan Lia,Lia boleh guna duit abang anytime"

Zafril membantu di situ.Dia menoleh memandang Dahlia.

"Yes.. macam yang saya cakap duit saya duit awak tapi awak tahu tak.. tak logik sangat awak habiskan RM300,000 hanya untuk beli rumah dekat pekerja awak.."Kata Zafril.

"Saya bos dia--"

"Saya pun seorang bos yang berpangkat Dato Dahlia Natasya.. Saya ada banyak pekerja lebih dari awak.. bukan dalam negara sahaja,luar negara juga.. tapi andai saya mahu tolong pekerja saya.. tak pernah lagi saya bagi duit sampai tiga ratus ribu ringgit.."Tajam mata Zafril merenung Dahlia.

"Sampai bila kita nak macamni abang?"

"Sampai bila-bila.."Zafril kembali pusingkan badan mahu mencari pakaian ganti.

"Kalau sampai bila-bila,baik kita berpisah je.. tak payah nak berdingin macamni,saya tak suka!"Kata Dahlia buatkan Zafril laju memandangnya.

"What you say Dahlia Natasya?"

"Berpisah.."

Zafril gelengkan kepalanya.

"Awak siapa sebenarnya? Awak bukan isteri saya..."Kata Zafril.

"Apa yang abang cakap ni?"

"Kenapa awak nak berpisah dengan saya? Dah ada rumah untuk lari dari saya hmm? Dah ada rumah untuk mulakan hidup baru dengan orang lain?"Tegas Zafril.

"Saya tak sebodoh macamtu lagi Zafril Ilyan! Hina sangat ke saya sampai nak buat perkara macamtu dekat awak! Kalau saya buat perkara macamtu Dari dulu lagi saya yang bawa perkara ni masuk makhamah untuk penceraian!"Bentak Dahlia.

"Abang macam tak percaya dengan Dahlia.. abang tuduh Dahlia bukan-bukan.. ye Lia tahu Lia salah tapi tak semua perkara Lia perlu kongsi dengan abang.."Katanya.Air mata jatuh menitis.Kecewa.

"Nanti Lia bayar balik duit abang.. maaf sebab Lia guna tanpa izin"Dahlia berlalu keluar dari bilik.

Zafril tergamam di situ.Emosi cuba dikawal.Dia mencari fikiran positif tapi fikiran negetiv yang mendatang.

*

"Kau kenapa lagi ni, takkan tak selesai lagi masalah kau?"

Soalan Mikhail dibalas dengan anggukkan.Zafril meneguk air kosong dihadapannya.Lama betul tak lepak mamak.

"Aku tak tahu lah.. kenapa hati aku sekarang susah nak percaya dengan dia.."Balas Zafril.

"Nak buat macam mana.. kau taknak bincang baik-baik dengan dia.."

"Susah weyh.. susah.. hati aku ni rasa tak boleh.. rasa benci kalau dia memang buat perkara macamtu dekat aku!"Kata Zafril.

"Tak boleh macamtu.. kau ni tengah ego.. sebabtulah kau rasa macamtu, buang ego kau ajak Dahlia berbincang.."

Ting!

Satu notifakasi masuk.Terus Zafril melihat ya takut ada hal kerja.

Anda telah menggunakan 45,000 ringgit Malaysia atas daftar nama Dahlia Natasya dengan pembelian Perhiasan Jam tangan lelaki berjenama coach.

Anda telah menggunakan 3,900 ringgit Malaysia atas daftar nama Dahlia Natasya dengan pembelian Pewangi Lavender khas lelaki.

Anda telah menggunakan 10,000 ringgit Malaysia atas daftar nama Dahlia Natasya dengan pembelian kasut terbaru keluaran Nike.

Anda telah menggunakan 4,000 ringgit Malaysia atas daftar nama Dahlia Natasya dengan pembelian rantai silver lelaki keluaran terbaru.

Naik terus darah Zafril melihatnya.Telifonnya diberi kepada Mikhail menyuruhnya membaca pesanan yang baru sampai itu.Kening diurut perlahan.Pening.

"Dahlia ni bela anak ikan ke? Errr"Terkejut juga Mikhail membaca walaupun dalam masa yang sama dia tidak percaya.

"Entahlah.. hati aku ni makin lama makin percaya dengan firasat aku.. aku tak pakai rantai.. aku tak suka pakai jam kulit,aku ada perfume ciptaan aku sendiri.. aku tak suka pakai kasut sport.. kasut sport aku pun ada tiga je dekat rumah itu pun aku tak pakai langsung"Ujar Zafril

"Dan kau nak cakap.. Bukan Dahlia yang beli semua ni untuk kau?"

"Entahlah.. aku serabut"

"Tapi kan.. andai Dahlia curang, ehh logik juga eh.. Tah Tah Dahlia nak habiskan harta kau tah?"Kata Mikhail tanpa sengaja.Mulut dilemma rapat bila dapat pandangan tajam Zafril.

"Tak la.. bukan maksud aku macamtu,cuma ya la.. Dahlia ni ada Kafe sendiri.. siang malam duit masuk beribu-ribu.. takkanlah dia nak guna duit kau kut beli rumah dekat pekerja dia sedangkan duit dia ada dan itu adalah tanggungjawab dia sebab pekerja dia.."Jelas Mikhail.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience