"amboii tidur lena kamu Zaf,tak dengar pula mama orang muntah pagi ni.."Tegur Amina apabila Dahlia dan Zafril mendekat kearah meja makan.
Zafril memilih duduk disebelah kemal dan menyuruh Nayla duduk disebelah kanannya.Biar duduk ditengah.Dahlia duduk di sebelah Amina berhadapan Zafril.
"Makan ubat ma.. larat ke nak muntah setiap hari"
"Memang patutlah macamtu,mengerutkan lagi hubungan kamu berdua.. ni Dahlia jadi ke nak kerja dengan papa?"
Semua mata beralih pada Dahlia termasuk Zafril.Tak tahu lagi yang Dahlia akan bekerja dengan papanya.
"Boleh je Lia tapi kenapa tak kerja dengan Zaf je? Zaf kamu tak ada kerja kosong dekat isteri kamu?"
"Zaf nak bagi kerja apa pa? Syarikat Zaf bukan ada dekat sini semua luar... Nak suruh dia pergi kerja dekat sana? Kan jantan tu ada banyak kerja anak Tengku lagi suruhla dia kerja dekat situ.."Kata Zafril.
"Zaf.. tak baik cakap macamtu"
"Ni sikit je ma.. tak sejauh perbuatan yang perempuan ni dah buat dekat Zaf.."Zafril bangun pergi dari situ.Hilang terus selera makan.
"Biasalah tu Dahlia.. dia tu bawa alahan mukin emosi pun tak stabil tapi percayalah mama yakin dia masih ada hati dengan Dahlia"
Tak mahu menantunya terasa.Tapi apakah daya,Dahlia sangat makan dengan kata-kata Zafril.Perkataan benci yang keluar dari mulut Zafril sangat ikhlas dari hati.
"Takpa lah mama.. Dahlia tahu silap yang Dahlia sangat besar.. Kalau dia nak lepaskan Dahlia pun.. Dahlia tak kesah.."
Kata-kata Dahlia buatkan mertuanya saling berpandangan.
*
Dahlia masuk ke dalam bilik bersama dulang berisikan makanan.Risau juga dia dengan Zafril yang kerap muntah kalau tak makan.Nanti masuk angin lagi susah.
Dia melihat Zafril Berdiri di luar balkoni.Dulang diletakkan di atas katil kemudian dia pergi kearah Zafril.
"A-abang.. saya bawa makanan,makanlah.. nanti abang masuk angin lagi susah.."
Zafril Diam.
"Makanlah sikit.. kalau abang taknak makan abang bagitahu je saya abang nak makan apa? Saya masakkan.."
Zafril Diam lagi.
"Okay.. saya tahu abang tak selera makan kalau saya ada--"
"Boleh tak jangan berlakon depan aku? Aku penat lah nak layan permainan kau ni Dahlia.. kenapa kau susah sangat nak terima aku seikhlas hati hah? Kenapa kau lebih pilih jantan tu?"
Dahlia bingung.Zafril menoleh melihatnya bersama tangan yang disilang kan ke dada.
"Tolonglah.. aku tahu kau dah tak cintakan aku kan? Jadi kenapa kau perlu berlakon? Sebab sekarang kau hidup susah.. kau tak ada tempat tanggung? Kalau kau nak duit aku boleh bagi.. tapi aku tak minta balasan untuk kau berlakon balas balik cinta aku.Itu buatkan aku bertambah sakit!"
"Abang pandang Lia macamtu ke?"Soal Dahlia tak percaya dengan mata yang berair.
"Lia tahu salah Lia besar.. kalau Lia jadi abang pun, Lia takkan maafkan.. tapi Jujur memang Lia bodoh sebab buat abang macamtu.. Lia tak guna lansung otak Lia untuk berfikir.. tapi kalau abang nak tahu.. Setiap Kali Lia ucapkan sayang Lia dekat Haedar wajah abang yang Lia bayangkan.. cinta Lia lebih kuat pada abang.."
"Ikut suka lah abang nak percaya atau tak.. tapi maafkan Lia, Lia janji lepas bersalin Lia takkan kacau hidup abang lagi.. abang carilah perempuan lain yang boleh buatkan hidup abang bahagia.."Kata Dahlia.
"Baguslah.. tapi--"Zafril tak dapat menghabiskan ayatnya apabila diserang pening hingga rasa nak pitam.Melihat Zafril yang hilang imbangan terus Dahlia mendapatkan Zafril dan membantunya duduk di irai katil.
"Abang okay tak?"
Zafril geleng kepala.Tangannya memegang kepala yang masih pening.
"Kita pergi klinik lah! Teruk ni!"risau Dahlia.
"Tak payahla boleh tak kau tak payah bazirkan masakkan risaukan aku! Aku benci tahu tak.. aku tak suka lansung dengan lakonan kau!"
"Ikut suka awak nak percaya atau tak,bangun kita pergi klinik.."Dahlia memapah Zafril yang kelihatan makin teruk.
*
Zafril diam di kerusi penumpang berlakang.Dahlia pula fokus memandang.Dia curi-curi memandang dengan cermin sisi depan.Termenung sahaja lelaki itu.Teruk juga marah dia pada Dahlia.
Dokter pun ada cakap selain Dari alahan lelaki itu alami gastric Dan juga tekanan.
"Abang... Abang nak makan tak? Tadi kan abang tak makan apa-apa lagi.. mana tahu abang teringin apa-apa ke?"Tanya Dalia.Cuba untuk baikkan keadaan mereka.
"Yang mengandung tu kau bukan aku.. jangan nak layan aku macam aku pulak bawa perut.."
Dahlia ketawa kecil.Masih dalam mood merajuk lagi Zafril tu.Tapi dah macam merajuk manja ditambahkan lelaki itu tak berapa sihat.
"Abang kan alahan.. ada je yang mengidam.. abang nak makan apa-apa tak?"
"Eh! Kau ni pekak ke apa? Aku cakap aku taknak aku taknak lah bising la.."Bentak Zafril terus Dahlia Diam.
Mata Zafril menangkap jualan di pasar pagi.Ada juga beberapa makanan yang dijual.Terliur dia tengok kemudian dia memandang Dahlia yang memandu didepan.
'bukan nak pujuk aku lagi.. bodoh betul lah perempuan ni,aku lapar tahu tak!'
Sepanjang perjalanan ke rumah mereka diam sahaja.Sampai sahaja,Zafril terus keluar dari kereta terlebih dahulu.
"Ha balik pun,Zaf macam mana kamu?"Soal Amina dari tadi tak senang duduk.
"Masuk air satu bag mama.. dokter cakap Zaf tak cukup rehat sama.."Dahlia yang menjawab bila Zafril hanya berlalu masuk begitu saja.
"Kenapa Zaf tu? Emosi tak stabil betul.."
"Biasalah ma.. Dia marah Lia lagi"
"Kamu ni nak dapat anak lelaki pula agaknya itu yang Zafril kena alahan tu,mama rasa kan dia marah macamtu sebab alahan juga ni dulu waktu mama mengandung diorang mama kerap juga marah papa.."Ujar Amina.
"Hahaha itu mama Zaf lain sikit,tak apalah Dahlia naik atas dulu.. nak pujuk dia makan.."
Dahlia naik keatas mendapatkan Zafril.Dia melihat Zafril sedang berbaring menghadap balkoni.
"Abang.."
Baru je panggil.Tak suruh makan lagi dia dah tutup muka dengan bantal.
"Abang makan lah sikit,kan dokter suruh makan.."Zafril tarik selimut pula tutup badannya.Hah! Memang kalah orang perempuan merajuknya!
"Abang.. makanlah sikit"
"Kau ni bisinglah!! Keluarlah!! Semak betul!"Zafril melemparkan bantal ke arah Dahlia dengan kuat tapi nasiblah Dahlia sempat mengelak.
"Kali ni abang nak marah abang marah la.. tapi saya nak abang makan dulu lepastu saya akan keluar,Dan tak kacau abang rehat dah.. makan sikit please.."
Dahlia mendengar suara tangisan.Takkanlah Zafril menangis.Tapi makin lama makin kuat bunyi tangisan itu dan memang jelas suara Zafril.
"Abang kenapa ni?"Dahlia Cuba menarik bantal yang menutupi muka Zafril.
"Abang.. kenapa ni bagitahu saya.."
Akhirnya dapat juga Dahlia tarik bantal tersebut Dan terselah wajah Zafril merah akibat menangis.
"Kenapa ni? Sakit ke? Bagitahu saya..."
"Teringin.."Kata Zafril.
Dahlia tersenyum.Ingat ke apalah tadi.
"Ololo comelnya dia.."
"Tak payah buat lawak lah Lia!"
"Okay-okay.. abang bagitahu abang nak apa,sebab dulu kan waktu Lia kena alahan pregnant Nayla,setiap Kali Lia makan makanan yang Lia mengidam hilang Tau loya tekak.. percayalah.."
Zafril bangun duduk.Dia memandang Dahlia dengan kedua mata sembab.
"Abang nak makan apa?"
"Nak makan mee goreng mamak.."
"Okay kejap saya oder"
"Tapi nak mamak tu yang suapkan..."
Bersambung..
Share this novel