4

Romance Series 111084

Tv yang terpasang tak menjadi tarikkan lansung bagi Dahlia.Kepala Nayla yang berbantalkan pahanya dibelai.

Tengah lali nak tidur.Jam pun masih awal lagi.Tapi Nayla dah buat perangai ngantuk nak tidur.Kalau tak bagi tidur menangis mengamuk satu rumah.

"Haihh susah hati betul nak tinggal anak mama dekat papa esok.."Kata Dahlia melihat Nayla yang sudah dibuai mimpi.

"Apa susah hatinya.. Nayla tu anak saya juga,dulu awak pantang saya yang jaga dia sampai tak tidur malam.."

Dahlia memandang Zafril yang mendekat kearah mereka lalu duduk di sebelah Dahlia perlahan.Dia melihat sekilas Nayla yang sudah tertidur di pangkuan Dahlia.

"Awal tidur.. harap2 tak bangun lah pagi nanti.."

"Selalunya tak, tapi kejap lagi awak bagi tidur dalam bilik dia tutup lampu.. kalau tak bising dia tak bangun"Kata Dahlia.

"Jadi ke nak pergi kursus esok?"Tanya Zafril.

"Ye,jadi malam ni saya bertolak.. Mawar drive katanya"

"Anak-anak Mawar siapa jaga?"

"Suami dia lah takkan awak pula?"

"Ouhh manalah nak Tau dia nak minta tolong saya jagakan.."

"Eleh.. Nayla ni pun belum tentu lagi lepas, jaga Nayla baik-baik tau esok.. jangan bagi dia ponteng tabika.. saya taknak dia terbawa perangai ponteng tu"Ujar Dahlia.

Bukan boleh, kalau sekali Nayla tak mahu pergi sekolah.Dia akan terbawa-bawa sampai tiga hari.Sebabtu Nayla agak risau kalau Nayla tak sihat dan perlu MC beberapa hari.

"Iya.. kalau tak pergi pun nak tinggal dia dekat siapa,Mia pun datang tengahhari"

"Mana nak tahu awak bawa dia pergi office ke?"

"Ada pulak sayang ni, mahu dia Ronda satu office habis semua diganggu oleh bos kecik"Kata Zafril.

Dahlia ketawa.

Dia pandang wajah Zafril.Pipi suaminya diusap sebelum dikucup sekilas.

"Abang... Abang sayang Lia lagi ke?"Tanya Dahlia tiba-tiba.

"Apa pula sayang cakap ni? Taknak cakap macamtu, abang sentiasa sayang Dahlia dan Nayla.awak berdua je nyawa saya sekarang ni"Balas Zafril.

Tubuh Dahlia dipeluk.Kepala Dahlia disandarkan pada dada bidangnya.

"Lia sayang abang tak?"

"Mestilah sayang.. kalau tak takkan lah kita tengah berpeluk kan sekarang ni"Kata Dahlia.

"Risau juga Abang ni,Dahlia muda lagi.. cantik pula tu tak nampak macam mak orang.. kalau orang tak tahu Dahlia ni isteri abang habis Lia kena ngorat.."Ujar Zafril.

"Banyak je yang ngorat Lia kat Kafe tu,Lia je tak layan sebab dekat rumah lagi hot"

"Iee pandailah.. tapi macam mana kalau ada yang handsome dari abang?"Zafril mengangkat kening sebelah.

"Handsome? Lia tak pandang handsome2 ni.. kalau Lia pandang dah lama Lia tak kahwin dengan abang ye lah waktu kita kahwin dulu pun abang macam orang gila walaupun abang cukur jambang.."Kata Dahlia.

"Orang gila? What you mean.."

"Ye lah abang tak ingat ke waktu tu kan abang ada masalah.."

"Haa.. ingat, tapi lupakan lah. Sayang tak boleh cakap macamtu,sayang dah pernah tengok muka abang waktu handsome! Sebabtu sayang tak kisah waktu kita menikah tu"Kata Zafril.

"Ha?"

"Dulu kan saya jadi--"

Mulut Zafril ditutup oleh Dahlia.

"Dah tak payah ingat benda tu,malu saya!"

*

*

*

Awal pagi lagi Zafril bangun disebabkan harini Dahlia tiada dirumah.Agak lega jugalah bila pengasuh Nayla sudah mula bekerja cuma dia datang tengahhari nanti.

Dahlia ada kursus di Johor.Jadi dia terpaksa menjadi suri rumah pagi ni sebelum pergi kerja.Bukan tak biasa,tapi ini kali pertama dia uruskan Nayla sendiri.Kalau Dahlia sibuk pun, dia jaga Nayla dibantu oleh pengasuh.

"Baju aku dah.. baju anak pula,harini Nayla pakai baju apa pulak?" Dahi ditepuk.Dia lupa bertanya Dahlia kemarin.Kalau nak call takut menganggu pula.Kesian Dahlia mungkin penat dan sedang berehat.

Teringat sesuatu Zafril menuju ke rak buku sekolah Dahlia.Nasiblah terfikir nak tengok jadual kelas gadis itu.Jadul buku pun belum pilih lagi.

Kepala digeleng.Susah juga tanggungjawab Dahlia bila dah ada anak ni.Itu tak termasuk lagi pakaian suami dan dirinya.

Jadual dipilih mengikut yang ditetapkan.Kemudian baju sukan dikeluarkan dari almari.

"Semua siap.. apa lagi ni?"

Rasa semua sudah cukup.Zafril mendekat kearah katil Nayla.Nyenyak betul tidur.

"Haiii.. tidur copy paste papa la muka tu.."ketawa Zafril.

Kepala Nayla dibelai dulu.Taknak Nayla bangun dalam keadaan moodie.Ini pun dia belajar Dari Dahlia cara nak bangunan Nayla.Kalau salah teknik,habis mengamuk Nayla.

"Sayang papa.. good morning"pipi Nayla dicium sekilas.

Ikut teknik memang mudah untuk kejut Nayla.Beberapa Kali Nayla mengeliat,cerah elok mata dia pandang Zafril.

"Bangun mandi.. lepastu papa hantar pergi sekolah"arah Zafril

*

*

*

"Morning Dato.. lewat datang"Sapa Nadia.Pelik juga dia kenapa Zafril datang lewat harini.Paling penting yang menarik perhatian lelaki itu hanya mengenakan T-shirt lengan panjang biasa bersama seluar slack.

"Ha? Kenapa? Ada kerja apa-apa ke pagi ni?"

"Tak ada.. cuma pelik je Dato datang lewat"

"Hmm.. biasalah bini ada kerja, sekarang dah ada anak pengasuh pula tak ada kat rumah memang lewatlah saya.."Kata Zafril.

Nadia ketawa.

"Patutlah.. biasalah tu Dato, sama-sama bekerjaya.. yang penting anak tak terabai.."

Zafril tersenyum.Kalau Dari hati dia rasa dia dah abaikan Nayla.Kerja pun pagi sampai ke petang baru balik.Masa untuk Nayla kurang juga.Cuti pun dia masih kerja.

Dahlia? Lagilah.. tak pernah cuti.Tapi Dahlia masih ada masa dengan anak mereka.

"Dato nak kopi ke or anything?"Tanya Nadia.Dia mahu selesaikan apa yang patut,tapi dah alang-alang jumpa bos.Dia kena pastikan kerja dia dengan Dato selesai dulu.

"Nothing.. cuma.."

"Cuma?"

"Boleh tak awak tempahkan tiket bercuti ke Korea minggu depan?"

Nadia berfikir sebentar.Jadual Dato pun tidak terlalu sibuk kemudian dia anggukkan kepala.

"Okay.. boleh, Dato satu fam ya?"

"Kalau boleh awak tempahkan sekali untuk mama dengan papa saya lepastu Maya dan Daniel.. semua lah"

"Baik.. nanti saya settlekan.. saya kerja dulu ya.."

Zafril tersenyum berjalan masuk ke pajabat.Tak sabar nak bawa anak bini pergi bercuti bersama keluarga.

Masuk je dalam pejabat.Telifon yang berada tangan berdering.Screen telifon memaparkan panggilan dari pihak tabika Nayla.

"Kenapa pula ni?"

Tombol hijau ditekan.Zafril menjawab panggilan.

"Hello?"

"Hello papa!"

Agak menjauh telifon dari telinga Zafril bila mendengar suara anaknya.

"Ye?"

"Kenapa papa bagi Nayla pakai seluar tidur!! Bukan seluar track suit!"

Membulat mata Zafril mendengarnya.Dia tak perasan ke waktu pilih seluar Nayla semalam.Tadi hantar Nayla pun tak perasan.

"Ya Allah sayang.. sorry-sorry papa minta maaf,papa hantar seluar okay"

Bersambung.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience