"Peningnya.."berkali Zafril menghirup ramuan minyak bagi melegakan mual yang dia rasa.Rasa giveup dah, nak bangkit pun tak larat.Lepas Nayla dapat balik dari hospital,dia biarkan Amina dan Kamal bantu menjaga Nayla.Nak harapkan dia? Entahlah..
Zafril bangkit dari katil.Keluar Dari bilik.Beberapa langkah menuruni anak tangga,dia melihat Dahlia yang berada di ruang tamu sedang suapkan Nayla makan.
Amina juga berselisih naik tangga.Pandangan turut dialihkan memandang apa yang Zafril lihat.
"Hmm.. kalau rindu pergi lah peluk,sah lagi kan?"
"Apa mama ni.. tak ingin lah Zaf,suruh je Haedar yang meringkuk dalam penjara tu peluk dia,biar sama-sama bau banduan.."Balas Zafril.
"Ish tak baik cakap macamtu.. setiap orang ni boleh berubah Zaf.. Janganlah kamu terlalu ikutkan ego kamu tu"Kata Amina.
"Malas lah ma nak dengar, pening kepala Zaf ni.. kalau orang boleh berubah mana nak tahu kan berubah balik dia jadi macam dulu nanti.. curang pulak"Zafril turun kebawah.Amina hanya gelengkan kepala.Memang susah nak redakan marah Zafril.
"Papa! Papa nak pergi mana? Papa dah sihat?"Nayla menyapa papanya.
"Papa dah okay, papa nak keluar kejap ambil angin.. Nayla duduk lah dengan mama,makan bagi habis.."Kepala Nayla diusap.
"Papa makanlah sekali,mama masak sedap.. dah lama kita tak makan sama-sama.."Nayla menarik tangan Zafril.
"Tekak papa ni tak lalu la nak makan makanan yang dibuat oleh tangan Kotor.. nanti papa sakit.. Nayla nak papa sakit ke?"
Tersentak juga Dahlia mendengar.Begitu marah Zafril sampai berkata buruk macamtu.Kalau tak sudi makan pun tak payahlah sampai nak menghina dirinya dihadapan anak.
"Nayla mari makan.. nanti papa lapar papa makan"
"Kau buat apa yang datang rumah keluarga aku?"Tajam Zafril melihat Dahlia yang sama sekali tidak berani menatapnya.
"Saya datang nak jenguk anak saya.. maaflah kalau saya menganggu.."
"Sangat! Dah la kaki Kotor pijak pula rantai rumah aku,ish busuk tahu?"
"Patutke awak hina saya depan anak? Kalau awak nak hina saya sekali pun hinalah,tapi jangan depan anak"Dahlia memberanikan diri menatap anak mata Zafril.
Zafril ketawa.
"Peduli pula kau dekat Nayla,sebelum ni sibuk je kerja.. takpalah kalau kau nak aku hina kau nanti-nanti aku hina kau ya.. sebab mulut aku ni tak reti cakap baik-baik dengan kau.."Kata Zafril
Dahlia terdiam.Dia menundukkan semula.Sakit sangat hatinya pada Zafril.Tapi apa yang dia boleh buat? Dulu lagi sakit hati Zafril dengan apa yang menjadi olahnya.
"Maafkan saya.. saya datang sini niat nak jumpa anak saya,saya rindu anak saya.. saya takkan lama,nanti saya balik"
"Siapa yang bagi balik?"Kamal mendekati mereka.
"Papa.."
"Papa tak izinkan Dahlia balik, Zaf kamu tahu kan Dahlia ni tak ada apa-apa.. keluarga dia pun tinggal jauh,takkanlah dia nak ulang alik dari rumah keluarga dia datang jenguk Nayla.."
"Biar la pa, siapa suruh dia percayakan lelaki tu.. tapi kalau Bab Kafe tu minta maaf lah papa,dia guna modal Zaf.. Tapi saham Zaf dah dibeli oleh jantan tu.. bukan niat nak ambil balik.. tapi demi protensi syarikat.."Riak Zafril.
"Jangan kamu abaikan tanggungjawab kamu Zaf,Dahlia Masih isteri kamu dia dia tengah mengandung.. jangan kamu nak pisahkan dia dengan anak dia"Tegur Kamal.
"Zaf tak pisahkan dia dengan Nayla,dia ada duit beli lah rumah lain.. oupss lah lupa,dah miskin kan Hahahhaha tapi pelajaran kan tinggi,buat lah bisnes lain ke"
Rasa berkaca mata dengan perangai Zafril.Kalau ikutkan dia nak je lari keluar dari rumah ini,tapi demi niat nak stabilkan rumahtangga dia bertahan.
"Maaf papa.. Lia ada je sewa rumah.. nanti Lia--"
"Tak boleh,Lia tidur sini.. kamu Masih tanggungjawab Zafril.. lagipun boleh juga kamu tengok-tengokkan Nayla.. suami kamu ni pun bukan sihat sangat ulang alik tandas je kerjanya"Kata Kamal.
Zafril pandang Kamal tak puas hati.
"Papa ni kan.."
"Jangan nak melawan.."
Kamal meninggalkan mereka berdua.Terus Zafril mencengkam bahu Dahlia.
"Argh sakit!"
"Puaslah kau papa backup? MAK KIAH!"
"Ye Dato"Terkejar-kejar Mak Kiah Dari dapur keraha mereka.
"Mulai harini jangan biarkan Nayla makan masakkan siapa pun termasuk perempuan ni.. Saya taknak anak sayang sakit, entah apa niat dia ni nak berlakon.."
"B-baik Dato.."
"Sampai hati awak kan.. Sampai macamtu sekali awak cakap dekat saya.."Suara semakin bergetar.
"Hah? Kenapa? Sampai hati? Dengar baik-baik.. mana hati kau ya waktu kau curang dengan aku? Hilang kan? Macamtulah aku,hati aku dah hilang untuk kau.. jangan ingat kau datang sini buat baik apa semua hati aku akan kembali dekat kau.. cukup lah Dahlia,aku dah cukup benci dengan kau.. "
"Tak apa,kalau itu yang awak nak saya terima.. anggaplah saya ni pembantu rumah.."
*
"Awak tinggal sini dulu ke?"Tanya Mawar.
"Macam tu lah,Saya nak tinggal mana lagi? saya bukan ada tempat tinggal dah.."
"Awak ni.. janganlah cakap macamtu,ni ujian rumahtangga.. saya yakin awak kuat.."Mawar menggosak berlakang Dahlia.
"Dia dah bencikan saya,apa lagi yang saya nak buat?"
"Dia tengah marah tu,saya yakin dia masih sayangkan awak.. insyaallah saya doakan awak ya"
"Mawar,boleh tak saya nak minta tolong sikit?"
"Apa?"
"Dekat tempat kerja Aiman kosong lagi tak? Saya nak kerja la.. sementara saya kuat lagi,nanti dah sarat saya tak larat sangat.. saya nak kena tabung duit..."Kata Dahlia.
"Nanti saya tanya dia,Kalau awak perlukan apa-apa awak bagitahu je saya.."
"Terima kasih.."
"Saya balik dulu ya? Ni baby dalam ni aunty Mawar balik dulu okay?"
"Hahah,ok aunty balik elok2 okay.."
Hilang sahaja kereta Mawar Dari pandangan.Hilang terus wajah cerita Dahlia.Macam mana dia nak kerja ni.Lepas bersalin pasti Zafril akan ceraikannya.
"Siapa suruh kau buat jahat dekat dia? Terima je lah karma sekarang"
Dahlia kembali masuk ke dalam rumah.Baru masuk je dia dah tengok rumah berselerak penuh dengan mainan.
"Nayla... Kenapa bersepah sangat ni?"Dahlia cekak pinggang memandang Nayla yang tersengih.
"Hihi sorry mama"
"Nayla.. mama penat Tau kemas rumah ni.. tak kesian dekat mama ke?"Satu persatu mainan dikutip.Kalau dia tak buat nak harapkan siapa lagi.Memang lah ada pembantu.Tapi takkanlah nak harapkan mereka sahaja.
Dahlia memegang pinggang.Sakit betul pinggangnya bila tunduk bangun macamni.
"Aduh.."Dahlia berdiri tegak.Dapat dengar bunyi 'krakk' bila dia tegakkan badan.Nampak sangat dah tua hoho..
"Nayla kenapa buat sepah?"Soal Zafril yang baru keluar dari dapur.Ingat tak ada dekat rumah.
"Sorry papa.."
"Tolong mama kemas, papa datang kejap lagi papa nak tengok bersih semua okay.."
Zafril menoleh melihat Dahlia.
"Sakit pinggang? Nanti suruh Mak Kiah urutkan.. aku sibuk"pesannya.
Terharu Dahlia.Dalam marah lelaki itu tetap ambil tahu tentang ya.Namun senyuman Dahlia pudar apabila Zafril menoleh kearahnya semula.
"Jangan nak perasan sangat.. kalau jadi apa-apa dekat aku susah.. kau sakit padan lah muka,dah tahu sakit pinggang gagah buat kerja kenapa? Bodoh betul lah kau ni.."
"Papa cakap bodoh dekat mama!"Nayla menyentak mereka.Dia memandang Zafril dengan kening yang tajam.
"No! I just want to say.. she so stupid,kemas sekarang Nayla!"Zafril menjeling Dahlia kemudian pergi Dari situ.
"Mama.. kenapa ni? Papa marah kita.."
"Tak papa marah mama je.. papa tak sihat,dia tak suka tengok rumah bersepah.. kita kemas sama-sama ya?"Air mata yang menitis dikesat secepat supaya Nayla tidak nampak.
'ya Allah kuatkan hatiku.. begitu benci dia padaku.. kau lembutkanlah hatinya..'Itu sahaja yang Dahlia mampu lakukan.Berdoa.
*
Pintu bilik dibuka Dahlia.Zafril sudah Lena diatas katil.Penat lelah seharian melayan kerenah Nayla yang semakin pulih.
Dahlia baringkan tubuhnya di atas katil bersebelahan Zafril.Sempat dia curi-curi melihat wajah yang dia rindu itu.
'Apa yang Lia boleh buat untuk abang maafkan Lia? Lia akui.. Lia bodoh.. bodoh sangat...'
'memang layak abang gelar Lia bodoh.. Lia rindu nak peluk abang.. Lia rindu suara abang.. Lia rindu senyuman abang.. Dan Lia rindu kehidupan kita dulu..'
Zafril beranjak mendekat kearah Dahlia dan buatkan badan Dahlia kaku tak bergerak apabila tangan Zafril mendarat di atas perutnya.
Merasa pelik dengan bantal peluk disebelah.Zafril meraba lagi Dan menaikkan tangganya keatas.Asal macam lembik ni? Mata Masih terpejam.
Bantal fashion apa pula ni?
Rasa macam merasa semacam je bantal tu.Tapi malas nak hirau.Dia angkat kaki saja mahu peluk bantal tersebut.Tidur macam orang bujang lah katakan.
"Argh!"
1...
2...
3...
Mata Zafril terbuka luas.Terkejut melihat dirinya mendakap tubuh Dahlia disebelah.Terguling Zafril jatuh dari katil.
"Abang!"
"Aduh..." Sakit betul punggung dia yang terhentak lantai.Meringis sakit Zafril dibawah.
"Awak okay tak?"
"Kau buat apa dekat bilik aku?!"
"H-habistu Lia nak tidur mana?!"
"Ish kau ni aku jijik la nak tidur dengan kau,banyak lagi bilik dalam rumah ni kau tidur je lah!"Zafril bangkit berdiri.
"T-tapi nanti mama cakap apa pula.."
"Semua orang dalam rumah ni tahu yang aku tengah bencikan kau,tak mustahil mama nak halang.. tempat tidur bilik lain selesa lagi.. lainlah kalau aku suruh kau tidur dekat sofa"
"Takpalah kalau macamtu.. maaf,Lia pergi tidur dengan Nayla je.."Dahlia bangkit dari pembaringan.
"Jalan lah cepat sikit,bukannya sarat lagi lembab lah!"Zafril mengambil bantal dan melemparkan sekuat mungkin pada Dahlia.
Pintu dikunci rapat selepas Dahlia keluar dari bilik.
"Kacau tidur aku betul lah perempuan ni.."
Zafril kembali baring.Tapi matanya Masih belum tutup bila ada satu bau yang dia tangkap.
"Bau apa ni?"
Zafril mencium bau badannya.Bukan.Bau bilik? Bukan.Bau perfume? Bukan.Bau baju? Bukan.
Zafril melihat tempat yang Dahlia baring tadi.Lekat elok bau badan Dahlia.Memang wangi Dan menjadi ketagih bagi Zafril.
Bantal yang Dahlia alaskan tadi dia ambil kemudian menciumnya.
"Asal sedap pula bau badan perempuan ni.. ishhh merepek lah,pergi jauh la kau,tak payah nak angau sangat dengan betina tu"Bantal Dahlia dilempar jauh.Zafril kembali tidur.Satu badan dia selimut.
Pusing ke kiri tak kena.Ke kanan tak kena.
"Tolonglah.. dalam banyak-banyak bau kenapa kena bau badan dia.. plis!! Aku dah rasa nak menangis dah ni"Zafril jambak rambut sendiri.
"Nak bau tu haaaa..... Macam mana ni,tak boleh tidur.."Terguling-guling Zafril di atas katil itu.
"Aku rasa mesti perfume dia.. yes! Barang dia ada dalam bilik ni!"Zafril bangkit memunggah segala barang milik Dahlia.Satu sahaja perfume yang Dahlia bawa.
"Tak sama!"
Zafril menangis.Betul-betul menangis hanya kerana mahu menghidu bau wangian segar daripada tubuh isterinya sendiri.Tapi disebabkan ego,dia memang kalah.
"Macam mana ni.. nak bau tu.. haaa"
"Ok macamni.. relax Zaf.. control diri"
"Tak!!"
Zafril berlari ke bilik Nayla.Tak ketuk pintu ,dia terus masuk buatkan Dahlia terkejut beruk melihatnya yang menangis.
"Kenapa ni? Abang menangis?"
"Tolonglah.. aku ni Masih marahkan kau Tau,tapi aku jujur aku tak Tau kenapa aku perlukan bau badan kau sekarang.."
Bersambung...
Share this novel