1

Romance Series 111084

Sejak menjadi seorang ibu.Makin banyaklah tugas yang perlu Dahlia lakukan demi keluarganya.Lagi-lagi dia adalah seorang ibu yang bekerja.

Tunggang-langgang dapur pagi ni.Jam sudah pukul tujuh pagi.Sepatutnya waktu macamni mereka sudah duduk makan sarapan bersama tapi harini boleh pula terlewat.

"Err roti bakar dengan sekaya lepastu air kopi, untuk Nayla susu.. okay lah tu"Dahlia menghidangkan di atas meja.Nak buat lebih-lebih tak sempat.Lewat pula suami dan anaknya mahu pergi kerja nanti.

"Good morning mama.."Sapa mesra Nayla.

Dahlia angkat wajah memandang kedatangan Nayla bersama suaminya.Siap berpakaian kemas mereka pagi ini walaupun terlewat.

"Morning too sayang mama,duduk makan.. sorry ye harini mama bangun lewat kita makan roti bakar je"Kata Dahlia.

"Okay lah tu sayang, dari tak makan kan.. Nayla makan cepat,nanti lewat pergi tabika"

Dahlia tersenyum.Melihat Zafril dan juga Nayla makan pun sudah buat dia kenyang.Satu nyawa dan satu hati.

Dahlia tak sangka.Sampai tahap ini juga mereka bertahan.Tapi kalau tak sebab perkara dulu terjadi,mungkin Dahlia tidak akan dapat merasakan moment indah harini.

Melihat Nayla Zafiya tumbuh besar dihadapan mereka bersama-sama.Manikmati penat lelah menjadi seorang ibu dan ayah.Itu adalah perkara baru bagi mereka berdua.

"Sayang? Tak makan ke termenung kenapa?"Zafril menghentikan lamunan Dahlia.

"Ha? Tak selera lah nak makan pagi.. Tengok abang dengan Nayla makan pun dah kenyang"Kata Dahlia bersama senyuman.

"Kenyang apanya kalau tengok, makanan tak masuk perut pun.. makanlah sikit,alas perut sebelum pergi Kafe"

Zafril mengambil roti miliknya lalu disuap sedikit ke dalam mulut Dahlia.Tidak menolak,Dahlia makan sahaja.

"Ermm not bad, Nayla,suka tak roti tu?"Dahlia dan Zafril memandang anak perempuan mereka yang turut menikmati sarapan pagi.

"Suka sangat, thank you mama.."

"Sama-sama sayang"Tersenyum Dahlia.

"Abang nak hantar Nayla pergi tabika ke?"Tanya Dahlia.

"Haah, kenapa?"

"Takpelah sebab saya dah lewat sebenarnya nak pergi Kafe"

"Takpe abang hantar,kesian sayang nak bangun pagi buat itu ini lepastu hantar anak pergi sekolah pula.."Kata Zafril.

"Terima kasih abang.. faham saya"Dahlia menyentuh sedikit tangan Zafril.Isteri mana yang tak suka kalau suami sangat faham dengan keadaan menjadi seorang isteri dan ibu dalam satu masa ni.

"Balik nanti sayang ambil Nayla boleh? Abang takut abang balik lewat"

"Boleh je.."Dahlia anggukkan kepala.

Dahlia menoleh semula kearah Nayla.Roti ditangannya sudah habis.Gadis kecil itu turun dari kerusi dan menuju ke singki untuk mencuci tangan.

"Nayla dah siap?"Zafril bertanya mahu memastikan.

"Ya,dah siap papa.."Jawab Nayla.

"Okay let's go"

Zafril bangkit dari duduk.Dahlia mengambil beg Zafril dan juga beg sekolah Nayla Dan dibawa ke pintu hadapan.

"Abang pergi kerja dulu"Zafril menghulurkan tangannya lalu dikucup Dahlia.

"Saya minta izin pergi kerja juga.."Kata Dahlia.Sempat juga mencium pipi suaminya.

"Ish mama ni sudah la.. papa Nayla punya"Nayla memotong kelakuan mama papanya.

Terus ketawa Dahlia dibuatnya.Kemudian dia menundukkan sedikit badan dan mencium dahi anaknya.

"Sorry la mama lupa,pergi sekolah berlajar baik-baik okay.. jangan nakal"Sempat dia memesan.

"Okay mama.. love you"

"Love you too sayang.."

*

*

*

"Papa.."Panggil Nayla.

Zafril yang fokus memandu terus mengerling sebentar cermin kereta melihat anaknya di kerusi berlakang.

"Ye sayang?"

"Nayla nak pergi main salji boleh?"Soal Nayla.

"Main salji?"Terangkat kening Zafril.Tak berapa faham apa yang dimahukan anaknya.

"Ya,pergi main salji dekat tempat yang sejuk tu.. yang kita pergi dulu tu"Termuncung-muncung mulut Nayla menjelaskan kepada papanya.

"You mean Korea?"

"Yes, yang mama cakap Anyeonghaseo tu.."

"Haah Korea lah tu, hai.. cepat betul dia dapat tangkap bahasa Korea eh,nasib awak lah dapat mama yang pernah tinggal dekat sana.."Zafril gelengkan kepala.

Senang kata like mom like daughter.Segala perangai dia ikut mama dia.Cuma muka,je ikut papa.Itu yang susah Zafril nak handle.Ada Dua perempuan sekali gus.Kalau merajuk dua-dua taknak kalah.

Nasiblah tak berbini dua dulu...

"Nanti papa tanya mama dulu okay?"

"Alaa papa, kita dah lama tak holiday.."

"Ye lah,kalau nak holiday pun kena tunggu cuti sekolah lah mana boleh pergi waktu sekolah.. nanti macam mana nak pandai?"

"Hmm betul juga,tapi Nayla boring la papa asyik duduk rumah dengan Cik Mia je.. mama papa balik kerja lewat"

Terkesan dihati bila Nayla bercakap begitu.Budak tak pandai menipu.Apa yang diluahkan kadang-kadang itu menganggu dirinya juga sebab itu mereka luahkan.

Tangan menarik di stereng kereta.Bibir dikemam.Tiba-tiba rasa bersalah.Dari kecil sampai besar,memang Nayla lebih rapat dengan pangasuhnya Mia.

Dia sibuk bekerja dipejabat.Kalau tak kerja siapa pula yang nak bagi makan anak bini?

Dahlia.Buat masa sekarang biarlah dia capai apa yang dia mahukan.Seorang wanita tak semestinya perlu duduk rumah menjadi suri rumah.

Walaupun Dahlia bekerja, tanggungjawab dia sebagai seorang isteri dan ibu tak pernah dia tunda.Semua dia lakukan.

Jaga makan minum suami dan anak semua dia lakukan.Memasak pun dia yang masak.

Macam mana Nayla boleh rapat? Kerana bila Zafril dan Dahlia pergi kerja.Nayla akan tinggal bersama pengasuh Mia.

"Papa minta maaf okay? Papa akan bincang dengan mama.."

Kereta membelok masuk ke pekarangan tabika swasta.Zafril keluar terlebih dahulu untuk membantu menyarungkan beg galas pada anaknya.

"Bye papa.."

"Bye sayang, berlajar baik-baik okay?"Tangan Zafril dikucup Nayla.Kemudian pipi Nayla menjadi singgahan bibir Zafril.

"Selamat pagi Nayla.."

Sapa seorang gadis berpakaian baju kurung mendekati mereka berdua.Zafril tersenyum manis.Kini Nayla sudah berpindah memegang tangan guru wanita itu.

"Eh selamat pagi Dato.."

"Selamat pagi cikgu.."

"Saya bawa Nayla masuk dalam dulu ya? Nayla dah salam papa?"Tanya Lina.

"Dah.."

"Okay good girl, kami minta diri dulu ya.."Lina tersenyum sebelum masuk ke dalam tabika.

Sempat Nayla memberi lambaian pada Zafril.Ketawa Zafril dibuatnya.

*

*

*

"One ice mocha latte and set pancake for 2 people?"

"Yes"

"Total RM35.95"

Duit yang diberi pelanggan diambil kemudian dipulangkan baki.

"Boleh duduk dulu ye,nanti saya hantar dekat meja.."Kata Dahlia.

Jaga kaunter diambil ahli semula oleh pekerjanya.Dia bergerak kedapur.Suasana dapur tak payah Kata,memang riuh lah awal pagi kerana banyak main tepung untuk menu breakfast.

""Harini barang Masih ada stock ke?"Tanya Dahlia.Keluar sudah aura bos.

"Cukup Datin,cuma bahan basah je tinggal sikit lagi"balas seorang pekerja.

Dahlia hanya anggukkan kepalanya.Disebalik dapur ada pintu mahu ke bahagian belakang Kafe.Tertarik Dahlia mahu kebelakang apabila mendengar seperti ada suara jatuh.

"Ya Allah Mawar.."Jerit kecil Dahlia apabila melihat bawah sudah jatuh terduduk memegang kakinya.

Dahlia mendekat kearah Mawar.Membelek wanita itu.

"Awak kenapa ni? Jatuh ke?"Tanya Dahlia.

"Haah, lincin pula lantai tu.."Jawab Mawar.Merintis sakit dia apabila Dahlia memegang kakinya yang terasa sakit.

"Eh jom kita pergi klinik lepastu saya hantar awak balik.."Saran Dahlia.

"Eh tak payah la,awak call Aiman je.."Mawar

"Ini kalau biar nanti masuk angin Tau,saya call Aiman suruh ambil awak dekat,jom kita pergi klinik.. jangan degil okay"

*

*

*

Mawar sedang dirawat di dalam.Dia Masih setia menunggu di luar.Sambil tu tunggu Aiman juga datang.Tak lama itu,kelibat Aiman masuk ke dalam klinik menyapanya.

"Mawar masuk dalam ke?"Tanya Aiman.

"Haah,awak nak masuk pun takpa tu,dokter tengah balut kaki dia.."Kata Dahlia.

"Apa yang terjadi?"Tanya Aiman.Muka cuak semua dia tayang.Risau dengan isterinya itu

"Dia jatuh.. insyaallah tak ada apa-apa.. ni saya balik dulu cafe tinggal dekat pekerja je ni.."Kata Dahlia.

"Ya ya terima kasih bawa isteri saya datang klinik,kirim salam dekat Dato.."

"Ya baik"

Dahlia melangkah keluar dari klinik.Kepala dah terfikir Kafe yang dia tinggal.Bukan nak boleh harap sangat budak-budak tu buat kerja.Ada je yang kuat menyembang.

Dari tadi Dahlia perhati CCTV melalui telifon.Orang tengah ramai boleh lagi mereka bergelak ketawa.Nasiblah dia tak sampai hati nak marah.Kalau tegur tu boleh je.Tapi kena depan-depan kalau tak,tak dibuat punya arahan dia.

"Mana pula kunci kereta.."Beg diselongkar mencari kunci kereta.Baru sahaja dia mahu buka kunci pintu kereta,tiba-tiba beg tangannya diragut kasar oleh seorang lelaki.

"HEY!!!! BEG AKU!!! TOLONG!!!" Tak sanggup nak tunggu orang datang tolong.Dahlia buka langkah berlari bersama heels 5 inch.

"Beg aku!!"Jerit Dahlia.

Lariannya menjadi tidak stabil bila dia berlari di permukaaan berbatu.Dahlia terjatuh.Macam mana tak jatuh kalau lari dengan kasut bertumit tinggi.

"Aduii sakit..."Pandangan dihala kedepan.Ada seorang lelaki mendekat kearahnya.Dan dia lihat beberapa orang lelaki tengah tahan peragut yang mengambil beg tangannya.

"Cik okay?"Tanya lelaki itu.

"S-saya okay.."Dahlia memandang beg tangannya yang berada pada lelaki itu.Melihat kelakuan Dahlia terus lelaki itu memberikan kepadanya semula.

"Terima kasih cik.."Kata Ameena.

"Sama-sama.. cik okay ke ni? Ada yang sakit?"

"Tak saya okay,jatuh sikit je ni.. cik.."

"Saya Haedar Raeef, panggil saya Haedar"

Bersambung...

Jangan lupa rates,komen and support okay.. support korang sangat dihargai..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience