21

Romance Series 111084

"mama.. papa mana? Nayla rindu papa.."

"Papa datang kejap lagi.. mama ada masakkan Nayla bubur,makan sikit ya sayang?"

Dahlia menyiapkan Nayla dengan bubur yang dibawanya Dari rumah.Tersenyum,bahkan terucap kesyukuran dengan kesihatan Nayla yang semakin membaik.

"Mama.. Nayla nak jumpa papa.. Nayla rindu papa.."

"Iya.. kejap lagi papa datang,Nayla kena makan dulu kalau tak nanti papa marah.."

"Kenapa hidung mama berbalut.. muka mama lebam.. mama okay?"

Dahlia Diam.Tapi dia hanya tersenyum palsu.

"Mama okay sayang,mama jatuh sikit je.. tapi mama kan kuat"Kata Dahlia.Wajah Nayla yang persis Zafril dipandang dalam.

Memang tak ada beza.Muka dia copy Zafril betul.Fikiran sudah jauh bila teringat dengan kejadian sekarang.Entah apa akan jadi diantara rumah tangga mereka.

"Mama nak minta maaf sayang.. mama janji,lepasni.. mama tak akan abaikan Nayla,mama akan jaga Nayla hingga hujung hayat mama.. Nayla lah jantung mama.. mama menyesal sangat-sangat"Tubuh Nayla didakap.

"Mama.. mama tak salah.. mama jangan nangis.."

"Nayla janji ya,Nayla kena sihat demi mama?"

Nayla tersenyum kemudian mengangkat tangannya ala-ala kapten.

"Baik mama! Nayla kena kuat sebab Nayla nak jaga adik Nayla nanti"

"Hahahah good girl lah kakak Nayla ni,sambung makan"Dahlia menyambung suap Nayla.

Disebalik itu,ada telingan yang dipasang mendengar perbualan mereka.Pintu kini terbuka luas.Zafril berdehem sekilas buatkan keduanya memandang.

"Papa!!"

Teruja Nayla.Tak mahu gadis itu meloncat kerana Masih banyak wayar yang menganggu pergerakkan.Zafril mendapatkan Nayla lalu memeluk tubuh kecil yang dia rindu itu.

"Ya Allah rindunya anak papa.."

"Nayla rindu papa juga,Nayla cari papa.. kenapa papa pergi kerja lama sangat... Papa tak sayang Nayla dah ke?"

Zafril gelengkan kepala.Taktahu nak jawab apa.Sebak juga bila Nayla berkata begitu.Dimana dirinya waktu Nayla perlukan.

"Maafkan papa.. papa janji, papa akan jaga Nayla.. Papa takkan tinggalkan Nayla lagi.."

Dahlia ikut tersenyum walaupun dia tahu di situasi ini dia tidak diperlukan.Melihat cara Zafril pun sekolah menghalau dirinya keluar dari wad Nayla.

Apa-apa pun dia yang perlu berusaha untuk selesaikan semuanya kerana dia yang menjadi punca.

"Papa tahu Nayla nak jadi kakak? Dalam perut mama ada baby.."teruja gadis itu menceritakan.

"Iya? Nayla seronok?"

"Seronok papa seronok tak?"

Zafril hanya ketawa.Tapi senyuman Dahlia terus pudar.Dia yakin,Zafril tak akan menerimanya dan masih dengan fikiran yang sama.

"Mestilah papa seronok.. sebab dia nak dapat anak lagi kan tok mama?"Kamal masuk bersama Amina.

"Iya bang.. ni kamu berdua dah makan ke belum?"

Soal Amina.Keduanya menggelengkan kepala.

"Haaa bagus.. mama bawa masak lemak Ayam dengan sup sayur,bukan apa buat sup sayur ni Nayla pun boleh makan tak payah susah-susah balik rumah masak.."Kata Amina meletakkan bekal Dan dengan sengaja dia membuka penutup dihadapan Zafril.

"Wahh...sedapnya mama masak,terima kasih mama.. susah-susah je.."Kata Dahlia.

"Tak apalah.. ni Zaf pun berapa hari dah tak makan,nak rasa Zaf sup sayur mama? Mama hidangkan?"Amina mengangkat mangkuk tersebut mendekat kearah hidung Zafril.

"Ma... Janganlah"Zafril menolak bekal.

"Kenapa? Tak suka dah masakkan mama.. sampai hati kamu ni.."

"Mama ni.. ma--"Zafril tidak menyambung percakapannya.Dia mengawal riak wajah tapi hakikatnya,rasa hujung je muntah tu.Malu nak muntah dalam tandas wad Nayla.Zafril keluar dari situ.

"Hahahaha padan muka.. anak orang lain konon"ketawa Amina dibuatnya.Kamal juga ikut tertawa.

"Keras hati,ego memang macamtu.."Kata Kamal.

Sedangkan Dahlia hanya bingung dengan apa yang dikatakan mertuanya.

"Kenapa ma?"

"Lia,kamu pergilah tengok suami kamu tu,dia kena alahan mengandung kamu tahu.. itu yang ego emosi semacam.."Ujar Amina.

Baru tahu Dahlia.Patutlah Kali ini dia tak dapat alahan lansung.Rupanya alahan lekat dekat Zafril.

"Mama.. Papa.."

"Ye?"

"Lia nak minta maaf.."

"Sudahla Lia,perkara lama biarlah,mama papa dah maafkan Lia walaupun kami agak kecewa dengan apa yang kamu buat.."

"Tapi apa apa pun kamu kena kuat demi anak, Zafril tu Insyaallah akan terima kamu kalau dia yakin yang kamu sudah berubah.."Kata Amina.

"Terima kasih mama papa.. Dahlia janji Dahlia takkan buat hal lagi..Dahlia memang rasa bersalah sangat.. rasa diri ni bodoh sebab ikut lelaki lain.."

*

"Bwurkk!!"

Dah berkali dia muntah hanya sebab bau sup sayur yang dimasak Amina.Kalini memang tak tahan.Bukan ada sayur je dalam sup tu,tapi ada udang.

Pelik Zafril dengan diri sendiri.Sekarang memang susah nak terima makanan.Itu tak kira lagi waktu pagi,berpuluh kali ulang masuk tandas sebab loya tekak.

"Hahhh... Zaf kau ni ada penyakit apa pula,tak larat lah nak muntah.."Cermin yang menampakkan dirinya yang serabut sebab tak sikat rambut.

"Tah tah.. aku ada penyakit kronik? Macam mana ni? Aku sakit apa sebenarnya?"

"Haah penyakit kronik.. teruk sangat"Zafril melihat Dahlia masuk dengan tidak bersalah.Dia masuk tandas lelaki!

"Kau buat apa dekat sini? Eh keluarlah.. nak sibuk pahal lantak lah aku ada penyakit kronik ke apa,kau nak ambil peduli sangat ke?"

"Ye.. saya ambil peduli sebab awak suami saya,takkan saya nak biarkan awak lemah dekat sini? Kalau jadi apa-apa dekat awak macam mana?"

"Tch...eh pergi mampus lah dengan lakonan kau tu, aku ni dah muak sebenarnya nak tengok lakonan murah kau ni,rasa cam betul-betul murah tahu?"

Dahlia tak hiraukan kata-kata Zafril dia mendekati Zafril.Botol minyak panas dibuka lalu dicalitkan sedikit.

"Kau nak buat apa ni?! Tak payah pegang aku la.."Zafril menepis tangan Dahlia.

"Saya tak kisah abang nak cakap apa pun,saya terimma seikhlas hati makian abang terhadap saya.. cuma,bagilah perluang saya nak sapu minyak dekat dada abang biar hilang mual tu.."

"Kau tahu mana aku mual?"

"Habistu bunyi muntah tadi,sampai luar dengar Tau? Pakcik tadi pun tak jadi masuk.. risau dia"

Zafril menahan malu.Kuat sangat ke dia muntah tadi sampai terdengar dekat luar.

"Sinilah.."

"Tak payah! Kau sukalah kan aku sakit? Nanti kau boleh bersama dengan jantan tu.. Dan lagi satu aku lupa nak bagitahu, kafe-kafe kau tu bubar je lah eh.. membazirlah aku keluarkan duit untuk perempuan bodoh macam kau ni.."Zafril keluar dari tandas tersebut.

Terdiam Dahlia.

"Sampai bila aku akan macamni.. boleh ke aku bertahan?"

"Pakcik silap masuk tandas ke?"Seorang lelaki tua yang memakai pakaian hospital terjebak dihadapan pintu melihat Dahlia di dalam tandas lelaki.

*

"Macam mana Dokter.. saya ada sakit apa?"Tanya Zafril bila Dokter yang memeriksanya kembali ke meja.Risau,cemas dia memandang Dokter tersebut.

"Untuk pemeriksaan darah dan yang lain-lain tak ada penyakit apa-apa yang sah.. Dan antibody Dato Zaf yang kuat bersenam ni pun memang susah nak dapat penyakit.."Jelas Dokter tersebut.

"Jadi maksud Dokter saya ni tak sakit apa-apa lah?"

"Ya.. itu mungkin cuma perkara biasa.."

"Perkara biasa apanya Dokter,setiap pagi saya muntah,nak makan pun muntah lepastu kepala saya kerap pening takkanlah perkara biasa?"

"Itu memang perkara biasa,nanti saya bagi ubat tahan muntah dekat Dato lepastu minyak untuk Dato ambil hidu.."

"Dokter ni, dokter chek la betul-betul.. saya ni setiap pagi muntah tahu tak.. dokter pandai chek ke tidak ni, ke panggil je dokter lain tak mungkinlah perkara biasa.. ke mesin chek darah tu bermasalah.. Atau dokter ada bersubahat dengan siapa-siapa ,baik Dokter cakap kalau tak saya Saman hospital ni.."Tegas Zafril.

"Dato bawa bertenang.. Dato dah Salah faham ni.. ini memang perkara biasa dan simptom diawal semester"

"Semester apa pula ni? Saya sakit apa baik Dokter terus terang je.. jangan buat saya risau boleh tak?"

"Itu memang simptom awal kehamilan.. kalau isteri tak kena suami boleh kena Dato.. Dato pernah dengar suami dapat alahan Morning sickness? Macamtulah Dato.. yang Dato alami sekarang ni alahan disebabkan kehamilan isteri Dato.."

Lama Zafril menangkap Kata-kata Dokter tersebut.

"Saya jadi macamni sebab isteri saya lah?"

"Ya,isteri Dato hamil ke? Atau belum tahu lagi ke?"

"Habistu saya nak kena buat apa? Takkan nak tunggu isteri saya bersalin dulu saya baru sembuh,jenuhla.."

"Hahah biasalah Dato sama-sama tanggung baru rasa semangat untuk jadi ibu bapa.. apa apa pun saya ucakkan Taniah.."

'Jadi Dahlia mengandungkan anak aku?'Kata hati Zafril.

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience