"Mama!!"riang Nayla berlari mendakap Dahlia yang menolak beg bagasi mendekati mereka.
Suasana lapangan kapal terbang tak terlalu ramai pagi ni.Dahlia terpaksa balik naik flight kerana Mawar mahu gunakan kereta untuk urusan lain.Kalau ikut tu dia nak je balik sekali dengan Mawar.Tapi dah tak dapat ditahan rindu dengan Nayla dan Zafril.Risau juga sebenarnya..
Ye lah,Zafril bukan pernah jaga Nayla sendiri.Walaupun ada pengasuh.
"Rindunya sayang mama ni..."Dahlia memeluk anaknya.Pipi Nayla digomol sepuas mungkin.Nak lepaskan rindu.
"Papa dia tak rindu ke?"Zafril muncul Dari belakang.Dahlia tersenyum.Tangan Zafril dikucup,tak lupa itu dia hadiahkan kucupan di bibir Zafril.
Orang nampak pun nak kata apa kan, halal.
"Miss you too.."Kata Dahlia.
"Miss you more sayang"
"ni anak mama nakal tak duduk dengan papa?"Sambil berbual mereka berjalan masuk ke dalam kereta.
"Tak.. Nayla baik je cuma papa buat hal"Katanya masuk duduk di kerusi berlakang.
"What are you saying.. jangan bagitahu mama please"Kata Zafril baru masuk ke dalam kereta.
"Papa ada buat something ke?"Dahlia sudah pandang Zafril tajam.
"Haah"Jawab Nayla.
"Nayla.. kita dah janji kan"Isyarat Zafril agar tidak bocor rahsia mereka.
"Papa ada buat apa? Jumpa perempuan mana-mana ke?"Tak hirau sudah muka Zafril.Dia soalkan terus dekat Nayla.Budak2 mana pandai menipu.
"Apa sayang ni.. takkanlah abang nak buat macam tu"Kata Zafril yang fokus memandu.
"Papa buat apa,bagitahu mama.."
"Papa silap bagi Nayla pakai seluar tidur pergi school.."Kata Nayla.Zafril sudah pasrah.Nak buat camna.Janji dengan budak ni bukan senang.
"Papa bagi Nayla pakai seluar tidur pergi sekolah?"
"Haah yang corak my little pony tu mama.."
Nayla pandang Zafril.Zafril hanya fokus dengan memandu sekolah tak ada apa yang berlaku.
"Papa! Kenapa bagi anak pakai seluar tidur"bahu Zafril ditampar sedikit.
"Tak perasan sayang... Bentuk nampak macam seluar tracksuit"Balas Zafril.
"Ishh abang ni.."
"Tapi Nayla ada buat hal juga mama.."terlalu Jujur Nayla.
Lampu isyarat merah.Zafril pun turut pandang Nayla.Dia taktahu pula Nayla ada buat hal.
"Nayla buat hal apa pula?"Tanya Dahlia.
"Semalam dekat school Nayla bergaduh.."
"What?!" Sekali dengan Zafril terkejut.
"Bergaduh? Nayla buat apa?"
"Budak perempuan cakap kat kawan Nayla yang sorang lagi tu.. dia cakap mulut kawan Nayla besar, lepastu Nayla tuang lah gam dalam mulut dia.."Jujur Nayla.Buat apa nak menipu dia bukan reti menipu pun.
Dahlia pandang Zafril terkejut begitu juga Zafril.
"Abang tak tahu pun tentang ni.."Beritahu siap2.
"Habistu cikgu tak marah ke Nayla buat macamtu dekat kawan?"Tanya Dahlia.
"Ouhh cikgu tak marah sebab cikgu tak tahu.. Nayla buat waktu nak balik school depan mak dia"Kata Nayla.
"Ha? Habistu mak dia tak marah?"Terkejut Zafril.
"Mak dia marah.. hampir juga pukul Nayla tapi Nayla cakap something buat makcik tu sentap.."
"Nayla cakap apa?"Soal Dahlia
"Nayla elak dari kena pukul lepastu Nayla cakap, itu tangan ke tangki air? Berdaki betul tengok.. macamtulah Nayla cakap"
Membulat mata Dahlia dan Zafril.Dah macam nak terkeluar dah bola mata mereka.
"Ya Allah sayang mana boleh cakap macamtu!"
"Boleh la mama.. sapa suruh anak dia mulut jahat"
"Tapi kita tak boleh buat macam tu berdosa ingat tak papa ajar,kalau orang buat jahat dengan kita kita kena buat apa?"Tanya Zafril.
"Buat bodoh hahahah"
"Nayla!!"panggil Zafril dan Dahlia serentak.
"Kenapa tak cerita dekat papa perkara ni diam je.."
"Ouhh saje.. Nayla lupa sebenarnya lepastukan mama papa.."
Nayla dengan Zafril Masih menanti cerita anak mereka.Entah apa lagi yang Nayla buat.Biasalah perangai ikut perangai mak.
"Cikgu bagi makan roti.. tapi Nayla tak makan"
"Kenapa tak makan?"Dahlia angkat kening.
"Nayla letak dalam beg kawan tu"
Sekali lagi Zafril Dan Dahlia terkejut hingga kali ni Zafril break mengejut.
"Apa?"
"Haah, kan roti nanti dia berkulat jadi Nayla letak roti tu dalam beg dia.Nanti kulat tu berjalan pergi dekat dia lepastu makan mulut dia.. siapa suruh mulut jahat..."
Dahlia pandang Zafril mahu menangis.
"ABANG!!! ANAK ABANG BUAT HAL!!"
*
"Okay listen.. mama nak Nayla minta maaf dekat kawan Nayla.."
Nayla berdiri tegak dihadapan Zafril dan Dahlia.Bersedia nak terima hukuman.Itulah cara didikan mereka.Kalau ada buat salah pasti kena ada hukuman.Tak mahu terlalu manjakan.Biar dia tahu apa yang salah apa yang tak boleh buat.
Tapi tak pernah lagi mereka beri hukuman sampai melibatkan pukul2.
"Dengar tak cakap mama ni?"Bahu Nayla dipegangnya.
"Okay mama.."
"Kalau nak kawan kita kena jadi baik, walaupun kawan kita jahat dengan kita.. ingat kan mama pesan apa?"
"Jangan jahat dengan orang.."
Zafril hanya jadi pemerhati.Hati dia bukan kental sangat.Mudah kesian lagi-lagi bila dengan anak sendiri.Dia nak marah atau hukum? Lambat lagi.Tak sanggup rasanya.
"Kalau mama dengar Nayla buat lagi.. mama bagi Nayla tidur dekat dalam stor sorang-sorang"Pesan Dahlia.
"Nayla minta maaf mama.."
Dahlia angguk kepalanya.
"Lepasni kalau orang buat jahat macamtu,Nayla kena buat apa?"
"Ouu jangan risau mama lepasni kalau ada orang buat jahat macamtu Nayla tak tuang gam, Nayla tuang air loji je biar makin busuk mulut dia"Jawab Nayla.
"Nayla Zafiya Binti Zafril Ilyan.."Tegas Dahlia memandang anaknya.
Zafril pun dah kecut perut.Tapi bukan sebab Dahlia bertegas dengan anak mereka.Tapi ayat yang dilontarkan Nayla tadi buat dia betul-betul terkejut.Siapa lah ajar anak mereka.
"Mama tak suka Nayla buat macamni.. Jangan ingat kita mampu,kita boleh buat semua benda sesuka hati.. faham?"
Nayla angguk.
"Mama tak kira esok mama bawa Nayla pergi tabika,mama nak dengar sendiri Nayla minta maaf dekat kawan Nayla faham!"
Nayla angguk lagi.
"Sebagai hukuman, mama nak Nayla ambil penyapu sapu lantai ruang tamu.. mama nak tengok bersih!"Dahlia bangkit berdiri.Nayla sudah buat riak tidak suka.
"Mama ni.. baik tak payah upah maid kalau Nayla yang nak kena buat, lepasni biar Nayla je buat kerja rumah ni.. tapi syarat mama papa bayar Nayla hmmhh!"Gadis itu merajuk.Tapi tetap melakukan hukuman yang mamanya bagi.
Zafril ketawa kecil.Macam-macam kerenah Nayla sejak makin besar.
"Did you see it abang?"Dahlia pandang Zafril.
"What?"
"Cuba abang tengok perangai anak abang.. makin besar dah makin lain.."
"Apa yang sayang maksudkan.."
"Apa yang saya fikir and faham dengan situasi mungkin ada kelalaian kita didik dia.."Kata Dahlia.
"Mungkin sebab kita sibuk bekerja itu yang dia jadi macamtu.."Kata Zafril.
"Saya tak rasa macamtu?"
"Tapi abang rasa macamtu.. mungkin kita boleh ambil 40% sebagai punca perangai Nayla macamtu.."
"Dan.. selebihnya mungkin sebab dia dah dimanjakan dengan wang ringgit, dia tahu keluarga dia mampu.. dia tahu orang akan hormat dia sebab dia anak Dato.."Ujar Zafril.
"Jadi sekarang ni macam mana? Apa penyelesaiannya? Saya taknak anak saya besar jadi sombong macamtu.."
"Apa kata kita ajar dia hidup susah.. lepastu kita sama-sama Cuba untuk fokus dekat dia"Saran Zafril.
"Tapi susah.. kita sama-sama kerja"
Zafril diam di situ.
"Tapi rasanya tak salahkan cuti sekolah ni kita hantar dia balik rumah ummi dengan abi takpun rumah ibu dengan ayah.. sana kan kampung biar dia belajar sikit"Dahlia sengih nakal.
Zafril turut tersenyum.
"Eh tapi saya baru cadang nak pergi bercuti minggu depan.."Kata Zafril.
"Bercuti? Cuti pergi mana?"
"Korea.."
"Ya Allah abang.. minggu depan saya ada urusan dekat Kafe sebab nak tukar deco.. kenapa abang tak bincang dulu dengan saya.."Dahlia sudah kesal disitu.
"Yang.. abang ingat nak buat surprise kesian Nayla dia nak pergi Korea.."
"Itupun salah satu kita manjakan dia dengan harta.. Abang fikir,nak ikut dia ke atau nak didik dia?"Dahlia memeluk tubuh.Sudah hafal dengan Zafril.Apa yang puteri mereka mahu semua dia turuti.
Itu tak kira lagi.Si Nayla hanya bergurau nanti besar nak ada rumah besar macam mommy daddy.Tak besar lagi Zafril sudah belikan rumah banglo untuknya.
"Kita tangguh dulu.. sekarang fokus untuk didik anak kita"
Zafril angguk kepala.
"Tapi tiket rasanya dah pesan.."
"Jual balik,takpun awak bagi je dekat pekerja office"
"Tengok lah macam mana, kalau ada scandal boleh ajak pergi"Kata Zafril tanpa ada rasa bersalah.Saja nak usik bini.
Dahlia sudah renung Zafril tajam tapi Zafril hanya menayangkan giginya.
"Sudahlah saya nak naik atas nak mandi.. nak tidur,taknak layan lelaki miang ni.. nasib je handsome"Kata Dahlia menarik anak tangga ke tingkat atas.
Zafril ketawa terbahak.
Perjalanan naik tangga.Screen telifon menyala memaparkan ruangan caht bersama seseorang.
Sayang dah sampai?-Love
Dah,nak mandi rehat..
Tq bawa jalan-jalan
Welcome??
Goodnight love -love
Good night too
Tersenyum Dahlia.Hati penuh rasa gembira.
Bersambung....
jangan lupa rate,share, support and komen okay,love you
Share this novel