Pintu bilik ditolak.Dengan wajah membahang dia mendekat kearah Dahlia yang sedang tertidur di atas katil.
Terus diselak kasar kain selimut hingga terbuka mata Dahlia memandang Zafril lemas.
"Bangun sekarang.. we need to talk"Tangan Dahlia ditarik tapi tidak balas badan Dahlia lambat seperti tidak sedar.
"Dahlia.."
"Dahlia bangun lah.."Pipi Dahlia ditepuk.Berkali-kali tapi Dahlia hanya memandang dengan mata yang malas dibuka.Dahi Dahlia disentuh.
"Ya Allah panasnya.."Terus tubuh Dahlia digendong mahu ke hospital.
*
"Ok mama.. nanti apa-apa Zaf call"Panggilan ditamatkan.Tepat masanya dokter keluar dari bilik rawatan Dahlia.
"Dokter.. macam mana keadaan isteri saya?"Tanya Zafril kepada Dokter wanita dihadapannya.
"Allhamdulillah keadaan Datin stabil.. cuma dia demam penas Dan tak cukup rehat"Ujar Dokter tersebut.
Terus lega hati Zafril mendengarnya.
"Terima kasih dokter.. boleh saya masuk?"
"Ya boleh,silakan Dato.."
Zafril masuk ke dalam bilik vvip Dahlia ditempatkan.Sayu hati melihat Dahlia yang lemah di atas katil bersama bantuan penafasan.
Kepala gadis itu diusap lalu dikucup perlahan.Tadi ego memaksa diri.Nasiblah dia tak melakukan perkara buruk pada Dahlia.
"Abang minta maaf.. abang tak patut bersangka buruk pada isteri abang.. abang tahu Dahlia sayangkan abang"Kata Zafril.
Mata Dahlia terbuka perlahan memandang suaminya.Masih nampak senyuman yang terukir di bibir walaupun dilindungi oleh alat penafasan.
"Lia.. minta maaf juga.."Kata Dahlia.Tangan menanggalkan bantuan penafasan di bibirnya.
"Lia Salah sebab tak bincang dengan abang tapi Lia dah bayar balik duit abang.. tadi Lia nak keluar beli hadiah untuk hari jadi pekerja Lia yang lelaki tu.."
"Tapi tak larat.. Lia suruh manager Lia belikan,Lia silap bagi kad abang.. kalau abang tak percaya abang call Afiq Tanya dia.. Lia yang suruh pergi beli barang-barang hadiah tu.."Ujar Lia.Berusaha dia bangun mahu mengambil telifon kabinet sebelah tapi Zafril menahannya.
"Ya abang percaya.. Abang Salah.. abang fikir bukan-bukan.."Kata Zafril.
"Lia takut abang tinggalkan Lia dengan Nayla.. Lia sayangkan abang,Saya taknak perkara yang dulu berlaku lagi.."Air mata Dahlia jatuh membasahi pipi.
"Shoo.. abang percaya sayang.. tidurlah,sayang demam.."Kepala Dahlia diusap lagi.
"Abang dah maafkan saya kan?"
Zafril anggukkan kepalanya.
"Lia nak makan ke? Ke nak tidur? Abang nak belikan bubur untuk Lia"Tanya Zafril.
"Nak makan.. Dari tadi saya tak lalu nak makan"
"Abang keluar beli kejap.. apa-apa call.. ni abang tuangkan air kosong siap2 kalau nak pergi tandas panggil nurse.. jangan buat semua sendiri"Pesan Zafril sebelum keluar dari wad Dahlia.Berjalan mahu ke kantin hospital.
Butan lift ditekan.Waktu itu lah ada orang call.Terus Zafril menjawab panggilan Dari ibu mertuanya.
"Assalamualaikum ibu.."
"Papa!"
"Eh anak papa.. kenapa sayang?"
"Papa nenek kata mama tak sihat.. mama macam mana papa.. Nayla risaukan mama.."
"Mama demam je sayang.. mama okay, mama pun cakap dia rindu dekat Nayla.."
"Nayla nak cakap dengan mama.."
"Mama tengah rehat, Nayla tidur dulu.. esok pagi papa bagi Nayla cakap dengan mama ok? Take care sayang.. jangan nakal"
Tak sempat dia mengakhiri panggilan tubuh Zafril dilaga Dari depan buatkan telifonnya terlemoar Dari tangan.
"Maafkan saya"Kata lelaki itu mengambil telifon Zafril Dan memberinya kembali.
"Saya minta maaf bang saya tak sengaja.."
"Tak apa Salah saya juga.. jalan tak tengok"Kata Zafril.
Lelaki itu tersenyum manis.Mata Zafril melirik pada bungkusan makanan yang dibawa lelaki itu.
"Badan saya terkena bungkusan makanan awak ke.. dah terkeluar nasi dalam tu"Tanya Zafril.
"Eh tak apa bang.. boleh makan lagi,kemek polistrin je.. handphone abang ok ke?"
Zafril angguk.Telifonnya Masih dalam keadaan baik.Tiada retak apa pun.Biasalah Iphone.
"Maaflah terosakkan makanan.."
"Tak abang bang.. tak jatuh pun Masih boleh makan lagi"
Zafril tersenyum.Sopan budak lelaki dihadapannya ini.Baik pula tu.
"Datang bawa makanan dekat siapa?"Soal Zafril.
"Aww ermm.. aaa.. kakak.. ha kakak saya sakit.. itu saya bawakan nasi goreng kimchi untuk dia, dia suka makan nasi goreng ni"Ujar lelaki itu.
"Susah nak jumpa nasi goreng macamni dekat kedai.. isteri saya pun suka,kalau nak makan kena masak sendiri"
"Hahaha err itulah,ini pun saya masakkan.. saya pergi dulu ya bang.. kesian kakak saya tertunggu pula"Kata lelaki itu berlari memasuki lift.
Bingung Zafril kenapa dia tergesa-gesa sangat.
*
"Sayang.."
Pintu wad Dahlia ditutup tersenyum dia melihat Dahlia yang duduk bersandar di kepala katil.
"Lambatnya abang.. kenyang dah Lia makan nasi goreng ni"Kata Dahlia menunjukkan pinggan makan di meja.
"Sayang dah makan? Abang lambat sangat ke?"tertanya Zafril.Sampai sempat Dahlia memesan makanan.
"Haah.. tapi ni pihak hospital bagi bukan Lia yang oder.."Balasnya.
"Laa.. bubur abang beli ni macam mana?"Zafril angkat menunjukkan plastik bubur MCD.
"Abang makanlah.. Saya tahu abang tak makan lagi.."
"Tapi abang dah kenyang.."
"No,abang kena makan.. Lia tahu abang tak makan lagi.. makanlah takpun simpan nanti kalau abang lapar abang makan.. Lia dah kenyang,sedap sangat tengok Nasi goreng kampung ni.."Kata Dahlia.
"Iyalah.. awak rehat lah,tidur dah lewat malam ni.. abang letak bubur ni dalam peti sejuk dulu"Zafril berlalu ke dapur.
Dia meletakkan bubur ke dalam peti sejuk kemudian mengambil segelas air kosong.Dahaga juga berjalan jauh tadi.Malas dia nak bawa kereta.Mcd pun tak jauh sangat.
Tiba-tiba mata tertangkap pada tong sampah.Didalamnya ada bungkusan plastik bersama tapau.
"Lia.."panggil Zafril.
"Ye?"
"Lia ada tapau makanan ke?"
"Ouhh tak, kan nurse ada cakap diorang tak tukar lagi plastik sampah sini sebab orang yang duduk bilik ni baru je checkout tadi.."
"Iyaka? Tapi abang tak tau pun.."
"Dia bagitahu Lia je kut, kejap lagi cleaner datang kutip lah tu.."
Bersambung...
Share this novel