"Ayahanda tak sangka! Jahat betul hati kamu Haedar Raeef!!"Bentak Tengku Harif.
"Abang.. sudahla.."Tengku Isma menghalang suaminya yang hampir memukul anak tinggal mereka.
"Sudahlah Isma.. tengoklah anak awak sorang ni.. dalam banyak2 wanita,isteri orang yang dia ni.. yang paling abang geram.. isteri bisnes partner syarikat kita sendiri!"Tengking Tengku Harif.
"Haedar! Bunda dah pesan banyak kali kan? Kenapa susah sangat kamu nak dengar cakap kami?"
Haedar gelengkan kepala.
"Bunda dengan ayahanda tak pernah sokong Haedar dari kecil.. sampai besar.. Tak pernah sekali korang sokong Haedar, yang tahu menyuruh Haedar buat apa yang korang nak tapi kalau Soal jodoh.. boleh tak Haedar nak cari sendiri.."Kata Haedar.
"Itu bini orang Haedar.. banyak lagi perempuan lain.."Pujuk Tengku Isma.
"Dahlia lain bunda.. sebabtu Haedar cemburu lelaki yang Dato Zafril.. dapat perempuan baik macam Dahlia.."Kata Haedar.
"Jodoh tu cerminan diri.. kalau kamu baik..Baliklah jodoh kamu Haedar.."Ujar Tengku Harif.
"Tch..hahhaha jodoh cerminan diri,kalau Haedar jahat bermakna Dahlia jahat jugalah kan? Sebab dia... Curang? HAHAHHAHA"
*
"Jemputlah masuk.."
Haedar masuk ke dalam rumah banglo milik Zafril bersama beberapa bagasi yang dibawa.Mata melilau melihat banglo mewah itu.
"Lelaki awak Dato je, tapi tak sangka.. rumah mewah mengalahkan istana"Kata Haedar.
Dahlia hanya tersenyum.
Haedar memandang Dahlia.
"I can't wait.. tak sabar nak hidup dengan Lia.."Kata Haedar.
"Me too.."
Rakaman cctv yang terpapar di screen komputar.Zafril mengetap Gigi.Terselah segala urat di lehernya.Wajah Zafril merah menahan amarah.Kalau Dahlia ada di depannya.Rasanya dia sudah amuk teruk sekarang ni.
Terus dimatikan screen komputer.Bukan dengan cara menutup.Tapi Zafril melemparkan terus komputer pejabatnya.
Nafas diatur.Tapi susah nak kawal marahnya.Meja ditumbuk kuat.
"Hati aku satu persatu kau tikam.."
Flashback
"Abang Lia nak cakap something.."
Zafril yang sibuk dengan ipad hanya memutar bola mata melihat Dahlia malas.
"Abang.. Lia nak cakap ni.."
"Cakaplah.."
"Abang.. Haedar anak Tengku Harif kena halau dari rumah family dia.."
Zafril mengerutkam dahi.Ipad ditangan diletakkan di atas meja.Kaki disilang.
"Kenapa dia kena halau?" Dengan riak wajah yang terlalu menampakkan lakonan Zafril bertanya.
"S-saya tak tahu.."
"Jadi? Apa kena mengena dengan kita?"
"Abang.."Dahlia duduk disamping Zafril.
"Abang.. kita tumpang dia bang.. dia dah banyak bantu Lia.. kalau abang nak tahu,dia bantu Lia waktu Lia kena ragut dulu"Kata Dahlia.
"Tumpangkan dia? Hah? Awak tahukan dia lelaki?"
"Ya tapi Lia betul-betul nak tolong dia.. kita tumpangkan dia bang.."
"Kalau saya bawa masuk perempuan dalam rumah ni boleh? Barulah sama adik.. kalau saya cemburu awak pun cemburu jugak.."
End flashback
"Hah? Macamtu je kau nak bodohkan aku? Sakit hati aku ni.. makin lama makin kuat Dahlia..."
"Kita tengok.. permainan apa kau nak main dengan aku pula Kali ni.."
*
Zafril masuk ke dalam rumah.Apa yang dia nampak.Dahlia dengan Haedar yang sedang berbual mesra di ruang tamu.Menyedari kehadirannya terus terdiam mereka.
Haedar bangkit berdiri mendekati Zafril.Dia menghulurkan tangan mahu bersalaman tapi mendapat jelingan tajam dari Zafril.
"Maaf.. Yang wajib sambut dan Salam saya adalah isteri saya.. bukan awak,tapi tak tahulah yang isteri saya ni dah letak jawatan bagi dekat orang lain,lelaki pula tu"
Dahlia terus mendapatkan Zafril.Tangan Zafril dikucup.Dari riak wajah Dahlia, memang tak jauh dia resah Dan takut dengan kahadiran Haedar di dalam rumah mereka.
"Berapa lama nak duduk sini?"Tanya Zafril pada Haedar dengan riak lagaknya.
"Insyaallah tak lama bang.. saya nak tumpang rumah abang dengan kakak Lia sekejap je,sekarang ni saya tengah cari rumah sewa.."Kata Haedar.
'tch.. abang kakak pula.. aku tak ada dekat depan bukan main korang bersayang'Bisik hati Zafril.
"Dah ada rumah besar-besar kau buat hal dengan keluarga.. tapi pelik juga.. Tengku Haedar.. dah ada pendapatan yang lebih tinggi dari saya.. takkan tak boleh nak beli rumah kut? Macam pelik kan sayang?"
Haedar mengerling Dahlia di sebelah.Mulut sudah lumpuh nak bercakap.
"Tak apalah.. duduk lah sini lama mana pun.. asalkan jangan rosakkan rumah tangga orang sudah.."Kata Zafril sebelum panjat naik ke tingkat atas.
*
T-shirt putih dipadankan bersama kain pelikat.Pakai macamtu je lah malam-malam.Bukan ada orang nak tengok pun kalau pakai segak2.Bini pun dah pandang orang lain.
Zafril melangkah turun ke ruang tamu.Disitu sempat dia menangkap perbualan Nayla dan juga Haedar.
"Daddy ni... Nanti papa marah la kalau Nayla masuk bilik office papa.."
"Alaa sekejap je,Nayla ambil barang yang uncle minta lepastu.."
Bersambung....
Share this novel