Zafril pandang sejenak beg pakaian yang siap dikemas.Betul ke apa dia buat ni? Kalau ikut tu dia taknak pergi,tapi Nayla meminta pula untuk dia ikut bersama.Kalau dia tak ikut,mahu meraung anak gadisnya itu.
"Zaf.. ni Mak Kiah dah letak dah baju Zaf.."
Mak Kiah keluar dari bilik pakaian membawa satu lagi beg pakaian.Dua biji bagasi juga dia bawa sebab tak tahu berapa lama nak duduk sana.Alang-alang tu mereka naik satu kereta.Senang dengan bawa bayi lagi.Tak adalah kalut sangat bila Dayyan menangis.
"Mak Kiah,baju anak-anak dah kemas?"
"Rasanya baju budak-budak tu Puan Medina dah kemas.. tak sabar agaknya nak bawa balik budak-budak tu.. Mak Kiah tengok Medina tu memang sayang betul-betul dekat anak anak kamu.. harap-harap Nayla dengan Dayyan tak rasa kesunyian la.. Semoga Dahlia cepat sembuh.."Kata Mak Kiah.
Zafril hanya tersenyum.Keluar sahaja Mak Kiah dari biliknya.Amina masuk bersama Dayyan.
"Eh anak papa.. dah shower dah?"Zafril mencium pipi bayi kecil itu.
"Dah... Tok mama bagi mandi.."
Tersengih Zafril melihat Dayyan yang semakin aktif diumur satu tahun.Wajah makin mirip seperti Dahlia.
"Kamu memang betul-betul nak pergi ikut Medina ke?"Tanya Amina.
"Mama.."
"Tak rasa teraibai tanggungjawab kamu sebagai seorang suami? Medina tu bukan isteri kamu pun yang kamu nak ikut.. ingat sikit, Dahlia tu tengah terlantar dekat Hospital.."
"Mama.. bukan Zaf nak sangat pergi tapi mama tahu kan perangai Nayla.. kalau Zaf tak ikut,semalaman dia mengamuk ma.."Ujar Zafril.
"Dia tu rindu nak bersama mama dengan papa macam dulu.. tapi kesian, mama dia tengah sakit.. entah apa perasaan dia.."
"Doakan yang terbaik saja ma.. "
"Mama sentiasa doakan untuk menantu mama cepat sedar dan dukung Dayyan.. mama rindu sangat dengan Dahlia, tak berseri rumah ni Zaf kalau tak ada dia.."
"Semua salah Zaf ma.. Zaf ego.."
"Tak perlulah kamu nak rasa bersalah sekarang,bukannya boleh ulang balik masa kamu dengan dia.. apa apa pun,mama minta.. jangan Zaf cintakan orang lain selain Dahlia"
"Kenapa mama cakap macamtu? Zaf cuma cintakan Dahlia sorang ma.. takkan ada orang lain dalam hati Zaf.."
"Baguslah kalau macamtu.. mama yakin jodoh Zaf dengan Dahlia kuat,tapi.. Zaf kena ingat.. Kalau ada orang lain yang Zaf cintai selain Dahlia.. bukan Dahlia saja yang buat tindakkan.. mama sendiri tak akan terima hubungan Zaf.."
Terkejut Zafril bila Amina berkata begitu.Ini mesti sebab mereka satu keluarga melihat hubungannya bersama Medina yang agak mesra.
"Mama.. tolonglah jangan overthinking.."
"Tak,mama cuma pesan.. yang lain terserah pada kamu.."
"Ni mama nak pergi hospital melawat Dahlia,kamu nak bertolak pagi esok ya?"
*
Zafril mengerling Medina yang tertidur pulas.Tapi tangan masih kemas memeluk Dayyan yang ikut terbuai.
Dayyan boleh pula buat perangai tak mahu tidur dalam carseat baby.Jadi terpaksalah Medina memegangnya sepanjang perjalanan.
'Kenapa ya aku boleh rasa macam keluarga lengkap sedangkan dekat sebelah aku bukan isteri aku?'
Cepat-cepat Zafril buang fikirannya.Tiba-tiba Dayyan merengek kecil mengejutkan Medina.
"Eh sayang.. kenapa ni? Tadi bukan minum susu dah ke?"
Medina menepuk perlahan Dayyan tapi makin kuat tangisan Dayyan.
"Lampin dia penuh agaknya?"Soal Zafril.
"Tak penuh pun,tadi kan kita dah singgah hentikan rehat.. rasanya dia nak susu ni,Nayla.. tolong ambil susu dekat beg Dayyan kejap boleh sayang?"
Nayla yang sibuk dengan gambar kartun bantu mengambil susu adiknya.
"Lah.. dah habis?.."Medina memegang botol kosong.
"Ermm.. tak bawa pack ke?"
"Tak.. takut basi pula, ermm.. you berhenti dekat hentian rehat satu lagi boleh? i nak menyusu Dayyan?"
Sambil tangan fokus memegang stereng kereta.Zafril meraba berlakang mengambil sehelai kain dan diberikan pada Medina.
"Ambil lah,tutup.. saya tak tengok,lagipun nak tunggu sampai hentian rehat lambat lagi.. kesian Dayyan lapar.."Kata Zafril.
Medina hanya mengangguk kemudian menutupi tubuhnya dan susukan Dayyan.
Zafril hanya fokus memandu.Tapi hati berbicara sepatutnya Dahlia yang berada di tempat wanita itu.
*
Sampai di halaman banglo milik keluarga Medina.Memang riuh mereka disambut.Nayla dengan Dayyan pun dilayan mesra oleh keluarga Tansri Hamed.
Termasuk Zafril.
Zafril duduk termenung menikmati suasana malam.Walaupun dia berada di rumah orang berpangkat besar tapi suasana tak jauh dengan perkampungan.Pandai Tan Sri Hamed memilih cara perumahan yang natural macamni.
Rumah banglo yang berjiran bersama beberapa biji homestay milik keluarga mereka.Macam-macam aktiviti terlihat.
Teringat pula kenangan dia membawa Dahla ke resort miliknya di Cameron.Waktu tu hati je tahu macam mana gementarnya dia nak ceritakan tentang hal Sofea.Takut kalau Dahlia tak nak kahwin dengan dia.
"Amboii jauhnya termenung.."
Zafril menoleh melihat Medina yang sudah duduk disebelahnya.Bila datang pun dia tak perasan.
"Eh Medina.."
"Termenungkan apa tu Zafril.. teringat kan Dahlia ya?"
Zafril tersenyum.
"Tipu lah kalau saya tak rindukan dia yang Masih tertidur tu.. sampai teringat kenangan manis kami bila tengok homestay papa awak.."Ujar Zafril.
"Kenapa you ikut I balik? Mesti you rindu Dahlia tak jenguk dia.."
"Saya pun penat.. penat layan perasaan sakit ni nak tunggu dia bangun, tapi saya tak berhenti berdoa.. saya nak dia cepat sedar juga.."
"Amin.. kalau awak rindu,baliklah... Biar saya jaga anak-anak.."
"Tak apa,saya okay.. kalau saya balik pun Dahlia bukan sedar pun.."
"Besar betul cinta awak pada Dahlia,untung lah Dahlia dapat lelaki macam awak kan?"Medina hanya senyum tawar.Cemburu dia sebagai wanita yang sudah patah dengan perkahwinan.
"Allhamdulillah.. saya sedar,memang saya cintakan dia saja"
*
Seharian mereka lakukan aktiviti di Ipoh.Pergi melawat Zoo lah.Nayla paling happy.Cuti sekolah la nak tengok dia senyum macamtu.Lagi-lagi papa dia bawa pergi jalan-jalan.
Zafril turun ke dapur.Melihat Medina sudah menghidangkan air kopi untuknya.Sengaja mereka mahu berbual.Itu yang Medina hidangkan kopi.Nak tidur awal sangat.
"Hmm sedapnya bau kopi.."puji Zafril meneguk kopi tersebut.
"Hahahah kopi biasa je you, minumlah.."Medina turut duduk bersebelahan Zafril.
"I lupa nak tanya, betul ke you bankrup syarikat di Malaysia? Papa I cakap"Tanya Medina mahu mendapat kepastian.
"Yes.. but you know, bila orang jatuhkan kita takkan kita nak duduk saja kan?"
"That's right,lagipun buat apa nak fikir you ada kilang,you ada banyak lagi syarikat dekat luar negara and know you have bisnes right?"
"Mana awak tahu?"Pelik Zafril bila Medina banyak mengetahui tentangnya.
"Come on.. I ni pakai perfume ciptaan company you tau! I pakai FlowerNayla's.. sedap bau tu"
"Really? Awak pakai perfume saya? Patutlah macam cam je bau perfume awak.."
"Hahahah of course, cause I like the smell.."
Medina makin teruja bila Zafril menghabiskan air kopi yang dibuat olehnya.Hingga lincin Zafril minum.Sekarang hanya tunggu ubat peransang itu berkesan.
*
"Mana dia ni? Aku dah bangun pun taknak datang melawat aku.."
Dahlia memandang semua orang yang duduk di tepi katil.Satu wad penuh dengan keluarganya Dan juga keluarga Zafril.
"Ya Allah.. syukurlah kamu dah sedar,kami semua rindukan Lia.."
Teringat akan sesuatu.Dahlia maraba perutnya.Sudah kempis.Hati mula tak sedap.Dia memandang Rosna.
"M-mana anak Lia ummi?"
Rosna mengerling Solehah sebelum mendapatkan puterinya.Kepala Dahlia diusap.
"Anak Lia ada dengan Zafril.. Dia dah besar dah,dah 1 bulan.. comel macam Lia.."Tak dapat nak tahan air mata bila lihat anaknya sedar dari koma.
Dahlia menangis.Ruginya satu bulan dia tak melihat anaknya membesar.
"Lia nak jumpa dia ma.. mesti dia lapar susu,mana anak Lia? Lia nak jumpa.."
Semua berubah wajah.Amina memberanikan diri mendekat kearah Dahlia.Air mata Dahlia dihapus dengan tangannya.
"Lia.. waktu Lia koma.. kami bagi ibu susuan untuk Dayyan.. Dayyan tak susai dengan susu Formular.."Kata Amina
"Ibu susuan? Siapa?"
"Mungkin Dahlia tak kenal... Tapi,Nanti mama suruh Zafril kenalkan ya?"
"Mana Zaf? Kenapa Zaf tak ada?"Dahlia tercari-cari suaminya.
"Dahlia.. Zaf tengah jaga Dayyan dekat rumah.. Bukan mama tak bagi datang tapi.."
"Macamni,apa kata kita call Zafril.. kita surprise kan dia yang Dahlia dah sedar?"Saran Maya.
"Betul juga tu"
"Kamu tahu tak? Zaf tu dah macam orang gila bila kamu koma.. kamu buat panggilan dengan dia ya? Panggil dia.. mesti dia terkejut isteri tercinta dia dah bangun"Kata Solehah.
Dahlia hanya mengangguk kemudian tersenyum.
"Eh ni Zafril call! Kita baru nak call dia"Terlihat panggilan dari Zafril melalui telifon Daniel.
"Buka voice kuat sikit Daniel,kita pun tengok reaction dia.."
"Baik"Daniel memberikan telifon dekat pada Dahlia.
"Hello" Daniel memulakan dahulu.
"Dan! Dan tolong aku Dan! Aku kena tangkap khalwat dengan Medina!"Bukan Dahlia sahaja.Semua orang disitu turut terkejut.
Bersambung...
sorry ya lama tak up, tertunggu juga korang.. tq sangat2 jangan lupa rates,Komen and support Ayn ok?
Share this novel