"Zaf.. mama nak masuk boleh?"Pintu diketuk berkali-kali.
"Masuk ma.."
Kain sejadah dilipat dan disimpan ditempat asal.Amina masuk bersama senyuman.Hancur hati seorang ibu melihat anaknya diperlakukan begitu.Bukan sekali,tapi kedua kali.
Dulu begitu juga Zafril bersama Sofea.Sekarang dengan Dahlia pula.
"Merahnya mata anak mama ni.. sini duduk sayang"Tangan Zafril ditarik supaya duduk di birai katil bersamanya.
"Ini baru mata ma.. tak hati lagi.. entah dah berdarah teruk"Kepala dibaringkan di atas paha Amina.
Itulah ubat yang paling dia perlukan.Belaian seorang ibu.Sekali lagi air matanya jatuh.Tak tahu bagaimana mahu ungkapkan lagi perasaannya.Tapi Jujur,hanya air mata yang menceritakan segalanya.
"Mama tahu anak mama sorang ni kuat.."
"Mama taknak tengok Zaf menangis.. kalau Zaf menangis mama... Mama tak boleh sayang"Amina ikut menangis.
"Zaf memang tak layak untuk bahagia ke ma.. dah dua kali Zaf hadap sakit ni.. tapi kalini sakit lagi ma.."Adu Zafril.
"Jangan cakap macamtu.. anak mama layak bahagia.."
Zafril angkat kepala memandang Amina.Air matanya dihapus oleh tangan Amina.
"Zaf ada kurang ke mama?"
Amina menggeleng bersama air mata.
"Setiap orang ada kekurangannya, tapi andai pasangan itu tepat,dia akan menerima kekurangan kita Zaf.."Kata Amina.
"Mama tak sangka.. Dahlia sanggup perlakukan macamtu sekali.. hancur hati mama Zaf bila dia buat anak mama macamtu.."
"Sekarang hati Zaf susah nak percaya sesiapa ma.. rasanya lepasni,biarlah bergelar Duda anak satu pun.."
"Tak! Zaf.. boleh lagi kan berbincang dengan Lia? Kesian dekat anak Zaf.. janganlah macamtu,fikirlah masa depan Nayla.."
Zafril Diam sebentar.
Tiba-tiba pintu terbuka.Maya dengan Kamal masuk dengan wajah sayu.Sedih melihat Zafril macamtu.Tapi ada hal yang lebih penting untuk mereka bagitahu.
"Zaf.."Kamal memanggil anaknya.
"Zaf k-kami..."Tergagap-gagap Maya.Tangannya memegang sampul surat.
"Kenapa?"Bingung Zafril.
Maya memandang Kamal dulu lalu Kamal menganggukkan kepalanya tanda beritahu sahaja.
"Kau tak tengok phone ke?"Tanya Maya.
"Telifon aku tertinggal dekat rumah sana,kenapa?"
Maya memberikan sampul surat kepada Zafril.Terus Zafril membukanya.
"Saham syarikat dah dibeli sepenuhnya oleh Tengku Haedar Raeef.. banglo kau,dah dijual menggunakan nama Nayla atas persetujuan Dahlia Natasya..."Ujar Maya.
"Ya Allah..."Amina terus bangkit.
Ketar tangan memegang surat yang ada ditangannya.Tak sangka,seteruk ini Dahlia lakukan padanya.
*
"Kau memang tak sedar diri kan?! Kau tahu tak berapa banyak Zafril habiskan untuk kau?! Kau sekarang dah kaya, kau buat macamni dekat dia kan?!!"Bengap Daniel dengan Dahlia.Dulu dia sangat sayangkan Dahlia sampai nak naik tangan pun tak berani.Tapi disebabkan sayang,tak Salah kalau dia ajar.
"Along! Semua ni Salah faham tolonglah jangan serabutkan keadaan.."Tubuh Nayla yang menangis digendong.
"Serabutkan keadaan? Semuani berpunca dari kau Dan juga jantan tak guna tu!!"Pasu bunga rumah Zafril pecah angkara sepakkan Daniel.Lantaklah,bukan rumah Zafril dah pun.Biar rosak habis barang.
"Mana adik aku yang dulu? Kau ni siapa hah?! Aku tak kenal kau lansung! Dahlia Natasya bukan perangai buruk macam perempuan yang berdiri depan aku sekarang ni!"Bentak Daniel.Geram sangat dengan Dahlia.
"Daniel cukup!!! Aku akan jelaskan semuanya dan selesaikan semua!"
"Tch kau nak selesaikan semua? Syarikat Zafril hancur ditangan lelaki tak guna tu.. Rumah banglo ni pun dah jadi hak lelaki tu.. Dan sekarang ni macam mana Kau nak betulkan semuanya ya?"
Bahu Daniel ditolak kasar oleh Haedar.Dari tadi dia Diam biarkan Dahlia melawan.Tapi kalini dah tak boleh tahan bila namanya naik banyak kali dalam pertengkaran adik beradik itu.
"Kau kenapa hah? Tangan Kotor kau tu tak layak nak tolak aku"tubuh Haedar ditolak kembali.
"Kau sepatutnya cakap diri kau Kotor.. come on.. susah sangat ke kau nak berambus atau kau nak aku heret kau keluar dari sini?"
Daniel ketawa.Cakap besar betul Haedar ni.
"Tolonglah... Jangan sombong sangat,suatu hari nanti.. kalau kau jatuh.. aku orang pertama yang akan ketawakan kau Haedar Raeef.."
Dia kembali memandang Dahlia yang sudah teresak.
"Hancur hati aku Dahlia.. hancur hati ibu dan ayah juga.."
"Aku nak bagitahu, aku takkan pernah ambil tahu pasal kau lepasni.. bukan aku saja,ibu dan ayah juga.. kau hiduplah dengan lelaki ni.."
"Dan untuk masalah kau dengan Zafril, aku nak sampaikan pesanan Zafril, baik berpisah la kalau kau pilih jantan ni.. tapi andai kau pilih dia pun, aku yakin hati dia dah tak tertulis nama kau.."
Tak sempat Daniel nak menyambung kata-katanya.Dahlia terus berlari sambil mendukung Nayla masuk ke dalam bilik.Menangis bersama anaknya.
"Ya Allah.. apa aku dah buat ni, berdosanya aku.."Tangis Dahlia.
"Mama... Nak papa.. Nayla nak papa.."
"Apa aku dah buat ni.. Kau memang bodoh Dahlia,kau memang isteri tak guna!!"Dahlia memukul kepala sendiri.
*
"Zaf... Kenapa duduk luar ni?" Tegur Maya.
"Hmm? Ambil angin"Jawabnya.
"Lain betul kau kan? Aku nampak macam mudah move on.."Maya tersenyum.
"Mungkin sebab dah berkali aku disakiti macamni.. ye lah aku ni bukan baik sangat pun,tak layak untuk--"
"Zafril.... Semua orang layak bahagia, termasuk kau.. jangan cakap macamtu please.."
Diam beberapa Saat.Zafril memegang tangan Maya.Mata mereka saling berpandangan.
"Maya.. boleh tak aku nak minta tolong kau?"
"Apa? Kau nak aku ambil Nayla ke? Boleh je,kalau kau nak aku ambil sekarang pun boleh.."
"Tak.. tak payah,biar dia hidup dengan mama dia.. aku ni dah tak ada apa-apa dah, harta kerja semua hilang.."
"Kau nak minta tolong apa?"
"Boleh tak jualkan kilang aku atas nama kau.. aku perlukan duit tu.."Kata Zafril.
"Untuk apa? Sayanglah kau nak jual kilang kau, lagipun Masih belum hak jantan tu lagi,kau Masih ada hak atas kilang tu"Jelas Maya.
"Sebab ada hak la aku nak jual kilang tu,sekurangnya aku dapat pegang lagi walaupun berbentuk duit.. tapi kalau aku tak buat apa-apa.. dia akan dapat sepenuhnya hanya dengan pemindahan saham"
"Tolonglah Maya,aku tak boleh buat.. aku dah tak ada nama lagi.. kau je yang boleh tolong aku sekarang ni.."Rayu Zafril.
Maya mengangguk.
"Aku akan tolong kau"
*
"Nayla nak papa.. mana papa,kenapa papa tak balik lagi?"Nayla merengek kecil.
"Tidur sayang,esok papa balik lah tu.."Pujuk Dahlia.
"Tapi papa bergaduh dengan mama kan.. Nayla nak papa,Nayla taknak dengan mama.."
"Nayla.. mama janji esok kita jumpa papa ya,kalau Nayla faham mama,mama akan bagi Nayla jumpa papa.."
Dahlia menarik selimut.Kemudian keluar dari bilik Nayla.Dia masuk ke dalam bilik.Mahu keluar dari rumah ini.Takkanlah dia nak duduk satu rumah dengan lelaki bukan muhrim.
Segala baju disimpan kedalam bagasi.Tapi tak sempat,Haedar masuk ke dalam bilik Dahlia Dan merentap kasar bagasi it hingga bersepah habis baju yang dikemas.
"Haedar! Apa awak buat ni?!"
"Awak nak pergi mana? Awak nak ikut jantan tu? Awak nak pujuk jantan tu?!"
"Haedar! Takkanlah kita nak tinggal satu rumah? Kita bukan ada hubungan pun.. saya rasa--"
"Diam.. awak tak sayang saya dah ke? Awak lupa dengan janji kita? Kita dah janji kan nak hidup bersama? Sayang.. awak tunggu apa lagi,failkan lah surat cerai.."
Bersambung....
Share this novel