"Harini abang nak berbuka apa?"Sambil itu Dahlia mengemas tali leher Zafril.
"Sayang nak masak apa?"
"Mama cakap nak berbuka dengan asam pedas Ayam, ke abang nak makan yang lain nanti Lia masakkan"
"Abang nak makan nasi Ayam sebenarnya,tapi nanti susahkan sayang pula nak masak"
"Tak apa, tak susah pun,Mak Kiah ada boleh tolong.. nanti Lia masakkan okay,abang balik pukul berapa?"Soal Dahlia bantu mengambil bag Zafril.
"Habis meeting abang balik, abang nak chek kilang je lama tak tengok.. entah apa dah jadi.."Kata Zafril panjat katil.Mahu cium Dayyan yang Masih terbuai.
"Kalau abang balik awal, saya nak pesan barang boleh? Ingat nak buat Strawberry smoothie.. teringin pula"Dahlia ketawa menayangkan gigi comelnya.
"Alolo kesiannya dia,Dari semalam lagi nak minum strawberry smoothie ya?"
"Hihi"
Zafril memegang tangan Dahlia.Mata mereka saling menatap.
"Kalau tak larat,berbuka tau.."
"Boleh lagi lah.."
"Iyalah,tapi sayang dengan menyusu lagi.. ni baby dalam ni lagi"perut Dahlia diusap lembut.
"Iya,kalau Lia tak larat Lia buka.. abang pergilah kerja cepat..nanti tak pasal-pasal budak-budak abang tunggu"Dahlia bersalaman dengan Zafril.Tak boleh nak hantar kebawah.Risau juga kalau Dayyan bangun.Jenuh nak lari naik atas.
Keluar sahaja Zafril dari bilik.Mulalah rutin dia sebagai seorang isteri.Walaupun ini kali pertama dia jalankan tanggungjawab full time dirumah
*
"Mama... Dah pukul berapa sekarang?"Soal Nayla yang dah tak tahan.Harini Kali pertama belajar puasa.Naik main phone pun tak bermaya dah.
"Sikit je lagi Nayla.."
"Ma.. lambat lagi ke?"Selang beberapa minit,Nayla bertanya lagi.
Jadi kesian Dahlia yang sedang melipat kain.
"Kan papa dah cakap,kalau tak tahan berbuka.."
"Taknak.. Papa cakap kalau Nayla puasa penuh nanti papa belikan Iphone"Kata Nayla.
"Ha inilah budak zaman sekarang, nak puasa penuh pun demi iphone bukan sebab nak pahala"Ayden anak Maya datang ke ruang tamu bersama kembarnya.
"Kau ni pahal bang Ayden"Jeling Nayla.
"Betul apa? Lain kali puasa tu biar ikhlas.. jangan ingat kau perempuan kau nak mengada macamtu,lempang kang"Ayden mengangkat tangan.
Dahlia hanya ketawa mendengar mereka bertiga.Ayden memang kasar,tapi sekadar dia,tak pernah lagi biarkan adik sepupunya Nayla sakit walaupun kerap diusik dengan kekasaran.
"Bagitahu je lah kau jeles kan? Abang Aydan tengok la budak ni"Adu Nayla pada Aydan.
"Dah la kau pun Ayden,Nayla puasa kan? Kesian dah la kali pertama dia puasa"Aydan pula perangai sebijik macam daddy dia.Baik hati.Sebabtu Nayla lebih rapat dengan Aydan.
"Apa? Betul lah tu aku cakap.."
"Ish kau ni, kau dulu bukan aku tak ingat siap minta dekat mommy daddy game kan? Nak Kata kat orang tapi diri sendiri tak tengok"Kata Aydan buat Ayden tersimpul malu.
"Dah-dah.. Ayden Aydan mommy Daddy tak balik lagi beli barang?"Tanya Dahlia pada Si kembar.
"Belum mama.. kitorang nak pergi main bola boleh?"pinta Ayden.
"Hey? Puasa-puasa ni pun nak main bola? Tak takut dahaga?"
"Mana ada mama, Ayden ni setakat puasa takda hal lah sangat,kita ni hero kut"Dengan lagaknya Ayden.
"Dah sebab main dalam phone,cuba kalau main betul-betul.. comferm dah curi minum air"Selamba Aydan menjawab.
"Kau ni!!!"
Ayden mengejar Aydan.Jatuh saham dia.
Tergeleng-geleng kepala Dahlia.Macam mana agaknya Dayyan bila dah besar macamtu.Nasib baik sorang.Kalau kembar? Habislah..
Tak senang juga nak jadi suri rumah.
"Mama.."
"Ye sayang.. mama buatkan nasi goreng ya kalau tak boleh tahan?"
"Taknak.."
Ding dong!
"Papa balik!!"Laju Nayla berlari mendapatkan Zafril.
"Eyy anak papa.. macam mana harini boleh puasa?"Tanya Zafril.Tubuh kecil Nayla digendong
"Lapar papa.. kenapa lambat sangat nak berbuka.."
Jam tangan dilihat.
"Kejap je lagi ni, Nayla nak ikut papa pergi bazaar tak? Kita cari makanan berbuka?"
"Nak! Nak!"
Tersenyum Dahlia.Dia mendapatkan Zafril kemudian mencium tangan.
"Lia nak ikut?"
"Ermm boleh juga.. tapi ingat nak tinggal Dayyan dekat mama,boleh?"
"Boleh je,dia tengah tidur kan waktu ni?"
*
"Banyak nya abang beli.. dekat rumah dah masak kan?"Tajam Dahlia memandang Zafril.Penuh tangan dengan makanan.
"Bukan abang eh.. anak Lia yang nak semua ni,biarlah.. dia kan first day puasa.."Kata Zafril berpihak pada Nayla yang berada dipegangan Dahlia.
"Kalau ye pun lapar mana boleh beli banyak-banyak macamni,kalau tak habis macam mana? Membazir kan?"
"Alaa mama,harini kan kita berbuka ramai-ramai.. mesti habis punya"Kata Nayla.
"Iyalah,ni air dah 10 jenis.. nak minum ke melantak ni?"
"Sharing is caring mama.. jom la balik,nak buka puasa dah kan?" Ajak Nayla menarik tangan Dahlia Dan Zafril.
"Perangai papa betul.."Kata Dahlia.
"Perangai mama lah,kita pula yang disalahkan.."
*
Masuk sahaja ruangan dapur mereka disambut oleh keluarga di meja makan.Lewat juga mereka balik memandangkan jam orang sibuk pulang dari kerja.Jem teruk jalan tadi.
"Ingat ke buka puasa dekat luar.."Kata Amina.
"Jem ma.. biasalah jam orang balik kerja"Zafril memberikan bungkusan makanan kepada Mak Kiah untuk dihidangkan.
"Banyaknya kamu beli siapa nak makan ni?"Soal Kamal melihat mak Kiah membawa bungkusan makanan itu.
"Hmm.. Bukan Lia atau Zaf papa,tapi cucu papa sorang tu ha.."
Ketawa satu meja bila Nayla hanya tersengih dengan bola mata diputarkan keatas.Nak buat macam mana,dah lapar.
"Nayla ni,nasiblah Kali pertama puasa.. nanti jangan buat macamtu ya,membazir"Kata Kamal kepada cucunya.
"Alaa alaa.. mengada je lebih,orang lain puasa jugak,tak ada pula nak melantak macam dia"Campur Ayden.Sekilas mendapat tangan ketam Dari Maya.
"Korang dua ni bergaduh je kerja.. Cuba berbaik"
"Nantilah,waktu raya.."
Tergelng kepala melihat tingkah anak-anak mereka.
"Haa Ayden dah Azan dah tu,baca doa.."Arah Daniel.
"Kenapa Ayden pula daddy? Aydan lah.."
"Tak boleh, Dua-dua kena baca.."
*
Sebulan berpuasa kini tiba lah hari yang dinantikan.Dahlia mengenakan kurung modern bersama shawl bewarna merah.Keluarganya memilih tema merah kali ini.Siap dengan diri,anak pula yg disiapkan.
"Nayla dukung adik turun bawah dulu,naik lift ya.."arah Dahlia.Tak risau sangat dah nak biar Nayla dukung adik dia.Nayla pegang kemas.
Masa itu,Dahlia mencuri mendekati Zafril.Segak bergaya lelaki itu mengenakan baju melayu bersama sampin.
"Amboii handsomenya suami saya ni.."Dahlia membantu butangkan baju Zafril.
"Isteri abang yg demok ni pun cantik juga.."Pinggang Dahlia dirangkul.
"Abang nak cakap Lia gemuk?"
"Takdalah.. sayang tembam je,nanti lepas bersalin slim lah balik.. ye lah tahun ni mana nak sempat jaga badan.."Ujar Zafril.
"Itulah,tahun depan nak slim.. biar datang aura anak dara balik"
"Eh! Nak jadi mak anak tiga dah pun gatal lagi.."Hidung Dahlia dicuit.
"Jom turun.."
Mereka turun bersama.Semua sudah tunggu di ruang tamua.Mulalah sesi beraya pagi itu.Zafril Dan Dahlia saling bersalaman dengan Amina Dan Kamal.Tak lupa juga Daniel dan Maya.
Kini giliran mereka berdua untuk bermaafan.Dahlia duduk dihadapan Zafril.Tangan lelaki itu dikucup sekilas kemudian dipandang wajah Zafril.
"Abang.. Lia minta ampun ya, maafkan salah silap Lia, banyak Salah saya pada abang,sampaikan saya sendiri tak boleh nak maafkan diri.. ampunkan Lia abang.."Kalini tangan Zafril dikucup lama.
Dahlia angkat wajah berciuman pipi.Kemudian Zafril menarik Dahlia kedalam pelukkannya.
"Maafkan abang juga,banyak Salah abang.. yang abang tak boleh lupakan,abang dah jadi dayus dekat Lia... Maafkan abang ya sayang"Pelukkan dileraikan.
Mereka terkejut apabila Nayla datang dengan sengihan.
"Duit raya mama papa?"Dengan muka tak bersalahnya dia boleh tadah tangan minta duit raya.
"Hahaha... Beraya lah dulu dengan mama papa.."
Nayla bersalaman dengan Zafril.
"Papa selamat hari raya, Nayla tahu Nayla tak banyak salah dengan papa,jadi papa maafkan je lah kesalahan kecik-kecik tu.. Papa kan sayang Nayla"Pipi Zafril dikucup Nayla.
"Eh budak ni.. ha nah duit raya"Zafril mengeluarkan sampul.Nak buat macam mana,anak sendiri pun berkira juga.
"Mama.."
Nayla bersalaman dengan Dahlia.
"Selamat hari raya mama.. Kalau dengan mama,Nayla banyak buat salah.. tapi tak apa mama maafkan Nayla kan.."
Dahlia mengangguk.
"Kalau dengan mama boleh pula eh dia mengaku salah"celah Zafril.
"Biarlah papa ni, itu yg malas nak minta maaf tu,tak sampai satu minit dah bergaduh balik"Kesal gadis kecil itu.
Bunyi ketukan pintu.Dah kalut ruang tamu itu nak menerima tetamu.
"Jemput masuk"Pelawa Amina bersama Kamal.
"Ramai yang datang,Lia tolong mama ya abang.."
"Okay,abang jaga anak-anak.."
"Eh Medina.. kamu datang juga? Lamanya Uncle tak nampak kamu.."
Suara itu terus buatkan Zafril memandang kearah pintu.
Bersambung...
wahh esok last chapter nihh
Share this novel