"Lewat balik sayang.."Tegur Zafril yang sedang berbaring di atas katil melihat tubuh isteri masuk ke dalam bilik.
"Ha? Tak tidur lagi abang?"
"Macam mana nak tidur, abang call tak angkat chat tak reply.. ni sekarang dah lewat.. sayang pergi mana?"Tanya Zafril.Risau dia Kali pertama isteri balik lewat malam.
Dahlia tersenyum.Dia mendekati tubuh Zafril lalu memeluknya erat sehingga terlentang tubuh Zafril.Pipi Zafril yang dipenuhi jambang diusap.
"Lah.. mood nak menyimpan jambang pula eh?"Tanya Dahlia.
Tangan Dahlia dialihkan dari bermain jambangnya.
"Answer my question first sayang.."
Dahlia ketawa dia membetulkan duduknya.Zafril yang terlentang dia turut bantu agar lelaki itu duduk menghadapnya.
"Tadi saya kena ragut.."
Membulat mata Zafril mendengarnya.Itu tak kira jantung lagi,rasa macam nak terlompat keluar.
"Apa?! Ragut? Kenapa tak call abang?! Dia ragut apa?! Sayang okay tak?"Cemas Zafril.Tubuh isteri dibelek terus.
"Okay je, dia ragut beg.. time tu nak bawa Mawar pergi klinik,Mawar jatuh nak balik tu lah kena ragut but Allhamdulillah ramai yang tolong.."Ujar Dahlia.
"Kenapa tak call abang.."
"Bukan taknak call,kalau call abang pun nak buat apa takkan abang nak datang pukul peragut tu nanti jadi lain pula.. lagipun saya okay je"
"Peragut tu macam mana?"
"Saya balik lewat ni pun sebab selesaikan dekat pejabat polis, kesian peragut tu bang.. tak ada duit nak bagi anak bini makan,sebabtu terpaksa ragut.."Sebak Dahlia mengingati kisah si peragut tadi.
"Sayang buat apa dengan dia? Saman?"
"Tak.. saya ajak dia bekerja dekat cafe,kesian sangat.."Kata Dahlia dibalas anggukkan Zafril tanda turut setuju dengan cadangan isterinya.
"Lain kali jawab call abang.."
Dahlia mengeluarkan phone Dari dalam handbag.
"Beteri habis.."Senyum kerang busuk Dahlia.
"Haihh.. abang risau tau"
"Hihi tak ada apalah, ni Nayla dah tidur?"Tanya Dahlia.
"Nayla?"Zafril pula bertanya Kali ni.
Mereka saling berpandangan.Lama pula itu.Bila dah dapat tangkap terus terbangun keduanya.
"Ya Allah! Saya lupa ambil Nayla dekat tabika!"Kata Dahlia.Macam mana tak lupa, dia asyik sibuk uruskan hal kat balai polis.Phone pula beteri habis.
"Ya Allah dah malam dah ni!"
Zafril terus mencapai kunci kereta.Kelas tabika tamat pukul 12 tengahhari dan sekarang sudah lewat malam.Hati mengutuk diri.Dahlia rasa dia adalah ibu yang paling lalai sekarang ni.
*
Kereta Zafril terpakir dihadapan tabika Nayla.Dahlia terus keluar dari kereta menjenguk didalam.Tiada sesiapa.Gelap sahaja,yang menyala pun lampu luar.
"Abang cuba call Cikgu Lina.."arah Dahlia.
"Abang mana ada no tell cikgu Lina.."
Dahlia pandang Zafril.Telifon dia di rumah,tengan cas.Zafril pula tak ada nomber telifon cikgu disini langsung.
"Abang ni! Habistu macam mana?!"
"Kita cari sekitar ni dulu"Saran Zafril.
"Cari apanya abang ni! Pihak tabika takkan bagi anak keluar melilau lah selagi waris tak datang ambil, jom balik cepat saya nak call Cikgu Lina!"
Sampai sahaja dirumah.Pecut Dahlia masuk ke dalam bilik.Hati seorang ibu, memang gelisah semacam.Rasa macam hilang nyawa bila dia lalai dengan keadaan anak sendiri.
Nomber telifon cikgu Lina didail.Sempat juga dia melihat panggilan cikgu Lina yang tidak diangkat.
"Hello?"
"Assalamualaikum cikgu.."
"Waalaikumussalam Datin.. ya Allah nasib lah Datin call saya"
"Cikgu anak saya dekat mana ya?"
"Datin jangan risau,Nayla ada dekat rumah saya.. saya bawa dia balik,rumah saya tak ada siapa2 pun.. saya call Datin tadi tak dapat.. nak call Dato tak ada no telifon"
"Saya minta maaf sangat cikgu, saya ada masalah tadi.. sampai lupa ambil anak.. papa dia pula sibuk"
"Eh tak apa saya faham Datin.Datin jangan risau Nayla selamat dengan saya.. dia pun dah tidur.. saya sarankan Datin jemput dia esok sahaja lepas sekolah"
"Tak apa ke?"
"Ya tak apa.. Datin dengan Dato mesti penat,banyak kerja nak kena buat.. Nayla tu bagus, dia okay je semalam tak menangis.."
"Baliklah kalau macamtu esok saya datang jemput dia.."
Panggilan ditamatkan.Dahlia bernafas lega.Syukur anak mereka selamat.
"Macam mana?"
"Dia tidur rumah cikgu Lina.."Kata Dahlia.
Zafril juga turut lega.Dia membaringkan tubuh di atas katil semula.
"Ya Allah rasa bersalahnya saya dekat Nayla.."Kata Dahlia.
"Abang pun,lepasni kita jangan lalai dah.. belajar perbaiki perlahan.."Balas Zafril.
"Saya minta maaf,kalau lah saya tak buat hal mesti tak akan jadi macamni.."
Zafril mengusap lutut Dahlia.Mata dipejamkan.Mengantuk sama.
"Sudahlah.. kita sama-sama salah,kita selalu abaikan Nayla,sayang tak perasan ke.."
"Sangat.."
"Tadi dia cakap dekat saya dia boring, dia nak pergi holiday dekat Korea.. nak main salji katanya"
"Dia nak pergi Korea?"Tanya Dahlia.
Zafril angguk.
"Haah, saya pun terfikir juga kita dah lama tak holiday.. kita bawa dia pergi korea next week nak? Kan dia cuti sekolah"Pelawa Zafril.
"Bukan taknak pergi tapi.. abang, Dahlia ada plan sikit bulan ni.. ingat nak buka Kafe baru dekat tempat lain.."
"Kafe baru?"
"Haah.."
"Siapa nak jaga?"
"Saya la.."
Zafril menghelakan nafas.Sati Kafe pun dah tak larat nak jaga.Itupun balik lewat.Kalau Dua Kafe entah macam mana nak handle.Dengan anak lagi.Bagi Zafril dia tak berapa kisah,yang dia kisahkan anak mereka yang kurang berjumpa dengan mama dia.
Nanti takut pula ada kelalaian di situ.Setiap ibu bapa pasti mahu anak mereka tumbuh besar dengan penuh kasih sayang.
"Sayang.. Satu Kafe pun sayang dah balik lewat"
"Tapi tu impian saya nak buka Kafe banyak tempat.."
"Yes I know, but can you just imagine how busy you to handle the work at the same time you need to take care Nayla.."
Dahlia diam sebentar.
"Apa kata kita bayar ke Mia duduk sini and jaga Nayla.Kita bayar dia mahal sikit.. bolehkan?"Dahlia memegang tangan Zafril.
"Bukan tak boleh tapi.. Nayla tu anak kita kan.."
"Abang.. Saya akan sentiasa ada dengan dia juga cuma bukan waktu kerja,dia anak saya juga kan"
"Kenapa sampai nak buka dua Kafe? Kalau sayang nak duit ke apa boleh je minta dekat abang,abang mampu lagi nak bagi dekat sayang.."Kata Zafril.
"Tak...bukan macamtu abang, saya cuma nak orang nampak yang diri saya dah ada nama bukan kerana kahwin and guna duit seorang lelaki yang berpangkat Dato"Jelas Dahlia.
"Up to you.."Zafril mengalah.Dia kembali baringkan tubuh dengan betul.
Dahlia meninggalkan dirinya sendiri.Mungkin wanita itu mahu membersihkan diri.Balik tadi pun terus gelabah cari anak.
Keluhan dilepaskan.Susah hati juga bila fikir fasal anak mereka.Semenjak sekarang Dahlia memang sibuk.
Teringat aduan anaknya didalam kereta Saat dia menghantar ke tabika tadi.Kata-kata sekolah dia kecewa dengan sikap ibu bapanya.
"Papa minta maaf Nayla.."
Bersambung...
Share this novel