Selesai mengelap tubuh badan Nayla bersama tuala basah.Zafril mengucup dahi Nayla.
"Bangunlah sayang.. Nanti bolehla kita pergi shopping mainan banyak-banyak.. kita main sama-sama.."
Besen kecil bersama tuala diletakkan.Kemudian dipandang wajah anaknya yang pucat.
"Bangunlah.. Nayla tak kesiankan papa ke?"
"Nayla nak rehat lah tu,mungkin sebab dia penat menahan rindu dekat papa dia waktu papa dia tak ada dekat sisi dia dulu.."
Zafril menoleh kebelakang.Entah bila Maya masuk pun dia tak perasan.
"Dokter ada cakap apa-apa ke?"Soal Maya.Sempat dia kucup dahi anak saudarnya itu.
"Allhamdulillah.. keadaan dah stabil.. badan dia masih dikawal ubat tidur saja.."
"Allhamdulillah... Insyaallah dia akan sedar dan main dengan papa dia"
Zafril turut tersenyum.
"Zaf.. can we talk?"
"About what?"
"Haedar Raeef.."
Zafril Diam.Maya mengeluarkan Ipad dan membuka video rakaman pada Zafril.
"Ini bukti yang aku ambil.. Nampak tak, Haedar pukul anak kau.."
Zafril fokus melihat video tersebut.
"Kenapa? Kau nak cakap aku tuduh Dahlia la?"
"Aku tak bermaksud macamtu, maybe anggapan kau kalau Dahlia tak bawa masuk jantan ni,tak akan jadi semua ni tapi Zaf.. aku tak rasa kau patut pukul Dahlia teruk macamtu.. Kalau kau nak tahu hidung dia patah Dan terpaksa buat pembedahan.. kau tak rasa bersalah ke?"
"Tak.. aku puas.. kau nak tahu tak hati aku ni benci sangat dengan dia.. Tolonglah,tolong jangan bazirkan air liur pujuk aku untuk terima perempuan tu balik.."
"Tapi dia tengah mengandungkan anak kau.. takkan kau nak ceraikan dia?"Suara Maya makin naik.
"Itu bukan anak aku lah! Ni rakaman cctv ni ada nampak kan jantan tu masuk bilik aku.. tu bukan anak aku!"
"Habistu kau ingat orang nak percaya tu bukan anak kau sedangkan kau suami dia?"
Maya menggelengkan kepala.Inilah Zafril.Kalau kertas kepala tambah pula dengan ego memang susah nak selesaikan.Sekarang kalau dia cakap benci tu memang bencilah jawapnya.
"Aku tunggu dia bersalin.. Dan aku akan pastikan kami akan bercerai lepastu.. cukuplah.. aku penat dah.. mata aku ni macam muak tahu nak tengok muka dia tu.."Kata Zafril.
"Astarfirullahhalazim.. Zafril Ilyan, jahat macam mana pun dia tetap isteri kau, dalam video ni dia tak bersalah lansung dan dia tak bagi suntikkan tu untuk Nayla.. aku juga perempuan Zaf.. aku juga seorang ibu,aku terasa sangat waktu kau pukul Dahlia tadi.."
"Kau ni kan.. kalau dia tak bawa jantan tu--"
"Zafril sudahla.. kau tu yang barang sangat! Susah sangat ke kau nak maafkan Dahlia!"
"SUSAH! SUSAH! Cuba kau bayangkan Daniel tu curang.. apa kau rasa"
Maya menghela nafas.
"Ikut kau lah Zaf.. tapi, bagilah dia jumpa dengan anak dia.. Dari semalam kau tak bagi siapa-siapa masuk tengok anak kau.. mesti Nayla rindukan mama dia juga,percayalah.. Anak ni ubat dia ibu je.."
*
"Lepaskan aku lah!! Aku tak bersalah!"Tangan dagari.Dua orang polis mengherat Haedar masuk ke dalam kereta.
Daniel dan juga Tengku Harif dan Isma hanya menyaksikan.Luluh hati Tengku Isma.Tapi memang itu yang perlu mendapat,keluarga keturunan kerabat saja.Tapi sayang,tak berguna lansung.
"Saya minta maaf Tengku Harif dan Tengku Isma.."Kata Daniel.
"Tak apalah.. memang dia patut dapat balasan, sanggup dia merosakkan hubungan rumah tangga orang.."
Daniel anggukkan saja kata-kata Tengku Harif.Dia yang dengar pun rasa serba salah.
"Anak kami memang cintakan Dahlia.. saya pun tak tahu lah,dah berbuih mulut kami ni pesan.. dalam banyak-banyak wanita, Dahlia juga yang dia nak.."
"Dahlia tu memang baik Tengku.. sebabtu Zafril cintakan dia cuma.. Taktaulah kenapa dia boleh berubah,biasalah.Tengku Haedar tu cukup semua, kacak pun kacak.. kaya pun kaya keturunan pulak tu.. Siapa je yang taknak kan"Daniel senyum tawar.
"Apa apa pun semua manusia tetap ada kekurangannya... Kami berdua nak minta maaf atas anak kesalahan Haedar.. kami terima sahaja apa hukuman yang Dato Zaf nak beri pada dia.."
"Betul tu, hukum lah dia.. mungkin itu lebih terbaik.. kami lagi malu kalau dia bebas dikata begitu sahaja.Biar dia dapat hukuman.."
"Iyalah,semua tu tugas polis Dan abang ipar saya saja.. saya minta diri dulu ya"
"Iya,terima kasih Daniel.. kirim salam dekat semua.."
*
Kerusi roda Dahlia ditolak oleh Rosna masuk ke dalam wad Nayla.Menangis Dahlia melihat anaknya yang terbaring dengan wayar yang penuh.
"Ya Allah anak aku.."
"Ummi.. anak Lia ummi.."Tangan Nayla dikucup.Dibelek pula wajah pucat Nayla.
"Maafkan mama sayang.. mama memang ibu yang paling tak guna dalam dunia ni.. mama bodoh,mama lalai.. mama percayakan lelaki tu,mama memang bodoh!"Esak Dahlia.
"Dahlia istifar nak.."Rosna memeluk Dahlia.
"Jahatnya Dahlia ummi.. bodohnya Dahlia.. Lia dah derhaka dekat suami Lia,Lia curang dengan dia.. Lia punca anak kami macamni.. hiks.. bodohnya Lia ni ummi"
"Ya Allah sabar nak.. ini ujian rumah tangga Lia.. jangan salahkan diri Lia"
"Tapi memang Lia yang salah.. lelaki yang sebaik Zafril Lia butakan pandangan tapi Lia buka mata dekat jantan tak guna tu! Dia buat anak Lia jadi macamni!! Haaaa anak Lia ibu anak Lia.."
"Mengucap nak, bukan menangis macamni.. kita berdoa bersama-sama.. ummi yakin,Zaf tu masih cintakan Lia,tapi dia juga perlukan masa.."Kata Rosna.
"Lia memang tak layak untuk lelaki macamtu ummi.. Zafril tu baik.."
"Anak ummi pun baik.. Sudahla Lia,bagi Zafril masa.. ummi sentiasa doakan hubungan kamu berdua.. "
Dahlia bangkit dari kerusi roda.Dia mengucup wajah anaknya bersama tangisan.
"Mama ada dengan Nayla.. maafkan mama sayang.. mama jahat, bangunlah.. mama janji mama tak akan abaikan Nayla lagi.."
"Mama akan jaga anak mama ni.. Dan mama akan jaga baby ni juga,Nayla nak jadi kaka dah sayang.. bangunlah.. nanti Nayla boleh main dengan baby.."
Berair mata Rosna melihat kesedihan dihadapannya.
"Bangunlah sayang.. kesian dekat mama, mama lemah kalau anak mama macamni.. papa dah bencikan mama.."
Melalui tingkap pintu luar.Zafril hanya memerhati.Dan dia dapat lihat,tangan Nayla bergerak.Sayangnya Dahlia tak perasan.Ikutkan hati nak je dia terjah masuk.Tapi ego menghantui dirinya.
"Zaf?"Tegur Amina.
"Mama? Mama buat apa dekat sini?"
"Zaf buat apa duduk depan pintu ni kenapa tak masuk?"
"Ermm.."
Amina mejenguk sedikit cermin.Baru dia faham kenapa anak lelakinya berdiri di luar wad Nayla.
"Zaf.. setiap orang pasti akan melakukan kesalahan.. Rendahkan ego kami Zaf.. Bagilah peluang untuk Dahlia.."
"Mama datang sini kenapa? Nak jumpa Nayla je?"Zafril sengaja ubah topik.
"Eh tak.. mama datang bawakan bekal untuk Zaf,Maya cakap Zaf tak lalu nak makan kan? Ni mama bawa daging harimau menangis dengan salad banyak2.. Zaf kan suka"Amina mengeluarkan bekal Dan buka tu tunjuk pada Zafril.
Awalnya dia tersenyum.Tapi bila bau yang menusuk hidung benar-benar buatkan dia loya tekak.Tak dapat ditahan Zafril terus lari ke tandas.Amina senyum.
"Hmm.. anak lelaki lain konan.. tunggu lah mama buli Zaf sampai Zaf sedar.. nasiblah kalini Zaf dapat alahan"Ketawa Amina berhenti apabila Rosna keluar dari wad.
"Eh kenapa ni kak?"Tanya Amina.
"Nayla dah sedar.."
Bersambung...
Share this novel