12

Romance Series 111084

"mama!!"

"Ya Allah anak mama!"

Ibu dan anak saling berpelukkan.Sebulan tak jumpa mestilah rindu.Nak lepas rindu melalui telifon je mana nak cukup.

"Nayla rindu mama.. mama dah sihat?"Tanya Nayla.Pipi Dahlia disentuh.Risau dia dengan keadaan Dahlia.

"Mama sihat.. mama rindu sangat dengan princess mama ni.."Kata Dahlia.

"Nayla lagi rindu mama.. rindu masakkan mama,rindu main dengan mama rindu semualah"Katanya.

Zafril tersenyum lalu duduk dibirai katil.Seronok tengok anak dan ibu melepaskan rindu.

"Papa tak rindu?"Soal Zafril.Kepala Nayla dia usap.

"Rindulaaa.. papa rindu Nayla tak?"

"Hahah mestilah papa rindu baby girl papa sorang ni.. sini papa kiss sikit"Tubuh Nayla diangkat supaya duduk di atasnya kemudian pipi gadis kecil itu digomol sepuasnya.Rindu sangat.

"Hahahahha papa janganlah..."

"HhHahaha sudahla papa.. abang tolong bawakan Nayla mandi boleh,busuk dah ni.."

Zafril mengangguk.Kemudian dia menggendong Nayla mahu keluar dari bilik mereka.

"Abang! Boleh tak tolong bawakan air kejap lagi?"

Permintaan Dahlia dihiraukan Zafril.Lelaki itu hanya berbual kecil bersama anak mereka dan keluar dari bilik.

*

"Ish lamanya tak tidur bilik ni"Nayla naik panjat katil.

"Hmm? Baru sebulan dah duduk kampung, best tak?"

"Best la papa.. tidur ramai-ramai dengan cousin.. best gila.."

Zafril tertawa kecil.

"Nanti cuti sekolah papa hantar lagi nak?"

"Nak! Nak sangat papa..."

Nayla berbaring di atas katil.Zafril turut berbaring sama.Bukan saja-saja dia mahu temankan Nayla.Tapi ada sebab dia mahu tidurkan gadis itu.

"Papa nak tanya boleh?"Soal Zafril perlahan tapi masih boleh didengari anak mereka.

"Tanyalah.."

"Dulu.. Nayla ada cakap dengan papa, Nayla ada Daddy.. boleh tak papa nak tahu siapa daddy tu?"

Nayla kerutkan dahi.Daddy mana pula ni?

"Daddy mana? Nayla lupalah.."

"Ishh Nayla ni.. Daddy yang Nayla cerita dekat papa tu.."

Nayla Diam sebentar.Kemudian dia mengangkat tangan tanda sudah ingat Dan faham apa yang papanya cakap.

"Ha! Ni mesti cerita Korea yang maksud Daniya cakap tu,yang ada sugar daddy tu.. handsome dowh yang pegang watak sugar daddy tu.. papa tahu tak last sekali diorang kahwin Dan bahagia,tapi sayang pertengahan episod tu macam-macam jadi dalam hubungan.. stress!"

Ternganga mulut Zafril.Lain jawapan yang dia nak lain jawapan yang anaknya bagi.Zafril mengeluh Kesal.

"Bukanlah.. bukan drama ke apa ni pasal daddy-- NAYLA!!"

"Khoo... Khoo..."Dengkiran halus Dari Nayla.Jeritan Zafril pun dah tak hirau sebab Dari dalam kereta dia tahan mengantuk.

"Perangai la.."Selimut ditarik menutup badan Nayla.Kesal sangat-sangat.Dia Masih belum dapat jawapan itu lagi.

Wajah Nayla yang dibuai mimpi dipandang sayu.Celaru fikiran Dan bisikkan hati Zafril sekarang.Ditambahkan pula memikir nasib si kecil ini.

"Aku tak yakin hubungan ni akan kekal.. hanya kerana orang ketiga.. semuanya hancur, begitu juga hidup anak aku sendiri.."Air mata bergenang.

"Papa tak tahu Nayla.. papa buntu.. papa rasa sakit sangat.. tapi papa kena kuat, demi anak papa sorang ni"

"Papa akan cuba selesaikan semuanya.. papa akan perbaiki semua ni.."

Akhirnya jatuh juga air mata yang dia tahan sepanjang hari.Selepas melihat rakaman suara Dan juga video melalui telifon.Sebak sekali dirinya.

Telifon bimbit dikeluarkan.Dia ulang semula video itu.Ulang Dan ulang itu sahaja kerjanya.Tapi setiap Kali dia melihat video rakaman itu,dirinya bertanya.Benarkah itu Dahlia isterinya?

Tak percaya.Zafril Masih tidak percaya.Ini seperti mimpi.Dahlia yang dia kenal,baik.Tak mungkin dia akan buat macamni.Tapi kalau bukti dah cukup kukuh.Apa lagi dia nak kata.

"Sakitnya hati abang.. macam ni agaknya sakit hati Sofea dulu?"

Teringat pula kepada bekas isterinya yang sekarang sudah menjadi ratu di hati seseorang.Zafril turut bahagia, mungkin lelaki itu lebih baik darinya.

Air mata dikesat.

"Teruskan menjadi bodoh Zafril.."

*

"One hot chocolate latte and one set breakfast!"Riuh Kafe Dahlia pagi ni.

Dahlia menyiapkan bancuhan mocha latte bersama kepingan waffle Dan dibawa kemeja luar.Senyuman manis dia tayangkan kepada Haedar yang sedari tadi menunggunya.

"Lama tunggu?"Tanya Dahlia.

"Sangat.. lapar tahu.."Bibir dimuncungkan.Dahlia ketawa kemudian menghidang set breakfast kepada lelaki itu.

"Nah.. ni kad yang awak bagi dekat saya haritu,terima kasih.. Dan saya dah ganti duit awak.. maaf sebab guna duit awak"Haedar memberi black card kepada Dahlia semula.

"Hmm.. suami saya hampir curiga.. nasiblah banyak alasan yang saya cipta,kalau tak habis.."

Haedar senyum jahat.Biar Zafril mendapat segala pesanan penggunaan black card.Biar dia dapat tahu yang isteri dah dah cukup muak dengan dia.

'tch! Aku nak pakai duit dia? Kalau tak sebab aku nak cepatkan proses cerai kau.. takdenya aku nak guna, apa gunanya aku ni anak berdarah kerabat diraja kalau nak guna duit orang?'Kata hati Haedar.

"Ni favorite awak,makanlah dulu saya nak ke dapur.."Dahlia mahu bangun tapi lengannya ditahan Haedar.

"Saya ada perkara nak bincang dengan awak..."

"Perkara apa?"

"Lia... sebenarnya, saya ada masalah dengan bunda saya, boleh tak kalau Dua tiga hari ni.. sa-saya duduk rumah awak"

Dahlia diam.Hati berbolak balik bila melihat mata cantik lelaki itu yang seakan merayu.

"Tapi bukan ke awak dah beli kondo?"

"Kondo tu tengah renovat, lagipun kita dah janji kan rumah tu kita nak tinggal bersama lepas kahwin nanti.. sayang, please.. kalau saya tinggal dengan awak lagi mudah kita nak--"

"Assalamualaikum.."
Dahlia Dan Haedar terus berdiri melihat Zafril Dan Tengku Harif yang datang menyapa mereka.Keduanya menayangkan wajah tegang.

Zafril tersenyum.Bahu Dahlia dipeluk.

"Tengku.. kenalkan,ini isteri saya pemilik Kafe ni.."Zafril tersenyum.Dalam hatinya sangat bahagia bila melihat muka Dua orang itu tegang lagi-lagi mendapat pandangan tajam dari Tengku Harif.

"Ini isteri kamu Zaf?"Tanya Tengku Harif seakan tak percaya.

"Ya ini isteri saya.. Dahlia Natasya.. ibu kepada anak saya Nayla.."

"Kamu berdua dah ada anak?"

"Ya Tengku.. kami dah ada seorang cahaya mata,itu pun tengah plan nak tambah lagi..hahah kan sayang?"Zafril memandang wajah Dahlia.Diam dan cuak.Dalam hati,Zafril senyum puas.

"Dan ini adalah anak saya.."Tangan Tengku Harif menunjuk anaknya.Dia memandang Haedar seperti tidak percaya.

"Ouhh ini anak Tengku? M-macam pernah nampak.. eh? Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?"Soal Zafril pada Haedar.

Haedar menggeleng.

"T-tak.. kita.."

"Ha... Saya ingat.. tapi?? Ouhh betullah kita tak pernah berjumpa tapi saya rasa saya pernah tengok awak waktu Anugerah usahawan haritu kan? Tengku Haedar Raeef bin Tengku Harif pemilik HatiBeuty? Kan?"

"Betul Zafril.. itu syarikat anak saya.."Jawab Harif tapi mata Masih memandang Haedar.

"Tengku nak makan tak? Sayang boleh tak buat sarapan untuk Tengku,abang ada appointment dengan dia sebenarnya sebab itu abang bawa dia datang sini dah alang-alang kami pun tak sarapan lagi"Kata Zafril.

"Tak perlu Zafril,saya minta maaf.. saya rasa saya kena balik sekarang,pasal appointment tu.. kita dah bincang separuh kan.. jadi saya serahkan yang lain kepada P.A saya.. Haedar! Balik sekarang.."

"Ayahanda--"

"Apa lagi? Balik sekarang.. apa kamu buat dekat sini?"marah Tengku Harif.

"Eh Tengku kenapa marah Tengku Haedar? Dia datang nak makan je.."Kata Zafril seperti tidak faham dengan keadaan.

"Tak apa Zaf.. masalah keluarga"Kemudian mata Tengku Harif memandang wajah Dahlia.

Tangan Haedar ditarik keluar dari Kafe.

"Kenapa tu?"Tanya Zafril pada Dahlia.

Dahlia gelengkan kepala.Terkedu ditambahkan perasaan takut.Dia berlalu ke dapur.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience