Dahlia pandang dirinya dihadapan cermin.Berpakaian baju kurung bersama shawl yang dililitkan biasa.Dia adalah isteri kepada Dato.Dan dia berpangkat Datin.Tapi hari ini,pecah rekod,dialah wanita pertama yang berpangkat Datin pergi bekerja di pejabat bapa mertua sendiri.
Pelik kan?
Nak kerja macam dulu,dia sudah tiada harta.Kafe semua sudah dijual saham oleh Zafril kepada Haedar.Nak dapatkan balik pun tak boleh.Walaupun orang tetap duduk dalam lokap,tapi duitnya Masih berjalan seperti biasa.
"Inilah akibatnya bila kahwin tapi tak sedar diri yang diri tu asal dari keluarga biasa tapi ada hati nak berpangkat Datin.."bicaranya sendiri sambil membetulkan tudung.
Pengajaran yang sangat penting bagi semua wanita.Perkahwinan walaupun dilombang harta,tak semestinya hidup akan bahagia kalau pasangan itu tidak berjaya mewarnai bersama.
Betapa pentingnya kerjaya seorang wanita sebelum berkahwin.Biarlah bekerja di kedai makan sekalipun asalkan ada harta sendiri.
Tidak semua wanita mengimpikan menjadi suri rumah.Begitu juga Dahlia.Tapi salahnya satu saja,dulu dia adalah wanita yang tak pandang harta.Dia sanggup berusaha sendiri.Tapi dia tersalah langkah apabila bergelar seorang isteri kepada lelaki yang berpangkat Dato.
Dia buta dengan harta yang dimanjakan sampaikan pekerjaan tetap dia pun menggunakan modal suami sendiri.Dan sekarang? Inilah puncanya.
"Aku terima semuanya.. mungkin ini pembalasan untuk aku atas apa yang aku buat dekat suami aku sendiri.."beg tangan dan beberapa fail diambil.
Dahlia keluar dari bilik pakaian.Matanya menangkap Zafril yang sedang sibuk bekerja.Sekarang Zafril dah bekerja dari rumah untuk syarikatnya yang berada di luar negara.Dia dah tak ada pejabat di Malaysia juga.Tapi syukurlah, kilang dan kedai perabut masih menjadi miliknya.
"Abang.."Panggil Dahlia.Tapi Zafril Masih memandang laptopnya.
"Abang Lia nak pergi kerja ya,tolong jagakan Nayla boleh?"
Zafril ketawa kecil kemudian menoleh melihat Dahlia yang sudah bersiap.
"Hmm? Kerja? Bukan ke dulu kau janji dengan Nayla kau nak jaga dia sepanjang masa? Still nak kerja lagi? Kata dah trauma dah.."Perli Zafril.
"Saya nak kerja demi saya juga,saya nak kena ada duit dalam tangan sebelum.. saya dilepaskan.Saya masih ada anak kecik nak kena jaga juga.. nanti dah sarat saya tak larat nak kerja"Ujar Dahlia.
"Ouhh ya? Habistu aku ni siapa ya? Apa tugas aku sebagai seorang suami dan seorang ayah?"
Dahlia geleng kepala.Perut yang semakin membukit disentuh.
"Saya tahu awak takkan terima anak ni walaupun ini.. tak apalah, saya pergi kerja dulu"Dahlia mahu pergi tapi tangannya ditarik Zafril.
"Apa abang ni? Saya dah lewat la nanti papa marah.."
"Apa gunanya aku hadap alahan semua ni kalau aku still nak mengaku tu bukan anak aku?"
Dahlia pandang Zafril.Turut teruja dia kerana Zafril sudah percaya anak yang dia kandung adalah anak mereka.
"Segala duit anak dan juga diri kau aku akan tanggung walaupun lepas kita berpisah.. tapi lepas berpisah,aku hanya bagi nafkah anak-anak.. cuma itulah,apa yang aku nak cakap sekarang ni.."
"Aku akan jaga Nayla.. Dan kau akan jaga baby tu,dia kecil lagi kan,dia Masih perlukan susu ibu.. bila besar,barulah kita bergilir.. siapa nak jaga siapa"
"Tapi saya tak boleh berjauhan dengan Nayla.."Sentak Dahlia.
"Tak.. aku tak kesah,Nayla tu anak sulung aku.. perwaris harta aku.. aku taknak nanti perangai busuk kau tu menghasut anak aku untuk dapatkan harta hak yang aku berikan pada dia,sebabtu aku buat keputusan untuk jauhkam dia dari kau selepas dia sudah berumur 12 tahun.. aku akan hantar dia ke London.. membesar disana.."
"Sampai hati abang buat Lia macamni,Nayla anak saya.. awak tak fikir ke hati saya seorang ibu yang melahirkan dia bila kami berpisah?"
"Itu urusan kau, kalau kau boleh curang berlakang aku.. tak mungkin lah,benda lain kau tak boleh buat kan? Sedar lah diri sikit.. kau tu tak layak lah dengan aku.."Zafril bangkit meninggalkan Dahlia sendiri yang terduduk di birai katil.
"Ya Allah.. sampai macamtu sekali? Kuatkan aku nak berpisah dengan anak sendiri.. jahat sangat ke aku dalam pandangan Zafril.."Air mata menitis jatuh.Tak tahu bagaimana nak ungkapkan kesedihannya sekarang.
*
"Jauh betul lah kau ni.. sampai mana agaknya?"Mikhail menepuk kuat berlakang Zafril.
"Ha?"
"Ha apa ha? Ni kau datang sini nak main golf ke nak buat apa? Asyik termenung je.. aku bawa kau datang sini kau have fun je lah.. apa yang susah?"
"Nak have fun macam mana.. kepala aku ni serabut Hal rumah tahu.."
"About your wife again?"
Zafril mengangguk.
"Biasalah tu Zaf ujian rumah tangga.."
"Bukan masalah tu, tapi kau faham tak.. aku ni keliru dengan hati aku sendiri,aku taktahu apa yang aku buat sekarang ni.. aku keliru sangat-sangat.."Kata Zafril.
"Kau keliru sebab hati kau cakap lain tapi bibir kau ungkap lain, kau sebenarnya Masih sayangkan dia kan.. tak payah tipu aku lah,kita bukan kenal sehari dua.."
Zafril memandang pasang golf yang kosong dihadapannya.Mungkin betul apa yang Mikhail cakap,dia masih sayangkan Dahlia.
"Tipulah kalau aku tak sayangkan Dahlia, tapi aku tak tipu korang,aku memang bencikan Dahlia sekarang ni,sangat benci.."
"Entahlah Zaf,apa-apa pun aku nak kau buat solat istikarah.. minta pentunjuk,jangan buat keputusan meluru ja.."
Zafril mengangguk.
"Terima kasih sebab sokong aku, aku taktahu nak percaya cakap siapa sekarang ni.."Kata Zafril.
"Aku sentiasa ada dengan kau,kita dah lama kawan.. aku nak kau bahagia Zaf.. dah jom main golf.. budak-budak tu dah tunggu dah"
Zafril mengambil batang golf miliknya.Kemudian menarik kereta ke tempat permainan yang agak selesa mereka mahu main.Dibantu dengan pekerja situ.
Zafril Dan Mikhail bermain sepuasnya bersama gelak ketawa.Hilang sedikit lah rasa serabut dalam fikiran mereka.
"Eh,kau ni pukul lah betul-betul!"
"Weyh bola aku masuk air"
"HAHAHHAHA"
"Zaf kau pukul kuat sangat nyah,bola kau tersangkut atas pokok!"
Puas bermain.Bukan main pun,ketawa je banyak.Penat bergurau.Zafril meminta izin mahu ketandas sebentar.Selesai buang hajat,dia singgah membeli dua air tin mahu dibawa ke tempat rehat.
Mata menangkap seorang wanita yang meraba-raba dinding seperti mahu pitam.Tiada siapa pun di lalun ini,takkan dia nak biarkan sahaja.
"Cik? Cik okay ke?"Tanya Zafril pada wanita itu.Wanita itu menggeleng,tangannya terpaksa merangkul leher Zafril demi seimbangkan badannya yang hampir jatuh.
"Eh cik! Ya Allah okay tak ni?"Makin Gelabah Zafril apabila terpaksa memegang wanita itu.Kalau berpakaian tertutup tak apa.Tapi wanita itu mengenakan suit sukan yang terlihat perut kempisnya.
"Saya nak pitam.."katanya sambil memegang kepala.
"Aduii macam mana ni?"Zafril melihat Kiri kanan,tiada siapa lansung untuk membantunya.Dalam keadaan macamni, Zafril terpaksa menggendong wanita itu.
*
"Terima kasih bawa saya datang klinik.. kalau tak,I don't know what will happen to me"
Zafril hanya mengangguk lalu tersenyum.Dia membantu wanita itu duduk di atas kerusi roda.
"Tak apa,mungkin hari ni saya tolong awak.. manatahu esok awak tolong saya"Kata Zafril.
"Rumah awak dekat mana? Saya hantarkan.."
"Err tak apa ke?"
"Boleh je,takkan nak biarkan awak sakit macamni balik sendiri?"
"Awak kenal Tan Sri Hamed?"
"Kejap awak anak tan Sri Hamed ke?"
"Haah,saya anak dia.. awak kenal ayah saya kan?"
"Ya kenal sangat,dia kawan ayah saya,kami pernah berkerja sama dulu,patutlah muka awak macam ada kacukan"Kata Zafril.Wanita itu ketawa.
Memang nampak persis wanita itu matang dan cantik.Pasti digilai oleh ramai orang.Tinggi macam model,wajah berkacukan orang putih pula tu.Setahu Zafril ibu wanita itu orang putih.Kulit wanita itu yang bewarna putih susu pun dah ikut belah ibunya.Memang tak nampak macam orang sini.Kalau orang yang tak kenal,mesti ingat perempuan ni matsaleh fasih bahasa melayu.
Badan pun lansing.Body idaman para wanita.Dia yang suami orang pun boleh tergoda.Tapi nasiblah dia masih lagi tahu menjaga batas.
"Can I know your name?"
"Zafril.. Zafril Ilyan.."
"Ouhh, saya Medina.."
Bersambung..
Share this novel