11

Romance Series 111084

"Lia dah okay sikit ke?"Zafril mendekat kearah Dahlia.Tangan gadis itu dia kucup sambil tersenyum.

"Ya.. Abang jaga Lia comferm okay hihi"Katanya.

"Harini Lia checkout.. abang minta maaf sebab abang nak kena pergi office lepastu ambil Nayla dekat rumah ibu.. Lia balik dengan Daniel ya?"

"Lia okay je.. abang balik la awal.. takpun tak payah pergi kerja.. pergi ambil Nayla terus"

"Rindu lah tu.. abang pergi sekejap je,nak check appointment lepastu terus ambil anak"Kata Zafril.

Zafril mengucup sekilas bibir Dahlia.Nak lebih-lebih tak boleh dekat hospital.

"Jangan banyak bergerak okay.."

"Demam saya dah kebah la.."Dahlia ketawa.Risau betul suaminya itu.

"Tak apalah.. selagi tak keluar hospital selagi tu awak kena hati-hati.. abang pergi kerja dulu"

Tertutup rapat pintu wad.Mata Dahlia memandang almari kecil di sudut meja makan.Pintu almari terbuka.Seorang lelaki keluar dari pintu tersebut.Habis basah peluh dia bersembunyi di dalam almari.

"Pergilah balik.. nanti suami saya nampak awak"

Lelaki itu memekakkan telinga.Dia mendekat kearah katil Dahlia.Senyuman menggoda dia tayangkan.Setakat bini orang, mak orang pun boleh tergoda apatah lagi Dahlia yang masih muda.

"Sayang... I miss you so much you know.."Haedar memuncungkan bibir.

"Haedar.. suami saya adalah, nanti kalau dia perasan macam mana?"Hampir Dahlia menengking lelaki itu.

"Okay la.. bila dia nampak semua ni,senanglah kita kawin nanti.."Haedar senyum.Terbayang dia betapa indahnya perkahwinan mereka nanti.

"Haedar..."

"Ye saya balik, awak ni.. marah saya pula"Haedar berpura mahu merajuk.

Wajah Haedar yang sangat Babyface ditambah pula dengan tona kulit yang cerah dan sentiasa buatkan wajah lelaki itu merah.Itu sangat buatkan hati wanita seperti Dahlia lemah.

Tipulah kalau tak comel.Cuba Zafril yang buat macamtu.Belum tentu comel.Pelik adalah.

Tapi sayang,makin hari mata Dahlia makin buta.Cuba kalau perempuan lain yang tengok Zafril.Memang tak nampak seperti umur 40.Kalau bagi Zafril secara percuma dekat mana-mana perempuan pun,comferm masih beratur orang berebut.

"Awak ni kan.. tak habis-habis muka comel tu, Baliklah rehat.."

"Okay, saya balik.. awak pun rehat saya--"

Klerk!!

"Sayang, phone abang tertinggal la.."Pintu wad terbuka Dan Zafril menapak masuk secara terkejut.

Wajah cekang Dahlia memandang Zafril yang semakin mendekat kearah katil.

"H-ha? Phone a-awak letak dekat mana?"Tanya Dahlia.

"Tak pasti.."Zafril mencari telifonya.Disaat lelaki itu mehu memeriksa kabinet disebelah katil.Tangan Dahlia keluar menolak kepala Haedar yang menyorak dibawah agar masuk ke bawah katil.

"Ni pun... Abang keluar dulu"

Dahlia anggukkan kepala.

"Boleh pula dia lupa telifon.."

*

"Kamu pergi mana Haedar.. pagi-pagi lagi dah keluar.."Tegur Tengku Isma.Secawan the panas dihirup.Tapi mata Masih fokus memandang anaknya yang baru keluar dari kereta McLaren.

"Eh.. bunda, buat apa dekat luar ni?"Dia mendekat kearah Tengku Isma.

"Tunggu kamulah.. ayahanda kamu dah bising tahu kamu tak masuk pejabat"Marah Tengku Isma.

Haedar tersenyum.Pipi wanita itu dihadiahkan ciuman.

"Maaf bunda.. Haedar pergi tengok Dahlia.."

"Dahlia? Bini orang tu? Kenapa dengan dia?"

"Demam panas.."Jawab Haedar.

"Kesiannya.. semoga cepat sembuh, tapi kenapa kamu pergi melawat? Bini orang tu Haedar.. kamu jangan buat hal.. banyak kali dah bunda perasan tapi bunda diam.."Kata Tengku Isma.

Haedar senyum sinis.Dia duduk berhadapan Tengku Isma.Teh yang Masih tersisa di cawan ibunya dia hidup.Biar basah sedikit tekak tu.

"Bunda.. kalau yang bertunang pun boleh putus apatah lagi bercerai.."

"Haedar Raeef! Kamu Tau kan berdosa rosakkan rumah tangga orang!"Baik darah Tengku Isma memarahi anaknya.

"Haedar tak rosakkan rumah tangga orang.. lagipun Dahlia sendiri yang muak dengan suami dia"Balasnya tanpa rasa bersalah.

Tengku Isma menggelengkan kepala.

"Jujur.. bunda dengan ayahanda tak kan kisah siapa pun kamu nak kahwin,janda anak 5 sekali pun kami tak kesah tapi dengan syarat.. perkahwinan kamu tak akan merosakkan martabat kita sebagai kerabat diraja.."Ujar Tengku Isma.

"Takkan bunda.. tak akan ada gossip walaupun Haedar yang punca rumah tangga mereka hancur.. orang tak boleh pandang Haedar ni nak kahwin dengan Dahlia hanya semata mahukan duit.. tak logik.."

"Bunda tak paham betul lah kamu ni.. anak dara ramai lagi kat luar bini orang juga yang kamu cari.."

Haedar Diam.Kunci kereta diambil kemudian dia berdiri menghadap Tengku Isma.

"Tengku Haedar Raeef bin Tengku Harif.. akan tetap dapatkan apa yang dia nak.."Kata Haedar lalu masuk ke dalam rumah.

"Ya Allah.. apa aku buat ni.. Dahlia Masih lagi bergelar isteri orang.."Rambut diraup kebelakang.

"Ya Allah... Dalam banyak-banyak perempuan kenapa kau boleh cintakan dia Haedar.. busuk nya hati kau"

"Macam mana ni.. aku dah sayangkan dia.. Dan aku takkan lepaskan dia.."Kata Haedar.

*

"Kau tak bertolak balik lagi?"Maya menegur Zafril yang memasukkan beg Nayla kedalam Bonet kereta.

"Ha? Ni nak balik lah.. aku tak boleh lama, Dahlia sakit kan.."

"Itulah,Daniel chat aku dia cakap Dahlia dah checkout, dia bawa balik rumah mama dulu sebab kesian tak ada sesiapa dekat rumah kau"Kata Maya.

"Alah.. Mia pengasuh Dahlia ada, lupa pula nak bagitahu.."

Diam Maya memerhati gerak Geri abangnya.Hingga dia memutuskan untuk bersuara.

"Daniel bagitahu aku.. kau Kata Dahlia curang?"

Terus berhenti tangan Zafril yang menyusun beg bagasi dalam bonet kereta.

"Takdelah.. aku salah faham je.."

"Bagi Daniel dia mungkin akan sokong Dahlia tapi bagi aku,aku tetap akan sokong abang aku"

Mendengar kata-kata Maya.Zafril terus menatapnya bingung.

"Kau ada duit tapi sayang mata kau ni boleh tahan rabun juga eh? Double dengan otak kau sekali apa gunanya duit kau kalau kau boleh bayar orang upah siasat semuanya?"

"Tak.. aku percaya isteri aku.."

"Kau ni--"

Zafril mengeluarkan telifonnya kemudian membuka rakaman suara yang dia rakam di hospital tadi.

Tersenyum Zafril melihat riak Maya yang terkejut.Kemudian Zafril alih pula pada rakaman cctv.

"Aku tak cukup bodoh lagi.. tapi aku nak tengok jauh mana dia mainkan aku.. Buat masa sekarang biar aku jadi manusia paling bodoh dekat dunia ni.."Kata Zafril.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience