"mama mana?"Zafril mendekat kearah Nayla bersama Mia pengasuhnya yang duduk di ruang tamu.Cuti sekolah, kena ada aktiviti lah untuk buat kalau tak ipad yang diminta.Nasiblah Mia banyak idea nak melayan Nayla.
"Mama? Taktau.. bukan mama pergi Kafe ke?"
"Eh tak lah.. Datin pergi beli barang Dato.. kejap lagi balik lah tu, dia jalan kaki je.. pergi kedai runcit depan tu katanya.."Ujar Mia.Zafril pun satu, Tanya dengan budak-budak manalah diorang tahu kalau Dari tadi Nayla asyik sibuk mewarna.
Zafril mengangguk.Dia melihat aktiviti yang dilakukan Nayla.Tersenyum Zafril.Nayla memang pintar.Sebijik macam mama dia, otakcepat bertindak.Umur 2 tahun pun dah minat dengan mewarna dan membaca.
"Pandainya anak papa melukis.. lukis apa tu?"
Mia tiba2 meminta izin mahu ketandas.Zafril duduk di sebelah Nayla.Melihat kertas yang sudah banyak dilukis.
"Nayla lukis.. ni mama.. ni papa.. Dan ni.."
Zafril Bingung melihat lukisan seorang lelaki yang memegang tangan Dahlia.Walaupun hanya lukisan biasa tapi Zafril perasan lukisan itu adalah watak seorang lelaki.
Dahlia berada di tengah mereka.
"Ni siapa?"
"Ni Daddy!"Teruja Nayla menjawab.
Lama Zafril merenung gambar tersebut.Daddy? Daddy yang dekat tabika Nayla?
Tapi kenapa Nayla lukis dia pegang tangan Dahlia pula?
"Papa.. Nayla nak makan luar lah harini.. boring makan masakkan nek kiah.."Nayla mengejutkan Zafril Dari termenung.
"Ha? Okay.. nanti papa tanya mama tapi harini kan kita nak blik kampung.."
"Sebelum balik kita singgah la makan papa..."
"Tak boleh sayang, nanti before bertolak makan dulu dekat rumah lepastu kita makan dengan rumah nenek pula.."Kata Zafril.
"Baik papa.. nak naik mandi kejap.."Nayla bangkit berdiri.
"Ha! Tak payah nak lari kemas dulu banyak lah akainya nak mandi.. kalau suruh mandi tu tahun depan baru nak mandi.."
Nayla senyum kerang busuk.
"Alaa papa ni.. lepasni apa kata papa tak payah bayar air, biar kena potong terus tak payah nak mandi dah.. kan best camtu.."Kata Nayla.
"Habistu awak nak busuk setiap hari?"
"Tak.. papa ni, perfume kan ada.. sembur perfume je lah papa.."
"Pandailah, lepastu macam mana nak basuh berak?"
"Pakai tisu.."Jawab Nayla.
"Banyak akal betul lah hang ni.. sebijik macam mak hang tau dak,kemas dulu papa nak pergi tengok mama.."Zafril keluar ke halaman rumah.
Nampak Dahlia yang baru masuk kawasan pagar.Adalah tu sesuatu yang tak ada dekat rumah itu yang terpaksa jalan pergi kedai runcit.Nasiblah kedai runcit tu dekat.
"Abang.."Sapa Dahlia.
"awak tak bagitahu saya pun nak keluar"
"Sorry,tadi ingat nak buat sup bawa balik makan rumah ibu dah alang-alang tu along ada call diorang nak hantar anak-anak diorang pergi balik kampung juga.. Jadi nak masak lebih tapi daging tak cukup pula"Ujar Dahlia.
"Hmm ye lah, lain kali bagi tahu dulu.. risau abang cari"
"Buat apa abang nak cari Dahlia? Saya kan sentiasa ada dekat hati abang.."Sengih Dahlia sempat juga dia mengelipkan mata pada Zafril.
*
Mereka bertolak awal pulang ke kampung.Nayla,dah lelap tidur dekat berlakang.Dahlia pula sedari tadi dengan telifon bimbit.
"Amboii tersengih-sengih tengok phone tu awak chat dengan siapa?"Tegur Zafril yang tengah memandu.
Dahlia hanya tersenyum walaupun matanya Masih fokus memandang telifon.
"Abang ni.. dengan siapa lagi kalau bukan bff sendiri? Mawar ni kalau tak masuk air memang tak sah.. ada ke patut dia nak buat tema hari jadi anak dia tema zoo.."
"Okay lah tu apa yang lawaknya?"
"Bukan.. anak dia, nak minta ada banyak kucing,Aiman kan alahan kucing"Kata Dahlia.
"Aiman alahan kucing?"
Kereta mereka sampai di halaman rumah kampung keluarga angkat Dahlia.Saja bawa mereka ke sini,bukan taknak hantar balik kampung keluarga kandungnya.Tapi kesian dengan ummi Dan abi nak melayan kerenah cucu yang lain juga cuti sekolah ni.
"Dah sampai.."teruja Dahlia melihat orang tuanya yang setia menanti di luar.
Mereka berdua keluar dari perut kereta.Ketika itu juga kereta milik Daniel dan Maya tiba.
"Eh follow berlakang kita ke?" Soal Zafril.
Mereka semua saling bersalaman.Cuti sekolah ni lah yang seronok berkumpul.
"Jom masuk ibu masak masak lemak ikan patin dekat kamu semua"Pelawa Solehah.
Zafril mengangkat beg pakaian manakala Dahlia mendukung anak mereka dan dibawa masuk ke dalam bilik dulu baru pergi ke dapur.
Bau wangian masak lemak ikan patin menarik selera mereka semua.Laju Dahlia melangkah ke dapur melihat semua orang sudah menunggunya bersama Zafril.
"Sini duduk Dahlia.. Zafril.."Ajak Adnan.
Dahlia Dan Zafril duduk.
"Mana Daniya ibu?"Tanya Maya.Baru mereka semua perasan tak ada pasangan baru itu.
"Anak diorang demam tadi.. diorang bawa pergi klinik"Jawab Solehah.
"Kesiannya.. macam mana boleh demam tu?"Tanya Dahlia.
"Biasalah Dahlia.. baby lagi, musim pula sekarang"Kata Maya.
"Itu yang ayah pesan dekat ibu kamu jangan suruh diorang balik lagi kesian dekat anak diorang nak duduk lama dalam kereta eh tak.. degil juga diorang tu"Kata Adnan pula.
Siapa je tak kesian cucu sendiri sakit.
"Biasalah ayah.. baru anak pertama, nanti anak kedua pandai lah diorang.."Kata Daniel.
"Haah, anak pertama ni dia teruja sikit.. pergi mana pun nak bawa je, kadang-kadang tu nak dia buat macam baby besar sedangkan dia kecil lagi"Kata Zafril pula.
"Itulah tu.."
"Kamu Dahlia.. Zafril? Maya dengan Daniel dah tiga orang, kamu berdua bila lagi?"Soalan Solehah buatkan keduanya tersedak.
Zafril pandang Dahlia Tapi Dahlia mengisyaratkan biar Zafril yang jawab sebab dia tak ada jawapan.
"Kami memang rancang lewat sikit ibu lepas Nayla ni.. ibu tahu kan Nayla ni pun perangai macam mana?"Sopan Zafril bertutur.
"Kenapa nak dirancangnya Nayla tu dah besar dah.. kalau ada adik boleh ubah sikap dia tau.. tak perlu kamu nak rawat bagai dah.."Kata Solehah.
"Tak boleh ibu.. Nayla ni dia lain sikit.. perangai dia tu"Dahlia campur Kata.
"Nayla tu sebab kamu Dua tak ajar berlawan agaknya.. ada dia keluar main dekat luar macam budak2 lain waktu petang?"
Zafril Dan Dahlia geleng.
"Ha.. sebabtu lah perangai dia macamtu, tambah kamu berdua manjakan dia bagi dia ipad.. tak ada nak ajar dia kenal dunia luar.."
Dahlia garu kepala,dah Mula dah ceramah ibunya.
"Iyalah ibu memang kami Salah,macam yang kita cakap tadi.. anak pertama.."Kata Dahlia.
"Ha tambahla lagi.."Kata Daniel sengaja bagi api dekat Dahlia.
Tajam Dahlia merenung abangnya.
"Bukan taknak, Dahlia banyak kerja lagipun kalau nak tambah pun memang lambatlah.."
"Kenapa pula? Kamu ikat ke?"Tanya Solehah.
Dahlia geleng.
"Dahlia cucuk.. kalau nak tambah pun kena stabil pun ambil masa setahun ke dua tahun.."Ujar Dahlia.
"Lah kenapa tak makan ubat je.."Terkejut Solehah
"Biar lah ibu diorang punya keluarga Maya dulu pun macamtu juga,penat jaga anak sampai fikir cukup lah sorang.."potong Maya.Nak bela adik iparnya.
Bersambung...
Share this novel