25

Romance Series 111084

"Abang"

Dahlia duduk di sebelah Zafril yang sedang menonton Netflix.Dia sengaja duduk jauh.Ialah, pasti Zafril taknak duduk dekat-dekat dengannya.

"Abang boleh saya nak Tanya sikit pasal company abang yang kena..."

"Kena beli secara Haram tu? Ouhh aku dah tak kesah sebab aku bukanlah ada satu syarikat je, berlambak lagi dekat luar negara,kenapa? Kau nak beli saham untuk boyfriend kau yang lain ke?"

"Tak.. dengar lah dulu, abang jangan tuduh saya meluru.. abang.. Lia nak bayar balik duit saham abang tu sebelum Lia bersalin.. Lia taknak rasa bersalah lepas kita berpisah.."Dahlia mengeluarkan sampul surat berisikan duit.Boleh tahan tebal duit ni.

"Ni.. ada duit yang cukup bayar rumah banglo abang yang dijual Dan juga,modal Kafe yang telah abang keluarkan untuk Lia.."

Dahlia menarik tangan Zafril kemudian meletakkan sampul surat itu.

"Abang ambil lah.. Terima duit ni kalau abang nak kita berpisah cara baik, sekurang-kurangnya.. Lia tak rasa bersalah dah lepas ganti balik semua harta abang yang Lia lalaikan dulu.."lembut bicaranya.

Tapi sayang,hati Zafril yang sekeras batu tak dapat ditumbusi kata-kata Lia.

"Baguslah.. terima kasih sebab bayar.. Dan pasal syarikat tu,tak payahla.. aku rasa kau tak mampu kut"

Dahlia cuba tersenyum.

"Abang.. Lia dah tetapkan dah tarikh penceraian kita.. boleh tak kalini Lia nak abang pandang Lia? Sekejap je bang.."Dahlia memberanikan diri memusingkan wajah Zafril agar menatapnya.

"Boleh tak Lia nak sambut birthday Nayla dulu? Sebab dulu Nayla pernah cakap,dia nak sambut dengan kita berdua.. lepas bercerai.. belum tentu kami akan berjumpa kan, dia memang anak yang baik.. cuma saya je gagal menjadi seorang ibu.."

"Baguslah.. kau sedar diri, sekurang-kurangnya lepas kau jauh dari Nayla,dia dah tak terkesan dengan perangai macam kau.."

Jatuh menitis air mata Dahlia.Takkan sedikit pun tak ada rasa kesian padanya.

"Susah ke abang nak terima Lia balik? Saya dah menyesal.. saya menyesal sangat-sangat buat abang macamtu.. tolonglah abang.. maafkan Lia"Tangan Zafril dikucup tapi lelaki itu menariknya kembali.

"Tak apa.. kalau itu yang abang nak.. Saya faham,abang ada hak nak hidup bahagia dengan perempuan lain.."Air mata dikesat.

Dahlia bangkit meninggalkan Zafril sendirian.Dia sempat meninggalkan sekeping gambar 3D pada tangan Zafril.

Tiada pandangan Dahlia Dari ruang tamu.Gambar 3D dilihat bersama kecewa.Wahh nampaknya mereka akan menerima bayi lelaki.Zafril ketawa kecil.

"Papa teringin sangat nak berbual dengan sayang... Papa teringin sangat nak usap perut mama,tapi papa ego.. papa tak boleh.."Katanya sambil mengusap gambar 3D tersebut.

"Nanti dah keluar kita jumpa ya.. Baby tolong jagakan mama untuk papa, sebab papa bukan lelaki yang baik untuk dia.."

Disebalik dinding.Dahlia menahan nafas supaya tangisannya tidak terdengar.

'Ya Allah.. rindunya aku pada dia.. Sampai bila lagi dia mahu melayan egonya? Abang.. Lia sayangkan abang'

Perut yang semakin membukit diusap.Kini sudah berusia lima bulan,sisa lagi empat bulan mereka akan bersama.

'Tak pernah papa usap sayang kan? Tak macam kak Nayla dulu.. Maafkan mama,mama punca semuanya..'

*

Satu persatu baju bayi ditilik Zafril.Bersama senyumannya.Tak sabar nak menantikan kehadiran hero pertama pula.

"Comelnya.."

Tapi agak kurang di situ bila dia sahaja yang memilih pakaian bayi.Itupun datang tak rancang.Nuat nak singgah je,tapi banyak pula baju yang dia kenan.Tak Salah kalau beli awal.Jantina pun dah tahu cuma..

Dalam kedai itu ramai bersama pasangan.Gelak ketawa mereka nampak indah kerana tak sabar menantikan cahaya mata.

Senduk juga Zafril bila terdengar perbualan orang dalam kedai itu.Tapi nak buat macam mana? Siapa suruh dia ego,tak dapatlah nak menikmati moment indah beli barang baby.

"Zafril?"Tegur seseorang wanita.

"Eh? Medina.."

"Hi.. you buat apa dekat sini,tak sangka we meet again.."Medina Dan Zafril berjabat tangan.Walaupun baru kenal,tapi mereka dah rapat apabila saling menunjukkan perangai masing-masing.Dah macam lama kenal.

"Ouhh I beli baju anak, coming soon.."

"Ouhh really? You dah kahwin rupanya?"

Zafril tersenyum.

"Nak masuk dua dah anak.."

"I ingat ke bujang lagi, nampak macam bujang tahu.. dengan baby face dia, hish.. susah juga eh kalau muka baby face ni"Kata Medina.Ketawa Zafril,dalam masa yang sama malu juga sebab dapat pujian.

"You buat apa dekat sini?"

"Ouhh ni,belikan dekat kakak saya hadiah,dia baru bersalin.. itupun I tak pandai pilih sangat.. you know, I'm never know how to choose everything about baby item, because I tak ada pengalaman.."

Medina menunjukkan dua helai pakaian yang dia pilih.Baju je lah yang dia pandai pilih pun.

"Lah.. tak apa,nanti dah kawin.. tahu lah tu,I dulu pun macamtu juga,tambah pula kita ni lelaki.."

"Itulah, btw Where's your wife? Kitorang belum pernah jumpa lagi"

Zafril senyum tawar.Tapi Dari pandangan tersebut Medina hanya ketawa kecil.

"Ouhh I lupa, maybe your wife tak datang kan.. sebab pregnant,tak larat jalan.. lagipun you guys nak dapat anak kedua,tak banyak barang kena beli.. right?"

Zafril hanya anggukkan sahaja.

"Zaf.. semua orang ada masalah rumahtangga, kalau lah you warnakan rumah you, insyaallah it's we be so beautiful... Okay?"

"Erm... I pergi dulu lah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi ya?"

"Yes, see you again.."

Zafril kembali memilih pakaian bayi.Banyak juga yang dia beli.Kemudian terlihat peralatan khas untuk bersalin.

"Patut ke aku beli? Nanti dia cakap aku ambil peduli pula.."

"Zaf.. she still your wife"

Zafril memilih beberapa helai kain batik.Walaupun dia tahu Dahlia tidak gemar memakai.Tapi dia beli jugak,yang tahun lepas rasanya dia buang.Tiga hari je pakai lepastu minta pakai seluar.Rimas katanya.

Kemudian dia mengambil minyak angin dan stokin.Tapi fikirannya mengingati moment indah yang tak akan pernah dia lupa kan kerana atas jasa Dahlia yang sanggup kandungkan anak mereka Nayla selama 9 bulan.

Flashback

"Sakit lagi pinggang sayang?"

"Sikit je ni, abang tak payah la urut,tidur lah.. kesian,setiap malam abang kena layan manja saya ni"

"Apa salahnya? Abang tahu sayang sakitkan.."Zafril mengurut kaki pula.

"Memang sakit, tapi abang mesti penat kerja,nanti esok lewat pula pergi office.."

Endflashback

Dia tahu bagaimana sakitnya Dahlia waktu itu.Setiap malam bangun akibat kejang kaki.Kadang-kadang kaki bengkak sampai nak jalan pun tak boleh.Pinggang dia sakit,nak bangun pun susah.Apatah lagi berjalan.

Tapi sekarang?

Macam mana dia lalui kesakitan tu sendirian?

*

Pintu bilik Nayla terbuka.Cepat-cepat Dahlia tutup baju berlakangnnya apabila Zafril menapak masuk bersama beg kertas.

"Abang beli apa ni?"Tanya Dahlia
botol minyak angin ditutup.Tapi Zafril merampas minyak angin tersebut.

"Pusing berlakang.."Arah Zafril.

Terkebil-kebil Dahlia tak faham apa yang Zafril mahu lakukan.

"A-pa?"

"Pusing berlakang, aku nak urut pinggang kau.."

"Eh tak apa, Lia dah urut dah.. sikit je ni,lenguh je.. tak apa terima kasih"

Zafril pandang kaki Dahlia.Dah mulai membengkak.Dia menungkan minyak diatas tapak tangan kemudian mengurut perlahan kaki Dahlia.

"Abang tak payah la abang pergilah tidur.."Dahlia Cuba menghalang.Pertemuan mata mereka buatkan mereka saling membatu.

"Abang tak tahu macam mana nak berpisah.. sedangkan niat abang nak lepaskan Lia,Dan kembalikan Lia kepada keluarga macam mana abang ambil Lia dulu.."Katanya yang sudah mula lembut didengar.

"Abang minta maaf sebab abang berkasat,tapi abang nak Lia tahu.. abang tetap tak boleh terima Lia.. hati abang ni susah nak ubah.."

"Abang minta maaf abang layan Lia dengan ego,marah,Bentak.. tapi Lia tahu tak hati abang Masih sakit lagi?"

Dahlia mengangguk.

"Saya tahu,sebabtu saya tak pernah kecewa dengan abang.. saya terima semua makian abang sebab saya tahu saya salah.."

"Keputusan abang muktamat Lia, kita akan bercerai.. mungkin itu adalah yang lebih baik untuk masa depan kita.."Tangan Dahlia digenggam erat.

"Ramai lagi lelaki dekat luar sana yang terbaik untuk Lia.. abang yakin"

"Abang nak kita berpisah dengan cara baik, sisa lagi empat bulan.. kita Cuba untuk berbaik Dan menjalani hidup seperti suami isteri macam biasa, tapi lepas Lia bersalin.. keputusan abang tetap sama.."Zafril bangkit berdiri.

Dia biarkan sahaja Dahlia melayan air matanya.

"Abang ada belikan baju baby Dan barang Lia.."katanya sebelum menutup pintu bilik.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience