Dahlia mengeluh.Penat sekali harini.Jam ditangan sudah menunjukkan pukul lima petang.Lewat juga kafenya tutup harini.
Ramai pelanggan yang datang meraikan menu terbaru keluarga kafenya.Dia melepaskan apron.Mahu segera pulang.Hal kafe dibiar untuk Mawar dan pekerjanya urus.
Kereta Honda Dahlia memasuki kawasan rumah banglo.Kereta Zafril juga sudah terpakir cantik dihadapannya.Nampaknya,Zafril sudah pulang terlebih dahulu.
Cepat-cepat Dahlia keluar dari kereta.Tangan baru nak menyambar tombol pintu,pintu sudah dibuka terlebih dahulu dari dalam.
Dahlia tersenyum memandang suaminya berdiri dihadapan pintu.
"Lewat balik?"
Zafril memberi sedikit ruang kepada Dahlia untuk gadis itu masuk ke dalam rumah.Pintu ditutup semula selepas Dahlia menapak masuk.
"Biasalah ada menu baru.. kena bergusti dengan tepung.."Kata Dahlia.
"Menu baru? Awak tak bagitahu saya pun?"
"Tak rancang pun sebenarnya.. itupun Mawar bagi idea lewat.. lupa nak bagitahu abang"Kata Dahlia melangkah naik ke atas diikuti Zafril.
"Menu apa pula kalini?"Soal Zafril.
"Biasa je,kegemaran anak awak sorang tu lah.. dapat inspirasi dari dia.. Macaroni Korean spicy cheese.."Ujar Dahlia.
"Satu menu je?"
Dahlia angguk.Mereka masuk ke dalam bilik.Terus Dahlia rebahkan badan atas katil.
Zafril cuma tersenyum.Kesian melihat isteri yang penat bekerja.Kalau ikut tu mahu sahaja dia arah Dahlia untuk berhenti bekerja.Tapi dia tahu,Dahlia adalah orang yang mahu ada kerjaya.Jadi dia tidak mahu halang Dahlia sama sekali.
"Pergilah mandi dulu.. Lepastu solat"Arah Zafril.
"Ye.."
Teringat akan sesuatu.Zafril memandang Dahlia kembali.
"Sayang.."
"Ye?"
"Anak mana?"Tanya Zafril.Perasan dia balik rumah tadi sunyi.Selalumya kalau dia balik,pasti akan disambut oleh puteri mereka dahulu.
Dahlia terdiam sebentar.Harini pengasuh Nayla cuti.Dan dia bawa Nayla ikut bersama pergi kafe untuk sarapan sebelum ke sekolah.
"A-abang.."Panggil Dahlia
"Kenapa? Sayang hantar anak dekat rumah mama papa ke?"
Dahlia geleng.
"Saya lupa ambil dia dekat tadika.."
Membulat mata Zafril mendengarnya.Darah terus naik.Merah muka dia.Tadika anaknya habis pukul 12 tengahhari dan sekarang sudah petang.
"Apa?! Ya Allah macam mana boleh lupa anak? Sekarang ni dah lewat tahu tak!"Tegas Zafril namun Dahlia Masih beriak biasa.
"Saya tak sempat nak ambil awak pun.. takkan semua nak harapkan saya, abang tu balik awal pergi lah ambil.."Bentak Dahlia pula.
"Ya Allah sayang harini abang ada meeting Tau,abang balik pukul empat Dan abang tak tahu lansung yang sayang lupa ambil Nayla!"
"Nayla okay je.. cikgu dia pun tak call kan? Cikgu dia tahu lah tu yang kita berdua sibuk.."
Zafril gelengkan kepala.Hilang sabar dengan sikap Dahlia sekarang.
"Tu anak kita Tau,bukan sekali tapi dah berkali awak asyik lupa ambil anak lepastu dia tidur dekat rumah cikgu Lina.."
"Saya tak larat lah nak bergaduh.. penat tahu tak?"Kata Dahlia sebelum bangkit keluar dari bilik mereka.
Zafril cekak pinggang.Cuba atur nafas supaya tenang.Dia mengambil kunci kereta.Mahu pergi ambil Nayla dirumah gurunya.
Bersambung..
Guys Berikan Aku Cinta comeback S2.Jangan lupa rate, support and komen okay:)
Share this novel