30

Romance Series 111084

Zafril menyerabutkan rambutnya.Tak usah dikata,dia memang buntu sekarang ni.Semua keluarga Medina sudah berada.Kini tunggu ketibaan keluarganya sahaja.

Beberapa minit.Halaman kampung Tan Sri Hamed terdengar beberapa biji kereta.Zafril terus keluar tanpa berkata apa.

"Dan! Tolong aku Dan.. aku kena perangkap dengan Medina.."Zafril terus mendapatkan Daniel yang beru keluar dari kereta.

"Apa yang kamu dah buat ni Zafril?"Soal Kamal Dari kereta sebelah.Dia mendapat juga pandangan marah dari Amina.

"Mama... Papa tolong percayakan Zaf, Zaf tak buat apa-apa pun Zaf kena perangkap.."Zafril memegang lengan Amina namun ditepis kasar.

"Tak buat apa-apa? Habistu? Apa dekat leher I ni?"

Semua mata memandang keluarga Medina yang keluar bersama.

"Kamal.. terima kasih la sudi datang malam-malam ni,aku pun kalau boleh nak berbincang cara baik sebab taknak besarkan masalah walaupun masalah ni dah cukup besar dah.."Kata Hamed.

"Apa yang terjadi? Macam mana anak aku boleh tangkap khalwat dengan anak kau?"Soal Kamal.

"Aku yang tangkap mereka.. bukan main mesra lagi mereka berdua dalam bilik.. entahlah apa yang terjadi dekat mereka berdua ni"

Amina memandang Zafril terkejut.Zafril menggelengkan kepalanya.Dia Cuba mendapatkan tangan mamanya.

"Ma.. Zaf tak buat ma.. percayalah, Zaf kena perangkap ma.. Zaf tak tahu kenapa Zaf jadi macamni.."Kata Zafril.

"Dah you ada nafsu.. kucing kalau ikan segar depan mata pun tak fikir apa dah.."Tajam ayat Medina.

Pang!

Satu tamparan diberi oleh Amina.

"Mama tak ajar anak mama jadi macamni! Kenapa kamu ni Zaf?! Dah tak ada otak ke?!"

"Tak ma.. mama tolong la.. papa, Zaf tak buat percayalah!"

"Kalau Zaf tak buat macam mana Tansri boleh tangkap kamu berdua?"Kamal bersuara.

"Medina yang punca! Baik you jelaskan dekat semua,You yang punca kan!"Marah Zafril.

"I punca? You sendiri ingat kan apa yang terjadi.. you yang cakap you nak dekat I.. you yang tarik I masuk bilik.."

"Takkk!!! Daniel kau tengok perempuan ni Daniel,kau percayakan aku tak buat!"Bahu Daniel dipegang.Tapi sayang,Daniel pun tak bagi riaksi apa-apa.

"Macamnilah, kamu bertanggungjawab je lah Zafril.. kami ni nak jaga air muka kami juga.. begitu juga dengan keluarga kamu.."Kata Tansri Hamed.

"Saya ada isteri tengah koma.. saya cuma cintakan dia! Dan saya tak akan menikah dengan Medina!"

"Kalau sayang saya? Kenapa sampai jadi macamni?"

Semua terdiam bila Dahlia keluar dari kereta dipimpin Maya.Membulat mata Zafril.Tak percaya,betul ke isterinya yang sedang berdiri dihadapannya sekarang ni.

"Sayang.. s-sayang isteri abang?"

Dahlia memandang Zafril penuh dengan kekecewaan.

"Cukup... Buang panggilan tu untuk saya,saya dah benci dengar Dari mulut awak.."Kata Dahlia.

"Sayang... Lia abang rindu Lia.. Lia tolong dengar penjelasan abang dulu.. ini semua salah faham.."Zafril cube tenangkan keadaan tapi sayang.Pandangan Dahlia tak memberi keizinan lansung.

"Apa lagi yang salah faham? Saya tengah tertidur atas katil hospital.. abang boleh pula ya tinggalkan saya ikut perempuan lain.."

"Tak.. Dahlia,percayalah.. kami-- Lia tolonglah abang tak buat pun, dia yang perangkap abang"Tangan Dahlia digenggam lalu dikucupnya berkali.

Dahlia menarik tangannya kembali.

"Dulu saya curang,tak terdetik lansung saya nak buang nama abang dari hati saya.. bahkan, saya Masih mencintai abang.. dulu saya curang susah abang nak maafkan,sebab saya bodoh.. kan?"

"Tak Lia.."

"Cukup, memang betul pun.. tapi kalini.. minta maaflah,Lia rasa kita memang tak ada jodoh yang panjang.."Dahlia berlalu meninggalkan Zafril mahu masuk ke dalam kereta.

"Tak! Tak! Lia abang sayangkan Lia.. jangan buat abang macam ni! Perempuan tu yang perangkap abang!"Zafril Cuba tahan pintu kereta.

"Saya dah benci dengan awak Zafril! Tolonglah lepaskan saya.. rumah tangga kita tak pernah seteruk macamni,tolong lepaskan saya.. carilah kebahagiaan awak sendiri.."

"Tak..."

"TAKKKKK!!!!!!!!"

"Ya Allah Zafril, apa kamu ni"

Terkejut Zafril membuka matanya melihat Amina yang berada disebelahnya.Dia dekat mana sekarang ni? Kenapa dekat atas kerusi hospital?

"Ma..."

"Kamu ni kenapa? Mimpi apa sampai berpeluh macamni?"Amina menghapus peluh di dahi Zafril.Turut dia bantu Zafril yang tidur makan ruang kerusi menunggu.

"Mama... Mana Dahlia ma.. Dahlia dah sedar kan ma, Zaf tak buat ma,betul ma.. Mama percayakan Zaf kan? Mama tolonglah, tolong pujuk Dahlia untuk Zaf.. Zaf taknak kehilangan Dahlia"Tubuh Amina didakap.Zafril menyembamkan wajahnya pada perut Amina.

"Buat apanya kamu ni? Kamu okay tak ni?"

Keluarga Dahlia mahupun Zafril mendekati mereka berdua.Pelik mereka melihat Zafril yang menangis teresak.

"Kenapa ni mama?"Tanya Maya.

"Tak tahu dia ni? Kamu kenapa Zafril.."

"Mama.. kenapa korang semua tak bagitahu yang Dahlia dah sedar dari koma? Kenapa tak bagitahu Zaf!"

"Bila masa pulak Dahlia koma?"

Bingung semua disitu termasuk Zafril.Terus berhenti dia Dari menangis Dan memandang keluarganya.

"Dahlia koma kan? Dah sebulan dah dia koma"

"Apa kau merepek ni Zaf? Dahlia tu dokter bagi ubat tidur untuk dia rehat bagi cukupkan tenaga dan stabilkan darah je bukannya koma.. drama mana pula kau petik ni?"

Zafril pandang Maya tak percaya.Dia bermimpi? Jadi semuanya hanya mimpi.Ya! Sekarang dia ada dekat hospital!

"Kamu mimpi agaknya,tak cukup rehat juga kamu tu.."Kata Adnan.

"Betul tu, Dari semalam kamu tak tidur Zaf.."

"Kamu pergi rehat dekat hotel dulu Zaf.. Daniel bawakan Zafril,biar dia mandi segarkan badan.. kami nak pergi kantin kejap.."Kata Rosna.

Zafril mengucap syukur.Ianya hanya mimpi.Kalau tidak pasti terseksa hidupnya.

"Jom,aku bawa kau masuk bilik dulu.."

"Aku nak tengok anak aku.. Dia dah minum susu ke? Dahlia mana? Aku nak tengok isteri aku.. agaknya ini balasan atas apa yang aku dah buat dekat dia.. sampai aku mimpi macamni sekali.."Keluh Zafril.Wajah diraup.

"Istifar banyak2, Insyaallah Dahlia boleh terima kau semula.. nanti kita tengok Dahlia dengan anak kau,yang penting kau mandi dulu okay?"

"Aku rasa bersalah Dan.. bersalahnya aku pukul dia.Ego nya aku maki hamun dia.. lelaki jenis apa aku ni.."

"Zaf.. sudahla,perkara lama kau lupakan saja sekarang ni yang penting kau kena usaha betulkan keluarga kau okay?"

*

Zafril masuk ke dalam wad Dahlia.Melihat gadis itu terbuai tidur dengan wajah pucat.Sangat mengerikan jika dia ingat dalam mimpi.

Kepala Dahlia diusap kemudian tangan digenggam.Satu kucupan Zafril berikan pada tangan Dahlia.Itupun sudah buatkan mata gadis itu terbuka luas apabila terasa diganggu.

"Syukur allhamdulillah isteri abang dah sedar.."

Dahlia hanya diam.Seperti bayangkan Zafril saja dia kembali memejamkan mata.Penat.Nak rehat.

"Sayang.. terima kasih lahirkan zuriat abang,maafkan abang sayang.."Bisik Zafril pada telinga Dahlia.Dia yakin gadis itu mendengarnya.

"Dah itu tugas saya sebagai seorang isteri.."Jawab Dahlia walaupun Masih dengar suara penatnya.

"Lia maafkan abang? Abang tahu abang salah...abang ego, tolonglah sayang maafkan abang.. kita perbaiki apa yang patut"

Dahlia buka matanya.Teringat waktu dia mahu ditolak masuk ke bilik pembedahan.Matanya Masih terbuka luas.Tapi sayang,sakit yang teramay menganggu fokusnya.Tapi dia dapat melihat.Tangisan Zafril yang tidak boleh menipu.Tangisan Zafril yang sangat bermakna baginya.Tangisan Zafril yang penuh kekesalan.

"Mana baby?"Dahlia mengubah topik.Jujur dia sendiri malas nak ungkap hal itu.

"Baby? Lia nak tengok anak kita--"

Tepat pada masanya.Pintu mereka diketuk.Zafril memberi keizin untuk seorang jururawat membawa masuk bayi mereka.

"Nanti susukan baby ya?"Pesan jururawat sebelum keluar.

"Assalamualaikum anak papa.. lapar susu ya?"Zafril menggendong bayi lelaki mereka.

"Muka macam mama pula.. nampaknya adalah geng cakap banyak ni"Zafril meletakkan bayi lelaki mereka disebelah Dahlia.

"Wanginya anak mama.."Dahlia mencium pipi bayi.

"Dayyan Zaid bin Zafril Ilyan.. bolehkan abang?"

Zafril memandang Dahlia tidak percaya.Tak disangka, keluar semula panggilan itu dengan nada lembut yang dia rindui.

Cepat-cepat Zafril mengangguk tanda setuju.Kemudian dia merapati mereka berdua.

"Mama.. papa.. kakak Nayla dan Zayyan.. kita akan jadi keluarga yang bahagia tanpa masalah mahupun gangguan, itu janji papa pada diri sendiri.."

Bersambung...

Jangan lupa Komen,rate and support okay.. support korang sangat dihargai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience