31

Romance Series 111084

"Jalan pelan-pelan Lia.. kang terbuka jahitan perut tu"Pesan Rosna.

Dahlia ketawa.Dia dah dibantu dipimpin oleh Zafril dan Solehah.Macam mana nak jalan laju.Nak jalan pun tak berani apatah lagi jalan laju.

"Tadaa.. welcome home"Zafril membukakan pintu bilik.

Terselah bilik mereka yang dihias cantik dengan balon 'Welcome Home My Lovely Wife and Dayyan Zaid'.Tambah pula dengan katil bayi dekat tengah.

"Suka tak?"

Dahlia hanya diam.Mungkin Masih dalam mood pergaduhan mereka.Tapi dalam hati,seronok tak terkira dapat Deko bilik macamtu.Baru semangat nak berpantang.

"Ni,Dayyan mama letak atas katil.. kami keluar dulu tau,jangan lupa pula malam ni.."

"Apa? Malam ni apa?"Zafril Dan Dahlia menatap Amina.

"Malam ni jangan lalai, ye lah kamu berdua dah lama merancang nak bagi adik dekat Nayla kan.. kang lupa pulak dah ada anak"

Zafril ketawa.

"Tak adalah ma.. tak apa, Dayyan ni kuat menangis mesti terjaga punya kalau dia nak susu"Kata Zafril.

"Iyalah.. kami keluar dulu"

Keluar sahaja ibu-ibu mereka.Zafril membantu Dahlia duduk di birai katil bersebelahan Dayyan.

"Ishh.. handsome macam papa,tapi sayang.. muka ikut mama"Hidung mancung Dayyan dicuit Zafril.

"Bagi lah Dayyan ikut saya pula.. macamtulah saya rasa waktu Nayla dulu,boleh pula ikut muka bapak dia.."

"Eh nak buat macam mana? Dia anak saya,mestilah ikut muka papa dia.."

Lama mereka memerhati Dayyan yang tidur dibuai mimpi.Seronok sangat tidur.Besar ni kerja dia tidur je lah.Bangun pun bila perlu.Nak susu takpun lampin penuh.

"Sayang.."

"Sayang masih marahkan abang lagi?"Tangan Dahlia dipegang.

"Abang rasa?"

"Abang rasa abang bersalah sebab ego melebih.. sedangkan dulu.. abang pun pernah buat perkara sama pada Lia,tapi Lia yang bertolak ansur.. Baiknya hati Lia pada Sofea waktu tu.."

Zafril angkat wajahnya.Mata mereka bertentangan.

"Abang marah dengan Lia haritu pun abang siksa diri abang.. it's hard for me.. sakit tahu bila terpaksa menahan rindu dekat Lia.."

"Bukan senang mulut abang nak luahkan Hina pada Lia, lepas abang Hina Lia,maki Lia macam-macam waktu tu abang rasa abang lah suami paling tak guna dalam dunia ni.."

"It's hurt for me.."

"Kalau dulu.. Lia minta abang untuk berikan Aku Cinta.. abang dah bagi,tapi kalini.. boleh tak.."

"Sayang Berikan Aku Cinta untuk abang?"

"Kita perbaiki apa yang salah dalam rumahtangga kita.."Dahlia memeluk Zafril.

"Saya minta maaf juga sebab dah buat perkara terkutuk dekat abang.. ampunkan Lia sebab Lia curang dengan abang.. Lia janji.. Lia takkan buat lagi,hati Lia ada dekat abang Dan anak-anak.."Kata Dahlia.

"Abang cintakan Lia.."Penuh cahaya untuk rumahtangga mereka selepas saling bermaafan.

*

Zafril terjaga terlebih dahulu bila mendengar tangisan dari katil bayi.

"Sayang jangan bangun.."sempat Zafril menghalang Dahlia Dari bangun.Kesian, nak bangun bukan senang dengan jahitan di perut.

"Kenapa sayang? Kenapa Dayyan papa ni?"Lampin diperiksa.Tak penuh pun,cuma ada air kecil sahaja.Tapi Zafril tukar juga demi mengelakkan jangkitan kuman.

"Dia nak susu agaknya sayang.."Serba Salah Zafril nak kejut Dahlia.Tapi anak mereka masih lagi menangis.

"Ya? Sini.."Zafril membantu Dahlia bangun dengan tangan sebelah.Sebelah lagi dia dukung Dayyan.Kemudian Zafril berikan Dayyan pada Dahlia.

"Lapar susu betul ni.."Kata Dahlia melihat lahapnya anak lelakinya yang kelaparan.

Zafril cuba menahan mata walaupun Masih mengantuk.Itulah,dah lama tak berjaga malam.Tapi inilah cara mereka.Janji untuk sama-sama rasa susah jaga anak.Sama-sama tahan mata bila anak terjaga malam.

"Abang tidurlah.. Lia tahu abang penat.."

Zafril menggeleng.

"Tak boleh macamtu.. abang tak terbiasa lagi ni.. lama juga ya kita rancang.. kalau macamnilah,tahun depan tak payah rancanglah.. biar terbiasa je terus"Seloroh Zafril.

"Amboii mak.. suka hati dia je cakap macamtu kan?"

"Gurau.. tapi kalau boleh apa salahnya.. anak ramai baru meriah.. tengok Maya dengan Daniel.. riuh je rumah lagi-lagi dengan kembar tu kan?"

"Dah- dah la abang.. Dayyan ni pun tak besar lagi.. abang tidurlah.. esok nak uruskan Nayla lagi"

Tanpa kata apa,Zafril terus berbaring.

"Tak sangka kan.. dah jadi bapak anak dua,teruk juga jadi ibu apa ni.. tapi moment tu indah sangat.. lagi-lagi bila diorang panggil Mama Papa.."Tersenyum Zafril walaupun mata dipejam.Mengantuk sangat.

Dahlia hanya biarkan saja.Dia tahu Zafril penat.Melayan dia hospital beberapa hari.Dengan Nayla lagi.Itu tak termasuk kerja lagi.

"Abang.. Lia harap keluarga kita akan kekal bahagia selamanya"Dahlia mengusap pipi Zafril.Walaupun mata terpejam,Zafril Masih tersenyum sambil memegang tangan Dahlia.

"Amin.. kita perbaiki apa yang salah.."

"Dah sudah dah sayang mama? Dah kenyang dah?"

"Segar je mata tu? Nak ajak mama papa main ke?"Dayyan tukar posisi.

"Memang copy mama teruk Dayyan ni.. lepas makan je segar terlebih"Kata Zafril.

"Eh eh.. kita pulak, kena segar la kan sayang? Ni nak ajak mama berbual ke mata bulat je tu? Taknak tidur dah?"Seronok berceloteh dengan Dayyan walaupun bayi itu Masih belum keluarkan suara.

*

5 bulan kemudian...

"Nayla cepatlah nanti lambat pula.."Tak berhenti lagi mulut Dahlia dengan anak daranya sorang.Nak pergi Kem tapi entahlah apa yang dibuatnya lama sangat dalam bilik tu.

"Nayla keluar bersama beg bagasi.Yang mengejut kan beg bagasi Nayla bukan main besar lagi,mengalahkan Tuan punya badan.

"Ni nak pergi setahun ke macam mana?"

"Alaa mama ni,Nayla bawa banyak baju.. mama tahu kan Nayla tak suka berpeluh"

"Awak ni kan, macam papa kan perangai tu"Hidung Nayla dicuit.Dahlia turun kebawah Dan bantu Nayla angkat bagasi.

"Pergi sarapan,kejap lagi kita bertolak.."

"Okay mama!"

"Amboii,cucu atuk ni nak pergi Kem ya?"Kamal menegur Nayla yang mendekat meja makan bersama Dahlia.

Sudah berkumpul semua di meja makan.Keluarga Daniel pun turut ada sekali.Mahu makan meriah mereka pagi ni.

"Zaf mana Lia?"Tanya Amina.

"Zaf.."tak sempat nak menjawab.Zafril turun bersama Dayyan yang tak berhenti menjerit.Sekarang dah pandai menjerit.Bukan tu ja,dah aktif berguling sana sini.

"Lah.. abang siapkan Dayyan ke? Lia baru nak naik mandikan Dayyan.."Dahlia mengambil Dayyan dari Zafril.

"Penat nak kejar dia sayang? Itu tak boleh jalan lagi.."

"Aktif betul Dayyan tu, duduk makan Zaf,Lia..."

Mereka menjamu selera pagi itu.Tiga orang tukang masak bergabung hasilkan nasi lemak beraroma.Macam-macam juga kecoh dekat dapur bila,Maya,Dahlia Dan Amina bergabung.

"Jarang kita ni nak dapat makan makanan tiga orang chef ni"Kata Kamal.

"Betul papa.. bukan senang"

"Ni, Zaf.. aku dengar cerita nak naik pangkat lagi korang berdua?"Kata-kata Daniel buat satu meja diam.Dahlia Dan Zafril simpan senyum.

"Pangkat apa? Zaf? Dahlia? Kamu naik pangkat apa?"Soal Amina kebingungan.

"Ha? Naik pangkat apa? Tansri?"

"Ish tak lah papa,naik pangkat biasa je.."Balas Zafril malu-malu.

"Iyalah pangkat apa?"

"Err.."Zafril pandang Dahlia.Keduanya sudah cuak.

"Macam mana nak cakap eh,mesti korang salahkan Zaf juga nanti.."

"Dah memang awak punca"Laju saja Dahlia cakap.

"Sayang.. apa pula cakap macamtu?"

"Betul apa?"

"Kamu ni kenapa? Apa yang naik pangkat? Tak jawab lagi soalan kami?"

"Dayyan nak dapat adik mama papa.."Maya yang jawabkan.Siapa suruh lambat.Terbutang mata Zafril dan Dahlia.

"Ha? Seriuslah? Zaf? Dahlia?"Terkejut Amina.

"Macamtu lah mama.."Zafril menunduk.Kepala yang tidak gatal digaru.

"Kamu ni Zaf,kalau ya pun bagilah Lia rehat dulu"Tegur Kamal.

"Alaa pa.. bukan taknak rancang ke apa tapi memudahkan,nanti anak-anak dah besar boleh rehat.. sekarang kita bagi cukup sepuluh orang dulu"Seloroh Zafril.

"Banyak lah kau sepuluh orang,ni last!"Dahlia mencubit lengan Zafril.

"Auu sayang sakitlah!"

"Untung Dayyan dapat adik beza setahun,nanti ada geng lah.."Puji Daniel.

"Kamu tu sudah-sudah lah Daniel.. dengan kembar lagi"

"Hahaha teringin lagi ke bro? Tambahlah.. ada ruang lagi tu"Usik Zafril.

"Eh! Aku tunggu time nak monopos je ha.."Bentak Maya.

Ketawa satu meja itu.Ruangan penuh keceriaan.Harapnya kekal lah dan tiada perosak hubungan.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience