4 bulan kemudian...
Hari mungkin hari yang boleh dikatakan bahagia.Selepas berdamai,hubungan mereka makin baik.Tapi sayang,keputusan tetap sama.
"Nayla jangan lari sayang.."Dari jauh Dahlia melihat Nayla bermain bersama papanya.
Gelak ketawa mereka memang buatkan dia bahagia saat ni.Entahla,lepas bercerai tak dapat lagi dia lihat kebahagiaan ini.Apatah lagi Nayla,gadis yang dia bertarung nyawa melahirkan.
Tapi tak apalah,Nayla anak sulung.Bahkan perwaris besar segala milik Zafril.Nayla juga wanita,dia yakin Zafril akan besarkan Nayla dengan baik.Biar Nayla hidup senang lepas pindah di London nanti.
Perut yang kian membesar diusap.Seronok juga dia menendang di dalam.Makin lama makin aktif.Mungkin tahu agaknya papa bawa jalan-jalan.
"Cantikkan kakak Nayla tu, macam papa.. sebabtu mama taknak halang keputusan papa, mama tak ada harta lepasni nak besarkan anak mama.."
Cepat-cepat Dahlia hapuskam air mata apabila Zafril datang kearahnya.Dahlia menghulurkan air mineral.Zafril duduk disebelahnya.
"Fuhh makin berat puteri awak.."
"Puteri abang juga.. dahaga ke? Nak air lagi?"Dahlia mahu membuka satu botol air lagi,tengok Zafril macam Dua kali teguk dah nak habis dah satu botol mineral.Zafril menggeleng tanda tidak mahu.
"Seronok kan tengok dia happy.. sebelum ni kita sama-sama sibuk kerja.. sampai terlupa ambil dekat tadika pulak tu"
"Kelalaian kita juga, saya memang tak layak gelar seorang ibu.. saya trauma atas apa yang saya lakukan.. dia masuk hospital dulu, saya rasa macam tak boleh bernafas,rasa menyesal lain macam.."Kata Dahlia.
"Lupakan.. abang dah maafkan Lia, tapi.. tu lah, kita fahamkan saja.. abang harap Lia jumpa pengganti Lia nanti.."
Dahlia hanya senyum walaupun hati sangat terasa dengan ayat Zafril.
"Abang.. boleh ke nanti saya nak minta izin, jumpa dengan Nayla sebelum dia pergi London.."
"Lambat lagi kan? Lepas bercerai kita akan jadi kawan... Demi anak-anak kita jaga hubungan.."
"Terima kasih, Lia yakin abanglah yang terbaik jaga mereka nanti..
"Abang tak ada niat nak pisahkan Lia dengan diorang,kalau Lia nak jumpa silakan"Kata Zafril tak mahu Dahlia Salah faham.
Mereka memerhati Dahlia yang sedang bermain dengan anak siapa entah.Boleh pula mengorat anak perempuan mereka.
"Anak siapa lah tu.. takkan nak dapat menantu dah kut"
"Ish abang ni, awal lagi.. tapi handsome juga budak tu putih.."
Ketawa mereka berdua.
"Abang akan rindukan moment kita ni.."
Dahlia kembali memandang Zafril.
"Lia pun.." Baru mata nak bertembung.Bahu Zafril ditepuk kuat oleh seorang wanita.Nasib tak terkeluar jantung je.
"Eh Medina.."
"Hi, what are you doing?"
Dahlia pandang pelik wanita yang mesra berbual dengan suaminya Siapa pula perempuan tu.Bukan main lagi terdedah pakaiannya.Tapi jujurlah,badan perempuan tu memang cantik.Kalah dia yang pendek ni.
"Ouhh it's is your wife?"
"Yes.. kenalkan, Dahlia.."
Wanita itu hanya tersenyum kemudian Dahlia turut membalasnya.Tak balas kang sombong pulak nanti.
"Ouhh I dengar syarikat papa you buat birthday celebration right?"
"Yeay.. you datang? Dengan Tansri?"
"Of course, there are friends for a long time... Of course my dad will come to the event.. i hope you too?"
"Mestilah saya pergi, saya anak dia kan.."
"Iyalah, takkanlah you tak pergi pula.. muda-muda pun dah dapat pangkat Dato kan.. untung lah you ni, kalau I dapat Dato muda macam you comferm tak lepas.. tapi sayang dah kawin.."
"HAHAHHA you ni Medina.. apa-apa pun datang tau esok, im waiting for you.."
Dahlia hanya menyaksikan kemesraan mereka.Dah macam lama kenal.Mungkin sebab kerja.
"I nak balik dulu, saja jogging dekat sini bye.."Dengan tak malunya Medina memeluk tubuh Zaf.
"See you.."
"Siapa dia tu?"Tanya Dahlia sebaik sahaja Medina pergi.
"Ouhh anak papa.. Anak kepada Tan Sri Hamed.."
Dahlia meng'o' kan saja.Bukan dia kenal pun nak Tanya lebih-lebih.Kalau dia nak cemburu.Untuk apa? Mereka akan berpisah juga nanti.Dan Zafril pasti akan jumpa buah hatinya nanti.
"Awak cemburu ke dia peluk saya?" Soal Zafril.
"Buat apa pula? Kita kan nak berpisah.. entah-entah dia jodoh awak lepasni"Dahlia menyimpan rasa sesak.Cuba berborak seperti kawan.
"Taknak... Lepas bercerai, saya nak kekal berstatus Duda anak dua, saya dah serik.."
"Mana boleh macamtu.. awak layak bahagia,kalau saya tak dapat bahagia kan awak.. mungkin orang lain.. Medina tu cantik apa, macam orang putih nampak sepadan awak berdua.."
Zafril melihat Dahlia Masih tersenyum sedangkan dia tahu dalam hati Dahlia.Gadis itu sakit.
"Lia doakan abang bahagia nanti.."
*
Dahlia membetulkan tudung.Memang susah nak nampak kemas kalau pipi semakin membulat.
Selesai dengan tudung.Dia mendapatkan Zafril Dan membantu memakaikan tali leher.Kemas sekali Zafril harini bersama kot bewarna kelabu dipadankan dengan seluar yang sama warna.
"Handsomenya suami saya.."Puji Dahlia.
"Lia pun.. tapi sayang gemuk"
"Abang nak cakap Lia ni gemuklah?"
Hotel milik Zafril sudah penuh orang didewan.Ramai orang yang bekerjaya disana.Berpangkat besar semuanya datang meraikan ulang tahun Syarikat Kamal.
Zafril turun dari kereta terlebih dulu.Dia turut membantu Dahlia turun.
"Kenapa pakai macamni?"Tanya Zafril.Baru sempat tengok pakaian Dahlia.Tadi sibuk dia bersiap dengan uruskan beberapa panggilan.
"Kenapa? Abang malu ke dapat isteri pakai dress biasa macamni?"
"Buat apa nak malu? Nanti Lia bukan isteri abang juga kan?"
Dahlia masih tersenyum disitu.
"Maaf,Lia tak sempat tempah baju.. baju yang lain dah ketat"
"Kenapa tak cakap dengan abang?"
"Bukan taknak cakap, tapi saya malas lah nak abang habis duit macamtu je untuk baju saya, buat baju ikut ujuran waktu mengandung nanti bukan boleh pakai dah.."Balasnya.
"Ikut lah, janji pakai baju.. jom"Tangan Dahlia ditarik masuk ke dalam hotel tersebut.
"Lama saya tak datang hotel abang, banyak juga ya perubahan.."Tersenyum Dahlia.Makin banyak perubahan Zafril antaranya ubahan lobi.
"Hmm.. Abang ubah sikit-sikit demi keselesaan pelanggan kan?"
"Allhamdulillah rezeki.. jom lah masuk"
Pintu dewan dibuka.Ramai yang menantikan kehadiran mereka.Zafril terus hilang Dari pandangan Dahlia lepas sibuk berjabat tangan dengan orang pangkat besar.
Dahlia rasa dia menjadi orang bodoh disitu.Bukan tak pernah datang.Rasa macam awkward you know?
"Baik aku makan je dulu.. kita makan dulu la baby"Dahlia pergi mengambil makanan.Banyak juga sajian hotel.Paling terliur kampung perap bakar.
"Hello?"
"Ya Allah terkejut aku, Mawar!"Naik gembira Dua orang sahabat itu.
"Ish kau datang juga? Aiman Kata kau tak datang sebab takda orang jaga anak"
"Mestilah aku datang,bapa mertua kau jemput.. lagipun Aiman pun pekerja sekawan partner syarikat papa mertua kau juga.."Kata Mawar.
"Patutlah, ni anak kau siapa jaga?"
"Anak anak aku semua aku letak rumah jiran Hahahaha aku upah jiran aku, allhamdulillah boleh dipercayai"
Hubungan mereka makin lama makin rapat.Duku bersaya awak.Sekarang dah makin tunjuk perangai masing-masing.Dah selesa berkawan.Sama-sama sentiasa ada mengharungi masalah.
"Untunglah kau.. aku ni entahlah macam mana lepas ni, harap-harap boleh la kerja demi anak-anak"
Mawar terus memeluk Dahlia.Berlakang Dahlia diusap.
"Aku tahu kau kuat, kau kena usaha.. Zaf tu aku yakin dia cintakan kau.."
"Apa yang aku boleh buat Mawar? 4 bulan yang tersisa aku cuba ambil hati dia tapi aku gagal walaupun dia layan baik,tapi aku bersyukur.. dia layan aku baik lagi"
"Tapi kau macam mana? Kau sayangkan dia kan?"
"Aku tak boleh buat apa-apa.. talk ada pada tangan dia.. inilah balasan aku,atas apa yang aku dah buat dekat dia.."
"Dah la kau jangan sedih-sedih.. aku ada dengan kau.. ni ha baby boy ni pun ada, tak lama dah ni nak meletup"Mawar mengusap perut Dahlia.Mahu tukar mood.
"Hahaha ni pun dah aktif.. jom makan sekali?"
"Jom aku pun lapar ni"
Mereka berdua mengambil makanan.Dahlia mengajak Mawar duduk bersama di meja khas untuk Zafril.
Dia mendekat.Disitu dia sudah nampak Zafril yang duduk berbual dengan sahabatnya.
"Abang nak makan?"Tanya Dahlia.Makanan yang dia ambil diletakkan semula.
"Eh.. arr.."Zafril ragu mahu menjawab pertanyaan Dahlia.Tapi tangannya naik menunjuk kearah seorang perempuan yang datang bawakan makanan.
Medina.
"Eh hi Dahlia.. were meet again.. Zaf nah makanan you"Medina meletakkan makanan tersebut dihadapan Zafril.
"Ermm Thank you,susah-susah je.."takut-takut Zafril dengan Medina.
"Tak susah pun, makanlah.. nanti you nak bagi ucapan kau.. ouhh boleh tak I duduk sebelah you, bukan apa meja dekat sana dah penuh"
"Yeah sure silakan.."
Dahlia memandang saja Zafril dengan Medina.Hati yang panas macam tak terasa.Tapi jujur dia tak suka melihat mereka berdua.Mawar yang berada disebelahnya menarik tangan agar duduk.
"Kenapa abang tak minta dekat Lia nak makanan?"Bisik Dahlia pada Zafril.
"Bukan abang taknak, tapi kesianlah Lia nak jalan sana sini.. Lia kan tengah sarat..."Balas Zafril.
"Abang malu sebab isteri abang ni gemuk? Jalan macam pangguin?"
"Ish apa Lia ni, jangan la nak bergaduh dekat sini orang tengok.."Zafril kembali fokus dengan makanannya.Sambil itu diajak bual juga dengan rakan-rakannya yang duduk satu meja.
Kecik besar kecik besar je Dahlia melihat Zafril.
'dia memang tak akan terima aku lagi,pergi jauh la dengan mimpi kau Lia.. mungkin dia dah ada hati dengan Medina.. Taniah, abang nampak sepadan dengan Medina..'
*
"Seterusnya,kita menjemput Dato Zafril anak kepada Tan Sri membuat cabutan nombor! Kita minta naik bersama pasangan ya.. kalau nak naik dengan orang lain pun boleh sebab Dato boleh bagi partner cabut nomber sekali"Kata pengacara majlis.
Zafril pandang Dahlia.Dia mengisyaratkan untuk Dahlia ikut bersamanya.
"Taknak.."Dahlia gelengkan kepala.
"Kenapa taknak?"
"Saya pakai baju buruk,malu lah.."
"Awak cantik je,jom la.. teman saya"
"Taknak"
"You nak I teman ke Zaf?"Dahlia Dan Zafril memandang Medina.
"Awak temanlah,lagipun korang pun partner bisnes kan, abang naik lah dengan Medina.."Kata Dahlia Masih tersenyum manis.
Medina laju saja bangun memengan lengan Zafril.Mereka naik keatas pentas bersama.Entah macam mana jalannya Medina bersama kasut tinggi 7 incinya itu, Dia tersilap langkah terpijak kain buatkan dirinya hilang imbangan.Untunglah Zafril sempat menangkap pinggangnya.
"Nampak serasi kan diorang?"mata Dahlia berkaca tapi Masih menunjukkan senyumanya.
"Sakitnya hati Lia bang.. macamni ya abang sakit dulu?"
Bersambung...
Share this novel