Menangis teresak Dahlia bersandar di dinding hospital.Bukan dia sahaja, Kamal,Amina,Solehah,Adnan dan juga keluarga kandungnya turut datang.Siapa je tak risau kalau cucu masuk ICU.
"Ya Allah.. anak aku.."Tangis Dahlia.Haedar yang sedari tadi berdiam.Malah menyimpan rasa ketakutan mendekati Dahlia kemudian memegang bahu wanita itu.
"Tolong jangan sentuh anak saya.. Tak reti nak beza ke hukum haram?"Ahmad bersuara buatkan Haedar menjauh lagi.
Rosna dan Solehah membawa gadis itu duduk di kerusi.Pasti sedih Dahlia.Ibu mana yang tak sayangkan anaknya.
Amina saja yang memandang geram pada Dahlia.Mungkin sebab Hal lalu yang buatkan dia benci pada Dahlia.Siapa suruh dia lukakan hati anaknya.
"Zaf bila sampai?"Tanya Kamal agak berbisik.
"Diorang..--"
"Mama! Papa! Mana anak Zaf?!"Kelam kabut Zafril,Maya dan juga Daniel berlari kearah mereka.
"Diorang tak keluar lagi,Dokter Masih periksa.."Kata Solehah.
Zafril memandang Dahlia yang sudah menangis teresak.Bukan nak kesian tapi malah bertambah bencinya bila jadi macamni.Dia punyalah berharap Dahlia boleh menjaga anak mereka dengan baik tapi..
"Apa yang dah terjadi sebenarnya?"Daniel bertanya.
"Ada orang jumpa Nayla pengsan tepi jalan.."Balas Ahmad.
Zafril meraup wajah.Darah sekarang rasa macam naik turun tambahkan pula risau dengan keadaan anaknya.
Pintu kecemasan dibuka,dan Dokter peribadi milik keluarga Zafril keluar.Semua terus mendapatkan Dokter tersebut.
"Dokter macam mana dengan keadaan anak saya?"Tanya Zafril.
"Keadaan Nayla tidak stabil dan kami mendapati tubuhnya telah dikawal oleh dadah.. Dan yang peliknya,dadah berbentuk cecair.Seperti dadah yang disuntik..kami periksa badan dia ada beberapa kesan lebam yang didakwa kesan pukul.."Jelas Dokter Hakim.
Semuanya terkejut.Bahkan wajah Zafril sudah merah.Tangan mengepal penumpuk.Terselah segala urat di lehernya.
"Dokter.. dadah yang ada di dalam badan Nayla tu dadah suntikkan ke?"Soal Haedar dengan riak kerisauannya.
"Ya, seperti disuntik oleh orang.. takkanlah dia nak suntik sendiri kan?"
"Kejap.. saya tak faham, siapa pula nak suntik Nayla sekarang ni.. siang malam saya yang jaga dia, Mama dia pergi kerja cuma... Dahlia.."Haedar menunjuk kearah Dahlia.Semua mata juga tertumpu padanya.Dahlia gelengkan kepala.
"Tak.. apa awak ni Haedar! Saya ibu dia.. saya yang lahirkan dia tak mungkin saya buat macamtu dekat anak saya sendiri.."Kata Dahlia.
"Saya tak tuduh awak.. kenapa awak macam.. Dahlia Natasya.."Lakonan Haedar menambahkan kepercayaan kepada mereka sekeluarga.
Zafril mendekat kearah Dahlia.Leher Dahlia dicekek sekuatnya.Tak cukup itu,Zafril menghentakkan kepala Dahlia didinding kemudian menampar pipi Dahlia sekuatnya.
"ZAF CUKUP!!!"Gelabah semua melihat Zaf memukul Dahlia seteruk itu.
"JANGAN HALANG AKU! PEREMPUAN NI MEMANG PATUT DAPAT BALASANNYA!"
Zafril menumbuk wajah Dahlia hingga mengeluarkan darah di bibirnya.Kemudian dia melemparkan pasu bunga kearah Dahlia.
"Abang sakit!!!"
"Zaf bawa mengucap Zaf dekat hospital ni!!"
"Zaf berhenti Zaf, kesian dekat Dahlia"
Suara-suara itu hanya dipalau Zafril.Dia menampar berkali-kali pipi Dahlia.
"ZAFRIL ILYAN BERHENTI JANGAN JADI LELAKI DAYUS MEMUKUL SEORANG ISTERI!!!"Bentak Kamal.
"Abang Lia tak buat.. betul abang Lia tak buat, itu anak Lia sendiri abang.. percayalah.."tangan Zafril dipegang.Memohon merayu Dahlia bersama air mata.
"Kau ingat aku nak percaya.. dulu pun kau sanggup lebihkan kerja dari anak sendiri,kau curang pula dengan aku lepastu.. jadi tak wajar kalau kau nak bunuh anak sendiri.."Kepala Dahlia berlapikkan tudung dicengkam kuat sehingga Dahlia ikut berdiri bersama.
"Ini kali pertama aku jumpa seorang ibu yang cukup jahat macam kau! Sanggup kau bunuh anak sendiri ya? Kalau kau taknak jaga anak aku pun,boleh je kan kau bagi dekat aku? Bukan dengan cara membunuh macam ni.."Kata Zafril sudah seperti orang sakit mental.
"Tak!!!! Saya yang kandungkan dia!! Saya yang lahirkan dia saya tak buat perkara bodoh macamtu!! Saya sayang Nayla macam nyawa saya sendiri!!"
Zafril tersenyum sinis.Kepala Dahlia ditolak hingga gadis itu terlantar di atas lantai.Terus Solehah dan Rosna mendapatkan Dahlia.
"Apa-apa yang terjadi dekat anak aku.. aku akan pastikan kau dapat balasan! Dan bersaksikan semua orang yang berada di sini.."
Tangisan Dahlia makin menjadi-jadi.Dahlia terus merangkak memeluk kaki Zafril.
"Ampunkan Lia abang.. maafkan Lia.. Lia tak buat semua tu percayalah.. dia anak Lia sendiri,tak mungkin Lia sanggup lakukan macamtu.. abang tolonglah.. Lia sayangkan abang.."Tangis Dahlia.
Zafril menarik kakinya.
"Pergi mampus dengan sayang kau tu.. SAMPAI BILA-BILA PUN AKU TAK AKAN PERCAYA DAN TAK AKAN TERIMA KAU LAGI!!"
"Dokter pesakit menghadapi kekejangan!!"Jerit jururawat yang keluar dari wad kecemasan.
"Dok--"
"Anak aku.."Mata Dahlia kabur.Akhirnya pengsan dia bersama darah yang keluar dari bibir.
*
"Anak papa kuat kan sayang.. maafkan papa,maafkan papa.."Suara esakkan Zafril terdengar diruangan ICU itu.Sudah pukul lewat malam.Dia Masih menemani Nayla yang entah bila akan sedar.Nayla sudah dimasukkan ubat tidur akibat kekejangan.Dan sekarang dia koma.
"Papa memang tak guna.. papa biar Nayla diseksa oleh mama.. papa janji,papa takkan biarkan dia terlepas macamtu je.. bangunlah sayang papa rindu"
Wajah Nayla penuh dengan alat bantuan penafasan dengan wayar-wayar.Lemah hati seorang bapa melihat anak mereka begitu.Kalau boleh dipindahkan kesakitan,pasti mereka sangat mahu.
"Bangunlah.. Nayla nak tidur sampai bila.. papa rindu.."
Pintu wad dibuka.Daniel masuk kedalam Dan mengusap bahu Zafril.Bungkusan makanan diletakkan di atas meja.Dari pagi Zafril tak menjamah apa-apa pun.
"Banyak-banyak berdoa.. aku yakin anak kau kuat.."
"Anak aku Dan.. anak aku.. bila dia nak sedar.. aku tak kuat tengok dia macamni.."
"Sabar Zaf.. semua tengah doakan anak kau sekarang ni.."
"Seumur hidup aku tak pernah lagi jumpa seorang ibu yang jahat macam perempuan tu.."
"Zaf... Bertenang, kau jangan nak serabutkan kepala kau lagi.. sekarang ni kita fokus doakan Nayla je"Kata Daniel.
"Tapi perempuan tu punca.. Dia nak bunuh anak kami Dan.. aku benci sangat dengan dia.."Kata Zafril.Dia menyembamkan wajahnya di atas katil.Tangan Nayla digenggam kuat.
"Bangunlah anak papa.."
"Zaf... Kau pergilah mandi dulu,aku jagakan Nayla kejap.. Maya dengan mama,papa semua ada dekat bilik Dahlia"Kata Daniel terus buat Zafril putar bola mata.
"Habistu kau nak aku buat apa? Pergi merayu minta maaf dekat dia?"
"Tak... Zaf.. Dahlia mengandung.."
*
Zafril selesai menukar pakaian yang dibawa Amina tadi.Dia keluar dari masjid mahu kebilik Nayla semula.Niat mahu berhenti di bilik Dahlia kerana laluan arah yang sama.
"Patutke aku jenguk dia? Teruk juga aku pukul dia tadi.. Ya Allah dayus nya kau pukul isteri.."Lagi beberapa langkah dia akan lalu dihadapan wad Dahlia.
Bahunya ditolak kasar kebelakang.Haedar lelaki itu tersenyum sinis pada Zafril.Zafril terus membalas balik dengan menolak dada bidang lelaki itu.Kebelakang juga Haedar.
"Wow lawan balik nampak.."Haedar tersenyum sengih.
"Kau nak apa? Blah la.."
"Tch.. saja aku taknak kacau pun, cuma aku nak bagitahu sesuatu la.."Haedar mendekatkan bibirnya ketelingan Zafril.
"Aku nak pesan.. Muka Dahlia tu penuh dengan lakonan,Dan aku rasa kan kau kena tahu lah sepanjang kau tak ada dekat rumah banglo tu.. hanya tinggal aku dengan Dahlia.. kau faham-faham lah, tidur satu katil pun pernah apatah lagi yang hmm.. hahaha good luck bro"Haedar menepuk perlahan bahu Zafril kemudian berlalu.
Rahang menegang.
"Tak guna punya jantan!!!"Zafril mengejar Haedar Dan menghadiahkan penumbuk padu pada lelaki itu.Bukan sekali tapi berkali.Penuh darah yang keluar dari mulut Haedar.
"Kau kalau nak sangat bekas orang ambil!! Aku pun tak hingin la!"
Zafril menendang sekali kemudian berjalan mahu ke wad Nayla.Tapi lalu sahaja dia dihadapan wad Dahlia.Amina dan Kamal yang duduk di kerusi menunggu memanggil namanya.
"Zaf.. nak pergi mana tu?"Tanya Amina.
"Nayla.."
"Zaf taknak tengok Dahlia dulu ke.. tengoklah dia kejap"pujuk Kamal.
Fikiran Zafril tergiang dengan kata-kata Haedar.Dia memandang Kamal Dan Amina.
"Maaf pa.. ma.. Dia kan tinggal dengan lelaki lain.. Zaf rasa tu bukan anak Zaf kut.. "
Bersambung..
Share this novel