"Abang.. jauh termenung tengok meja makan.. tengok siapa tu?"Tanya Dahlia mendekati Zafril.Dayyan yang sedang merengek pun dia tak sedar dah.Terus Dahlia mengambil Dayyan dalam dukungan Zafril.
"Ha? Ermm.."
"Tengok anak dara orang ke? Medina?"
"Eh mana ada sayang.. takkanlah abang nak tengok dia sedangkan isteri abang pun dah cantik dah"
"Ouhh kalau Lia tak cantik abang tengoklah dia?"
"Eh,apa pula Lia cakap macamni.."
"Ye lah,Medina tu cantik.. badan pun ideal je.. slim, muka pun macam orang putih,dia tu cantik macam model dah Lia tengok.. jauh bezanya Dari saya"Kata Dahlia.Saja nak Rendahkan diri.Nak tengok apa riaksi Zafril.
"Apa Lia ni.. Sayang tu slim je, sekarang ni mana nak sempat slim.. nanti dah bersalin ha jenuh la abang nak jaga sayang.. kalau ikutkan hati saya ni,taknak je awak cantik.. biar cantik depan mata saya.. bukan apa,trauma perkara lalu Masih segar tahu?"
"Awak ni cantik.. tak nampak macam mak orang lansung, risau lah nak kena berebut dengan orang ni"Kata Zafril.
"Iyalah,Lia pun risau juga ha.. abang ni umur je tua tapi muka tu baby face lagi,lagilah risau.. perempuan ni cantik ke tak semua tak kira,kalau dah nampak lelaki handsome,kaya,romantik macam abang ni...."Dahlia menjegilkan mata.
"Amboii.. takutnya.."
"Sudahla,Lia nak pergi beraya dengan diorang kejap"Dahlia bangkit Dari kerusi.Tapi tangannya ditarik Zafril hingga terduduk di dakapan Zafril.Untunglah dia pegang Dayyan kuat.
"Abang! Bahaya lah!"
"Sorry-sorry.. k-kenapa sayang nak pergi beraya dengan diorang?"
"La kena beraya lah,kan hari raya.."
"Tapi..."
"Apa yang tapi"
"Bukan awak tak suka ke dengan Medina tu?"
"Bila pula yang saya cakap saya tak suka? Bukan abang cakap abang dengan dia kawan je ke?"Dahlia pandang Zafril curiga.Berpeluh wajah Zafril sekarang.
"Memang abang kawan.. tapi,abang tak ajak pun Medina datang raya.. kitorang pun bukan rapat sangat lebih dari bisnes partner.. sebelum ni pun keluarga dia tak pernah datang raya dengan kita.."Ujar Zafril.Dia sendiri pelik.
"Alaa biasalah diorang nak datang beraya.. Keluarga dia pun kawan mama papa kan?"
"Tapi--"
"Tak ada tapi-tapi.. jom,abang ikutlah Lia pergi dekat meja.."Tangan Zafril ditarik.
Makin gelisah Zafril bila dekat dengan meja makan.Dia menyapa dengan senyuman pada tetamu yang hadir.
"Hey Zaf, lama Maklong tak tengok kamu.."sapa ibu saudara Zafril.
"Ha.. Biasalah bukan Salah Zaf,Maklong tu je tak datang jenguk"Balas Zafril.
"Iyalah,ada anak sauadar pun bukan reti nak datang jenguk kita yang dah tua ni ha.."
"Alaa Maklong,kosong-kosong lah ye.. hahahhaha"
"Ish kamu ni, Sini Dahlia Dayyan tu geram aku tengok putih gebu ni.. dah la tembam,copy mama dia betul.."
Tertawa Dahlia bila Maklong merebut Dayyan.Habis pipi Dayyan digomolnya.
"Ini kalau dapat lagi biar lelaki, mesti kacak-kacak anak kamu Zaf,sebab ikut mama dia.. Nayla tu pun cantik bila besar,tapi tu lah ikut sebijik perangai bapak dia kan?"
"Betul tu Maklong, anak perempuan kan.."
Sedar tak sedar Zafril Berdiri tepat diberlakang kerusi Medina.Melihat Medina yang tersenyum kearahnya.Jadi ragu untuk dia balas.
"Ermm Lia,abang nak pergi luar kejap.. tengok kawan-kawan abang"
*
"Kau pun satu,kalau dah jumpa yang elok tu ambil je lah.. ni tak.. nak tunggu apa lagi"Bergurau senda Zafril bersama Mikhail.
"Aku ni bukan macam kau okay, bercinta selepas berkahwin.. aku risau,perempuan zaman sekarang pandang Honda dah.. hmm malas nak cakap"Mikhail menggaru kepalanya.
"Apa-apa lah Mikhail, janji kau cari yang baik"
"Iyalah Zaf.. ni aku nak balik dulu.. selamat hari raya sahabat.. maaf lah kalau ada salah ya?"Mikhail bersalaman bersama Zafril.
"Iya, aku pun nak minta maaf juga.. drive elok2.."Zafril menghantar Mikhail hingga ke pintu Pagar.
Dia kembali ke rumah.Tapi terserempak pula dengan Medina di depan pintu.
"Eh hai Zaf.."
"Hai.."Balas Zafril ringkas.
"Selamat hari raya.."
"Selamat hari raya juga"
*
"Abang.. malam ni saya nak keluar boleh?"Pinta Dahlia.
"Ha? Nak keluar? Pergi mana?"
"Ada kerja sikit.."
"Kalau macamtu abang ikut, malam-malam pula tu"
"Abang.. siapa nak jaga anak-anak.. saya pergi sekejap je,takkan nak tinggal anak-anak dekat mama.."
Zafril hanya mengangguk saja.
"Nak jumpa siapa? Lelaki ke perempuan?"sudah mula Zafril untuk Soal selidik.
"Perempuan la.. Alaa nak jumpa Medina.."
"UHUKKK!!!"tersedak air liur Zafril bila dengar nama tu keluar dari mulut Dahlia.Terus dia mendekati isterinya.
"Sayang.. abang tak izinkan awak jumpa Medina"
"Eh? Dah kenapa? Saya ada hal lah.."
"Hal apa? Ke dia ada hasut sayang apa-apa.. cakap abang ni ada hubungan dengan dia ke apa ke?"
Wajah Zafril memang cemas.Malah bertambah curiga pada Dahlia.Dah kenapa suami dia ni.
"Apa abang ni? Hasut apa pula.. Lia nak jumpa dia sebab ada kerja sikit.. lagipun abang cakap macamni,abang ada hubungan ke dengan dia?"
Zafril teguk liur.Habislah kalau Dahlia salah faham.Dah la dia betul-betul takut kalau Medina tu nak goda dia atau hancurkan rumah tangganya.Punyalah dia nak Cuba elak dari jumpa Medina tapi Dahlia semudah tu nak jumpa.
"Sayang jangan salah faham.. abang takut kalau ada sesiapa hancurkan rumahtangga kita lagi.. abang dah trauma dah.."Kata Zafril.
"Kalau libatkan perempuan,itu hanya pada diri abang.."
*
"Sayang.. kenapa tak kejutkan abang?"Zafril menuruni anak tangga.Melihat Dahlia sedang menemani Nayla sarapan.
"Awak balik pukul berapa semalam? Abang tertidur pula.."
Dahlia Diam.
"Kenapa diam je ni?"
"Lia.."panggil Zafril yang dah Mula cuak dengan sikap Dahlia pagi ni.
"Itulah abang dah cakap jangan jumpa Medina tu,ni mesti ada perkara yang Medina tu cakap kan? Bagitahu abang apa yang dia cakap.. Lia percaya ke?"
Dahlia geleng kepala.
"Ya Allah sayang.."
"Lepas makan Lia nak abang ikut Lia kejap"Kata Dahlia.
*
Zafril keluar dari kereta.Bingung dia apabila Dahlia membawanya ke rumah banglo tiga tingkat.
"Kenapa sayang bawa abang datang sini? Sini bukan ke perumahan milik Tan Sri Hamed.. ayah Medina.."Zafril kenal sangat dengan perumahan ni.Kerata mereka bekerjasama mengbangkitkan 100 buah rumah di tanah besar ini.
"Ya.."
Zafril melihat wajah Dahlia tak lepas dari riak marahnya.
"Ya Allah sayang.. bukan ke sayang dah tahu abang memang ada bisnes partner dengan Tansri Hamed bukan dengan Medina.."Zafril mengenggam kedua belah tangan Dahlia.
"Abang ni kenapa yang takut sangat ni? Medina tu kan dah nak kawin takkanlah saya nak tuduh abang bukan-bukan?"
Zafril Diam.Medina dah nak kawin? Dia sendiri tak tahu,tapi kenapa Dahlia macam rapat je dengan Medina.
"Medina dah nak kawin?"
"Haah,dia dah bagi kad dekat saya lagi semalam.. siap bawa dia punya tunang datang teman.."Kata Dahlia.
Zafril bernafas lega.
"Tapi kenapa abang macam takut sangat dengan Medina tu? Dia tu pernah goda abang ke?"
Zafril menggeleng.
"Sebenarnya abang pernah mimpi terjatuh hati dekat dia, itu yang abang risau tu.. abang taknak kawin lain,cukuplah ada Lia sorang"Dah macam budak-budak Lia tengok Zafril ni.
"Ya.. Lia faham,abang pun jangan lah fikir lain sangat.."
"Apa motif sayang bawa abang datang sini?"
Dahlia tersenyum kemudian mengeluarkan kunci rumah Dan menunjuknya pada Zafril.
"Lia belikan rumah untuk kita.."
"Ha?"
"Ya,Lia belikan rumah ni untuk kita.. sebabtulah Lia banyak kali jumpa Medina tapi abang je yang tak tahu.."
"Kenapa awak beli rumah? Kalau nak duduk rumah asing kenapa tak bagitahu abang? Abang boleh je beli rumah--"
Jari Dahlia tepat menutup mulut Zafril.
"Bukan sebab saya tak suka duduk rumah mama papa ke apa,tapi sebab nak tebus balik kesalahan Lia dulu.. dulu Lia pernah jual harta abang,rumah banglo abang yang abang berusaha naikkan dengan titik peluh.. sampai sekarang Lia rasa bersalah sebabtu Lia belikan rumah ni"Ujarnya.
Zafril tersenyum.Cair hati dia dengan sikap Dahlia.Badan Dahlia ditarik kedalam dakapan.
"Abang dah tak ambil hati dah.. Biar yang lepas tu lepaslah.. janji kita dah janji nak berubah bersama.."
Dahlia tersenyum.Bahu Dahlia dipeluk Zafril.Mereka melihat rumah banglo tiga tingkat dihadapan sekarang.
"Terima kasih sayang.. belikan rumah untuk kita sekeluarga.. sepatutnya abang yang kena beli"
"Ish abang ni, ni pun keluarga Lia juga.."
*
Beberapa tahun kemudian..
"Ya Allah... Mama dah kemas dah rumah tadi,ni malas beli mainan banyak-banyak ni"Naik pusing kepala Dahlia melihat ruang tamu yang bersepah.
"Ini semua kerja Dayyan dengan Zayyan ma.."Adu Nayla.Betul lah dia makin besar mana nak main dah.Harap dengan phone lepastu belajar.
"Dayyan.. Zayyan.. takkan tak reti nak tolong mama kemas.. Lepas main tu kemas la,pening kepala mama Tau tengok rumah bersepah macamni"Dahlia bercekak pinggang melihat anak lelaki.
"Apa yang bising tu?"
"Papa!!"Riuh Dayyan dan Zayyan mendapatkan papanya yang baru selesai membersihkan diri.
"Ni apa rumah bersepah ni,kenapa tak kemas.. tak kesian dekat mama ke?"
"Alaa papa.. nanti kitorang kemas la, papa cakap nak bawa pergi jalan-jalan?"
"Memang papa nak bawa jalan tapi kalau tengok rumah selerak macamni papa pun taknak bawa.."Kata Zafril memasamkan wajah Dayyan dan Zayyan.
"Haa dengar papa cakap tu, kemas dulu lepastu pergi mandi bersiap,kalau tak jangan ikut mama papa.."Sambung Dahlia.
"Baik mama.. papa.. "aku mereka berdua Dan naik ke tingkat atas.
"Nayla,pergi mandi sayang.."Arah Dahlia.
"Ermm Nayla nak singgah shopping boleh papa? Nak beli skincare sikit Jap lagi"Mata manja ditayangkan pada papanya.
"Iyalah.. puteri Ku tersayang,pergi mandi"
"Yeayy"
Tertawa Dahlia dan Zafril.Nayla makin remaja makin cepat matang.Cantik manis orang ya.Memang ikut perangai Zafril.Dan sekarang mereka sudah ajar untuk tidak terlalu sombong.Dulu memang susah la nak ajar macamtu.Untunglah Nayla anak yang pengerti dan akur.
"Haa.. abang dengar tak tu? Bersambung je bunyi tu"Soal Dahlia.Bunyi tangisan bayi semakin kuat didengar.
Zafril kerutkan dahi.
"Uishh kuat betul bunyinya sayang.. Kalau sorang tu mungkin kita tak dengar sebab duduk bawah.. tapi"
"Tiga-tiga menangis tu abang.. cepatlah naik atas"Dahlia dan Zafril memanjat tangga sepantas mungkin dan menerjah bilik bayi.
"Alaaa triplets papa menangis ni.. sayang dukung Zalya,biar abang dukung Zafran dengan Zea.."Terkepoh keduanya menidurkan triplets mereka.
"Terkejut Zayyan dah la ni.. bukan tak kenal anak abang sorang tu,susah betul nak akrab dengan adik-adik.."Kata Dahlia.
"Iyalah,kena faham lah.. dia mungkin tak bersedia lagi nak jadi abang.. sekali dapat tiga orang terus ha.."
Dahlia ketawa.
"Abang lah ni punca.."
"Eh kita pula,tapi kan abang ingat dulu abang tak dapat dah keturunan kembar sebab Maya dan ada kembar.. eh rupanya turun juga.."
"Iyalah bang.. lepasni kilang dah stop dah.. 6 orang ni pun dah nak pecah rumah.."
Dahlia dan Zafril meletakkan semula triplets di atas katil.
"Sayang.."
"Hmm?"
"Terima kasih.."
"Kenapa?"
"Terima kasih sebab dah bagi abang Cinta.."Tangan Dahlia digenggam erat.
"Lia pun,terima kasih juga ya sebab abang Masih percayakan Lia.."
"Abang sayangkan Lia sangat-sangat.. ingat tak waktu kita first jumpa dulu hahah tak expect kan terjadi husband wife?"
"Betul, saya pun tak sangka lelaki tak reti cukur jambang bagi lincin ni husband saya.."Kata Dahlia.Pinggang Zafril didakap.
"I love you.. Semoga rumahtangga kita kekal hingga hujung hayat"Ucap Zafril.Dahi Dahlia dikucup.
Inilah perjalanan hidup mereka.Sangat memberi pengajaran untuk pasangan di luar sana.Setiap perkahwinan pasti ada ujiannya.Cuma itu adalah pilihan masing-masing.
Kesetiaan susah untuk dijumpai,tapi jika cinta itu ada.Pasti kesetiaan akan dimiliki oleh pasangan.
Bermula dengan pernikahan tanpa cinta.Akhirnya mereka bahagia walaupun tetap ada ujian rumahtangga.
Dan setiap orang pasti ada kesilapan yang perlu dimaafkan.Semua orang pernah melakukan kesilapan.
"Dulu aku sendiri ego dengan perasaan sehinggakan aku buta.. memiliki lelaki yang baik tapi aku mencari yang tidak baik.. syukur.. dia Masih memberiku peluang.. Dan tak akan aku ulang semula.Jika diingat kembali.. itu adalah perkara yang paling buruk aku pernah buat.."-Dahlia
"Macam-macam yang aku pelajari.. walaupun perempuan ada salahnya.Kita sebagai lelaki perlu mengajari dan mendidik.. Tapi aku belajar dari semua kesilapan, jauh dari ego dan cuba percayakan pasangan.. setiap orang pasti akan melakukan kesilapan.. mungkin ada peluang yang perlu diberikan..tapi andai peluang itu tidak dipertikaikan.. mungkin jalan pemisahan lebih baik.. syukur.. kami bersatu semula"-Zafril
TAMAT
Share this novel