27

Romance Series 111084

"Kenapa diam je?"Zafril memecahkan kehingan.Dahlia dari tadi memandang luar tingkap.Taknak bercakap lansung.Bukan Zafril tak tahu,tapi pasti sebab Dahlia cemburukan pasal tadi.

"Dahlia?"

"Tak ada apa-apa.. mengantuk"Tipu Dahlia.

"Lia marah abang pasal tadi?"

Dahlia diam.Zafril dah agak.Memang betul Dahlia marahkan pasal hal tu.Kalau tak takkanlah masam je muka.

"Abang dengan dia kawan je.. kami bisnes partner kan.. lagipun tadi abang ajak awak.. awak yang taknak"

"Tak cemburu pun.. cuma.."

"Cuma?"

Dahlia memandang Zafril yang fokus memandu.

"Macamtu ya perasaan abang waktu Lia curang dengan abang dulu?"

"Kenapa Lia tanya soalan tu?"

"Sebab Lia rasa sakit sangat,tapi Lia faham.. Abang mesti lagi sakit kan lagi-lagi bila Lia peluk Haedar.."

"Baguslah kalau faham,nikmati rasa sakit tu.."

Air mata Dahlia jatuh.Sungguh dia tak puas hati dengan Zafril.Tapi kenapa susah sangat Zafril nak nampak yang dirinya sudah berubah.

"Susah sangat ke abang nak percayakan Lia? Susah sangat ke abang nak maafkan saya?"

"Abang kalau boleh tak nak bergaduh la pasal ni Lia,abang dah tak ada mood dah.. abang nak bawa makhamah ni ke makhamah.. kalau nak bergaduh pun bergaduh di sana.. lepaskan apa yang awak nak cakap sebelum saya lafaz talak?"

"Takkan tak terdetik pun dalam hati abang nak maafkan Lia? Jahat sangat ke Lia ni abang?"Zafril menghentikan keretanya di tepi jalan apabila  Dahlia sudah mula menangis.Tak senang dia nak memandu.

"Sebab apa benci ditipu oleh Lia.. Benci sangat-sangat.."

"Bagi lah peluang untuk saya betulkan semuanya,ya memang saya Salah.. saya lupa diri,saya lupa asal-usul... Dahlia masih cintakan abang.. Dahlia tak sanggup.."Basah wajah Dahlia dengan air mata.

Zafril yang melihat tak sampai hati.Jujur dia kesian sangat dengan Dahlia.Tapi sayang,ego mengawal diri.

"Lia.."

"Kalau Lia tak cintakan abang malam lepas apa yang abang nampak tu, Lia menangis berkurung dalam bilik sebab menyesal! Lia menyesal dengan perbuatan Lia.. tengok Nayla menangis nakkan papa dia lagi lah saya tak kuat, saya hentak kepala saya dekat meja,saya tampar diri saya sebab saya benci dan jijik dengan diri saya sendiri.."

"Lia pilih untuk kerja dan jauh dari Nayla sebab Lia takut Lia ingatkan abang,punca tu lah Nayla kena pukul dengan lelaki tu, tapi bukan saja-saja saya tinggal,saya sakit Dan tak tahan bila dia sebut nak papa! Kalau saya nak kan awak balik pun belum tentu lagi awak akan teruskan perkahwinan kita.."

"Percayalah,waktu saya ada hubungan dengan Haedar.. kemesraan kami selalu buat saya fikirkan awak, Dan tak pernah lansung..  hati saya ucapkan I Love You dekat Haedar secara ikhlas.. mulut saya je bercakap, sebab apa? Sebab hati saya untuk awak Zaf,saya tak boleh buat apa-apa"

Tangisan Dahlia makin histeris.

"Kenapa susah sangat nak bagi peluang untuk saya, saya janji saya akan berubah.. saya dah menyesal dengan perbuatan saya.. Lia sayangkan abang.."Tangis Dahlia.Tubuh Zafril dipeluk erat.

"Lia tak sanggup nak berjauhan dengan abang, abang bagitahu la apa yang abang nak Lia buat, Lia sanggup buat demi abang nampak cinta Lia"

"Dahlia.. cukup"

"Tolonglah Lia taknak berpisah dengan abang, Lia taknak berpisah dengan anak-anak.."

"Dulu abang pernah tipu Lia,tak pernah sekali Lia terasa dengan abang sebab abang dah kahwin.. bukan Lia nak ungkit,tapi kita berdua manusia.. manusia juga telah melakukan kesilapan.."

"Cukuplah!!"Zafril melepaskan pelukkanya

"Lia nak berlakon apa lagi ha? Nak berlakon apa lagi!! Nak harta abang?! Ambik!!! Kalau nak sangat ambik!! Kita tetap akan bercerai.."

Zafril kembali memandu kereta pulang kerumah keluarganya.Parking sahaja kereta di halaman rumah agam itu.

"Kalau itu yang abang nak.. Lia redha..  dilepaskan"Tutur Dahlia perlahan.

"Itu yang abang nak.."

"Tapi Lia nak abang tahu, sebelum kita bercerai.. waktu sebelumnya kita bergaduh,hati Lia memang cintakan abang, Lia sayangkan abang,Dan Lia dah menyesal atas perbuatan abang.."

"Sekarang ni, waktu sekarang,berhadapan dengan abang.. Lia nak cakap,Dan Lia takkan undur.. Hati Lia,akan mati untuk abang.."

Zafril tergamam.Dia pandang Dahlia tak percaya.Wajah Dahlia sudah tidak seperti merayu macam tadi.Kini wanita itu nampak pasti dengan keputusannya.

"Lia.."

"Saya pun nak move on juga, penat layan sakit cinta tak berbalas ni.. tak sabar nak bercerai.."Dahlia turun Dari kereta menuju ke dalam rumah.

"Dahlia tunggu abang"cepat-cepat Zafril merentap lengan baju Dahlia.

"Jangan bahasakan diri sebagai abang.. awak tak benci ke saya ni,kenapa ya? Benci pun boleh layan dengan baik.."Dahlia gelengkan kepala.

"Kalau la.. awak layan saya buruk macam dulu, saya lebih suka.. sebab saya takkan sakit hati bila ingat awak Cuba bagi harapan untuk saya tapi sayang.. awak nak berbaik kerana awak nak pulangkan saya pada keluarga saya dengan cara baik.. menyesalnya saya pada awak Zafril.."

Tajam mata Dahlia Zafril tenung.Masuk ke hati betul kata-kata Dahlia

"Dahlia dengar dulu abang cakap.."

"Saya dah cakap.. saya dah tak cintakan abang tadi kan? Tolonglah bagi saya move on.. saya taknak lepas bercerai mental saya tak sihat, tak pasal-pasal gila talak pulak.."

Lengan yang Zafril pegang dilepaskan kemudian Dahlia masuk ke dalam rumah diikuti Zafril.

"Dahlia kita kena berbincang dulu!"Zafril menghalang laluan Dahlia berjalan.

"Untuk apa lagi? Awak nak sangat berceraikan? Kita bercerai! Saya dah penat kena layan macamni tahu tak!"

"Ya abang tahu,tolong lah jangan macamni.."

"Kenapa saya tak boleh jadi macamni,Salah ke apa yang saya buat ni.. bukan ni ke yang abang nak"

"Dahlia Natasya! Abang tak bermaksud pun nak bagi harapan untuk Lia.. tapi kenapa Lia nak matikan hati Lia untuk abang?"

"Soalan apa awak Tanya ni? Awak dah bodoh ke? Kalau awak tak cintakan saya,takkan saya nak cintakan awak?"

"Ya! Sebab abang cintakan Lia lagi! Abang tipu diri abang! Abang memang cintakan Lia! Abang lagilah tak boleh berjauhan dengan Lia! Abang tipu diri abang! Abang Masih cintakan Lia! Tapi ego abang tu.. sayang tolonglah.."Zafril merayu.Memegang tangan Lia.

Tapi pandangan Lia dah tak beri harapan untuk Zafril.

"Dah terlambat.. Kalau awak taknak bercerai,saya yang nak bercerai.."

"Zaf! Dahlia! Apa bising-bising ni? Mama dengar Dari atas tahu?"Zafril memandang Amina yang turun tangga.

"Ma.. tolong bagitahu dekat Lia ma,Zafril tipu je Zafril memang sayangkan dia.. Zafril sendiri tak sampai hati nak bercerai mama.."

"Ya Allah kenapa ni? Kamu ada masalah ke? Dahlia? Kenapa ni sayang.."Amina mendapatkan menantunya.

"Dahlia tak layak untuk anak mama ni.. Lia jahat ma.."Kata Dahlia

"Setiap orang pernah buat Salah,janganlah kamu berdua macamni.. fikir lah anak-anak.. kamu pun Zaf! Ego tak kena tempat! Pentingkan diri sendiri!"Amina memarahi Zafril.

"Sayang.. kita berbincang baik-baik please... Abang dah maafkan sayang,kita berbincang baik-baik ya?"

Dahlia gelengkan kepala.

"Apa yang buat hati saya sakit,bila awak tak ingat perbuatan awak dulu.. awak juga pernah buat kesilapan,tapi saya pilih untuk tetap bersama awak demi Nayla.. awak lupa apa yang terjadi? Kehadiran Sofea? Tapi tu lah,saya yang menjadi perampas.."

"Dahlia tolonglah jangan cakap macamni.. abang minta maaf,kita perbaiki semuanya.."

"Senangnya abang minta maaf, waktu abang buat Salah dulu.. Lia maafkan abang macamnilah mudah.. tapi bila Lia minta maaf abang tak percaya,abang buat macam-macam.. Paling tak boleh dilupakan.. Kali pertama saya dipukul oleh suami sendiri sampai patah tulang hidung.. kemudian dimaki,dibenci.."

Dahlia mahu melangkah naik tangga.Tapi pandanganya hitam buatkan dia terjatuh di dakapan Zafril untung,Zafril sempat menangkapnya.

"Ya Allah Dahlia!!!"

"Zaf darah Zaf!!"

*

Kerkiri kekanan Zafril berjalan.Amina Dan Kamal pun naik pening.Sudahla mereka tengah risaukan menantu dekat dalam.Tengok Zafril lagilah bertambah pening.

Tak tenang duduk Zafril.Dahlia tidak sadarkan diri dan kehilangan banyak darah.Dia terpaksa melahirkan secara pembedahan.

"Zaf dudukla.. pening papa tengok kamu"

"Dahlia pa.."

Dokter yang merawat Dahlia keluar dari bilik pembedahan.Mereka semua merapati dokter tersebut.Dokter tersebut tidak keseorangan.Dia membawa seorang jururawat sambil menggendong bayi kecil yang masih merah.

"Taniah Dato, dapat hero kalini.."

"Allhamdulillah.. anak papa"Teruja Zafril.Bayi itu dberi kepadanya.

"Assalamualaikum sayang..Ya Allah ikut muka mama anak papa sorang ni, kacaknya nya dia.."Senang hati Zafril melihat wajah comel Putera mereka.Memang ikut muka Dahlia.Anak lelaki kan.

"Muka macam mama dia betul, Assalamualaikum cucu nenek"Amine memegang perlahan kepala bayi.

"Tapi kalau tengok muka iras Nayla kan?"

"Hahaha kalau papa nak tahu,Nayla selalu cakap nak adik ikut muka dia.. memang ikut nih.."Kata Zafril.

"Dokter macam mana keadaan isteri saya?"

"Kami minta maaf,keadaan Datin tak stabil buat masa sekarang akibat kehilangan banyak darah.. Dan mungkin kami terpaksa tidurkan dia untuk stabilkan darah dalam badah.Kandungan darah dia memang tak normal sekarang.."

*

Wajah Dahlia pucat.Penuh dengan alat bantuan penafasan.Tak sampai hati Zafril mahu melihatnya.Sekarang,Jujur,perasaan cinta lebih kuat.Ya dia cintakan Dahlia.

"Bangunlah sayang.. maafkan abang,abang yang Salah,abang terlampau ikutkan hati.."Tangan Dahlia dikucup.

"Bangun tengok anak kita.. dia ikut muka sayang Tau,comel.. kalau menangis kuat betul.."Zafril Masih Cuba ketawa walaupun mata mengeluarkan air mata.

"Sampai bila nak tidur ni? Dahlia tak rindu abang ke?"

"Bangunlah.. anak kita perlukan sayang, dia nak minum susu mama dia.."

Tiba-tiba telifon berbunyi.Panggilan dari Amina.Zafril mencium dahi Dahlia kemudian berlari keluar mahu mengangkat panggilan.

"Hello ma.."

"Zaf, Zaf dah tahu ke anak kami dah boleh balik esok? Macam mana? Nak mama ambil?"

"Boleh ke ma? Zaf nak jaga Lia ma.."

"Boleh sayang.. cuma kamu dah isi ke borang nama?"

"Tak, Zaf nak Lia letakkan nama anak kami.. Mama bagitahu,nanti Zaf sendiri yang akan isi borang tu"Katanya.

Panggilan ditamatkan.Dia masuk semula ke dalam wad Dahlia.

"Apa ya nama anak kita? Abang ingat nak letak Dayyan? Tapi abang nak tunggu cadangan sayang,bangun ya sayang?"Zafril tersenyum.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience