percutian ini akhirnya berakhir. aku harus bekerja. aku harus kembali ke rumah itu. Aku melangkah longlai keluar dari bilik dan berjalan ke dapur. Abang Hariz sedang duduk di meja makan sambil menghirup air milo suamnya. Aku duduk di hadapan abang Hariz.
"Morning."
"Hmmm. Morning."
"Aik. Lemah je suara. Pagi-pagi dah tak ada mood ke?"
"Hmmm." aku membaringkan kepala di atas meja makan. terasa tangan abang hariz menepuk kepalaku perlahan.
"Takut terjumpa dengan Ery ke?" Tanya abang Hariz.
Aku diam. Merenung bekas gula di atas kabinet dapur. Kemudian, aku mengangkat semula kepala dari meja dan menongkat dagu.
"Eyka nervous."
"Eyka dah tak suka dia ke?"
"bukan eyka tak suka dia. Tapi..."
"Tapi apa?"
"Hmmm. entahlah. Eyka nak bersiap kejap lah."
"Ish ish ish budak ini. Pening kepala aku nak melayan."
Aku menjelirkan lidah pada abang Hariz sebelum berjalan masuk ke bilik.
*******************
KEDIAMAN QASEH MAYA
aku merenung huruf-huruf yang terukir indah pada tembok batu itu. Aku kembali semula ke sini. Sesekali aku terhendap-hendap ke dalam kawasan rumah. Melihat-melihat sekiranya ada kelibat Hadzry. Yes! Kereta dia dah tak ada.
"Hoi! Kau buat apa terhendap dekat situ!"
Berderau darah aku bila tiba-tiba ada suara lelaki menjerkah aku dari belakang. Aku segera menoleh.
"Err. Dato. Mana ada saya mengendap."
"Yela tu. Cepat masuk!"
Aku cepat-cepat melangkah masuk ke dalam rumah. Dato Qaiseer ni askar pencen ke apa? Garang nak mampus!
"Eh Eyka! Bila sampai? Mama baru nak menjenguk ke luar tengok apa benda yang bising-bising tadi." Suara mama menyambutku dimuka pintu. Aku bersalam dengannya.
"Mana la abang tak bising. Duduk terjenguk-jenguk dekat luar pagar tu. Macam nak mencuri je gayanya!"
"Ish abang ni! Apa cakap macam tu. Saya kenal Eyka ni macam mana."
Dato Qaiseer mendengus perlahan sebelum masuk ke dalam biliknya.
"Sorry Eyka. Kenapa entah Dato tu. Pagi-pagi dah bad mood."
"Takpe mama. Eyka buat kerja dekat dapur dulu ye? Ady tidur lagi kan?"
"Ha'a. Yelah. mama nak tengok dato kau tu kejap."
mama berlalu masuk ke dalam bilik. Aku pula menuju ke arah dapur. Aku basuh pinggan mangkuk yang ada di dalam sinki. Rumah ni besar. Tapi kerja taklah begitu banyak. mungkin kerana keluarga ini memang jenis pembersih dan teratur. Patutlah mereka fokuskan kerja aku cuma untuk menjaga Ady.
Lamunan aku terhenti apabila deruman kereta milik Dato Qaiseer perlahan-lahan meninggalkan halaman rumah. Aku memerhati kereta itu dari cermin tingkap. Lega. Terangkat beban dari bahu aku. kini hanya ada aku, mama dan Ady sahaja di dalam rumah ini.
Setelah selesai membersihkan dapur, aku berjalan menuju ke ruang tamu. Saat melintasi peti ais, aku terhenti apabila terlihat nota yang dilekatkan pada pintu peti ais tersebut.
Eyka tolong kemas bilik saya isnin ni. - Abang Ery
aku mencabut kertas memo tersebut. Nafasku hela perlahan.
"Malasnya nak masuk dalam bilik dia lagi." Bisik aku perlahan.
Aku mencapai penyapu, penyodok dan plastik sampah lalu berjalan menaiki tangga. Pintu biliknya aku buka perlahan. Gelap gelita.
"Hari tu, elok je kemas bilik dia. ni dengan selimut tak berlipat. Bantal peluk pun berbalut dengan selimut lagi." Aku mengomel sendiri.
Penyapu dan penyodok aku letakkan ditepi dinding. Plastik sampah pula aku biarkan di atas lantai. suis lampu bilik itu aku petik. Serta merta bilik itu menjadi terang. Kemudian, aku mencabut cadar dari 4 penjuru dan aku balutkan bantal panjang tadi. Bantal tadi aku tolak ke tepi katil.
"Berat betul bantal ni. ni bantal kekabu ke bantal batu?" kali ini, aku menolak bantal tersebut dengan lebih kuat sehingga jatuh ke bawah katil.
GEDEBUK!
"Aduh!" Tiba-tiba terdengar suara lelaki mengerang kesakitan. Datangnya dari balutan cadar dan selimut tadi!
Aku cepat-cepat membuka balutan cadar dan selimut tadi. Berdebar aku apabila merasakan kain tersebut suam-suam. Akhirnya, terjojol keluar muka Hadzry dari celah-celah kain tadi.
"Abang Ery?" Terjerit aku melihat wajahnya seperti dalam kesakitan. Aku cepat-cepat menarik cadar dan selimut tadi dari tubuhnya.
Namun tidak lama selepas itu, aku membaling semula selimut tadi kepadanya. Hadzry terbaring dalam keadaan tidak berbaju! Aku cepat-cepat keluar dari bilik itu. tercegat aku berdiri dihadapan biliknya umpama patung. serba salah di buatnya. nak turun ke bawah, tadi tengok dia macam tak sihat. Tak turun, aku segan pulak tengok dia tak berbaju.
Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka. Aku memejamkan mataku erat-erat.
"Err. Abang Ery? Abang ada dekat pintu ke?" Kataku dengan mata yang masih terpejam.
"Ya. Eyka nak kemas bilik abang ke? sorry abang lupa nak pesan dekat mama, suruh buang memo dekat peti ais tu."
"Buka lah mata tu, abang dah pakai baju ni." Katanya lagi apabila melihat mataku masih terpejam.
Aku membuka sebelah mataku sekecil yang boleh untuk memeriksa. Ok! Dah pakai baju. Aku buka mataku seluasnya.
"Abang Ery tak kerja ke hari ni?"
"Tak. Abang tak sihat hari ni."
"Habis kereta abang kat mana?"
"abang hantar bengkel. Semalam abang eksiden."
"Hah?! Abang eksiden? Ada sakit kat mana-mana tak?" Menggelabah aku mendengarnya. aku membelek belakang tangan Hadzry dan meletakkan belakang tanganku pada dahinya.
Dia tersenyum melihat aku seperti itu.
"Abang ok je. Cuma demam sikit."
"Haih abang Ery ni. Risau Eyka." Aku menarik nafas lega.
"Eyka risau dekat abang?" Katanya sambil mendekatkan mukanya dengan mukaku. Aku terundur sedikir ke belakang.
"Ish! mana ada Eyka risau. Dah la. abang tunggu kat luar. Eyka pasang balik cadar tadi" Kataku seraya masuk ke dalam bilik. Aku cepat-cepat menutup pintu. Mukaku terasa panas ditanya begitu oleh Hadzry.
Cadar tadi aku kutip semula. Sudah berhabuk kerana jatuh atas lantai tadi.
"Err. Abang Ery... Ada cadar lain tak?"
"Ada. Dalam laci almari baju abang tu. Yang bawah sekali." Jawabnya disebalik pintu.
aku menarik laci yang paling bawah. Terbeliak mata aku melihat seluar dalam milik Hadzry. cepat-cepat aku tutup balik laci tadi.
"Tak ada pun abang?"
"Aik. tak ada? Nak abang masuk carikan tak?"
"tak payah! Eyka cari sendiri je."
"Ok-ok. Cuba tengok laci atas dia."
Aku berjalan semula ke arah almari tadi. Ok! Jumpa!
"Jumpa tak Eyka?" Tanya Hadzry.
"Jumpa. Jap Eyka pasang cadar."
"Ok."
Aku memasang semula cadarnya. dan terus menukar sarung bantal. Selimut tadi aku lipat dan letakkan di atas bantal. Aku cepat-cepat keluar dari bilik Hadzry kerana mahu lelaki itu berehat semula.
"Dah. Abang rehatlah. kejap lagi Eyka bawakkan bubur dengan ubat untuk abang."
"Ok. Terima kasih sayang." Katanya sebelum masuk ke dalam bilik.
Terkebil-kebil aku mendengarnya sebelum mukaku berubah merah.
Dari bawah tangga, Datin Nurmaya tersenyum melihat gelagat aku.
Share this novel