Bab 26: MENGGIGIL!

Romance Series 69241

Akhirnya, penantian kami sampai ke penghujungnya. Kereta Dato Qaiseer mula memasuki halaman rumah mewah ini diikuti dengan sebuah lagi kereta mewah yang lain. Ady yang sedang duduk dia atas peha, aku letakkan di atas sofa.

Dia yang leka menonton rancangan kartun di televisyen mula merengek. konsentrasinya agak terganggu. Dia merengek tak mahu berjauhan dari aku. Serba salah aku jadinya. Takut kalau Dato nampak aku duduk di atas sofa itu nanti, bising pula dia. Mama beri isyarat supaya aku terus duduk di situ bersama dengan Ady. Aku akur.

Dato Qaiseer melangkah masuk ke dalam rumah. Mukanya terlihat jernih saat berbual dengan tetamu yang mama maksudkan tadi. Seorang lelaki yang agak berumur berdiri disebelahnya. Wajahnya seakan aku kenal. Namun aku tidak pelik. Kalau dia berkawan dengan Dato Qaiseer, pastinya dia seorang yang ternama. Mungkin aku melihatnya melalui TV lah kot.

"EHEM!" Dato Qaiseer berdehem apabila melihat aku sedang duduk di atas sofa.Hati aku mula berdebar.

"Janganlah dia malukan aku depan tetamu." Aku berdoa di dalam hati.

Aku bingkas bangun dari sofa. Aku terpaksa mendukung Ady yang tidak mahu berenggang dari aku. Dia melentokkan kepalanya ke atas bahu aku. Aku cepat-cepat berdiri di tepi tangga. Merenung ke arah mereka. Mama telah pun berdiri di muka pintu untuk menyambut tetamu.

"Maya, ini Tan Sri Aidhil. Rakan perniagaan abang."

Kan aku dah cakap. Bukan calang-calang orang. Tan Sri tu.

"Selamat datang Tan sri. Jemputlah masuk."

"Ish. Tak payah tan sri, tan sri sangatlah. Panggil je Abang Dhil. Kita ni dah kenal lama. Tak perlu nak formal sangat." Kata lelaki tadi sambil menepuk bahu Dato Qaiseer.

Mereka duduk di ruang tamu. Aku letakkan Ady di dalam bilik aku sebentar. Puas aku memujuknya supaya tidak buat perangai hari ni. Kemudian, aku bergegas ke dapur untuk menghidangkan air dan kudap-kudapan kepada mereka.

Gelas air aku letakkan di hadapan mereka berserta dengan pinggan yang berisi kuih karipap yang aku dan mama buat sebentar tadi.

"Wah. Besar dah anak kau Qaiseer." Lelaki tadi tersenyum melihat aku.

"Ish. Ni maid lah. Aku mana ada anak perempuan" Tegas Dato Qaiseer. Mukanya masam melihat ke arah aku. aku tundukkan kepala dan segera berundur dari situ.

Senyuman Tan Sri itu bertukar menjadi sinis melihat ke arah aku

"Lah. Patutlah. Pelik juga, bila masa kau ada anak perempuan. Hahaha."

Riuh rendah suara mereka di ruang tamu itu. Aku hanya berdiri di tepi tangga.

"Mana la Am ni. Lamanya ambil beg." kata Tan Sri Aidhil sambil terjenguk-jenguk ke arah pintu.

"Eyka! Mari sini." Dato Qaiseer memanggil aku. Aku bergegas ke arahnya.

"Pergi tengok dekat luar tu. Tolong Am angkat beg-beg dia."

Aku anggukkan kepala dan segera berjalan ke luar rumah. Terlihat seorang lelaki yang sedang membelakangkan aku sedang mengeluarkan bagasi dari perut kereta. Aku cepat-cepat menghampirinya untuk membantu.

"Err. Encik. Sini bagasi tu. Saya tolong bawak masuk dalam rumah."

"Ish! Sial lah beg ni! Susah nak mampus nak bawak keluar pun!"

Aku tersentak mendengar jeritan lelaki itu. Beg susah nak keluarkan pun nak mencarut. Lelaki ini ke yang akan menumpang di rumah ini?

Aku cepat-cepat membantunya mengangkat bagasi tadi dan letakkan di atas lantai. Mata aku terbeliak saat melihat wajah lelaki tadi.

ADAM!

Seluruh tubuhku terasa lemah. Lelaki itu juga terkejut melihat aku. Namun dia mengukir senyuman sinis ke arah aku.

Seluruh tubuhku terasa kebas. Tangan aku mula menggigil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience