Bab 8: PENGAKUAN

Romance Series 69241

"Dik, nak tanya boleh?" seorang lelaki menegurku. aku yang sedang sibuk menyusun botol air ke atas rak lantas menoleh ke arah suara itu. Tinggi! aku terpaksa mendongakkan kepala untuk bercakap dengannya.

"Ye yee. Nak tanya apa?" Aku mula menggelabah. aku memang fobia dengan lelaki. apatah lagi kalau lelaki itu tampan. memilih betul fobia aku ni.

"Saya nak cari mentega. Dekat bahagian mana ya?"

"ohh. mentega. dekat lorong no 2 depan sana tu." Sambil tangan aku tunjukkan ke arah lorong yang aku maksudkan.

"ok terima kasih ya dik." balasnya sambil tersenyum.

Aduhhh abang handsome senyum la pulak. Lemah betul aku. Aku tersenyum-senyum seorang diri teringatkan pelanggan tadi.

"Amboi kau. sengih sorang-sorang lepas kena tegur dengan lelaki eh."

Senyuman aku mati sebaik sahaja tersengar suara itu.
"Ish! Kacau daun betul la dia ni." getus hatiku.

" Time aku monyok terus muka tu. masam mengalahkan tempoyak. dah la aku call semalam tak angkat." Ujarnya lagi. seakan cuba membakar hati aku.

"Aku tertidurlah. aku dah reply mesej kau kan?" ujar aku ringkas.

"Mana ada kau reply mesej aku. sepatah haram tak ada masuk notification." balasnya lagi.

Aik. pelik ni. Aku lantas memeriksa ruangan mesej aku. kelihatan tanda seru merah menandakan mesej tidak dapat dihantar kerana kekurangan baki.

Aku lantas menepuk dahi. "Bendul betul la kau ni eyka!" bentak hati aku. memarahi kedunguan diri sendiri.

"Asal kau mesej biasa? kenapa tak whatsapp je?" aku cuba menyalahkan dia pula.

"Ada. whatsapp, mesej, semua aku dah hantar dekat kau. cuma dekat wechat je tak. sebab aku bukan dak-dak wicet."

Loyar buruk Imran sikit pun tak mencuit hati aku. ada benda yang aku nak pastikan.

"seronok dating dengan makwe semalam?" Aku mula menabur umpan.

"Mana ada makwe. Aku teman mak aku pergi renew lesen semalam. dan berzaman expired baru ni nak renew nya. Aku single and available lagi tahu tak?"

Sah! Apa yang aku baca pagi tadi tak salah. Maksudnya sia-sia je aku menangis sampai berlenja hingus dekat tepi jalan sebab kau semalam Imran!

"Kau jealous eh semalam? sebab tu aku call dan mesej kau tak layan." Muka aku serta merta terasa panas mendengar pertanyaan Imran. Rasa nak tepuk-tepuk je mulut mamat ni.

"Mana adalah. dah la. jangan kacau aku!" aku cuba melarikan diri darinya. Muka aku jangan cakap la merah dia. aku segera berjalan ke arah stor. Alang-alang nak lari, baik aku pergi ambik barang terus.

Sesampainya di stor, tiba-tiba aku terasa pergelangan tanganku di tarik. langkah aku terhenti. Aku cuba menarik semula namun genggamannya semakin kejap.

"Eyka, aku suka kau."

lutut aku bergetar. hati aku berdebar. aku palingkan muka untuk melihat wajah lelaki itu. Imran! betul. aku kenal suaranya. namun nadanya kali ini berbeza. dia tampak serius. Aku tenung wajahnya. mengharapkan kepastian.

"Aku suka kau Eyka. Aku nak kau jadi milik aku."

Perut aku mula memulas. nafas aku sesak. Lelaki ini betul-betul sukakan aku atau hanya ingin memainkan perasaan aku. Aku memang sukakan Imran. Tapi aku tak pernah terfikir hari ini akan tiba. Aku keliru. tiba-tiba tekak aku terasa mual. aku segera berlari ke bahagian belakang stor.

UWEKKKK!!!!

Aku keluarkan segala isi perut yang ada. Mujur aku tak sempat bersarapan pagi ni. Tiba-tiba aku terasa ada tangan yang memegang rambut hadapanku agar tidak terkena muntah. Belakang badanku ditepuk perlahan.

Setelah aku rasa lega, aku duduk sebentar di muka pintu stor. Imran menghulurkan botol air mineral kepada aku. aku segera berkumur dan mencuci mulutku. Adui! malu betullah! baru kena confess pun dah macam ni. mudah sangat rasa mual bila tiba-tiba diserang panik.

"Terima kasih." aku beranikan diri memandang wajahnya. Wajahnya terlihat sangat tampan. Matanya yang redup disebalik kaca mata itulah yang membuatkan hati ku tertawan. Aku alihkan semula pandangan mataku.

"sama-sama. sorry sebab tiba-tiba je cakap macam tu. Maybe aku tak patut bagitahu lagi kot pasal perasaan aku dekat kau." wajahnya suram.

"Ehh. kenapa pulak. aku nak tahu. aku perlu tahu supaya aku tak rasa yang aku ni bertepuk sebelah tangan." bisik hati aku.

"Emmm." lain pulak mulut aku menyebut. astaga.

Imran nampak kecewa. Dia segera bangun dari situ. mungkin hendak menyembunyikan perasaan kecewanya. Kali ini, giliran aku pula yang menggapai tangannya. menghalang Imran dari meninggalkan aku sendiri disitu. Entah kenapa, aku terasa lebih selamat berada disisi Imran.

"Aku suka kau jugak." Perlahan suara yang aku lontarkan. antara dengar dan tidak dengar je.

"Ha?"

"Aku suka kau."

"Ha??"

"Aku suka kau jugak lah!! dengar tak?!" aku tinggikan suara.

geram! Saat aku lihat senyuman yang terukir di bibir Imran, aku automatik tahu yang Imran sengaja buat macam tu. Ishhh!! Nakal! Muka aku kembali mencuka. Acah-acah marah gitu.

"Comel." Imran memicit hidungku lantas segera berjalan meninggalkan aku. Aku kaget. Berbunga hati aku terasa hari ini. Lantakkan semalam punya cerita. Janji hari ini segalanya telah pasti. Serasa inginku jerit sekuat hati, biar semua tahu betapa besarnya cinta aku pada dia. I love you Imran!

*******************

Aku keluar dari stor dengan pelbagai barang di atas troli yang hendak aku susun sebentar lagi. wajah aku merona merah. tidak dapat aku sembunyikan perasaan aku. Daripada semasa keluar dari stor sampai siap susun barang, senyuman tak lekang dari bibir aku. Penangan Imran!

"Hai. seronok nampak susun barang. Tak berenti senyum. Ke nampak jodoh?" Kak Izan menegur.

"Ha Imran. kau tengok Eyka tu. dari tadi senyum-senyum. betul ke idok tu? cuba check dahi dia. kot demam." Sambungnya lagi.

mendengar nama lelaki itu, hati aku kembali berbunga. menggebu rasa sayang pada dia. Imran hanya menjongketkan keningnya pada aku.

"Mana adalah kak. sebab nak gaji dah kan? banyak barang nak beli ni." ujarku. cuba cover line.

"Haii, takkan nak gaji punya pasal dia punya senyum meleret dari tadi." Kak Izan masih curiga.

"Ish akak ni. Tak ada. betul." Aku acah-acah sibuk. cepat-cepat susun barang atas rak.

"Ha yelah. Eh nanti kamu berdua tolong kemas sikit barang dalam stor. minggu depan nak audit. Bising penunggu gua tu nanti. Barang luar ni nanti akak suruh orang lain buat. akak tak percaya dorang buat kerja dekat stor. ngular je lebih." penunggu gua yang dimaksudkan adalah abang Azri. Abang azri adalah supervisor department stor. Ramai orang cakap abang azri ni garang. tapi dengan aku tak adalah garang pun.

"Ok kak. boleh. takde hal. Untuk akak semua boleh." Laju imran membalas kata-kata kak Izan. Dia kemudiannya tersenyum dan menjongketkan keningnya sekali lagi pada aku.

"Ada-ada je la kau ni. dah malas akak nak melayan. Barang ni tinggal je. kamu pergi stor dulu. Udin!! cepat siapkan susun tepung tu! lepas tu mari sini!" Bingit telinga aku dengar kak Izan menjerit sambil melambaikan tangannya pada Udin. Udin yang duduk sebatu jauhnya tu tergocoh-gocoh membuat kerja. lantak korang lah. aku nak settle kerja dalam stor berdua dengan Imran ni. Ehhh!! jantung aku kembali berdebar.

Namun sesampainya di stor, senyuman aku hilang entah kemana. keadaan barang di sana bagai dilanda garuda. bersepah-sepah.

"Hmmm. Lamalah kita boleh dating kat sini nampak gayanya." kata Imran sambil mencuit jari manisku

" Tak ada maknanya aku nak lama-lama kat sini. panas tak hingat. berlecak ketiak aku kalau lama-lama kat sini."

imran menghadap muka aku. Wajahnya tidak ceria.

"Asal?" tanyaku

"no more kau aku. Abang sayang please." ujarnya dengan gaya yang mengada-ngada.

Mata aku terbeliak. Aku pandang kiri dan kanan sambil jari telunjuk aku letakkan dimulutku. Ish! Aku hempuk jugak mamat ni kang. dekat tempat kerja kot. kalau ada yang terdengar mampus jadi gosip terhangat dalam pasaraya ni

"Alaaa. aku kau kasar sangat la." Dia cuba memujuk aku lagi.

"hmmm. dekat tempat kerja je. kalau mesej bukan takat abang sayang, baby anje pun boleh. ok?" Aku mahu professional. Asingkan hal kerja dan peribadi.

"Tapi kalau berdua macam ni boleh tak?" Mamat ni memang tak reti nak give up eh?

"haihhh. yelaaa. Abang." Perlahan aku sebut perkataan abang tu. risau orang lain dengar. Matanya bercahaya. kerana berjaya memujuk aku.

"Thanks sayang."

Bersemangat dia buat kerja lepas tu. kami bertungkus lumus cuba menyiapkan kerja di stor itu secepat mungkin. walaupun penat, tetapi kerana Imran, aku rela, walaupun baju aku lencun dengan peluh dan ketiakku berisiko untuk berbau hangit. Hari-hari yang berlalu semakin membahagiakan. Terima kasih Imran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience