Bab 12: KESAL

Romance Series 69241

Adam!

Lelaki itu kini berdiri dihadapan aku. Seluruh tubuhku menggeletar apatah lagi setelah melihat senyum sinis yang terukir dibibirnya itu.

"Eyka. perempuan yang dulunya hodoh, sekarang dah semakin cantik. Sekarang dia ni makwe kau eh Imran?" Adam mengatur langkah mendekati kami, dia kemudiannya menepuk-nepuk bahu Imran.

Aku keliru. Imran kenal dengan Adam ke?

"Abang. jom balik. Sayang takut." perlahan aku berbisik ditelinga Imran.

Imran ketawa. Dia berjalan ke arah Adam. Kemudian memusingkan badannya mengadap aku.

"Adam, jangan takutkan makwe aku macam tu. Kan dia dah ajak aku balik." Kata-kata Imran disambut dengan gelak tawa geng motor tadi.

"Orang kata, jangan bermain dengan 'makanan'. Nanti kempunan. So tunggu apa lagi geng?" Adam menjilat bibirnya sambil matanya tajam memandang ke arah aku.

Langkah aku terundur ke belakang. aku cuba untuk melarikan diri. Namun mereka lebih pantas. Kedua tanganku di rentap dengan kasar. Mulutku di tutup dengan kain yang berbau bahan kimia. Rontaan ku makin lemah. Kepalaku berpinar.

Akhirnya dunia menjadi gelap.

********************

Aku tersedar. Kepalaku terasa sangat pening. Aku terbaring di atas tilam yang empuk. Di hadapanku, kelihatan samar-samar atap asbestos. Aku melihat sekeliling. Dinding kayu. Saiz bilik itu kecil sahaja. Aku kini seperti berada di dalam sebuah pondok.

Tangan aku yang terangkat ke atas, cuba aku tarik ke bawah namun terhalang. Rupanya tangan aku telah digari di kepala katil. Kedua belah kaki aku juga telah diikat.

"Pukul berapa sekarang ni? Awek tadi dah bangun belum?" Gegendang telinga aku menangkap suara lelaki sedang berbual dari luar pondok.

"Pukul 6:30. Jap aku check."

Sebaik mendengar bunyi pintu dibuka, aku cepat-cepat pejamkan mata. Namun lelaki itu pintar. Dia meraba pinggang aku. aku yang sensitif dengan sebarang sentuhan dikawasan itu tiba-tiba tergerak.

Lelaki itu segera keluar untuk melaporkan pada ketuanya. Aku memejamkan mataku kembali. Memaki hamun kebodohan diri sendiri. Derap kaki mereka aku dengar makin menghampiri aku. Aku takut.

"Tak payah nak pura-pura la Eyka. Aku tahu kau dah sedar. Bukak je la mata kau tu. Hahaha!" Adam menyuruh aku membuka mata. Namun aku tidak mahu mendengar cakapnya.

"Aku kata bukak, bukak lah!"

PANGG! sebuah penampar hinggap di pipi aku. Aku menjerit kesakitan. Sayangnya mulutku sudah disumbat dengan kain. Jadi aku tak boleh menjerit. aku menangis, memohon simpati mereka.

"Awek kau menangis ni Imran! tolong pujuk jap! Hahaha!" Adam memanggil Imran yang masih berada diluar pondok.

Imran memasuki pondok tersebut dan menghampiri aku. Dia mengusap-ngusap kepala aku. Namun aku meronta, tidak mahu dia menyentuh aku. Aku jijik!

"Tunggu apa lagi. Korang kata nak ratah hidup-hidup! Silakan. Bon Appètite." Imran mengundurkan dirinya. memberi laluan geng motor tadi untuk menghampiri aku.

Adam orang pertama yang membuka butang baju aku. Satu persatu. Mereka akhirnya dengan liar menggigit, mencakar dan memperkosa aku tanpa belas kasihan. Rontaan dan tangisan aku sedikit pun tidak menghentikan mereka dari melakukan perbuatan terkutuk itu.

Aku hanya mampu menjerit didalam hati.

********************

Rambut aku kusut masai. Baju aku satu pun tiada di badan. Muka aku comot dengan kesan lipstick dan eyeliner yang luntur dek tangisan aku tadi. Geng motor tadi sudah beredar. Jiwa aku terasa kosong sekarang. Perlahan-lahan aku kumpulkan tenaga, memakai semula satu persatu baju aku. Aku sikat rambut aku menggunakan jari. Muka aku yang comot, aku lap menggunakan tisu muka yang sentiasa berada di dalam beg tangan aku.

Badan aku terasa begitu sakit. Terutama dibahagian bawah perut. Aku tidak menyangka kejadian seperti ini akan berlaku pada aku. Imran memasuki pondok. Dia kemudiannya memapah aku masuk ke dalam keretanya. Aku sudah tidak punya kudrat untuk melawan.

Sesampainya di rumah. Dia memapah aku keluar. Aku diperlakukan seperti kain buruk. Aku ditinggalkan begitu sahaja di tepi jalan. Rumah kakakku gelap. Aku mencapai telefon pintarku.

Balik pukul berapa? Aku nak keluar jap ni. Nak pergi bank. Lepas tu nak singgah pasaraya jap. Beli barang. Ayam tadi ada atas meja. Nanti makan habiskan - Kak Intan.

Aku mencari kunci rumah didalam beg, terketar-ketar tangan aku ketika membuka kunci pagar grill dan sliding door. Aku melangkah perlahan masuk kedalam rumah. aku tutup pintu grill dan sliding door sebelum terus menuju ke bilikku. Air mata perlahan-lahan menuruni pipiku. Aku tutup pintu bilik. Aku mahu cepat bersihkan badan. supaya kakak aku tidak melihat keadaan aku seperti ini.

Aku duduk dibawah pancuran. Air yang sejuk aku biarkan mengalir dari atas kepala menuruni tubuhku. aku terasa jijik dengan diri sendiri. Aku menangis teresak-esak di dalam bilik air. sudah tidak dapat ku bezakan air mata dan air pancuran. Keduanya laju membasahi wajahku.

Usai mandi, aku terbaring di atas katil dengan tubuh yang basah. Bahagian celah kangkang ku terasa begitu sakit. akhirnya aku terlelap dalam keadaan begitu sehingga ke pagi.

*******************

Telefon yang bergetar dari tadi mengganggu aku dari lena yang panjang. Aku melihat skrin telefon. Kak Izan. Aku biarkan. Kejadian semalam masih segar dalam ingatan aku. Aku baring mengerekot ke kanan. Air mata masih lagi setia menemani aku.

Aku nekad. aku tidak mahu lagi kerja disitu. Aku tak mahu lagi melihat wajah lelaki durjana itu. Apa salah aku sampai dia sanggup bersekongkol dengan Adam untuk menghancurkan hidup aku? Kini mahkota hidupku sudah tiada lagi. aku wanita tidak suci. Aku terasa ingin mati!

Kali ini, aku akan tinggalkan Pekan ni! Aku nak merantau jauh. Tinggalkan segala kenangan pahit disini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience