Suasana di dalam bilik kaunselor sunyi sepi. Hanya yang kedengaran bunyi kertas yang meliuk lintuk ditiup angin. Cikgu Ibrahim memejamkan matanya. wajahnya berkerut. seperti sedang memikirkan sesuatu yang serius. Anak matanya kemudian dihalakan ke arah aku.
"Hmmm. Saya tak tahu macam mana nak tolong kamu ni Syafieqah. Selagi mana tiada sentuhan fizikal ke atas tubuh kamu, pada hemat saya itu bukan suatu perbuatan buli." Suara cikgu Ibrahim memecah kesunyian.
"Tapi cikgu. tak adil untuk saya terima semua ni. Saya jadi tak fokus belajar sebab selalu stress teringat kata-kata mereka. kalau bukan pada cikgu. siapa lagi saya nak mengadu hal ni. saya cuma nak semua ni berakhir. saya nak belajar disini dengan tenang." Aku terasa diri aku begitu kerdil di situ. Seriuslah cikgu cakap macam tu. bukan senang aku nak bertentang 2 mata dengan cikgu Ibrahim untuk meluahkan semua yang aku rasa. aku cuma harapkan sedikit keadilan.
"Saya faham perasaan kamu. saya boleh panggil mereka datang jumpa saya disini. untuk saya nasihatkan mereka. selebihnya terpulang kepada mereka. saya tiada kuasa nak mengubah mereka. hanya mereka sahaja yang boleh mengubah diri mereka sendiri. hmmm. macam nilah. lepas ni kalau mereka ada pukul kamu. kamu datang ke sini semula untuk berjumpa saya." Kata-kata cikgu Ibrahim mengakhiri pertemuan kami.
Longlai aku melangkah keluar dari bilik itu. 20 minit di dalam sana membuatkan nafas aku sesak. aku menarik nafas panjang, cuba untuk menenangkan diri aku. Apa yang aku rasa? marah? sedih? Keliru? Entah aku tak dapat nak pastikannya. yang aku tahu, aku terasa keseorangan. umpama aku berjuang sorang-sorang tanpa bantuan sesiapa. aku terasa lelah.
Waktu petang adalah sesi prep bagi pelajar asrama. Para pelajar harus berada di kelas untuk mengulangkaji atau menyiapkan kerja sekolah masing-masing. Seperti pelajar lain, aku duduk tenang dimeja belajarku. Bezanya, yang lain sibuk menelaah pelajaran tetapi aku hanya termenung melihat keluar kelas. Dari jauh aku terlihat seorang pelajar lelaki dengan muka seakan menahan marah menuju ke kelasku. Hati aku terdebar. entah kenapa. aku dapat rasakan lelaki itu akan datang menyerangku.
PAAPPP!!!!
tersentak aku apabila meja belajarku di tepuk dengan kuat oleh pelajar tadi. semua mata pelajar lain memandang ke arah meja aku. Mereka juga terkejut apabila suasana yang sepi tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi yang kuat datang dari arah meja aku.
"Apa benda yang kau bagitahu cikgu Ib pasal aku? Tak pasal-pasal dekat setengah jam aku kena mengadap muka cikgu tu!" pelajar itu menengking aku.
Benar jangkaan aku. Budak lelaki tu cari aku. Kalau aku tak silap nama dia Hadzry. Syed mohammad Hadzry. Ketua kelas 3 Cempaka. Tua satu tahun dari aku. Aku terdiam. Tidak tahu harus respon macam mana kepada dia. Aku cuma pegun disitu. Mukaku pucat macam ayam berak kapur. aku tak berani bertentang mata dengannya.
"Kau kenapa ni Hadzry? tiba-tiba masuk kelas orang lepas tu buat bising. tak nampak ke budak lain tengah ulang kaji pelajaran?" Ayu, atau nama sebenarnya Siti Rahayu, penolong ketua kelas 2 Anggerik mula bersuara.
"Kau jangan masuk campur lah Ayu! ni hal antara aku dengan perempuan ni!"
"Kalau kau nak bising tolong keluar. jangan ganggu budak kelas aku. kalau tak aku report cikgu!" Ayu tegas mengugut hadzry. Boleh nampak ciri-ciri kepimpinan pada Ayu. Dia sangat mengambil berat hal ehwal pelajar didalam kelasnya.
Hadzry mengetap bibir.
"Kau tunggu!" katanya sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah aku sebelum bergegas meninggalkan kelas aku.
Wajah aku yang pucat bertukar kemerahan. muka aku terasa panas dan kebas. Mata aku mulai bergenang. rakan sekelas yang lain masih memandang ke arah aku. Ada yang tersenyum sinis. Ada yang seolah bersimpati dengan nasib aku. Ada juga yang memandang aku dengan muka yang tidak senang. aku terasa sangat malu menjadi bahan perhatian mereka. tiba-tiba tangan aku ditarik oleh Ayu. aku hanya mengikut langkah kakinya. kami berdua menuju ke bahagian tangga.
"Eyka. Apa jadi sebenarnya ni?"
"A.. aku jumpa Cikgu Ib pagi tadi. ce.. cerita pasal aku kena ejek dengan budak kelas 3 cempaka. Maybe.. Maybe cikgu panggil dia sebab dia kan ketua kelas." Tergagap-gagap aku cuba terangkan situasi tadi. mungkin disebabkan aku cuba menahan tangis atau malu dan takut disebabkan kejadian tadi.
"Aku tak tahu macam mana nak tolong kau. tapi kau hati-hatilah. aku ada dengan kau. jangan risau ye." Ayu lantas memeluk tubuh aku yang masih lagi menggeletar akibat terkejut. Akhirnya empangan air mata aku pecah.
Aku sangka selama ini aku keseorangan. Terima kasih tuhan sebab kurniakan aku kawan yang baik hati. Kemudian kami kembali ke kelas. keadaan didalam kelas itu kembali tenang semula.
Masa prep sudah tamat. Para pelajar mula bergerak untuk meninggalkan kelas masing-masing menuju ke asrama. Ada yang terus ke surau untuk bersedia solat asar berjemaah. aku pula berjalan berseorangan sebab tertinggal buku dekat kelas. aku suruh kawan aku yang lain gerak balik asrama dulu.
tiba-tiba langkah aku terhenti. tubuh aku kembali menggeletar. Hadzry! Ya Allah. macam mana boleh terserempak dengan dia ni. Tapi dia seorang. mana kawan dia yang lain? aku menunduk dan mula melangkah kembali sambil cuba untuk tidak pedulikan dia.
"Eyka."
Langkah aku terhenti. perut aku kecut. darah aku berderau bila terdengar suara dia menyebut nama aku. aku pandang kiri dan kanan dengan harapan ada pelajar lain di situ. tetapi hampa.
"Eyka." Sekali lagi dia panggil nama aku
"Y... ya." gagap
"Aku minta maaf."
Aku terpaku mendengar apa yang dia cakap tadi. Aku mimpi ke? dia minta maaf dengan aku?
"Aku terpaksa ikut apa yang budak kelas aku cakap supaya aku tak kena pulau dengan dorang. Aku harap kau dapat maafkan aku."
Aku pandang wajah Hadzry. Pertama kali dalam hidup aku di sini, aku berani mengangkat muka untuk bertentang mata dengan pelajar lelaki. riak wajahnya menggambarkan keikhlasan. Namun, tiba-tiba dia tersenyum sinis.
"Kau ingat aku serius ke? hahaha. dah la hodoh. bodoh pulak tu! Tengok ni weh. dia percaya cakap aku! Hahahahaha!"
mendengar kata-katanya membuatkan langkah aku terundur ke belakang. entah dari mana tiba-tiba sekumpulan pelajar lelaki kelas 3 cempaka mula menghampiri aku dari arah depan. aku mula berpaling dan berlari sekuat hati menaiki tangga menuju ke tingkat paling atas bangunan itu.
Aku mula memanjat tembok koridor. Aku nekad. aku dah tak sanggup hidup. Dari belakang aku, kedengaran suara-suara lelaki bercampur aduk mentertawakan aku.
"Ingat aku kisah ke kalau kau lompat! hahaha."
"Terjunlah cepat. cepat sikit mati. bosan aku menghadap muka kau ni!"
"Dasar loser! Kahkahkah!"
Aku tekup telinga aku. Tanpa berfikir panjang, aku terus terjun dari tingkat 4 bangunan tersebut. suara-suara pelajar lelaki tadi bersorak gembira melihat aku terjun bangunan sangat jelas kedengaran di telinga aku. Terasa laju sekali tubuh aku jatuh menghampiri jalan terturap tar di bawah. semakin dekat. semakin dekat. akhirnya...
"Ahhh" aku terjerit. tersentak aku dari tidur seakan aku jatuh dari tempat tinggi. tubuh aku dibasahi peluh. Aku melihat keadaan sekeliling bilik aku yang gelap gelita tanpa cahaya.
"Astaghfirullah" mengucap panjang aku. mimpi je rupanya. sebab tu orang tak bagi menangis sampai tertidur. Nanti termimpi yang bukan-bukan.
Aku capai telefon bimbit yang aku selitkan dibawah bantal. jam menunjukkan pukul 5 pagi.
"Siapa pulak miscall aku sampai 20 kali ni?" bisik aku sendiri.
Eyka. kau ok tak? sorry la tak sempat nak tolong kau tadi. mak aku nak mintak tolong aku teman dia pergi UTC. nak renew lesen. -Imran.
Eyka dah tidur belum? kalau belum aku nak call kau jap. - Imran
Eyka? tido dah ke? weh jangan la merajuk. -Imran.
berderet aku dapat mesej dari Imran. Eh kejap. tadi cakap dating dengan makwe. ni cakap teman mak pulak. ke dia refer mak dia tu sebagai makwe dia? Ah sudah. aku dah silap bazirkan air mata ke tadi?
Mana ada aku merajuk. Aku tertidur awal tadi. Penat sangat. Jumpa esok. -Eyka
Aku balas ringkas mesej dia. Dah la aku malas nak fikir. Aku terasa lesu satu badan. mungkin kerana terlalu banyak menangis atau disebabkan mimpi tadi. Tiba-tiba aku teringat kenangan lalu. Mimpi tadi seakan dejavu. cuma yang berbeza, aku tak terjun bangunan. dan Bukan itu yang Hadzry pernah cakap pada aku. Hadzry.
Akhirnya aku tertidur semula akibat kepenatan. Mencuba untuk melupakan kenangan semalam.
Share this novel
aku baca kelas 3 cempedak. lol