Bab 29: KENAPA AKU?

Romance Series 69241

Pipi Adam berbirat ditampar papanya. Dia memegang pipinya.

"Berapa kali kau nak malukan aku?!" Tan Sri Aidhil menjerit ke arah anaknya itu.

"Apa maksud papa? Apa yang Am dah buat kali ni?" Soal Adam.

Dia agak keliru. Di dalam kereta tadi, papanya kelihatan tenang. Mereka tak jadi tidur di rumah Dato Qaiseer kerana ingin memberi ruang kepada keluarga itu bertenang. Sesampai saja di rumah. Terus dia kena tampar dengan papanya.

"Aku tahu perempuan tadi tak menipu." Kata Tan Sri Aidhil.

"Maksud papa Eyka ke? Mana ada Am merogol dia papa. Am tak tipu!" Adam sudah mula menggelabah.

"Kalau dia report polis, kau ingat susah ke polis nak cam kau sebagai suspek? Mana kau nak sorok tanda lahir kat lengan kau tu!"

Adam memegang lengannya. tajam benar mata ayahnya.

"Papa jangan risau. Eyka takkan berani nak report polis."

"Dan kalau dia buat report?"

"Am akan cari cara." Dia cuba memujuk papanya.

"Aku dah tak percayakan kau lagi. Aku sendiri yang akan uruskan hal ni. Selagi hal ni belum selesai, kau jangan jejak kaki kau dekat negara ni. Dah! Berambus!"

Terkejut Adam mendengar kata-kata papanya. Namun tiada apa yang dia boleh lakukan. Keputusan papanya adalah muktamad. Dia terus berlalu ke biliknya.

Tan Sri Aidhil mendail nombor telefon pembantunya.

"Hello Kamal. Panggil dia balik." Terus dia tamatkan panggilan.

********************

Tutt! tutt! tutt!

"Hello!" Suara garau menyambut panggilan Kamal.

"Hello. Encik kena balik." Ringkas Kamal menyampai arahan Tan Sri kepada lelaki itu.

"Apa pula si tak guna tu buat kali ni?" Soal lelaki tadi.

"Itu saya tak pasti. Cuma encik disuruh balik." Kata Kamal.

"Baiklah."

panggilan telefon ditamatkan.

********************

"Haihhh. Mana la kau nak merayap sorang-sorang ni Eyka? Dah la tak familiar dengan kawasan sini." Aku bermonolog sendiri.

Sejak dipecat tempoh hari, aku akan merayau ke bandar menaiki bas berseorangan setiap hari. Pulang ke rumah pula pada waktu petang. Semuanya gara-gara tak mahu abang Hariz tahu tentang kejadian kelmarin.

Sedang aku melewati satu lorong yang agak sunyi, sebuah kereta berhenti dihadapan aku.

"Ah sudah! Dah kenapa kereta ni berhenti dekat sini pulak." Aku segera berundur kebelakang.

Tiba-tiba mulutku dicekup dan kepalaku di serkup dengan guni dari arah belakang.

Pandangan mataku gelap.

Perlahan-lahan cahaya yang terang menerobos memasuki celahan kelopak mataku. Kepala aku terasa sedikit berpinar. Lengan dan kaki aku di ikat pada kerusi.

Aku meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri. Tiba-tiba kejadian dulu menerjah ingatan aku. Seluruh tubuhku mula menggeletar.

"Janganlah meronta kuat sangat. Nanti lebam tangan tu, siapa yang susah?" Tiba-tiba seorang lelaki menegur perbuatan aku.

"Kau nak apa dari aku? Aku bukan ada duit." Tanya aku pada empunya suara tadi.

"Aku tahu. Kau miskin. tak guna nak peras duit dari kau." Kata lelaki tadi seraya tertawa.

"Dah kau nak apa?" Tanya aku lagi.

"Kau kenal aku siapa kan?" Seorang lelaki perlahan-lahan berjalan mendekati aku.

Dia yang tadinya berdiri di dalam gelap, kini sudah berada di depan aku. Terbeliak mata aku melihat wajahnya. Tan Sri Aidhil!

"A... apa yang Tan Sri nak dari saya?" Tanyaku.

"Aku nak selesaikan masalah antara kau dengan Adam?"

"Owh. Tan Sri takut saya buat report ke? Atau tan Sri nak bunuh saya untuk hilangkan bukti?" Aku memandang tepat ke dalam matanya.

"Aku tak suka kotorkan tangan aku dengan benda macam tu." Katanya sambil tersenyum sinis pada aku.

"Habis Tan Sri nak apa dari saya? Sekarang ni pun Tan sri dah buat kesalahan menculik tahu tak?" Aku cuba menguji lelaki dihadapan aku.

"Aku nak kau kahwin dengan Adam." Tersentak aku mendengar kata-katanya.

Anak dia yang rogol aku. Lepas tu nak paksa aku kahwin dengan anak dia. Mudahnya hidup.

"Maaf Tan Sri. Saya tak berminat. Tolong lepaskan saya dari sini!" Sekali lagi aku cuba meronta.

Lelaki tadi menghampiri aku. Mencengkam pipi aku dengan kasar.

"Bukan ke itu impian kau? Nak jadi menantu orang kaya. Sebab itu kau dekati Ery kan. Lagipun bukankah Adam yang ragut dara kau? Bayangkan nanti kau kahwin dan suami kau tahu kau dah tak ada dara. Tak takut kena ceraikan ke nanti?" Kata Tan Sri Aidhil.

Aku meronta untuk melepaskan wajah aku dari cengkamannya.

"Aku rela tak kahwin sampai mati!" Bentak aku.

"I see. Macam mana dengan abang kau?"

"Kenapa dengan abang aku? Jangan libatkan dialah!"

Hati aku mulai panas dengan lelaki di hadapan aku ni. Kalau kaki aku tak berikat, lama dah aku sepak celah kangkang dia!

"Kau ingat susah ke nak jatuhkan dia? How about your parent? Kalau mereka tengok video ni, apa agaknya reaksi mereka? Bukan ke ayah kau ada sakit jantung?"

Shit! Nampak sangat dia awal-awal dah cari kelemahan aku. Aku takkan mampu melawan lelaki ini. Cash is king! Aku pula tiada apa.

"Cuma perlu kahwini Adam kan? Sampai bila?" Aku menundukkan wajahku.

"Good girl. tak sangka kau ni bijak orangnya. Ermmm.. How about sampai kau beranakkan pewaris dia?"

Mata aku buntang melihat wajahnya.

"Never! Aku takkan tidur dengan lelaki tu. Aku jijik!" Aku menjerit padanya.

"Too bad. Kau kena buat macam yang aku suruh. It's a good deal. Unless kau nak risikokan kesihatan ayah kau dan kerjaya abang kau. keputusan terpulang pada kau. Aku bagi masa seminggu untuk kau fikirkan. Aku nak dengar berita gembira." Kata lelaki tadi sebelum berpaling dan berjalan meninggalkan aku.

"Saya tak faham. Bukan Tan Sri benci pada saya ke? Kenapa sampai nak paksa saya kahwini Adam. Sedangkan Tan Sri ada 10001 cara lain nak selesaikan hal ni?"

"Aku ada alasan aku sendiri. Ingat. Seminggu." Katanya sebelum memberi isyarat pada pembantunya untuk melepaskan aku dan berlalu dari bilik itu.

pembantunya menghantar aku pulang ke rumah selepas itu.

kenapa aku pula yang kena tanggung semua ni?

Share this novel

Roz Zana
2021-07-22 18:22:54 

kenapa dah tak update???

Narcissa Sedinah Narcissaraisa
2021-07-20 00:50:05 

sampai sekarang aku tunggu

Roz Zana
2021-03-18 11:32:01 

bila nk update ni....


NovelPlus Premium

The best ads free experience