Suara beberapa orang bercakap sesama sendiri membuatkan aku terjaga dari lena. Sedikit demi sedikit cahaya memasuki ruang mataku. Silau.
Aku cuba untuk tutup mata demgan tangan, tapi tanganku terasa pedih. seakan dicucuk sesuatu. Aku meraba pergelangan tangan ku.
"Wayar?" Ujarku. Mata aku buka sebelah untuk melihat apa yang terjadi.
"Ha. bangun pun Eyka." Suara Tan Sri Aidhil menyapa gegendang telinga ku. Aku merasa ada tangan yang mengusap lembut rambut ku. Aku tepis perlahan tangan itu.
Pandangan aku jelas sekarang. Aku lihat tanganku dicucuk dengan wayar yang disambung pada satu pouch berisi air. Aku sekarang berada dihospital. Kepalaku ligat cuba mengingati apa yang berlaku semalam.
Terdapat 3 orang dihadapanku. Tan Sri Aidhil, Adam dan seorang lelaki yang memakai kot labuh berwarna putih. Aku rasa dia doktor.
Aku cuba untuk duduk. Adam segera membantu aku duduk. Namun selepas itu aku cepat-cepat menolak tangannya.
"Baik punya berlakon." Getus hati aku.
"Sayang dah ok? Kenapa semalam nak air tu tak nak kejut abang. Abang sebelah sayang je kan?" Lembut suara Adam membuatkan aku merasa mual. Aku urut dadaku perlahan.
"Eyka ok tak? Eyka rasa apa sekarang?" Kali ini Tan Sri Aidhil pula bersuara.
Yelah. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Dua-dua pandai berlakon.
"Adam, you bagi wife you rehat cukup-cukup. Nanti bila air dalam ni dah habis, dah boleh discharge." Ujar doktor kepada Adam.
"Baik doktor. terima kasih sangat-sangat." Ujar Adam sambil tersenyum. Mereka bersalaman sebelum doktor itu keluar dari bilik tersebut. Sekarang tinggal kami bertiga sahaja di dalam bilik itu
"Dah boleh dah tunjuk belang masing-masing." Bisik hati aku.
"Apa yang kau dah buat dekat dia ni Adam? Kenapa Eyka sampai boleh pengsan?Aku dah cakap jaga dia elok-elok dan pagi ni mesti bawak dia balik ke rumah aku!" Suara tan Sri Aidhil mulai meninggi. Adam hanya tunduk memandang lantai.
Ok. Tak sama macam yang aku bayangkan. Tan Sri suruh dia jaga aku? Pelik betul ni.
"Maaf tuan." Balas Adam ringkas.
Tuan? Jap. Tuan?! Adam panggil papa dia tuan? Makin menarik drama ni. Eh aku tengok TV ke apa ni? Tapi dua-dua lelaki ni memang betul ada dekat depan mata aku sendiri!
"Dah. Kau tunggu dengan Eyka dekat sini. Aku balik dulu. Make sure terus bawak dia balik rumah aku lepas habis rawatan. Faham?!" Ujar Tan Sri Aidhil Tegas.
Adam hanya menganggukkan kepalanya.
Tan Sri Adihil segera keluar dari bilik itu. Adam pula segera menarik kerusi dan duduk di sebelah katil aku.
"Kau pehal pandang aku macam tu? Tak payah nak berlagak sebab dia back up kau." Ujar Adam. Wajahnya yang masam mencuka merenung tepat ke wajahku.
Aku menarik selimut menutupi badanku dan berbaring membelakanginya.
Eleh, siapa nak tengok muka dia pun. Dah lah tak hensem. Aku memejamkan mata. Lama kelamaan mataku menjadi berat dan aku tertidur semula.
*****
"Woi bangun. Air tu dah habis. Aku nak pergi kaunter settlekan bil." Ujar Adam sambil menggoncangkan lengan aku.
Terpisat-pisat aku bangun sambil melihat dia yang keluar dari bilik itu. Sejurus selepas itu seorang jururawat perempuan masuk dan mencabut jarum yang dicucuk pada lenganku. Tempat yang dicucuk tadi ditutup menggunakan kapas. Tiba-tiba matanya tertancap pada kesan parut yang terdapat di pergelangan lenganku. Aku segera menarik tanganku dari pegangannya.
Tidak lama lepas tu, Adam masuk semula ke dalam bilik itu. Melihatkan seorang jururawat ada bersama denganku, wajahnya tiba-tiba berubah menjadi manis semula. semuanya adalah untuk mengelabui mata orang lain. Meluat aku melihatnya.
"Dah sayang. Jom balik." Dia menghulurkan tangannya untuk membantu aku bangun dari katil.
Pada awalnya aku hanya melihat sahaja tangan yang dihulurkan, tetapi bila mengenangkan ada orang lain dalam bilik itu, aku cepat-cepat menyambut tangannya dan bangun dari katil.
Selepas mengucapkan terima kasih kepada jururawat tersebut, Adam terus memeluk bahuku dan memapahku keluar dari bilik rawatan tersebut.
Apabila sudah yakin yang tiada mata memandang kami, Adam segera melepaskan bahuku. terhoyong hayang aku cuba mengimbangi badanku.
"Hampeh betul mamat ni!" Gumam aku dalam hati.
sesampainya kami di kereta miliknya, aku terus bertanya kepada Adam.
"Ni kau nak aku duduk sebelah kau ke duduk dekat belakang?"
Yela kan. Kang geli pulak aku duduk sebelah dia.
"Kau jangan buat pasal. Ni nak balik rumah papa aku kan? Duduk depan sekarang!" Bentak Adam.
"Eleh. tahu pun takut." Balas aku perlahan sambil buat muka meluat.
"Apa kau cakap?" Tanya Adam. tidak puas hati disindir sebegitu.
"Tak ada apa. cepatlah gerak. kepala aku pening ni." Balas aku lagi.
Dari ekor mata aku, jelas muka Adam yang tidak puas hati. Tapi dalam masa yang sama, riak wajahnya jelas menunjukkan dia sedang gusar. Takut betul Adam dengan papanya. Tapi kenapa dia panggil papanya "Tuan"?
Kereta milik Adam meluncur laju meninggalkan kawasan hospital tersebut.
Sepanjang perjalanan aku hanya melihat keluar tingkap. Pemandangan diluar lebih menarik perhatianku daripada lelaki disebelahku. Buat sakit hati je kalau tengok.
Tanganku mula menggigil mengingatkan yang aku bakal hidup dirumah tan sri Aidhil sehinggalah aku berjaya beri cucu padanya. Kalau tak berjaya? Mungkin selamanya aku akan tinggal disana.
Sesekali Adam menjeling padaku. Senyuman sinis mula terbit dibibirnya.
"Cakap aku takut, padahal kau pun sama." Ujarnya dengan nada menyindir.
Aku yang sedikit tersentak diperli begitu melihat ke arahnya dengan tidak puas hati.
"Mana ada aku takut. Banyak benda dah jadi dalam hidup aku, takat nak berdepan dengan papa kau, sikit pun aku tak heran." Balasku.
"Kalau tak, asal tangan kau menggigil macam tu?" Ujarnya sambil memuncungkan bibirnya pada tangan aku. Matanya masih lagi memandang jalan dihadapannya.
"M..mana ada. Kau tu bawak kereta laju sangat. A..aku fobia naik kereta laju-laju." Kataku sambil cuba cover line malu.
Adam sedikit terkejut. Dia melihat meter kelajuan keretanya. Laju apanya kalau takat bawak 90km/j ni?
Sekali lagi terbit senyuman sini dari bibirnya.
"Nak cover line pun tak reti minah ni." Ujarnya dalam hati.
suasana bertukar sunyi semula. Adam fokus pada pemanduannya, aku pun kembali melihat pemandangan diluar.
*****
Hariz resah menunggu Hadzry di ruang pejabatnya. Sesekali dia melihat jam tangan Rolex miliknya.
"Ish, sepatutnya dah sampai . Lambat pulak dia masuk hari ni." Bisik Hariz.
"Pagi Ery." Suara Jamal menerpa gegendang telinga Hariz.
Spontan dia berpaling ke arah suara itu. Kelihatan Hadzry yang acuh tidak acuh dengan sapaan rakan sekerjanya itu. wajahnya juga tampak pucat dan masam mencuka.
"Ery, asal kau..."
"Kalau kau nak cakap pasal perempuan yang dah rosak tu, tak payahlah. aku malas nak dengar nama dia." Hadzry pantas memotong kata-kata Hariz.
Panas terasa muka Hariz mendengar apa yang diperkatakan oleh Hadzry. Tidak menyangka lelaki itu tergamak menghina adik kesayangannya. Apatah lagi semua yang berlaku bukan salah adiknya.
"Kau cakap apa tadi Ery?" Suara Hariz mulai meninggi. Tangan kanannya dengan pantas mencekak leher baju Hadzry.
"Aku kata, aku tak nak dengan kau sebut nama perempuan depan aku. Aku jijik." Kata Hadzry. Matanya bertentangan dengan mata Hariz. Seolah mencabar lelaki itu.
"Kurang ajar kau!" Pekik Hariz seraya melepaskan tumbukan ke muka Hadzry. Hadzry terjatuh ke atas lantai.
Bibirnya sedikit terluka dek tumbukan tersebut. Jamal memegang tangan Hariz, menghalangnya bertindak lebih lanjut.
"Apa semua ni?!" Suara seorang lelaki bergema diruangan pejabat tersebut.
****
Share this novel
Next please tq
next chapter plz...