Aku bangun dari katil. aku renung keluar tingkap. tiada apa yang menarik. tetapi mataku tidak berganjak sedikit pun dari luar. renungan ku kosong. Kepalaku bising. kedengaran tombol pintu dipulas. aku segera menoleh. Aira terjengul dibalik pintu. sepertinya baru siap mandi. aku lihat pula jam dinding. 7:30 am. aku mengeluh sendiri.
"Kau nak mandi ke? yang lain tak mandi lagi rasanya. maybe tengah study. pergi la mandi dulu. karang kena berebut pulak." aira menyuruhku segera mandi. Rambutnya yang panjang dikesat menggunakan tuala kecik. "Lawa betul Aira ni" bisik hati aku. Bukan boleh cakap kuat-kuat. karang kembang pulak si Aira ni. mudah sangat perasan.
sebenarnya pagi ni ada exam. final exam untuk semester ni. Hampir semua yang menyewa dalam rumah ni ada paper hari ni. aku dan Aira menyewa satu rumah yang sama sejak setahun lalu bersama dengan pelajar lain. Aku kongsi bilik berdua dengan Aira. yang lain pulak duduk dalam dua bilik yang lain. semuanya ada 6 orang satu rumah.
Aku segara capai tuala yang aku sidai ditepi tingkap. langkah ku lemah menuju ke bilik mandi. entah apa yang aku fikir aku tak pasti. aku berasa lemas dan lemah pagi ni. aku mandi ala kadar sahaja. selebihnya aku termenung melihat air yang jatuh dari pancuran. Usai mandi aku kembali ke bilik semula. kelihatannya Aira sudah siap untuk keluar.
"kau nak naik kereta sekali dengan aku tak pergi exam pagi ni? senang sikit. tak payah naik motor." aku biasanya pergi ke kelas menunggang motor pemberian akak ku. Pagi ni awan nampak mendung. Mungkin Aira risau aku kehujanan lah kot.
"takpe. aku pergi sendiri. sebab lepas tu aku ada hal lain."
"Kalau gitu takpe lah. hati-hati tau. aku nak pergi awal ni. ada nak jumpa lecturer jap."
Aku cuma anggukkan kepala sambil senyum kepadanya.
"good luck. jumpa petang nanti" Aira sempat mengucapkan selamat berjaya kepadaku. dia tampak tergesa-gesa mahu ke kampus.
"kau pun sama" Aku balas ringkas. Aira tersenyum manis dan segera meninggalkan bilik.
Aku kembali merenung ke luar tingkap. kelihatan kereta sedan berwarna merah milik Aira meluncur meninggalkan kawasan taman perumahan ini.
aku ada rancangan lain sebenarnya. aku menyelongkar beg ubat yang aku simpan di dalam kabinet. beberapa papan ubat antidepressants yang aku temui aku campakkan ke atas katil.
"Ini harinya" aku nekad.
Share this novel
hi dr.. cld u pls updt ur summary? rlly lve to knw ths nvl's flw. tq