Hari ni bangun pagi pun mood aku dah mula tak ok. Rasa serabut dan nak marah walaupun disebabkan benda kecil. Contohnya pagi tadi air tertumpah sikit pun aku dah menangis tak berhenti dekat meja makan.
Lepas punchcard, aku terus ke department aku. Dengan tak ada mood semua, aku malas nak risikokan diri aku untuk bercakap dengan orang lain. Mereka semua cukup arif dengan keadaan aku. Kadang aku takut mereka anggap aku orang yang toksik. Tapi aku dah cuba sedaya upaya untuk tidak berkasar dengan mereka.
"Morning sayang." Ujar Imran sekali lalu sahaja. saja mengusik.Dia tahu aku akan marahkan dia kalau panggil aku begitu ditempat kerja. Namun pagi ini, aku cuma mendiamkan diri.
"Sayang?" Sekali lagi Imran bersuara. Aku masih lagi cuba untuk bersabar
"Hei. ok tak ni?" Kali ini Imran berdiri disebelah aku. Cuba memancing aku untuk bercakap dengannya. Kesilapan terbesar dia pagi ni.
Aku sudah hilang sabar. Aku hempaskan kotak yang aku pegang ke lantai. mujur kotak kosong. Namun tindakan aku sedikit sebanyak telah membuatkan Imran terkejut.
"Sayang! sayang! Pagi-pagi dah buat aku marah. Berapa kali aku nak kena ingatkan kau ni? Kenapa degil sangat? Kau ingat lawak ke buat aku marah macam ni!" Aku memarahinya. Jelas riak mukanya yang berubah. Dia segera berlalu meninggalkan aku seorang diri.
Tak sampai 5 minit, akhirnya rasa bersalah mula bertamu. "Apa aku dah buat ni? Sebab tu aku tak nak bercakap. Macam mana kalau Imran benci aku nanti?" rintih hati aku.
Mata aku sudah mula bergenang. Aku dah hancurkan hubungan kami yang baru berusia 5 bulan ni ke? Aku nak minta maaf dengan Imran. Tapi macam mana? Arghhh! Aku stress. bahagian hadapan kepala aku sandarkan pada rak air minuman. Tiba-tiba aku ternampak kasut berwarna merah kepunyaan Imran berdiri disebelah kiri aku. rambut aku yang menutupi muka aku diselitkan kebelakang telinga olehnya. Aku menoleh ke kiri untuk menatap wajahnya.
"Dah-dah. Takpe, aku ada dekat sini." Ujarnya cuba untuk memujuk aku. Sebelah tangannya menyeka air mata aku, sebelah lagi menghulurkan air milo tin sejuk kepadaku.
Spontan air mata aku laju menuruni pipi. Mujur pagi-pagi customer tak ramai lagi. Dia tolong bukakan penutup tin dan memasukkan straw minuman untuk memudahkan aku minum air tersebut. gentleman betul mamat ni.
"Sayang mintak maaf." Kali ini, aku pula yang langgar peraturan yang aku buat sendiri.
"Ye takpe. Abang faham. Dah. minum dulu. lepas tu pergi basuh muka. Abang tak boleh lama kat sini. nanti kantoi. Sayang tak nak orang tahu pasal kita kan?" Ujarnya. Dia cukup memahami keadaan aku. Rasa sayang aku padanya semakin menggebu
Aku hanya menganggukkan kepalaku. Sekali lagi aku terpana apabila dia menepuk perlahan kepala aku sebelum berlalu ke lorong yang lain. Aku terasa seperti dimanjakan olehnya. Haihh. Apa lagi yang aku rasa tak cukup kalau dia dah ada disebelah aku ni. Aku segera berjalan ke tandas untuk mencuci muka. Mujur aku bukan macam orang lain, kena makeup tebal sebelum keluar rumah. Kalau tak mau sejam dekat tandas sebab nak touch up balik muka.
********************
waktu rehat tengah hari aku hari ni adalah pada pukul 12 manakala Imran pula pada pukul 1. Hari ni waktu rehat aku sama dengan Kak Izan. Dia ajak aku makan dekat kedai Selera Kampung Pak Mail. Kalau naik kereta ke sana ambik masa lebih kurang 5 minit je dari sini. Aku jenis makan tak memilih. semua benda aku bedal. Kecuali batu dan kayu je aku tolak tepi.
Kedai ni berkonsepkan layan diri. jadi kami perlu ambil sendiri nasi dan lauk yang kami nak. Air minuman saja yang dipesan kepada pelayan. Usai mengambil makanan. kami duduk di meja yang agak ke dalam sedikit. lebih privasi.
"Kau dengan Imran pagi tadi kenapa?" Kak Izan bertanya. Sepertinya dia dapat menghidu hubungan kami. Masaklah!
"Tak ada apa kak. Biasalah saya pagi-pagi tak ada mood. Akak tahukan Imran tu macam mana. Ehh! Air dah sampai" Aku cuba mengalih perhatiannya. Aku buat lambat-lambat je ambik air dari dulang pekerja kedai ni. Moga-moga dia terlupalah pasal ni.
"Eleh. Ingat aku tak dengar apa benda yang korang cakap." Kali ini muka aku pucat. Kalau ditorehnya muka aku ni, silap-silap tak ada darah yang keluar.
"Err.. Akak dengar apa je. Ish. Akak silap dengar kot." Tergagap-gagap aku membalas cakap dia. Nasi yang ada didepan mata, segera aku suapkan kedalam mulut.
"Yelah kot. aku silap dengar la tu korang bersayang abang pagi tadi." Kali ini suaranya seakan menyindir aku. Nak tercekik aku. Nasi yang masuk ke mulut aku serasa keras macam batu. Tak tertelan aku rasa. Aku segera menyedut air laici didepan aku.
Sah! Memang dia dengar. Tapi tak boleh salahkan Imran seorang. Aku sendiri yang langgar peraturan pagi tadi!
"Eh! Kau minum air aku tu dah kenapa?" Kak Izan memarahi aku. Aku keliru kejap. Tadi aku order air apa eh? Gelabah sangat sampai tersilap minum air orang pulak.
"Alamak. silap minum la kak. macam mana ni? Hehe." Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Rasa macam orang bodoh pula.
"Macam-macam kau ni. Ambik je la air tu. Biar akak minum air kau." Katanya sambil menarik gelas yang berisi air Teh O Ais kepadanya.
"Akak tak kisah kau nak bercinta dengan dia. tapi pastikan jangan buat masalah dengan tempat kerja. Akak tak nak kau bergaduh dengan dia, baling-baling barang, lepas tu tak datang kerja ke apa. Faham?" Entah kenapa, aku terasa lega mendengar kata-kata Kak izan. Umpama hubungan kami direstui.
"Akak jangan risau. Saya bukan jenis macam tu. Kalau saya ada buat apa-apa macam yang akak cakap tu. akak tegur je saya. saya ok." Aku cuba untuk meyakinkan kak Izan yang aku tak akan membuat onar ditempat kerja.
Setelah siap makan dan membuat pembayaran dikaunter, kami terus kembali semula ke tempat kerja. Sebelum masuk untuk punchcard, kak izan sempat mengusik aku.
"Dah. pergi suruh abang kau makan. Kang sayang dia risau pulak." Terkulat-kulat aku kat situ mendengarnya.
Adui kak Izan ni. Malu la I.
*******************
Suasana di luar rumah Acik Amin terasa mendamaikan. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan cahaya matahari yang redup benar-benar terasa menyegarkan. Pohon kelapa di sekitar rumahnya pula seakan menari apabila ditiup lembut oleh bayu petang itu.
"Leha. Mana galah panjang abang? Ada nampak tak? Abang letak dekat mana ya?" Terhendap-hendap Acik Amin mencari galah panjangnya.
"Hari tu kan abang sangkut dekat tepi rumah belah sana." Balas Mak leha sambil mulutnya dijuihkan ke arah yang dimaksudkan.
"Haaa. Ye betul. Abang lupa. Sorry. Hehehe." Kata Acik Amin diiringi tawa kecil. Dia berlari-lari anak menuju ke tepi rumah. Tiba-tiba.....
********************
BZZZZZ! BZZZZ! BZZZZ!
Terasa pehaku seakan diurut. Saja aku biarkan telefon pintarku bergetar lama sikit. sedap pula rasa. Kemudian aku segera mencapai telefon tersebut dari poket tepi seluarku.
Ayah! Aik. kenapa ayah telefon petang-petang ni. Biasa ayah tahu aku kerja time ni. Mesti ada kecemasan. Pantas aku leretken icon hijau di telefonku ke atas.
"Hello ayah. Kenapa telefon?"
"Hello Eyka. Mak ni." Aik. Pelik. Nombor ayah. Tapi suara mak.
"Ha ye mak. Kenapa? Eyka tengah kerja ni."
"Eyka. boleh balik tak. Tengok ayah kamu ni terjatuh tadi." Serak suara maknya. seperti baru lepas menangis.
"Ha? Teruk ke mak? Mak dah telefon akak belum?" Aku mula cemas. Ayah aku kot.
"Dah. Dia cakap jap lagi dia ambik kamu bawak balik kampung." Ujar mak lagi.
"Ok-ok. Eyka pergi jumpa supervisor Eyka jap. Bye." Aku segera menamatkan panggilan. berlari-lari anak aku mencari kak Izan.
"Imran! Ada nampak kak Izan tak?" Aku mula termengah-mengah. Muka imran berkerut melihat keadaan aku.
"Kak izan dekat stor. Kenap..." Tak sempat dia habiskan ayatnya, aku sudah berlari ke arah stor. setiap lorong aku masuki untuk mencari kak Izan. Akhirnya jumpa juga di lorong terakhir.
"Huuuuhh. Jumpa jugak akak." Aku tertunduk sambil tangan aku memegang lutut.
"Kau kenapa ni eyka. tak cukup tanah berlari macam orang hilang anak." kata kak Izan. di tangannya ada fail. sepertinya dia baru menerima barang dari supplier.
"Akak. saya kena balik. Ayah saya terjatuh. Saya risau. nak kena balik kampung. boleh tak akak?" Ujar aku laju. Aku tak nak buang masa banyak disini. Boleh tak boleh aku tetap kena balik!
"Hah? teruk ke? Balik dengan siapa ni? ada orang hantar ke tak?" Kali ini Kak izan pula cemas.
"Tak tahu kak. Tapi dengar suara mak saya tadi macam teruk jugak. akak saya ambil. ni saya nak cepat bagitahu akak. takut dia sampai dah." Tak lama lepas tu, terpapar nama akak aku di skrin telefon.
"Ha. takpe. pergi balik. Nanti akak bagitahu boss. Pergi cepat. Akak kau sampai dah tu kot." Cepat je Kak Izan menghalau aku.
Aku pun segera berlari semula ke arah pintu keluar sambil menjawab telefon. Akak aku sudah tunggu di luar. Lupa dah nak cakap terima kasih dekat kak Izan. Dalam fikiran aku cuma teringatkan ayah je. Tolong la ayah. Tunggu Eyka balik. Air mata jangan cakap la. Basah dah muka aku dengan air hangat tersebut.
********************
Sesampainya di rumah. Aku pantas berlari masuk kebahagian ruang tamu. Langkah aku terhenti. Aku keliru. Aku melihat ayah duduk di atas kerusi sambil bercakap dengan mak yang terbaring di atas katil. Ayah ke mak yang jatuh? Aku segera mendekati mereka. Aku bersalam dengan mak dan ayah.
"Ayah ok ke?" Aku inginkan kepastian.
"Aik. tanya pasal ayah pula. Mak kamu tu yang jatuh petang tadi." Kata-kata ayah membuatkan aku semakin keliru. Aku memandang wajah mak. menagih kepastian.
"Mak mintak maaf sebab tipu kamu. Mak takut kalau mak bagitahu Eyka mak yang jatuh nanti Eyka tak nak balik." Saat itu aku terasa muka aku seakan di tampar. Aku terasa seperti aku anak derhaka yang layak di sumpah menjadi batu. Air mata aku jatuh.
"Mak. Eyka minta ampun mak! Eyka berdosa sebab tak layan mak selama ini!" Aku terduduk merintih sambil menggenggam tangan mak aku. Suasana menjadi sayu. Mak mengusap kepala aku. aku rindukan belaian wanita ini.
Aku terdengar suara akak teresak-esak dibelakang aku. Ayah pula cepat-cepat menyeka air matanya melihatkan situasi itu. Sungguh, aku tak menyangka tindakan aku mengabaikan mak selama ni menyebabkan perasaannya tergores seperti ini. Sampaikan dia takut untuk bercakap dengan anaknya sendiri! Anak jenis apa aku ini!
Malam itu, aku duduk disebelah mak. Tidak sikit pun aku berganjak dari kerusi itu. aku suapkan makan minum mak. Mujur keadaan mak tidak teruk. cuma kaki kanannya terseliuh sedikit. Aku bantu mak mandi dan pakaikan bajunya. sama seperti yang dia buat pada aku semasa aku eksiden 3 tahun lepas. Aku berjanji akan sentiasa menjaga wanita ini dan tak akan mengguriskan perasaannya lagi.
TING!
bunyi mesej masuk membuatkan aku terjaga dari tidur. Aku tertidur dia atas kerusi sambil kepalaku dibaringkan di atas tilam. Belakang badanku terasa sakit. Aku lihat wajah mak. Mujur mak tak terjaga sekali.
Aku segera meletakkan telefonku di dalam mod senyap. Kelihatan di notification ada mesej masuk dekat whatsapp.
Sayang. Sayang sampai dekat kampung dah? Abang risau. sayang senyap je dari tadi. Mak sayang ok tak? - Imran
Aku tersenyum nipis membaca nama itu.
Sayang ok je abang. Mak pun ok. Sorry buat abang risau. Saya cuti dua hari. Hari Rabu baru sayang balik dekat sana. - Eyka.
Kelihatan mesej yang aku hantar tadi dah bluetick. Maksudnya dia dah baca mesej aku.
Ok sayang. Sayang rehat la. Esok abang mesej sayang ye. abang rindu sayang. - Imran.
Ye. Abang pun sama. Jaga diri. sayang rindu abang jugak.- Eyka.
Hati aku yang suram kembali ceria membaca mesejnya itu. Aku letakkan telefon ditepi kemudian aku bentangkan toto di tepi katil mak. Bantal yang aku ambil dari bilik aku letakkan di atas toto. Sesaat pun aku tak mahu berjauhan dari wanita ini.
Rasa sayang aku padanya kembali menggunung. aku kucup dahinya lembut supaya tidak membangunkannya. kemudian aku berbaring di atas toto dan tertidur. Malam ini aku hanya mahu mimpikan yang indah sahaja.
Share this novel