Hadzry duduk di hujung katil. Hangat tubuh gadis yang pernah bertakhta di hatinya itu masih terasa. Dia memandang kedua belah tapak tangannya. Malah gadis itu juga berjaya menambat hati adiknya. Dia menghempaskan badannya ke atas katil. Lengan kanannya diletakkan di atas dahi.
Gadis itu sudah agak berubah. Dahulu dia seorang yang agak berani. Namun kini dia agak takut-takut lagi-lagi bila berhadapan dengannya. Mengingati apa yang Hariz katakan semalam kembali menggores hatinya. Kemurungan. Gadis ceria itu kini mengalami kemurungan.
TUKK! TUKK! TUKK!
"Ery!"
Dia memandang ke arah pintu. itu suara mamanya. Dia bergegas bangun dan membuka pintu.
"Ya mama."
"Boleh mama masuk?"
"Masuklah."
Ery memberi laluan kepada permaisuri rumah itu memasuki biliknya. Mereka duduk di atas katil.
"Mama nak cakap sikit. Pasal Eyka."
Hatinya berdebar. Mama tak suka ke dengan Eyka? Jangan kata nak pecat dia la. Hatinya sudah kembali terpaut pada gadis itu.
"Kenapa mama? Dia kerja tak ok ke?"
"Eh bukan. Mama suka dia. Mama suka cara dia handle Ady. Mama suka cara dia kerja. Ringan tulang."
"Oh. Habis tu kenapa mama?"
"Betul ke apa yang ady cakap tadi?"
"Ady cakap apa?" Dia pura-pura lupa kejadian petang tadi.
"Kan Ady cakap Ery sukakan Eyka."
"Eh! Taklah mama. Merepek je Ady tu." Pantas dia menidakkan hal itu. Risau kalau mamanya dapat menghidu sebab kenapa dia bawa Eyka ke rumahnya.
"Eyka ni ke yang Ery contact sebelum pergi UK dulu tu?"
Kata-kata mama membuatkannya terdiam. Tak sangka wanita ini masih mengingati gadis itu. Dia pernah menceritakan kepada mamanya bagaimana mereka menjadi rapat sebelum akhirnya terpisah.
Hadzry menganggukkan kepalanya.
"Ery masih sukakan dia?" Terkejut Hadzry mendengar pertanyaan mama.
"Ery suka dia kan? Sebab tu Ery bawak dia kerja kat sini." Kata wanita itu di iringi senyuman. Anaknya itu takkan mampu menipu dia. Dia cukup kenal anak lelaki sulungnya itu.
"Mama tak marah ke?"
"Tak. At least mama boleh tahu dia gadis yang macam mana. Boleh get along tak dengan keluarga kita. Mama suka dengan dia. Tapi mama nak kenal dia lagi mendalam." Kata-kata mamanya membuatkan hati Hadzry serta merta berasa lega.
"Terima kasih mama."
"Tak. Mama yang patut terima kasih pada Eyka. Masa Ery rasa tak ada sesiapa sebelum ni, Eyka yang selalu teman Ery." Terharu lelaki itu mendengar kata-kata mamanya.
"Eh. Ceritalah dekat mama. Macam mana kamu boleh jumpa dia dekat sini?" Sambung Mama lagi.
Hadzry menceritakan segalanya. Segala tentang gadis itu. Terpancar kegembiraan pada mata Hadzry saat menyebut nama Eyka pada mamanya.
Gembira Datin Nurmaya melihat puteranya seperti itu. Dia juga sudah lupa bila kali terakhir mereka dapat berborak sebegini.
********************
Pagi itu, seawal 7 pagi aku sudah bersiap-siap untuk ke rumah mama. Mood aku hari ni agak baik. Aku juga sudah tidak sabar-sabar nak jumpa budak kenit tu. Geram aku mengenangkan wajah comel Ady.
Saat aku tiba di rumahnya. Terdapat 4 buah kereta. Porsche putih milik Ery, BMW, Mazda dan Mercedes-Benz. Semalam kereta BMW tu tak ada rasanya. Aku melihat Ery sudah siap-siap nak pergi kerja. Aku tersenyum sumbing dan berjalan melintasinya. Berharap lelaki itu tidak menegur aku.
"Eyka sampai dah?" Aduh! Dia tegur pulak dah. Aku berhenti melangkah dan memandang wajahnya.
"Haah. Baru sampai. Encik nak pergi kerja dah?"
"Jangan la panggil encik. Ingat apa mama cakap semalam. Kita kan dah macam keluarga. Panggil Abang Ery."
"Abang? Tua setahun je kot." Kata aku dalam hati.
"Ok Abang Ery. Eyka masuk dulu ye." Kataku sambil memeluk beg yang aku bawa dari rumah dan berjalan masuk ke dalam rumah. Senyuman Ery mengiringi langkah aku.
"Assamualaikum Mama." Aku masuk ke dalam rumah dan meletakkan beg tadi di dalam bilik. Kemudian aku mencari mama.
"Mana mama ni?" Bisik aku sendiri.
Aku masuk ke dapur. Aku melihat mama sedang mencuci pinggan.
"Mama." Aku panggil mama sambil berjalan mendekatinya.
"Mama? Siapa yang kau panggil mama?" Suara lelaki merencat senyumanku. Aku menoleh.
Seorang lelaki yang aku agak berusia lebih kurang separuh abad menjengilkan matanya memandang aku. Dia berpakaian kemeja biru cair dengan tali leher berjalur hitam putih. Di hadapannya ada roti bakar dan secawan teh. Mungkin sedang bersarapan sebelum keluar bekerja.
Mama cepat-cepat meletakkan pinggan di dalam sinki dan menarik aku berdiri di belakangnya.
"Siapa perempuan ni Maya?" Suaranya agak tegas.
"Err. Ni maid baru kita abang. Eyka. Eyka, ini suami saya Qaiseer."
"Ehemm!"
Mama menjeling suaminya sebelum menyambung.
"Dato Sri Syed Qaiseer Nadhim."
"Kenapa kau panggil isteri aku mama? Dia ke yang beranakkan kau?" Suaranya bagai halilintar. Terkejut aku mendengar soalannya itu. Aku terasa seperti anak tiri diperlakukan sebegitu
"Abang. Biar je la. Lagipun dia ni sebaya dengan Ery. Sebab tu saya suruh panggil dia mama."
"No! No mean no maya!" Bentak suaminya itu. Aku masih lagi menyorok di belakang mama.
"Aku nak, kau panggil isteri aku datin. Jangan suka-suka hati panggil dia Mama. She's not your mom. Berdiri depan aku sekarang!" Lelaki itu memberi arahan kepadaku.
Menggigil tangan aku keluar dari belakang mama. Aku berdiri dihadapan lelaki itu. Mataku sudah bergenang dengan air mata. Aku tundukkan wajahku. tidak berani bertentang mata dengannya.
"Abang. Dahlah. jangan marah dia lagi. abang kata ada appointment dengan client hari ni kan. Abang nak siap-siap dulu?" Mama cuba untuk mengalih perhatian suaminya itu. Lelaki itu memang sangat tegas orangnya.
"Hmm." Dia mengerling kepada isterinya sebelum sambung membebel.
"Eyka. Tomorrow, make sure you get your feet here before 7 a.m. Disiplin sangat penting dalam rumah ni. Dan jangan sesuka hati panggil orang dalam rumah ni mama ke abang ke apa. We are your employer. Faham?"
Aku menganggukkan kepala aku. Mama memerhati aku dengan simpati. Namun tiada apa yang boleh dia lakukan. Suaminya seorang yang keras hati. A yang dia cakap, maksudnya A. Jangan sesekali tukar jadi B.
Dia berjalan ke biliknya. Mama menepuk perlahan belakang bahuku sebelum membuntuti suaminya masuk ke bilik. Saat pintu bilik ditutup, barulah aku boleh bernafas dengan lancar. Garang nak mati!
Mata aku kemudiannya liar mencari kerja di dapur. Karang kalau dia keluar tengok aku tercegat kat sini, bising lagi orang tua tu. Aku menyambung kerja mama tadi. Mencuci pinggan di dalam sinki. Tiba-tiba aku teringatkan mak dekat kampung. Mak yang melahirkan aku. Apa khabar mak dan ayah di sana agaknya. Air mata yang aku tahan tadi akhirnya jatuh ke dalam sink.
Eyka rindu mak dan ayah.
"Eyka." Mama memegang bahuku lembut. Entah bila dia keluar dari bilik pun aku tak tahu. Aku segera mengesat air mata yang mengalir.
"Eyka ok tak sayang?" Lembut betul suaranya. Semakin membuatkan aku rindu pada mak.
"Eyka ok je Datin. Sorry. Teringat dekat mak dekat kampung."
"Dato dah tak ada la Eyka. Dah pergi kerja. Panggil mama je bila Dato tak ada ok?" Aku memandang wajahnya. Entah kenapa, aku menjadi takut nak panggilnya mama.
"Tapi Eyka takut." Perlahan suara aku. Seakan berbisik sendiri.
Tiba-tiba mama memeluk aku. Aku tergamam di dalam pelukannya.
"Mama dah anggap Eyka macam anak mama sendiri. Dato tu kita biar je. Hati dia memang keras. Tapi nanti lama-lama cair juga la tu. ok?" Aku hanya menganggukkan kepala. Mama pula menggosok perlahan belakang badanku. seolah cuba memberikan aku semangat.
********************
"Hai. Dari tadi sengih-sengih sorang. Bahagia sangat nampaknya." Hariz menegur Hadzry. Dari tadi lagi dia perati rakan sekerjanya itu tersengih-sengih macam kerang busuk di mejanya.
"Eh. Tak adalah." Kata Hadzry sambil memintalkan jambangnya.
"Eyka ok tak kerja kat situ. Kau buli dia tak?"
"Ish. Takkan la aku nak buli bakal bin..." kata-kata Hadzry terhenti.
Hariz menjongketkan kening mendengar kata-kata Hadzry.
"Baru kerja sehari dah claim bini kau?"
Kali ini suara Hariz agak tegas. Dia tak mahu peristiwa hitam yang berlaku pada adiknya dulu berulang. Kalau boleh dia tak mahu adiknya bercinta selagi dia belum menguji lelaki itu. Hadzry menelan air liur mendengar tona suara Hariz mula berubah.
"Bukan. Maksud aku, bakal bini orang. Bukan bini aku."
"Kalau gitu takpelah."
"Mama aku suka dengan dia. Dia boleh handle adik aku."
"Kenapa dengan adik kau?"
"Adik aku ada Autism."
Hariz terdiam seketika. Serasa dia, adiknya itu tidak sukakan budak-budak.
"Ayah kau macam mana?"
Pertanyaan Hariz itu membuatkan Hadzry gundah. Dia terlupa papanya ada balik ke rumah hari ini. Dia cukup mengenali papanya. Seorang yang tegas dan pentingkan kedudukan.
Harap Eyka ok dekat rumah hari ini. Hatinya berdoa.
********************
Eyka mendongak melihat ke tingkat atas. Kelihatan Ady terkedek-kedek berjalan dan cuba menuruni tangga. Seriau dia melihatnya. Tapi Ady tidak suka ditolong dan tidak mahu duduk di tingkat bawah.
Kanak-kanak seperti Ady tidak boleh dipaksa. Jika tidak, dia akan mengamuk. Selagi mana apa yang dibuatnya tidak membahayakan, layankan saja. Jika hendak ditegah pula kena guna bahasa paling lembut dan elakkan guna perkataan tak.
"Boleh sayang?"
"Olehh!" kata Ady.
Aku menghulurkan tangan padanya. Sesampai di anak tangga paling bawah, dia menyambut tangan aku. Aku memimpin tangannya ke arah sofa. Dia memanjat sofa dan duduk di sebelah mamanya. Aku pula berdiri di tepi kerusi. Risau kalau Dato tiba-tiba balik dan nampak aku duduk di situ. Lagipun sekarang dah pukul 1:05 petang. Lunch hour. Karang tak pasal-pasal kena jerkah lagi.
"Hari ni Ady nak main air?" Tanya mama sambil mencubit lembut pipi anaknya itu.
"Nanak. Ady apaa. Na akan."
Wah! Jarang anaknya minta makan ni. Biasanya puas berhambat barulah nak makan.
"Nak makan sendiri ke nak kakak suap?"
Mendengar pertanyaan mama itu, Ady terus menoleh ke arah aku.
"Na akan dengan kakak."
"Jom ikut kakak masuk dapur."
Ady menghulurkan tangannya. Menandakan dia mahu didukung. Aku menggendong anak kecil itu ke dapur. aku kautkan nasi separuh senduk dan isikan kuah sup dan ayam goreng.
"Meh akak suap."
"Nanak! Ady cuap cendiri. Kakak akan tepi Ady."
Laaa. Ingatkan dia nak aku suapkan. Rupanya nak makan sama. Aku ajak mama makan sekali. Tetapi mama kata, dia masih kenyang. Jadi aku kaut nasi untukku dan letakkan lauk ayam dan sayur di sekeliling pinggan.
Kami makan berdua sahaja di dapur. sesekali, aku mencubit ayam dipinggannya kecil-kecil supaya Ady tidak tercekik.
Sedang kami leka makan. BMW berwarna oren milik Dato Qaiseer memasuki perkarangan rumah. Mama bingkas bangun dari sofa. Di menjenguk ke dapur. Tetapi melihatkan kami sedang khusyuk makan, dia tidak jadi memberitahu aku yang Dato sudah balik.
"Awak dah siap masak belum?" Suara Dato Qaiseer yang garau mengetuk gegendang telinga Datin Nurmaya.
Dia mula berjalan ke dapur tapi cuba dihalang oleh isterinya. Dato Qaiseer seakan tahu apa yang ada di dapur. Darahnya mula mendidih. Lebih-lebih lagi apabila melihat aku sedang makan bersama anak bongsunya.
"Awak jangan kacau Eyka dan Ady ye." Datin Nurmaya berbisik ke telinga suaminya.
"Kenapa tak boleh!" Tegas suaranya namun cuba di tahan supaya tidak terlalu kuat.
"Awak tengok Ady. Bila last awak tengok dia makan macam tu. Berselera. Bergelak ketawa dekat meja makan."
Kata-kata isterinya membuatkan Dato Qaiseer terdiam. Dia merenung Ady dan aku yang sedang makan. Sesekali Ady tertawa kerana diusik oleh aku.
"Budak Eyka tu ke yang ajak dia makan sekali?"
"Taklah. Ady yang ajak Eyka. Mungkin seronok sebab ada orang melayan dia."
"Abang janganlah marah Eyka macam tu sekali. Dia boleh layan Ady macam adik sendiri, kenapa abang tak boleh layan dia macam keluarga." Sambungnya lagi. Cuba memujuk suaminya supaya tidak terlalu garang denganku.
"Nope. She's just a maid. Later she will leave this house. Just like the others."
"She's different."
"No!" Bentak suaminya sebelum masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup dengan kuat.
Aku yang sedang asyik makan tersentak mendengar dentuman pintu itu. Serentak dengan itu, bulu roma aku meremang.
"Dato dah balik ke Datin?" Aku bertanya pada mama yang sedang berdiri di muka pintu dapur. Mama menganggukkan kepalanya.
"Ah sudah. Masaklah aku." Nasi yang tersisa cuma 1 suapan aku biarkan di dalam pinggan. Seleraku sudah putus.
Apa pula lah dugaan yang aku kena hadapi hari ni.
Sekitar pukul 3. Kereta milik Dato Qaiseer keluar semula dari perkarangan rumah. Lega. Aku sudah mula terasa stress bekerja dalam environment macam ni. Kalau tidak kerana mama, mungkin aku sudah berniat nak lari dari rumah ni. Kerja nak marah orang je.
Aku terbayang muka Dato yang masam mencuka setiap kali aku terpaksa lalu dihadapannya tadi. Seram! Lagi seram dari hantu pocong. Sekali lagi bulu roma aku meremang. Hanya dengan terbayangkan wajah Dato. Brrrr....
"Kakak. Jom ain!" Ady berlari mendapatkan aku dan menarik tangan aku keluar.
"Jangan la kacau kakak. Kakak nak rehat."
"Takpe mama. Saya rasa nak duduk luar rumah la. Saya main dengan Ady dekat depan ye." Aku nak keluar dari rumah ini. sesak nafas bila teringatkan Dato Qaiseer. Boleh aku lepaskan stress sekejap dekat luar.
"Jom ain bola." Ady mencapai bolanya dari kotak mainan. Kami berjalan keluar dari rumah.
Main dengan budak kecik je pun. Tapi beria aku berlari ke sana ke sini kejar bola. Aku kan budak kampung. takat main bola gitu, celah gigi je. Aku pernah main bola lagi ganas dari itu. Gelak tawa kami memenuhi laman rumah. Boleh tahan luas halaman rumah Dato ni. Boleh buat padang bola sebijik dekat sini.
Usai main, aku mandikan Ady. Selesai mandi, aku pakaikannya baju di dalam bilik yang mama sediakan untuk aku. aku lumurkan minyak telon bayi pada perutnya. Mungkin kerana terlalu penat bermain, Ady tertidur di dalam bilik itu.
Aku mandi sekejap sementara Ady tengah tidur. Melekit badan aku dengan peluh. Tak selesa. Aku capai tuala dari dalam beg yang aku bawa tadi. Aku keluarkan terus baju bersih yang akan di pakai dan letakkan di atas katil. Mujur bilik ini lengkap sekali dengan bilik air. Tak perlu aku keluar dari bilik ini semata-mata untuk mandi.
Selesai mandi, aku terus keluar dari bilik air itu dengan bertuala sahaja. Nak takut apa. Bukan ada orang masuk dalam bilik tu pun.
"Ahhh!"
Terjerit aku apabila melihat Ery sedang duduk di atas katil disebelah adiknya. Aku cepat-cepat masuk semula ke dalam bilik air dan menutup pintu.
"Aku tak tutup pintu ke tadi?" Tanya aku pada diri sendiri.
Rasa dah tutup. Tapi otak aku ni tak boleh di harap. Kadang rasa dah tutup, tapi tak tutup pun. Aku mengetuk perlahan kepalaku pada dinding.
"Sorry. Eyka. Saya ingat awak dah balik tadi. Sebab tu saya tengok adik saya kejap. Saya keluar ni. Awak pakai lah baju." Kata Ery sebelum keluar dari bilik.
Mendengar bunyi pintu ditutup, aku perlahan-lahan keluar dari bilik air. Aku jengulkan kepalaku sedikit dan melihat kiri kanan untuk mengesahkan yang dia sudah tiada di situ. Aku cepat-cepat keluar dan kunci pintu bilik.
"Nonsense! Takkan tak dengar bunyi air." Bentak hatiku. Tetapi aku turut memarahi kecuaian diriku juga. Tak periksa betul-betul keadaan sebelum mandi. Aku cepat-cepat memakai baju.
Di sisi lain, Hadzry berdiri di belakang pintu. Dia menunduk memegang lutut. Macam mana lah dia boleh tak dengar bunyi air dalam bilik tu. Mungkin kerana dia sangat kepenatan, tetapi mahu menjenguk adiknya yang sedang tidur di dalam bilik itu.
Dia segera memadam imej wanita tadi dari ingatannya. Dia mahu wanita itu menjadi miliknya dengan cara yang baik. Dia tahu wanita itu wanita yang baik. Dia menoleh ke arah pintu utama.
Ayahnya berdiri tercacak di depan pintu. Matanya terjengil melihat anak sulungnya yang keluar tergocoh-gocoh dari bilik pembantu rumahnya.
Hadzry tahu, sesuatu yang tidak baik akan berlaku sebentar lagi.
Share this novel
halah nk sambngn btw akak punya story cerita best giler..and nk ckp bnyk pun x xhu mcm mn ....succest