Kini sudah hampir 3 bulan aku berkhidmat di rumah itu. Aku juga sudah semakin rapat dengan Ady. Dengan Dato Qaiseer? Entahlah nak cakap. Ada masa dia layan aku dengan lembut. Ada masa kasar. Aku merasakan ego lelaki separuh abad itu masih lagi tinggi menggunung. Tapi takpe, Dato tu tak ada sekarang. Ada urusan dekat luar. Aku betulkan niat. Aku berada di sini kerana mama dan Ady. Abang Ery? Aku masih lagi malu-malu dengan lelaki itu.
Hari ini mood Ady tidak ok. Menangis dan mengamuk saja dari pagi tadi. Aku sudah buntu memikirkan cara macam mana nak pujuk kanak-kanak ini.
"Ady. Ady nak apa sayang?"
"Angan acau!" Ady berlari ke bilik mamanya.
Di atas lantai, bersepah dengan mainan dan kertas. Kertas itu aku sediakan sekiranya dia mahu melukis atau menulis.
"Ady, mama dekat depanlah. Sini dekat mama." Mama memanggil anak bongsunya itu.
Kanak-kanak itu berlari keluar bilik. Tapi bukan hendak pergi dekat mama dia. Sebaliknya naik ke tingkat atas. Aku hanya berjaga-jaga di tangga sekiranya dia terjatuh atau tergelincir. Sesampainya di tingkat atas, dia masuk ke bilik abangnya.
Bergegas aku cuba menahannya. sangkaan aku salah. aku ingat dia nak masuk ke biliknya tadi. Kalau tahu dia nak masuk ke bilik abangnya, awal-awal tadi dah aku halang dia. Bukan apa. Aku risau kalau dia buat sepah bilik abang Ery. Tak pasal-pasal aku kena marah pulak nanti.
Aku berlari masuk ke dalam bilik lelaki itu untuk mendapatkan Ady. Langkah aku terhenti saat melihat bilik itu. Sangat kemas. Sangkaku, bilik lelaki itu jenis bersepah. Sama macam jambang yang bersepah dekat atas muka dia. Aku agak kagum melihat bilik lelaki itu. Ady pula berbaring di atas katil.
Alang-alang dah termasuk dalam bilik tu, mata aku meliar melihat sekeliling. tiba-tiba mata aku terhenti pada frame gambar. Gambar kelas sekolahnya dahulu. Menariknya, terdapat logo sekolah kejora bakti di situ!
Abang Ery alumni sekolah Kejora Bakti? Batch berapa? Kalau dia tua setahun dari aku, pasti aku mengenalinya. Tetapi oleh kerana mukanya ditutupi jambang, sukar aku hendak mengecam lelaki itu.
Otakku ligat memikir siapa yang dipanggil Ery masa sekolah dulu. Tetapi tiada sesiapa yang menjengah ingatan aku.
Aku membelek pula apa-apa dokumen yang berada di atas meja komputernya. Berharap ada petunjuk. Namun hampa. Aku lihat kembali ke dalam frame gambar tadi.
'Pelajar Kelas 3 Cempaka'
Dalam kelas ini ada 3 orang lelaki yang ada 'Ri' dekat belakang nama mereka. Hadzry, Zuhairi dan Khusyairi. Aku tenung satu-satu muka yang ada dalam gambar itu.
kelihatan Hadzry sedang duduk di tengah-tengah di barisan paling hadapan. Diakan ketua kelas masa ni. Aku tersenyum melihat lelaki itu. Aku merinduinya. Entah ke mana lelaki itu menghilang.
Tersedar yang aku masih berada di bilik abang Ery, aku cepat-cepat meletakkan kembali frame gambar ke tempat asalnya. Karang ada kena tuduh cuba nak mengorat abang Ery lagi. Aku menoleh ke arah Ady. Sedang tertidur dengan nyenyaknya di atas katil dibilik itu. Aku dukungnya perlahan-lahan untuk dibawa keluar.
Saat aku menarik daun pintu, mata aku terpandang baju kot yang digantungkan di tepi almari. Terdapat tag nama yang disematkan pada kot itu. Mata aku terbeliak membaca nama yang tertulis di atas nametag tersebut.
Hadzry!
********************
Aku baringkan Ady di atas katil dibiliknya. Aku hidupkan penghawa dingin supaya kanak-kanak itu boleh tidur dengan selesa. kemudian, aku turun ke tingkat bawah. Mendapatkan mama yang sedang duduk di atas sofa.
Ada benda yang ingin aku sahkan dari mama. Tetapi terbantut kerana aku melihat mainan dan kertas milik Ady yang bersepah di atas lantai. Aku segera mengemas mainannya dan menyusun semula kertas-kertas itu ke dalam fail. Sesudah itu, aku berjalan ke arah mama.
"Mama tengok cerita apa?"
"Cerita telenovela ni. Ady mana?"
"Ady ada. Tidur dalam bilik dia."
"Mengamuk nak tidur rupanya. Jenuh mama mikir mengamuk sebab apa." Kata mama sambil tersenyum padaku. Aku membalas senyumannya.
"Eh jap. Tadi rasa macam ada benda nak tanya mama. Tapi pasal apa eh?" Bisik aku dalam hati.
Aku rasa keliru sekejap. Aku rasa tadi macam ada benda penting nak tanya mama. Tapi aku lupa pasal apa. Aduh come on Eyka. Selalu macam ni. Ingatan aku makin lama makin teruk. Tak sampai 5 minit pun dah lupa. Urghhh! Stress!
"Eyka nampak penatlah. Pergi la mandi dan rehat dulu. Kesian Eyka hari ni berhambat dengan Ady." Kata mama. Pelik dia melihat wajah aku yang berkerut-kerut cuba untuk mengingati sesuatu yang penting.
Aku minta diri sekejap untuk mandi dan berehat dalam bilik maid. Moga-moga lepas ni aku akan ingat balik pasal benda yang aku terlupa tadi.
Usai mandi, aku pakai baju dan berbaring sekejap di atas katil. Sedar tak sedar aku terlelap akibat terlalu penat.
Bukan penat fizikal. tetapi penat mental.
********************
Hadzry melihat jam tangannya. Jam menunjukkan sudah pukul 4:45 petang. Lagi 15 minit lagi nak balik. Hari ni dia nak balik awal. Nak tengok wajah-wajah kesayangannya. Mama, Ady dan Eyka. Papanya pula sudah 2 minggu tiada dirumah kerana bekerja diluar.
Pasukan dia sudah menghantar dokumen berkenaan equipment design pada pengurusnya. Plant mereka akan tambah equipment baru yang bertujuan untuk mengoptimumkan pengeluaran produk di kilang mereka.
Sudah lama rasanya dia tak berasa lega seperti ini. Dia akui, kerja sebagai jurutera bukanlah seindah yang digembar-gemburkan orang ramai. Namun kerana minatnya, dia telah berjaya mengharungi satu lagi cabaran dalam bidang itu hari ini.
Tepat pukul 5 dia sudah punchcard keluar. Dia berselisih dengan Hariz. Mereka bergandingan keluar dari kawasan kilang dan menuju ke kereta masing-masing.
"Eyka balik pukul berapa hari ni?" Tanya Hariz.
"Macam biasalah. Kalau dah tak ada apa dekat rumah dia balik pukul 6. Kenapa? Ada plan ke?"
"Ingat dia balik karang aku nak jemput. Nak ajak makan luar sama-sama. Lama tak makan luar sekali dengan Eyka."
"Yelah. Biasanya makan dengan team. Sebab lepas makan kena sambung kerja semula."
Kata-kata Hadzry disambut dengan helai tawa dari mereka berdua. Selepas mengucapkan selamat tinggal, mereka masuk ke kereta masing-masing.
Keychain patung beruang dengan baju yang bertulis 'I Love you' yang tersangkut pada cermin pandang belakangnya itu ditenungnya. Dia mengambil keychain itu dan letakkan di dalam poket kemejanya. Hadzry mengumpul kekuatan. Hari ni dia nak bagitahu segalanya pada Eyka.
Tentang siapa dirinya sebenarnya di sebalik jambang tebal itu. Harap-harap Eyka tak terkejut dan memarahinya.
Kereta Porsche putih itu meluncur keluar dari kawasan parkir.
********************
Aku tersedar dari lena kerana ketukan di pintu bilik. Aku melihat skrin telefon.
"Eh! Dah pukul 6!" Aku bingkas bangun dari katil.
Pintu bilik itu aku buka. Seorang lelaki berdiri di hadapan pintu. Abang Ery! Kejadian dibiliknya tadi menyerang ingatanku. Abang Ery ni Hadzry ke? Aku serta merta menjadi gugup.
"Aa..Ada apa abang Ery?"
Tangan aku menggeletar. Segala rasa mula bercampur. Terkejut. Kecewa. Marah. Rindu. Dia ni betul-betul tak kenal aku atau sekadar pura-pura tak kenal?
"Tak ada. Eyka nak balik pukul berapa? Abang Hariz cakap nak jemput Eyka balik hari ni." Katanya.
Ya! Abang Hariz! Mesti abang Hariz tahu pasal ni. Takkan dia tak kenal Hadzry. Aku pernah ceritakan tentang lelaki ini padanya. Dia yang rekomenkan aku untuk bekerja di sini.
"Eyka?" Abang Ery melambai-lambaikan tangannya di depan muka aku.
"Ya. Hadzry." Terpancul nama itu dari bibirku.
Hadzry tergamam.
Share this novel
mmng dh x update eh?
dh x update ye