Nafas aku mula turun naik. langkah aku terundur ke belakang. Aku ketakutan. Lelaki ini manusia bertopengkan syaitan! Aku benci padanya.
Senyuman Adam semakin melebar.
"Wah. Tengoklah siapa ada dekat depan mata aku ni. Si loser Eyka. Nice."
"Jangan dekat dengan aku Adam. Aku jijik dengan kau!"
Namun langkah kakinya semakin menghampiri aku.
"Sampai hati cakap aku macam tu. Kau dah lupa ke kenangan indah kita hari tu? Aku terbayang-bayang lagi tau body kau Eyka." Katanya sambil menjilat bibir.
Aku berpaling untuk melarikan diri. Namun dia lebih pantas. Tangan aku dipegangnya kejap.
"Lepaslah Adam!"
"Janganlah macam ni sayang. Aku ada simpan lagi video kau hari tu. Buat modal."
Video? wajah aku berubah pucat. Perkara yang aku takutkan rupanya benar-benar terjadi. Memang mereka ada rekod video saat melakukan perkara terkutuk itu pada aku!
Aku rentap lengan aku dari genggamannya. Lengan aku berbekas merah.
"Eyka!" Tiba-tiba aku terdengar suara Hadzry memanggil nama aku. aku dan Adam serentak memandang ke arah suaranya.
Hadzry sedang berdiri di tepi tingkap memandang ke arah kami.
"Eyka. Sini kejap. Tolong abang." Katanya lagi sambil melambaikan tangannya kepadaku.
"Aaa. Ok abang. Kejap." Kata aku.
Saat aku hendak melangkah, sekali lagi Adam memegang tangan aku. Langkah aku terhenti sekali lagi. Aku cuba meronta supaya genggaman tangannya terlepas. Namun aku cuma wanita. Tidak mampu melawan kudratnya.
"Siapa tu? Suami kau ke? Bayangkan kalau dia tengok video tu nanti." Bisiknya pada telinga aku.
"Lepas tu biar semua tahu yang kau rogol aku? Senang aku nak buat report. sebab dah ada bukti. Kau pun dah mengaku." Buat pertama kalinya, aku berani bertentang mata dengannya.
Adam melepaskan genggaman tangannya. Walaupun dia cuba berlagak tenang. Namun melihatkan riak wajahnya, aku tahu dia sudah mula cuak.
aku cepat-cepat masuk ke rumah dan naik ke bilik Hadzry. aku sudah tidak hiraukan tetamu yang masih berada diruang tamu. Aku mengetuk pintu biliknya.
"Abang? Nak Eyka tolong apa?"
Pintu biliknya terbuka. terjengul wajahnya disebalik pintu. Walaupun wajahnya masih dipenuhi jambang, namun jelas kelihatan wajahnya yang masih memerah.
"Siapa tadi tu?" Tegas suaranya.
"Ad..." kata-kataku terhenti. Aku menarik nafas panjang sebelum lepaskan nafas perlahan-lahan. Sungguh aku jijik menyebut nama itu.
"Siapa?" Tanya Hadzry lagi.
"Adam." Kali ini, ada getar dalam suaraku. Mata aku mula bergenang.
Hadzry memejamkan matanya. Dia tahu papanya berkawan baik dengan ayah Adam. Mereka adalah rakan perniagaan. Sebab itu dia tidak pernah ceritakan apa-apa mengenai Adam semasa sekolah dahulu pada papanya. Useless. Pasti papanya tidak akan percaya.
Tetapi, dia tidak sangka mereka akan berjumpa disini. Dahulu, semasa dia masih duduk di Selangor, ayah Adam selalu berkunjung ke rumahnya. Dia ingat, bila keluarga mereka sudah pindah ke Johor, mereka tidak akan bertemu lagi. Namun, sangkaannya meleset.
"Abang Ery? Tadi abang kata nak mintak tolong Eyka."
"Eyka tolong jaga Ady jap dalam bilik dia."
"Dalam bilik dia? Dia dah masuk bilik ke?"
Aku cepat-cepat memeriksa bilik Ady. Ye sungguh, anak kecil itu sedang menangis di atas katilnya. Aku memeluk Ady. Terlupa sungguh aku dengan dia. Semuanya gara-gara tetamu tadi. Berkali-kali aku minta maaf dengan Ady walaupun mungkin dia tidak memahami perkataan itu.
"Eyka duduk je dal bilik ni. Jaga Ady."
"Takpe ke abang Ery? Nanti Dato marah pula dekat saya."
"Takpe. Abang nak turun bawah kejap. Kalau papa tanya pasal Eyka, pandai lah abang jawab."
"Terima kasih abang Ery."
Buat seketika, aku berasa selamat. Seolah-olah lelaki itu cuba untuk melindungi aku. Sama macam masa dekat sekolah dulu.
********************
Hadzry melangkah turun ke bawah dengan berhati-hati. Demamnya belum kebah lagi. Jadi kepalanya masih agak pening.
Tan Sri Aidhil seakan terkejut melihat lelaki yang sedang berjalan ke arah mereka. Selekeh! Dengan jambang tak bercukur.
"Pak cik" Hadzry menegur lelaki tadi.
"Ya. Ni Hadzry ke?"
"Ya saya pak cik."
"Lama dah pak cik tak jumpa kamu. Lain betul ye kamu sekarang."
"Dah macam siamang." Adam mencelah.
"Adam. Jaga mulut tu." Tan Sri Aidhil pantas menegur anaknya.
"Lama pak cik tak jumpa kamu. Last masa kamu pindah dari kejora bakti kan. Pelik pak cik. Padahal masa tu dah nak PMR." Tan Sri Aidhil cuba untuk menenangkan keadaan di situ.
"Pelikkan? Adam tak ada cerita dengan pak cik ke, sebab kenapa saya pindah tiba-tiba tu?" Hadzry duduk di sebelah mama. Matanya tajam menikam mata Adam. Mulutnya tersenyum sinis.
"Tak ada pun. Ada apa-apa pak cik kena tahu ke?" Kata Tan Sri aidhil seraya memandang ke arah anaknya.
Wajah Adam semakin pucat. Dia seakan termasuk dalam jerat sendiri.
"Ehem. Ery. Eyka mana? Tadi papa suruh dia tolong Am, dia lari naik tingkat atas pula." Dato Qaiseer cepat-cepat menukar topik bila dia dapat merasakan suasana yang semakin tegang.
"Ery panggil dia tadi. Ady mengamuk dekat bilik dia. Ery suruh dia jaga Ady." Balas Hadzry.
"Kalau gitu takpelah." Balas papanya.
"Budak perempuan tadi tu lama dah ke kerja kat sini? Sayang. muka cantik. Tapi jadi maid." Ujar Tan Sri Aidhil.
"Takpelah. Lagipun kalau kerja dekat sini, boleh saya jaga dia." Balas Hadzry.
"Eh, kenapa pulak kau yang nak kena jaga dia Ery?" Dato Qaiseer menekan suaranya.
"Sebab Ery sayang dia papa. Ery nak kahwin dengan dia."
Jawapan Hadzry mengejutkan semua yang berada di ruang tamu itu. Walaupun mamanya tahu tentang perasaan anaknya itu kepada Eyka. Namun dia sendiri tidak menyangka Hadzry berani untuk berkata begitu didepan papanya.
Share this novel
lamanya x update..huhuhu
bila nk update ni?
bila nk update ni?