Genap setahun aku berhenti belajar. Kata mereka, aku tersangat rugi kerana berhenti belajar apabila aku sudah berjaya sampai di peringkat ijazah ini. Namun biarlah aku yang tentukan untung atau ruginya. Dan sudah genap 2 tahun juga peristiwa pahit itu belaku. Mujur aku selamat dan masih boleh teruskan hidup seperti biasa. Betapa aku cuba melupakan peristiwa itu, tapi sia-sia. Semua ingatan itu segar seperti baru berlaku semalam. haihh.
"Kau kenapa tiba-tiba mengeluh ni? penat ke?" suara garau lelaki memecah kesunyian.
"takde lah. Adui kau ni. aku nak berangan pun tak senang."
"tak payah nak berangan sangatlah. lepas tu karang mulalah tiba-tiba menangis. macam aku tak kenal kau." Laju Imran menempelak aku. aku buat muka seposen sambil memandangnya.
"Alalalala comel buat muka toye gitu. opss!" Imran pantas menekup mulutnya menggunakan tangan.
kali ini mata aku mencerlung memandang muka Imran. Aku cukup pantang orang cakap macam tu dekat aku. bagi aku itu semua bohong! Aku mula melangkah untuk meninggalkan Imran. Namun dia lebih pantas memegang tangan aku. cuba menghalang aku dari pergi.
"Eyka sorry." Imran cuba memujuk aku
"Kau tahukan aku tak suka orang puji aku. aku benci dengar perkataan tu. lagi-lagi kalau dituju pada aku!" Aku tegas mengingatkan dia tentang itu.
"Ok ok. sorry tau. jangan la marah." Imran masih cuba memujuk. pergelangan tangan ku masih dalam genggaman dia. satu kelemahan aku, aku mudah terpujuk. aku tak sampai hati marah lama-lama dengan orang yang rapat dengan aku. Imran pula sudah setahun mengenaliku. Dia tahu hampir semua tentang aku. tiada rahsia antara aku dan dia.
"Yelah. dah aku nak sambung buat kerja."
"janji tau tak marah. Kalau kau marah lagi, kau kena belanja aku air." kata-katanya di iringi dengan tawa kecil.
"eh tiber. asal aku yang kena belanja kau air. kau la kena belanja aku. kau nak pujuk aku kan?" aku pandang wajahnya. kemudian kami berdua tergelak bersama mengenangkan perangai kebudakan kami. aku tak boleh betul marah mamat ni lama-lama. ada je cara nak pujuk aku. Satu-satunya lelaki yang aku tak boleh benci. Aku bahagia.
Share this novel