Bab 20: CAIR

Romance Series 69241

Kediaman Qaseh Maya menjadi kucar kacir. Hari ni, Dato Qaiseer telah membatalkan semua temujanjinya dengan client. Terpaksa. Rumahnya yang aman damai sebelum ini bertukar 360°. Gara-gara gadis kampung itu. Entah apa keistimewaan Eyka sampaikan isterinya begitu menyayangi gadis itu.

Isterinya masih mogok. Tidak mahu keluar bilik. Setiap kali dia mengadu lapar, isterinya akan menyuruh dia masak sendiri. Walaupun Dato seorang yang tegas, tetapi dia kalah dengan isterinya kali ini.

Memgenangkan keadaan rumah itu juga, Ery mahu memohon cuti. Tetapi, oleh kerana mereka perlu menyiapkan projek tempoh hari dengan cepat, cuti mereka terpaksa dibekukan. Klien kali ni boleh tahan cerewet dia.
Ady pula, jangan cakap lah. Hari ini adalah hari ketiga mereka tidak berjumpa. Mungkin kerana merindui kakak yang baru 2 hari dikenalinya itu membuatkan kanak-kanak itu tidak senang duduk. Berlari ke sana ke sini mencari kakaknya. Naik pening kepala Dato Qaiseer dengan kelakuan anak bongsunya itu.

"Sayang. Tolong jap tengok Ady. Saya tak tahu dia nak apa." Lembut suara Dato memujuk Datin Nurmaya.

Ingatkan tak reti nak cakap elok-elok. Boleh rupanya.
Datin masih membaca buku pada tangannya. Dia mahu rileks. Nak bagi suaminya pula handle rumah tu.

"Awak tengoklah. Anak awak kan. Dah ada orang boleh jaga dia, awak pergi buat perangai."

"Janganlah macam ni. Dia orang baru. Saya tak kenal lagi perangai dia. sebab tu saya tak boleh percayakan dia."

"Kalau nak kenal orang, bukan itu caranya. Marah-marah. Ingat orang lain tak ada perasaan ke? Dahlah. Awak jaga lah Ady tu. Awak handal sangatkan?"

Dato Qaiseer mengeluh. Isterinya seorang yang lembut. Tapi kalau dia dah mula keraskan hati, memang susah nak dicairkan.

Dia segera mendapatkan Ady. Memujuk kanak-kanak itu untuk mandi. Namun Ady berlari sambil menjerit. Mengah-mengah lelaki itu berlari, cuba untuk menangkap Ady.

Tua VS muda. Agak-agak siapa yang akan menang kalau lawan berlari. Tentulah Ady. 5 tahun lepas, Dato Qaiseer tidak menyangka yang mereka akan menimang cahaya mata yang kedua. Namun, sudah tertulis rezeki mereka untuk mendapat anak dalam usia yang agak lewat begini. Dah macam atuk dan cucu. Tetapi dia tetap bersyukur.

Melihatkan papanya yang termengah-mengah mengejarnya, Ady menjadi seronok. Dia terasa yang papanya sedang bermain dengannya. Semakin laju dia melarikan diri. Akhirnya dia berjaya di tangkap oleh papa. Ady ketawa di dalam pelukan papanya. Mendengar anaknya ketawa seperti itu membuatkan hati Dato Qaiseer menjadi cair. Lelaki itu memang mudah kalah kalau melibatkan anak dan isterinya

"Ady indu nak ain ngan kakak." Wajah Ady muram semula. Dato Qaiseer mengusap perlahan kepala anaknya yang masih berada dalam dangkapannya itu.

"Ady sayang kakak ke?"

"Ayang! Kakak aik." Ady kembali teruja mendengar pertanyaan papanya.

Dato Qaiseer seakan baru tersedar. Selama ini, dia banyak menghabiskan masanya dengan kerja sahaja. Ke sana ke mari, sibuk mencari harta untuk keluarganya. Kesudahannya, keluarga pula terabai. Terutama Ady. Yang masih kecil dan memerlukan kasih sayangnya sebagai bapa.

Dia mengucup dahi putera bongsunya itu.

"Jom mandi dulu nak. Nanti kalau Ady dah wangi, papa bawak kakak kat sini."

"Yeayyy! Apat jumpa Kakak!" Ady bersorak riang.

Dia sendiri yang mencapai tuala, membuka baju dan pampersnya sendiri lepas tu terus masuk ke bilik air. Dato Qaiseer tersenyum melihat gelagat Ady. Dia mengekor anaknya masuk ke bilik air dan memandikannya.

Selesai menguruskan anaknya itu, dia pergi ke bilik tidur untuk mendapatkan isterinya yang tercinta. Isterinya masih lagi membaca buku sambil berbaring di atas katil.

"Awak cubalah pujuk Eyka. Kerja kat sini semula." Bisiknya perlahan. Cuba untuk melawan ego sendiri.

Mendengar saja suaminya berkata begitu, Datin Nurmaya segera meletakkan buku yang dipegangnya itu ke atas katil.

"Betul?" Kata Datin teruja.

Aksi mogoknya telah berjaya menjatuhkan ego lelaki dihadapannya itu

"Awak dah dengarkan apa saya cakap tadi." Kata suaminya itu sebelum keluar dari bilik.

"Yes! Sekarang misi untuk memujuk Eyka."

********************

Malam itu, aku masakkan nasi goreng ikan masin untuk abang Hariz. Dia selalu pulang lewat sekarang. Semuanya kerana tuntutan kerja. Balik pula dengan perut kosong. Terlalu sibuk sampaikan tak sempat nak jaga diri sendiri.

Abang Hariz sudah pulang. Beg kerjanya di letakkan di atas sofa. Dia menghempaskan diri ke atas kerusi empuk itu. Dari riak wajahnya, aku tahu dia penat dan serabut. Aku bawakan segelas air sejuk untuk menyegarkan tekaknya.

"Nah air. Tak settle lagi ke projek abang tu?" kata aku seraya menghulurkan gelas berisi air padanya.

"Thanks." Katanya sambil menyambut gelas tersebut. Laju dia meminum air itu sehingga habis. Haus benar gayanya.

"Belum lagi dik. Ada je yang dia tak berkenan. Hari tu yang reactor tank dah settle. kali ni yang spray dryer pulak ada masalah." Ujarnya panjang lebar. Aku biarkan saja. Ini saja cara abang Hariz untuk melepaskan sesak didadanya.

"Kenapa? Apa masalahnya?"

"Pengiraan tak sama dengan yang software punya. Nak scale up pun tak lepas."

"Owh. Takpelah. Abang lapar tak? Adik ada buat nasi goreng ikan masin."

"Wahh! Jap eh. Bagi abang mandi dulu." Katanya lalu bangun dan berjalan masuk ke bilik.

aku membawa gelas tadi ke dapur. Aku kaut nasi goreng tadi dan isikan ke dalam mangkuk. Aku ambil pula 2 buah pinggan, 2 sudu dan 2 biji cawan. Semuanya aku letakkan di atas meja. Aku duduk sebentar di meja makan. Sambil menunggu abang Hariz siap mandi, aku main telefon dulu. Dari tadi telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Eyka. Mama tak sihat. Mama nak jumpa Eyka - Abang Ery

Terkejut aku membaca mesej itu. Mama sakit?

Tiba-tiba kedengaran bunyi kerusi di tarik. Entah bila abangnya itu berada dihadapannya.

"Abang. Tadi abang Ery ada pergi kerja tak?"

"Ada. Tapi dia balik awal. Katanya mama dia sakit."

So betullah mama sakit. Ya Allah. aku segera membalas mesej abang Ery.

Esok Eyka datang rumah. Dah lewat malam ni. - Balasku

Nasi goreng tadi aku kaut setengah senduk sahaja masuk ke pinggan. Sudah tiada selera nak makan. Fikiran aku hanya tertumpu kepada mama.

Ok- Abang Ery

"Adik. Makan lah." Kata abang Hariz sambil menyuakan mangkuk tadi ke arah aku.

"Abang habiskan lah. Eyka kenyang dah sebenarnya."

Bagaikan orang mengantok di sorong bantal, abang Hariz cepat-cepat mencedok nasi tadi sehingga licin. Badan kurus tapi makan macam membela saka.

Fikiran aku kembali tertumpu pada mama.

********************

Ery duduk di tepi katil mamanya. Sungul wajahnya melihat wajah tua itu pucat kerana sakit yang di tanggung.

Aku kembali ke kediaman itu. Kalau bukan kerana mama, aku sudah tidak mahu menjejakkan kaki ke situ. Seolah-olah tahu akan kehadiranku, pintu pagar pun terbuka. Aku melangkah masuk ke perkarangan rumah. BMW oren masih berada di dalam garaj. Lantaklah. Aku bukan nak jumpa dia.

Aku masuk ke dalam rumah itu setelah memberi salam. Pintu bilik mama terbuka. Entah kenapa aku terasa berdebar. Janganlah jadi apa-apa dekat mama.

Aku masuk ke bilik itu. Ery duduk di hujung katil. Aku mencari kelibat Dato Qaiseer tetapi tiada.

"Eyka." Lemah suara mama memanggilku.

Aku duduk melutut di tepi katilnya. Menggenggam tangannya. Panas! Aku letakkan belakang tanganku di atas dahi mama. Juga panas.

"Abang Ery dah bawak mama pergi hospital belum?"

"Tak. Tadi ada doktor kami datang. Dah cek mama. Dia kata mama demam."

"Demam? Tapi panas sangat ni. Tak bahaya ke?"

"Takpe. Mama ok je Eyka. Mama cuma nak tengok muka Eyka." Suara mama masih lemah. Aku sedih melihatnya sebegitu?

"Mama makan belum?"

"Belum."

"Ok jap. Eyka masakkan bubur untuk mama jap." Kataku sambil bergegas ke dapur.

Mama mengenyitkan matanya pada Hadzry.

Sebenarnya mereka semua telah berpakat. Dato Qaiseer pula menemani anak bongsunya di dalam bilik di tingkat atas supaya tidak mengganggu rangcangan dua beranak tersebut. Semuanya kerana mahu memujuk Eyka kembali ke rumah itu.

Selesai masak bubur ayam, aku bawakan semangkuk bubur tersebut kepada mama.

Aku sandarkan mama pada kepala katil. Aku suapkan sedikit demi sedikit bubur yang aku masak tadi kepada mama. Rasanya tidak ubah seperti aku menjaga mak sendiri. Entah kenapa aku terasa begitu bahagia.

Tiba-tiba ekor mata aku menangkap kelibat Dato Qaiseer dimuka pintu. Aku menoleh ke arahnya dengan muka yang pucat lesi. Tidak sempat aku nak bukak mulut, Dato Qaiseer terlebih dahulu bersuara kepadaku.

"Saya minta maaf sebab terlanjur cakap dekat Eyka hari tu."

Biar betul! Dato Qaiseer minta maaf dekat aku? Aku tergamam seketika.

"Mama betul-betul rindukan Eyka sampai jatuh sakit macam ni. Boleh Eyka maafkan saya dan kembali bekerja semula di sini?" Sekali lagi dia bersuara.

Aku menoleh ke arah mama. Aku terlihat air matanya jatuh mengalir ke pipi. Luluh hati aku melihat air matanya itu.

Aku menganggukkan kepala. Bukan apa. Aku kasihankan mama. Dan aku juga dapat merasa keikhlasan dari suara lelaki tadi.

"Yes! Tak sia-sia aku tolong letakkan Eyemo dalam mata mama." Hadzry bersorak di dalam hati.

Rupanya wajah mama yang pucat itu adalah kerana mekap. Dahi dan tangan yang panas itu pula kerana ditekap dengan tuala panas.

Namun biarlah semuanya menjadi rahsia mereka. Yang penting Eyka dah kembali ke rumah itu.

Bohong sunat untuk kebahagiaan semua orang.

Share this novel

bunny
2020-11-08 17:11:49 

nak sambungn lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience