Aku mengacau perlahan bubur ayam di dalam periuk. Apabila aku sudah puas hati, aku tutup api dapur dan mencedok bubur tadi ke dalam mangkuk. aku letakkan mangkuk tadi di atas talam bersama dengan segelas air suam dan sepapan panadol.
Langkah aku aturkan dengan berhati-hati menuju ke bilik Hadzry sambil menatang dulang tadi.
TUKK! TUKK! TUKKK!
"Abang Ery. Tidur ke? Ni Eyka ada bawak bubur."
"Ye. Eyka letak kat luar dulu. Abang tak larat nak bangun." Sahut Hadzry dari dalam bilik. Lemah suaranya.
Aku letakkan talam tadi di atas meja di luar biliknya. Tetapi aku masih tercegat di depan pintu biliknya. Kesian pula nak tinggalkan macam ni je.
"Abang. Eyka masuk ye." Kataku sambil menatang semula talam tadi dan masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik itu aku biarkan terbuka luas. Supaya tidak mendatangkan fitnah.
Talam tadi aku letakkan di atas katil. Aku tarik pula kerusi dan duduk disebelah katil itu.
"Abang Ery larat tak nak duduk bersandar ni?"
Lelaki itu masih memejamkan matanya. Sakit teruk nampak gayanya. Aku letakkan belakang tangan pada dahinya. Panas.
"Takpelah. Abang Ery rehat la dulu. Eyka tinggal bubur ni dekat atas meja. Kejap lagi makan tau. lepas tu makan ubat." Kataku sebelum berdiri untuk keluar dari biliknya.
Saat aku hendak melangkah, aku terasa tanganku dipegang. Panas tangannya. Aku menoleh ke arah lelaki itu semula.
"Eyka, abang tak larat nak makan sendiri. tolong abang boleh?" Kata Hadzry. Suaranya begitu lemah. Antara dengar dan tidak sahaja.
Aku duduk semula di atas kerusi. Dia mencuba sedaya upayanya untuk duduk bersandar di kepala katil. Aku tegakkan bantalnya supaya dia dapat bersandar dengan selesa.
Aku suapkan sedikit demi sedikit bubur ke mulutnya. Syukur. Walaupun dalam keadaan tidak sihat, dia masih mahu makan. Habis juga setengah mangkuk. kemudian, aku hulurkan ubat untuk dia makan.
Selesai semuanya, Hadzry baring semula. Moga cepat sembuh ya Abang Ery.
********************
"Eyka. Buat apa tu?"
aku yang sedang mencuci pinggan mangkuk terhenti seketika. Menoleh ke arah mama yang sedang berjalan menghampiri aku.
"Cuci mangkuk ni mama. Tadi saya masakkan bubur untuk abang Ery."
"Oh. Sorry. mama terlupa nak buang memo yang Ery tampal semalam."
"Alamak! mama nampak ke apa yang jadi pagi tadi?" bisik aku dalam hati.
aku mula menggelabah. Yela. karang kena tuduh cuba goda anak dato ni pula.
"Takpelah. Eyka tak tahu pun abang Ery cuti hari ni. Teruk ke dia excident semalam?"
Mama duduk di atas kerusi. Mulutnya mengunyah kuih cek mek molek.
"Orang terlanggar kereta dia dari belakang. Masa tu dia berhenti dekat traffic light."
"La. Bila kita dah berhati-hati, orang lain pulak cuai."
"Hmmm. Biasalah Eyka. Kalau dah nak jadi tu, jadi juga."
"Semalam abang Ery masuk hospital ke mama? Tapi Eyka tak nampak pun lebam-lebam dekat badan dia."
"Tak adalah. Demam terkejut tu. Kereta kesayangan kena langgar."
Aku terdiam seketika. Tak tahu nak kasihan atau nak marah pada yang melanggar. Nak marah sebab cuai. Kasihan sebab terlanggar kereta Porsche. Bengkok nak bayar ganti rugi.
Tiba-tiba bunyi telefon mama mengejutkan lamunan aku.
"Hello assalamualaikum abang."
"Haa. Bila tu nak datang?"
"Hari ni? Haa. Ok. Ok. Datang je la. Ada satu bilik tetamu tu. Boleh dia guna bilik tu."
"Ha yela. Waalaikumussalam."
Mama menamatkan panggilan.
"Eyka. Hari ni kita ada tetamu. Eyka balik lewat sikit boleh? Tolong mama dekat dapur kejap lagi."
"Boleh je mama. Pukul berapa dia nak datang?"
"Dalam pukul 5. Eyka tolong kemas-kemas sikit ye ruang tamu kejap lagi."
"Boleh je mama."
"Terima kasih. Mama nak tengok Ady jap. Lambat pulak bangun hari ni."
Aku menganggukkan kepala. Mama bangun dan menuju ke bilik Ady.
Nervous pulak aku rasa. siapa agaknya tetamu yang akan datang tu. Kalau Dato Qaiseer yang bawa, mesti bukan calang-calang orang tetamu tu.
Aku mengeluh perlahan kemudian menyambung semula cuci baki periuk dan mangkuk di dalam sinki.
Share this novel