Hadzry melihat ke dalam mata aku. Dia seakan tidak percaya.
"Eyka. Dah tahu ke?" Tanya Hadzry.
Aku menganggukkan kepalaku. Aku alihkan pandanganku ke arah lain. Tak mahu bertentang mata dengannya. Aku terasa dipermainkan.
"Eyka nak balik ni. Tolong bagitahu mama." Aku pandang wajahnya dan terus berlalu.
Sampai saja diluar pagar, aku melihat kereta abang Hariz. Abang Hariz melambai ke arah aku. Aku terus berjalan ke arah keretanya.
"Macam mana kerja hari ni? Kata abang Hariz saat aku sudah duduk dan menutup pintu kereta.
"Hmm."
Abang hariz memandang ke arahku. Pelik melihat reaksi aku.
Aku lihat ke luar tingkap. Entah mengapa. Pokok-pokok dan unggas yang berterbangan lebih menarik perhatian daripada lelaki di sebelahku.
"Eyka? Dengar tak abang cakap?"
Suara abang Hariz mematikan lamunanku. Aku menoleh ke arahnya.
"Ha? Emm. Dengar je?" Jawab aku acuh tak acuh.
"Kalau dengar, apa abang cakap tadi?"
Haihh, abang aku ni. Dah macam cikgu pulak tanya macam tu dekat aku. Aku pejamkan mata. Kemudian, aku selitkan jariku ke rambut dan menggenggam sedikit akar rambut untuk beri tekanan pada kulit kepala. Sedikit sebanyak kepala aku lega dari pemikiran yang berulang kali berpusing dalam mindaku.
"Emm. Pasal kerja."
"Tu yang first. Yang second?"
Aku berdengus perlahan mendengar soalannya itu.
"Entah. Pasal makan kot."
"Haa. Bagus-bagus. Maknanya Eyka dengarlah apa abang cakap tadi."
Abang Hariz mengusap perlahan kepalaku. Lega hati aku mendengar kata-katanya. Padahal aku teringat apa yang Abang Ery ada cakap dekat aku pasal abang Hariz punya plan malam ni.
"Abang ingat nak bawak Eyka pergi jalan la. Sabtu ahad Eyka cutikan? Boleh la kita g jalan jauh sikit."
"Kemana?"
"Eyka nak pergi mana?"
"Nak pergi Cameron Highland. Boleh?"
"Boleh je. Balik ni. Eyka mandi and siap-siap. Kita keluar makan dulu."
"Ok."
Aku malas melayannya. Kepala aku pening. Macam-macam yang bermain difikiran aku.
Sampai sahaja di rumah. Aku segera mandi dan bersiap untuk keluar. Aku terhenti seketika di hadapan cermin. Wajah di dalam cermin itu aku tenung kosong. Sesekali rambut yang jatuh menutupi mata aku sisirkan ke belakang telinga menggunakan jari.
Aku masih Eyka yang dulu ke? Eyka yang menyintai Hadzry? Tapi kenapa hati aku rasa sakit bila tengok wajah dia.
"Eyka? Siap belum?" Abang Hariz memanggilku dari luar bilik.
Aku cepat-cepat capai beg tanganku dan keluar dari bilik.
"Dah. Baru je siap."
"Eyka nak pakai macam ni ke?" Abang Hariz memandang aku atas bawah.
"Kenapa?"
Dahi aku berkerut. Tak ok ke pakai seluar jeans dengan t-Shirt je? Nak keluar makan je pun.
"Abang ingat nak bawak Eyka makan dekat mall. Pergi la tukar balik baju tu. Pakai blouse cantik-cantik sikit."
Dasar lelaki cerewat! Patut la tak ada makwe. Aku menjeling kepadanya sebelum masuk semula ke dalam bilik.
Kali ni, aku memilih untuk memakai skirt denim labuh berwarna biru tua dan blouse berwarna putih. Blouse tersebut aku tuck in ke dalam skirt dan aku padankan pula dengan tali pinggang hitam. Rambut aku yang lurus, aku biarkan berlepas.
Lantak lah. Aku bukan pandai sangat melawa. Kali ni kalau dia tegur lagi baju aku, memang aku debikkan je muka dia. Aku capai beg sandang tadi dan terus keluar semula. Abang Hariz menunggu aku di ruang tamu.
"Ha. Kan lawa." Abang Hariz menepuk tangannya melihat penampilan aku.
Aku mencebikkan mukaku.
"Tapikan abang. Eyka rasa nak makan dekat kedai thai. Tekak ni rasa nak makan tomyam."
"Pulak dah. Baru ingat nak ajak makan japanese or korean food."
"Ala. Dah tekak melayu. Nak makan makanan melayu je la. Boleh la abang."
Aku menggoyang-goyangkan tangannya.
"Yela-yela. Kalau gitu baik pakai seluar jeans dengan t-shirt tadi je."
"Ala. Biarlah. Bukan selalu orang cantik macam Eyka ni pergi makan dekat kedai macam tu."
"Eleh. Jom lah."
Kami berjalan beriringan ke arah kereta.
Sesampainya di kedai makan yang aku pilih, kami memilih meja yang paling hujung. Memang dah jadi tabiat aku suka duduk tempat yang agak tersorok. Sebab biasanya aku makan sendirian dekat kedai. Jadi meja paling hujung adalah safe zone bagi aku.
Duduk saja di meja, ada pelayan yang menghulurkan menu pada kami. Selesai pesan makanan, aku layari fac di telefon pintarku. Sesekali aku melihat sekeliling. Ramai orang makan dekat kedai ni. Aku suka makan dekat kedai tepi jalan ni sebab kalau banyak kereta parking tepi jalan, maksudnya makanan dekat sini sedap. Tapi atas luck juga.
Aku memandang abang Hariz. Khusyuk betul mamat ni tengok telefon. Aku seronok bila abang Hariz bawa aku keluar macam ni. At least, tak lah kepala aku serabut fikir bukan-bukan. Lagi-lagi bila tahu selama ni aku berkerja di rumah Hadzry. Siap panggil maknya Mama lagi.
Yang aku nak tahu, abang Hariz tahu ke tak Ery tu Hadzry. Takkan tak tahu kan? Dah satu tempat kerja.
Baru aku nak buka mulut, tiba-tiba makanan dah sampai. Satu persatu pinggan di letakkan di atas meja kami. Tomyam campur, telur bungkus, nasi kosong, kailan goreng ikan masin, sambal belacan dan air minuman. Lauk kegemaran aku kalau makan di kedai thai!
"Abang, makan la." Aku mempelawa abang Hariz makan.
Tak tunggu lama, terus dicedoknya tomyam masuk ke pinggan. Lapar benar gayanya. Aku juga ikut makan.
"Hmmm. Abang."
"Hmm?" mulutnya masih mengunyah makanan.
"Abang Ery tu Hadzry ke?"
UHUKK! UHUUK! UHUKKK!
Abang Hariz tersedak nasi. Dia cepat-cepat capai gelas air di hadapannya dan minum. Aku bangun ke arahnya. Menepuk perlahan belakang badannya. Dia kelihatan lega sedikit. Aku duduk semula.
"Abang tersedak gini, maksudnya betul la eh?"
"Ehemmm! Ehemmm! Lama dah ke Eyka tahu?"
See! Betul apa yang aku sangka.
"Baru tadi. Kenapa abang tak bagitahu Eyka. Eyka pernah cerita dekat abang kan yang Eyka dah lama tunggu dia."
"Dia tak bagi abang bagitahu Eyka."
"Kenapa?" Aku buat muka tak puas hati.
"Dia kata, nak tengok reaksi Eyka bila tahu adik dia macam tu. Dia nak perempuan yang boleh terima keluarga dia seadanya."
Aku terdiam mendengar kata-kata abang Hariz. Well, aku memang tak suka budak-budak. But Ady lain. Tak tahulah kenapa. Aku rasa kanak-kanak itu sangat istimewa. Kami agak rapat walaupun baru kenal beberapa bulan.
"Eyka marah dia ke?" Abang Hariz merenung ke dalam mata aku. Aku alihkan pandangan.
"Marah la jugak. Selama ni Eyka tunggu dia, rupanya dia ada dekat dengan Eyka je. Tapi buat senyap."
"Dia ada alasan tersendiri kot. Cuba Eyka bagi dia peluang. Kot dia masih sama macam dulu ke." Abang Hariz cuba memujuk aku.
Cuma masalah sekarang, aku tak tahu dia masih sukakan aku atau tidak. Aku takut kalau dia dah ada teman wanita ke. Karang malu je aku bertepuk sebelah tangan.
"Dah-dah. Habiskan makanan. Lepas ni Eyka ada nak pergi mana-mana tak?"
"Entahlah. Eyka tak tahu kawasan ni. Jom pusing-pusing je la nak? Eyka nak tengok pemandangan malam. Nak tengok lampu."
"Boleh je. Lepas makan abang bawak Eyka pusing-pusing."
Gembira aku mendengarnya. Malam ni aku nak release stress. Nak kosongkan fikiran aku sekejap.
Terima kasih abang Hariz.
******************
Seperti yang dijanjikan, abang Hariz bawa aku bercuti ke Tanah Tinggi Cameron. Sejuk betul cuaca dekat sini. Lagi-lagi semalam hujan. Lagilah sejuk.
Hari ni, aku cuma nak tenangkan fikiran. Nak cuci mata. Dalam perjalanan ke tanah rata, kami singgah sebentar di sebuah ladang teh. Kami menjamu mata sebentar melihat keindahan ladang tersebut.
"Abang. Jom turun. Tengok ramai orang jalan-jalan dekat bawah tu."
Aku tarik tangan abang Hariz untuk mengikut aku berjalan di celah-celah pohon teh. Sesekali kami ambil gambar bersama.
"Eyka. kejap eh. Jangan pergi mana-mana tau. Abang nak cari tandas kejap." Kata abang Hariz lalu cepat-cepat berjalan tinggalkan aku seorang diri di celah-celah pokok teh tersebut.
Tapi kawasan ni ramai orang. So tak la aku rasa takut sangat. Aku melihat-lihat sekeliling. ada yang datang berdua, ada yang datang berkumpulan. Mungkin dengan keluarga masing-masing. Seronok pula aku memerhati gelagat manusia di sini.
tiba-tiba mata aku tertumpu pada seorang gadis dari kumpulan di situ. Aku terperasan yang dia selalu pandang-pandang ke arah aku. Mukanya macam biasa aku tengok. Aku cuba ingat balik siapa gadis itu.
"Eh! Aira lah!" Jerit aku dalam hati.
Aku segera melambai tangan ke arahnya. Kini gadis itu mulai tersenyum melihat aku. Dia meninggalkan kumpulan tadi dan berjalan ke arah aku.
"Eyka kan?"
"Haah. Lamanya tak jumpa kau Aira!"
Kami berpelukan seketika. Melepas rindu. Tak ingat bila kali terakhir kami jumpa. Yang pasti masa itu, aku menghadiri majlis graduasinya.
"Makin cantik la kau sekarang Eyka."
"Yeke? tak ada lah. Biasa je. Kau sihat ke? Lama weh tak jumpa. Banyak benda nak membawang dengan kau ni."
"Tahu takpe. Kejap eh, aku bagitahu mama aku jap. Nak ajak kau lepak kafe kat atas tu."
Aira pergi kembali kepadanya keluarganya. Aku pula membuntuti Aira. Hendak menunjukkan tanda hormat aku kepada keluarganya.
"Mama. Ni kawan angah masa dekat U hari tu. Eyka."
Aku senyum lalu bersalam dengan mama Aira. Tiba-tiba mamanya menarik tubuhku untuk berpeluk dengannya. Terpana sebentar aku di dalam pelukan itu.
"Ni Eyka yang duduk rumah sewa sekali dengan Aira ya?"
"Ya mak cik. Saya la tu. Rasanya pernah jumpa sekali je mak cik dekat rumah tu kan."
"Yela. Masa tu kan mak cik tolong dia pindahkan barang dalam rumah. Awak pulak sanggup jauh-jauh naik motor semata nak tolong dia. Awak duduk mana sekarang?"
"Saya duduk dekat Johor dengan abang saya."
"Yeke? Aira pun nanti nak pindah ke sana. Bekerja dekat sana pula."
"Haa. Lega hati aku. Ingatkan aku tak ada kawan kat sana. At least dekat sikit dengan kau." Aira mencelah.
"Eyka kerja apa sekarang?"
Aku terdiam mendengar pertanyaan mama Aira. Aira yang perasan dengan perubahan air muka aku, cepat-cepat mencelah.
"Mama. Angah nak ajak dia lepak dekat cafe atas tu la kejap boleh?"
"Ha yela. Mama nak layan adik-adik kau ni kejap."
"Eh. Siapa ni angah?" Tiba-tiba ada suara lelaki dari arah belakang aku.
Aku berpusing kebelakang ingin melihat gerangan suara tersebut. Seorang lelaki tinggi lampai berjalan ke arah aku. Tampan! Datang balik dah fobia aku ni! Muka aku mula terasa panas. aku cepat-cepat tundukkan muka aku sedikit.
"Sibuk lah along. Pantang nampak perempuan cantik kau ni."
"Entah." Mama Aira pula menyahut. Lelaki itu tersengih-sengih disindir seperti itu
"Jom la Eyka." Aira menarik tangan aku menuju ke kafe yang dimaksudkan. Aku menoleh kebelakang dan tersenyum kepada mamanya. Tiba-tiba mata aku menangkap jelas imej lelaki tadi tersenyum ke arah aku.
"Aduui. Hensemnya abang kau ni Aira." Kata aku dalam hati.
******************
Share this novel