"Hello Assalamualaikum Hariz."
"Walaikumussalam mak." Hariz mengepit telefon pintarnya dengan bahu.
Matanya masih melekat pada kertas dihadapannya. Mereka ada projek yang perlu diselesaikan.
"Hariz sihat? Tengah kerja ke?"
"Sihat alhamdulillah. Haah. Tengah kerja ni. Mak sihat?"
"Sihat. Mak ganggu?"
"Taklah mak. Hariz tengah check design tank untuk projek ni. Kami baru lepas design semula. Yang sebelum ni dah kena reject." Kata Hariz.
Dia selalu meluahkan apa yang dia rasa pada maknya. Walaupun dia tahu maknya tak faham satu habuk benda yang dia cakap. Tapi bila ada yang mendengar seolah rasa terangkat sikit rasa beban dari bahunya.
Tapi kali ni maknya yang telefon dahulu. Mungkin ingin bertanyakan tentang Eyka. Eyka masih tidak berubah. susah benar nak balas mesej atau angkat call. Apatah lagi kalau nak tunggu dia yang call orang. Alamatnya, memang berkurunlah tunggu.
"Eyka sihat?" Tepat jangkaan Hariz.
"Sihat mak alhamdulillah. Eyka kerja sekarang."
"Kerja? Kerja kat mana?"
"Eyka kerja maid dekat kawasan sini"
"Jadi maid? Boleh ke dia buat kerja rumah tu? Dia dah la jarang duduk dekat rumah. Nak masak nak mengemas."
Hariz memegang telefonnya. Bahunya mula terasa kebas.
"Ok je kot mak. Sebab majikan dia, mak kepada kawan Hariz. Dia kata mak dia suka dengan Eyka."
"Kalau macam tu takpe lah. Mak saja call. Risau sebab Eyka senyap je."
"Takpe. Hariz faham. Bukan tak kenal budak bertuah tu. Telefon tak lekang dari tangan. Tapi call tak reti nak angkat."
"Tulah. ok la ye. Mak nak memasak pulak ni. Nanti kirim salam dekat Eyka."
"Ok mak. Mak pun kirim salam dekat ayah ye. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Hariz meletakkan telefonnya di atas meja. Di hadapannya, kertas-kertas bersepah di atas meja. Kepalanya bagai nak pecah memikirkan projek kali ini. Beberapa kali kertas kerjanya ditolak mentah-mentah. Dia bangun dari kerusi. Berjalan ke arah pantri. Dia ingin berehat seketika.
Di pantri, dia melihat Hadzry sedang duduk termenung. seperti memikirkan sesuatu. Tangannya masih memegang cawan berisi kopi
"Jauh menung." Kata Hariz sambil meletakkan cawannya yang berisi kopi di atas meja.
"Eh Hariz. Tak adalah. Memikirkan projek." Kata Hadzry
"Projek kali ni bagi aku serabut sikit nak buat. Dengan kena push lagi. Yang tu nak reject, yang ni nak reject."
Hadzry menganggukkan kepala. Sebenarnya, kepalanya memikirkan hal lain. Memikirkan Eyka.
"Hari ni awal pagi lagi Eyka dah gerak ke rumah kau. Dia kena masuk awal ke?" Sambung Hariz lagi.
Hadzry memandang wajah Hariz. Eyka ke rumahnya? Semalam gadis itu baru saja dipecat oleh papanya. Semua kerana salahnya.
"Haaa. Mama suruh masuk awal sikit. Eh Hariz. Aku nak nombor Eyka boleh?"
Hariz memberikan nombor telefon Eyka pada Hadzry.
"Aduh! Sakit pulak perut aku ni. aku nak gi tandas kejap la." Hadzry berpura-pura sakit perut. Dia menekan-nekan perutnya dan berjalan laju ke tandas.
"Eleh. Macamlah aku tak tahu dia nak pergi call Eyka. Good luck" Hariz tersenyum sinis dan menghirup kopi di hadapannya itu.
Lega kerana buat seketika, dia terlupa akan bebanan kerjanya.
"Let's get back to work." Bisiknya seraya bangun dari tempat duduk. Cawan yang digunakan tadi dicuci sebelum kembali ke mejanya
Hadzry cepat-cepat masuk ke dalam tandas. Dia mendail nombor telefon Eyka. Hampir sepuluh kali bunyi 'Tut' berulang, akhirnya,
"Nombor yang anda dail tidak dapat..."
"Ish!" Tak sempat habis ayat operator, Hadzry memutuskan talian itu.
Masuk kali ini sudah 15 kali dia cuba telefon nombor Eyka.
"Aku kena scam dengan Hariz ke ni?" Bentak Hadzry dalam hati.
TUT! TUT!
"Hello." Finally!
"Hello Eyka."
"Ya. siapa ni?" Dingin suara gadis itu.
"Eyka. Ni abang Ery."
"Oh. Bye!"
"Jap! Abang Hariz cakap Eyka keluar awal pergi ke rumah mama hari ni?"
Mendengar nama abangnya disebut, Eyka tak jadi nak letak telefon. Dia tak mahu lelaki itu bagitahu abangnya yang dia telah dipecat
"Jangan bagitahu abang Hariz pasal semalam."
"Ye. Abang tak bagitahu. Tapi Eyka ke mana pagi tadi? Bahaya keluar awal sangat macam tu."
"Tak payah pura-pura nak ambik tahu pasal Eyka lah!"
"Nak abang bagitahu abang Hariz?"
Sial! Dah berani main ugut-ugut eh mamat ni!
"Eyka duduk tepi rumah je. Tunggu Abang Hariz pergi kerja baru masuk rumah semula. Puas?" Balas Eyka kasar.
"Abang minta maaf Eyka."
Eyka buat muka. Muak mendengar perkataan itu. Mudah benar diucapkan oleh lelaki. Dulu Imran. Sekarang Ery.
"Ada benda lain lagi ke nak cakap?"
"Emm. Tak. Eyka jaga di.."
Mendengar saja perkataan 'tak' yang diucapkan Ery, Eyka cepat-cepat putuskan talian.
Hadzry menatap nombor telefon Eyka. Kasar sungguh gadis ini sekarang. Dahulu juga kasar. Tapi tidak sekasar ini. Dia mengeluh perlahan.
Macam mana dia nak tawan semula hati gadis ini.
********************
Di rumah Dato Qaiseer.
Selesai saja aku memakai baju, aku memeriksa keadaan Ady dahulu sebelum keluar. Di luar, Dato, Mama dan Abang Ery sedang duduk di sofa. Aku menelan air liur. Aku berdiri kaku di sebelah tangga.
Dato mengangkat mukanya perlahan. Matanya tajam memandang ke arah aku. Pandangannya tak ubah macam harimau. Aku tundukkan wajah. Tak berani bertentang mata dengannya.
"Eyka! Come here!" Dato Qaiseer memanggil aku. Perut aku mula bergemuruh. Kaki aku terketar-ketar melangkah ke arahnya.
Tapi bukan aku yang salah. kenapa aku nak takut?
"Ya dato."
"Kau baru berapa hari dekat sini?"
"Haa.. Hari ni, hari yang kedua Dato."
"Oh. Baru dua hari. Tapi dah berani nak menggoda anak aku!"
What? aku goda anak dia? Anak dia yang masuk dalam bilik tu. Bukan aku paksa dia masuk. Kali ini aku angkat wajahku. Bertentang mata dengannya.
"Papa. Bukan macam tu. Ery yang masuk dalam bilik tu sebab mama kata Ady tengah tidur dalam tu."
"Kau diam Ery! Kalau dia tak goda kau, mesti dia dah kunci pintu bilik tu! Dasar perempuan kampung."
Geram betul aku dengar tuduhan Dato itu.
"Dato. It's a common sense, kalau nak masuk dalam bilik orang, kena ketuk pintu. Selagi tak dibenarkan, jangan sesekali masuk." Aku mengerling ke arah Ery
"Yes! It is my fault, sebab tak kunci pintu bilik. Sebab saya ada masalah ingatan. Saya rasa macam dah kunci, tapi sebenarnya tidak. Berat tuduhan Dato tu. saya tak semurah yang Dato fikirkan." Sambung aku lagi.
"Kau ingat aku nak percaya cakap kau? Ery ni anak Dato. Sebab tu kau nak goda dia kan? Berangan nak jadi menantu Dato. Jangan mimpilah!" Sekali lagi Dato Qaiseer menengking aku.
Biasanya kalau di tengking, aku akan menangis. Tetapi kali ini, meluap rasa marah dalam diri. Jadi aku ingin melawan cakapnya. So what kalau anak Dato sekalipun? Aku tak terliur nak dialah. Lagi-lagi kalau ada ayah macam Dato ni. Makan hati berulam jantung aku nantinya.
Aku memejamkan mataku. Cuba mengumpul kesabaran yang ada. Lelaki ini lebih kurang ayahku saja usianya. Jadi aku masih cuba untuk menghormatinya. Sekurangnya sebagai orang tua.
"Mama. Saya mintak maaf. Saya tak boleh terus bekerja dekat sini." Ada getar dalam suaraku.
Aku menyayangi mama dan Ady. Aku juga menghormati Ery sebagai abang Ady. Tetapi perangai Dato Qaiseer memang tak boleh bawak bincang. Suka-suka hati je nak tuduh aku macam tu. Aku sedar, aku sudah tidak suci lagi. Tapi aku tidak semurah yang dia katakan.
Aku kembali ke bilik tadi. Mengumpul baju dan tuala yang aku letakkan di atas katil. Kemudian aku sumbatkan ke dalam beg. Aku pantas berjalan keluar.
"Sini aku nak check beg baju tu! Entah-entah kau ada curi apa-apa dari rumah ni!" Dato Qaiseer berjalan mendekati aku.
"Abang! Jangan melampau boleh tak!" Mama menjerit kepada suaminya.
Tergamam semua yang berada dalam rumah itu. Ini kali pertama mereka melihat Mama marah seperti itu.
Wanita itu berjalan laju ke arah biliknya dan menghempas daun pintu.
Di bilik maid pula, kelihatan Ady yang terpisat-pisat bangun kerana terkejut mendengar bunyi yang kuat dari ruang tamu. Dia menangis dengan kuat.
Aku pula sudah tiada hati lagi mahu berkhidmat di rumah ini. Segera aku melangkah ke arah pintu dengan air mata yang tiba-tiba jatuh ke pipi.
Aku tidak berasa sedih. Cuma tidak boleh terima apabila maruah aku diinjak sebegitu. Hanya kerana aku gadis kampung yang miskin.
Ery tersepit di antara keluarganya dan Eyka.
Share this novel