Bab 32: KEKECEWAAN

Romance Series 69241

Ery, lepak mamak jom malam ni. Mamak biasa - Hariz

Hadzry merenung mesej whatsapp dari Hariz. Dia cukup tahu apa yang lelaki itu mahukan darinya. Ery mengeluh kecil. Terbayang lagi tangan Adam yang melingkari pinggang Eyka. Membuatkan hatinya bertambah sakit. Dia melemparkan telefon pintarnya ke atas katil.

"Assalamualaikum." Terdengar suara gemersik Datin Maya seraya mengetuk kecil pintu bilik anak terunanya itu.

"Waalaikumussalam mama. Masuklah."

"Ery ok?" Tanya mamanya setelah duduk dibirai katil anaknya itu.

Hadzry hanya tersenyum kecil. Sudah cukup untuk menjawab soalan mamanya itu.

Mamanya terus memeluk bahunya dan menepuk perlahan bahu anaknya itu. memberi sedikit kekuatan kepada Hadzry. Suasana bertukar sunyi seketika.

"Mama harap, Eyka dapat maafkan kita atas apa yang terjadi. Mama tak dapat pertahankan dia pada hari tu." Ujar Datin Maya.

"Kenapa pula mama. kita tak bersalah. Kita terkejut. Ery pun tak sangka perkara macam tu boleh terjadi. Ery tak sangka Eyka dah tak suci lagi. Kenapa dia tak boleh jaga diri mama?" Tegas kata-kata yang keluar dari mulut Hadzry.

Tergamam Datin Maya mendengarnya. Datin Maya segera keluar dari bilik anaknya itu. Terasa kecewa mendengarkan apa yang keluar dari mulut Hadzry. It's not her fault. Panggilan anaknya sudah tidak diendahnya. Dia segera masuk kebilik dan mengunci pintu.

Suaminya tiada disini. Sejak Datin Maya mengisytiharkan perang dengan suaminya, suaminya pergi membawa diri entah kemana. Lantaklah. Dia terlalu kecewa.

Dia cukup sayangkan Eyka. Dia tak sangka gadis itu sudah terlalu menderita dan masih boleh tersenyum dihadapannya. Gadis itu terlalu kuat. Tapi masih menjadi mangsa keadaan. Sekarang terpaksa pula menikahi lelaki yang sudah merosakkannya. Air matanya bergenang mengingatkan nasib Eyka.

*****

"Aduh, mana Ery ni!" Ujar Hariz. Dari tadi dia tak senang duduk menunggu kehadiran Hadzry. Dia inginkan penjelasan. Kenapa adiknya boleh membuat keputusan mendadak untuk menikahi musuhnya d
sendiri. Lagi teruk lelaki itu penyebab hidup adiknya hancur!

Sesekali dia menjeling whatsappnya yang tidak di balas. Sesekali di melihat jam tangannya. Kakinya sudah tidak senang duduk. Digoyang-goyang menandakan resah hatinya sekarang ini. Hiruk pikuk di kedai makan itu langsung tidak meredakan kegusaran yang melanda hatinya.

"Err. Abang Hariz kan?" Tiba-tiba suara lembut menyapa telinganya. Hariz segera menoleh ke arah suara itu.

"Eh Aira." Terkejut Hariz melihat Aira berada dihadapannya. Gadis itu tersenyum melihatnya.

"Boleh Aira duduk dekat sini?" Tangannya sudah memegang kerusi dihadapannya.

"Duduklah." balas Hariz sambil tersenyum.

"Abang Hariz tunggu siapa. Dari tadi Aira tengok resah semacam je." Ujar Aira setelah duduk di hadapan Hariz.

"Abang tunggu kawan. tapi tak datang lagi. Lupa kot. Aira dah makan ke? nak pesan apa-apa tak?"

"Aira dah makan. Tadi makan dekat situ." kata Aira sambil tangannya menunjukkan satu sudut di kedai tersebut.

"Aira nampak abang Hariz tadi. tengok resah semacam je. Tu Aira tegur. Aira tak ganggu abang Hariz kan?" Sambungnya lagi.

"Ish tak ada lah. Abang tengah tunggu kawan. tapi tak datang-datang. Abang baru je fikir nak balik tadi. Tapi Aira tegur abang terus tak jadi balik." Hariz cuba berseloroh.

Mereka berdua tergelak kecil.

"Ish abang Hariz ni. Tadi Aira tunggu jugak. ingat abang Hariz datang sini dengan Eyka. Tapi tak nampak-nampak pun batang hidung dia. Eyka sihat?"

Pertanyaan Aira membuatkan wajah Hariz kembali sugul. Dia sangat risaukan keadaan adik kesayangannya itu. Lagi-lagi dia tahu adiknya sekarang bersama dengan musuhnya.

"Abang Hariz? Eyka ok ke? Kenapa muka abang Hariz nampak risau?" Tanya Aira lagi apabila melihat riak wajah Hariz berubah.

"Eyka ok. Dia dah tak ada kat sini. Dia stay dengan suami dia sekarang." Ujar Hariz sambil tersenyum kecil. cuba menutup gundah hatinya.

Jawapan dari Hariz membuatkan Aira terkejut. kahwin? Kenapa macam tiba-tiba je. Kenapa abang Hariz nampak sedih dengan perkahwinan Eyka.

Persoalan demi persoalan berlegar di benak Aira. Namun dia mengambil langkah untuk tidak masuk campur urusan keluarga lelaki ini.

"Yeke. Tak best la. Baru ingat nak keluar jalan dengan dia. Eh, abang Hariz ada nak pesan apa-apa ke? Aira kena balik rumah sekarang. sebab banyak lagi barang nak kena kemas."

Aira segera melihat jam tangan yang dipakainya. Sudah terlalu lama dia berada diluar. Barang-barang yang ada perlu dikemas segera kerana esok ada urusan yang lebih penting.

"Eh takpe. Aira balik je dulu. Abang nak tunggu sekejap je lagi. Mungkin kejap lagi kawan abang datang."

"Ok abang Hariz, Aira balik dulu. Nanti kalau ada contact dengan Eyka, cakap Aira kirim salam tau." Aira segera berlalu sambil melambaikan tangannya kepada lelaki itu.

"Eyka, kau kat mana? Kau ok ke? Aku harap kau Ok. Aku harap kau dah tak menderita macam sebelum ni." Getus hati Aira. Dia segera berjalan ke arah keretanya.

Kereta Honda Jazz miliknya meluncur laju meninggalkan kawasan perkarangan kedai tersebut.

Kereta milik Aira sedikit demi sedikit mulai hilang dari pandangan mata Hariz. Dia melepaskan keluhan kecil. Dia kembali melihat mesej whatsappnya yang langsung tidak dibalas oleh Hadzry. Akhirnya dia pun membuat keputusan untuk balik kerumah.

*****

Aku tersentak dari terjaga dari tidur. Aku yang dalam keadaan duduk merenung ke setiap sudut bilik. Gelap. Telefon bimbitku yang aku selit dibawah bantal ku capai.

"Baru 4 Pagi." Ujarku sendiri. Aku kembali merebahkan diri. Aku terlalu takut berada berdua dengan Adam didalam bilik yang sama. Tetapi ada yang pelik dengan lelaki ini. Dia tak tahu macam mana nak tafsir tingkah laku lelaki tersebut. kejap gentleman, kejap asshole.

Sesekali aku mengangkat kepalaku melihat ke arah sofa. Kelihatan Adam sedang tidur dengan nyenyaknya. Banyak perkara bermain di fikiranku.

Aku berjaya survive malam ni. Tapi esok macam mana? Esok aku perlu balik ke rumah Tan Sri dengan Adam. Dan perlu hidup disana sampai aku mengandung dan ada anak.

"Ini semua kerja gila!" Jerit aku didalam hati. Takkan Adam semudah itu nak tunduk dengan kata-kata papanya. Apa kelemahan lelaki itu sampai dia boleh menurut saja arahan papanya sedangkan aku tahu lelaki tu memang bencikan aku.

Aku pegang kepala. Sakit kepala dari tadi tidak hilang-hilang. Aku cuba mencapai gelas air di tepi katil.

Tiba-tiba telingaku terdengar bunyi kaca pecah. Pandanganku bertukar gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience