"Sah?"
"Sah." jawapan saksi kepada tok kadi itu menjadi tanda bahawa aku kini telah pun menjadi isteri Adam.
Air mata aku menitis. Bukan kerana gembira. Tetapi kerana perkahwinan ini terjadi bukan atas kerelaan hati aku sendiri. Melihatkan senyuman mak dan ayah menambah lagi kelukaan hati aku.
Hal ini cuma kami berempat sahaja yang tahu termasuklah pembantu Tan Sri Aidhil. Mak dan ayah cuma tahu yang kami berkahwin atas dasar suka sama suka.
Majlis persandingan kami berjalan lancar. Aku cuma mahukan hari ini cepat berlalu. Muka aku rasa macam nak cramp sebab senyum tak henti dari tengah hari tadi. Karang tak pasal-pasal orang tahu yang aku tak suka dengan perkahwinan ini.
Ramai tetamu sudah pun mula beransur pulang. Kawasan dalam dewan sudah mula menjadi lengang. Cuma tinggal beberapa kenalan Tan Sri Aidhil yang berbual sesama mereka di sudut dewan.
"Pengantin senyum sikit. macam kena paksa kahwin pula. Hahahaha." Jurukamera cuba untuk membuatkan aku tersenyum.
"Memang kena paksa pun lah!" Bentak hati aku. Aku lemparkan senyuman padanya. Entah nampak ikhlas atau tidak aku tidak mahu tahu.
"Isteri saya penat sikit. Kan sayang?" Adam memandang muka aku.
Aku yang rendah darinya, terpaksa mendongak untuk melihat wajahnya. Itupun sebab terkejut dia panggil aku sayang. Ingat aku nak sangat tengok muka dia!
"Sayang ok?" Tanya Adam lagi. Tangannya memeluk pinggang aku dan memberi isyarat mata supaya aku menjawab pada soalannya.
"Aaaa. Ok je. Ok." Jawabku ringkas. Sambil lengan aku cuba menguis tangannya supaya melepaskan pinggang aku.
Aku tersenyum kembali pada tetamu di hadapan.
"Takpe Eyka. Sabar je. Layankan je permainan mereka ni."
"Tahniah Adam. Selamat pengantin baru." Seorang lelaki menegur Adam. Aku kenal suara itu. Dato Qaiseer!
"Terima kasih uncle. Uncle sorang je ke ni?" Tanya Adam kepada Dato Qaiseer.
"Taklah. Uncle datang dengan Ery ni." Lelaki itu menjeling sedikit ke arah aku.
"Tahniah Adam." Aku tersentak apabila mendengar suara Hadzry. aku tertunduk memandang lantai. tidak mampu bertentang mata dengannya.
"Thanks Ery. Aunty Maya tak ikut?" Tanya Adam. Tangannya masih tak lepas memeluk pinggang aku.
"Mama tak sihat. Tapi mama kirim salam dekat kau dengan Eyka."
"Waalaikumussalam." Jawab Adam.
Sempat aku menangkap mata Hadzry yang tak lepas dari memandang tangan Adam yang melingkari pinggang aku. Aku memejam mata untuk menenangkan diri. Aku cukup benci terperangkap dalam situasi ini.
"Adam, ak... Err.. Sayang nak duduk kejap la. Pening." Kata aku sambil menolak tangannya yang masih memeluk pinggang aku.
"Ehh. Sayang tak ok ke? Jom-jom." Katanya sambil memeluk pinggangku lebih kemas.
"Siallah mamat ni. Saje nak buat aku makin sakit hati ke?" omel aku didalam hati.
Namun aku tetap mengikuti langkah kakinya ke arah kerusi yang berhias indah di tepi dewan. Hadzry mengekori kami.
"Eyka nak air ke? Ery boleh tolong ambilkan." Kata Hadzry. Dalam keadaan begini pun dia masih lagi mengambil berat terhadap aku.
"Eh, takpe Ery. Biar aku je gi ambik. Kau duduk la dulu berborak dengan Eyka." Kata Adam sebelum menepuk bahu Hadzry dan berlalu.
Terkebil-kebil aku melihatnya yang semakin jauh dari aku. Nak suruh aku berborak apa dengan Ery? Ish mamat ni!
"Mujur aku tak kahwin lagi dengan kau. Kalau tak kena kawin dengan bekas orang."
Kata-kata Hadzry bagai halilintar membelah bumi. Tak pernah sangka kata-kata itu akan keluar dari mulutnya. Aku memandang tepat ke arah wajahnya.
"Hari kau kena pecat hari tu, memang aku kata aku nak kawin dengan kau dekat papa aku. Tapi nasib baik segalanya terbongkar. Kau dah tak dara rupanya" Sambungnya lagi.
"Bagi kau benda tu penting ke? Aku hilang dara aku tu bukan sebab aku suka-suka. Dia yang rogol aku!" Tegasku. Semua benda yang jadi dulu bukan kehendak aku.
"Ya penting. Sebab aku tak pernah rosakkan anak dara sesiapa. Aku nak isteri yang masih dara saat aku menikah dengannya." Aku mengetap bibir mendengar kata-katanya. Pandangan mata aku alihkan dari wajahnya.
"Baguslah kalau kau tak pernah rosakkan sesiapa. Aku harap dah tak ada perempuan yang kena lalui benda yang aku lalui ni." Mata aku mulai digenangi air mata.
"Kenapa kau nak sedih? Kau kena kahwin dengan anak Tan Sri kan? Kena rogol pun tak pelah. Happy ending kan?" Tajam sekali kata-kata Hadzry. Ini bukan Hadzry yang aku pernah kenal dulu. Ini dirinya yang sebenarnya atau dia telah pun berubah?
Suasana menjadi hening. Aku tetap cuba mengawal diriku supaya tidak menangis disitu. Tanganku segera mencapai tisu yang berada dihadapanku. Tisu tersebut aku letakkan di birai mata supaya dapat menyerap air mata yang bergenang tadi.
"Sayang. Nah air." Suara Adam memecah kesunyian.
Aku mencapai cawan air dari tangannya.
Dihadapan aku kini berdiri dua lelaki yang aku benci.
Cepatlah berlalu wahai masa. Bawalah kedukaan yang aku hadapi ini pergi dengan segera.
Maaf lama tak Update. saya betul-betul sakit kebelakangan ni. Sakit yang nampak dan tak nampak. kalau ada yang sudi baca lagi terima kasih saya ucapkan. semoga pembaca semua sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki
Share this novel